Tuesday 2 March 2010

Melbourne 15&16/02/2010


Assalamualaikum w.h.t,dan Selamat Sejahtera di ucapkan kepada semua.

 Kembali saya dan bertemu kita disini.Rasa tidak sabar untuk menghabiskan penceritaan mengenai percutian backpacker saya dan suami ke Adelaide dan Melbourne.
Bersambung lagi pada hari ke dua dan ketiga di Melbourne..

     (15/02/2010)Oleh kerana kami terlalu letih,rancangan untuk bangun dan keluar pada awal pagi nampaknya tidak menjadi.Kami bangun hampir tengah hari juga.Bersiap ala kadar,maka kami pun keluar berjalan dan dapatlah merakamkan gambar di kawasan serta tempat tumpuan pelancong.

Dibelakang saya adalah pejabat pos yang lebih dikenali sebagai GPO(Ganeral Post Office)

Replika Beg Duit.Walaupun besar tetapi sangat comel

Royal Arcade dibuka pada tahun 1869 dan angat terkenal kerana seni bina lama.Ianya adalah salah satu tempat wajib pelancong apabila berada di Melbourne.
http://www.royalarcade.com.au/


Bandaraya Melbourne begitu terkenal akan keseniannya.Jangan terkejut dengan keadaan seperti ini(gambar di atas)kerana anda akan nampak lorong lorong kecil yang dilukis atau diwarnakan bukan satu ,tetapi banyak tidak terkira.Boleh nampak di situ,beberapa pasang kasut juga digantungkan di atas tiang lampu.Jangan gelarkan vandalism(vendalisme)kerana bagi penduduk tempatan,ianya seni. :-)
Sekali lagi bergambar di hadapan Flinders Street Station

Di hadapan Flinders Street Station pula terletaknya Federation Square.
Federation Square boleh saya katakan seperti laman budaya di tengah bandaraya ini.Lihat sahaja lah rekaan bangunan yang begitu artistik(gambar di atas).Ia merangkumi galeri kebudayaan,muzium,ruang pameran,auditorium,restoran,bar dan banyak lagi.Malah terdapat juga televisyen besar untuk tontonan umum,(seperti di Dataran Merdeka).
Kawasan di sini sangat luas,banyak gambar dirakamkan tetapi saya hanya lampirkan sekeping gambar sahaja
di sini.

Gambar kandid.Remaja ini berkali kali memberi isyarat memaksa kami mengambil gambar mereka :-)

    Perjalanan kami berhenti seketika untuk makan tengah hari.Destinasi pilihan tentunya Old Town Kopitiam Mamak http://www.oldtownkopitiam.com.au/.
Mempunyai dua buah cawangan iaitu Old Town Kopitiam Malaysian Cuisine dan Old Town Kopitiam Mamak.
Kami memilih cawangan yang halal,Old Town Kopitiam Mamak yang tereletak di Level 2, Shop 11, QV Square QV Building, Melbourne.
Bergambar di hadapan Old Town Kopitiam Mamak
Nasi Ayam Hainanese


Menu ini digelar Nasi Kandar,tetapi jangan samakan dengan nasi kandar di Malaysia,sangat berbeza.Nasi yang dihidangkan seperti nasi minyak,di samping papadom,lauk yg dipilih ayam korma,terung belacan dan udang sambal.

Horlick panas dan Old Town Teh C Special/3 colour tea.(teh 3 warna)


     Selesai makan tengah hari,kami meneruskan perjalanan dan berhenti seketika di hadapan perpustakaan ini(gambar bawah)



Perpustakaan yang dinamakan The State Library of Victoria terletak di tengah bandaraya.Apa yang saya baca di wikipedia,perpustakaan yang dibuka pada tahun 1856 ini mempunyai sebanyak 1.5juta buku!

Replika bangunan perpustakaan runtuh


Menunggu tram bandar(percuma) untuk ke Docklands.Tram di dalam gambar di atas istimewa dan berbeza kerana di dalamnya adalah restoran.Kepada yang berminat menikmati pemandangan bandaraya sambil menjamu selera,bolehlah menaiki tram ini,tetapi saya tidak pasti akan bayarannya.

Etihad Stadium yang  terletak di Docklands ini dibina dengan kos AUD460juta.
Lembu terbalik di Docklands

Inilah tram dalam bandar(percuma) yang membawa kami ke Docklands.Waktu perjalanan menaiki tram dari pusat bandaraya ke Dockland hanya mengambil masa kira kira 10minit.
Lebih kurang setengah jam di Docklands,kami masuk semula ke pusat bandar.


Papan nipis yang memagari kawasan yang masih dalam pembinaan bangunan juga boleh di jadikan tempat menunjukkan bakat seni.

Siapalah hamba Allah yang melukis di sini?

Ini bukan sangkar atau tempat pembuangan pasu tetapi ia adalah dekorasi di dalam sebuah kedai makan.Berjalan sehari suntuk,kini tiba lah masa untuk makan malam pula.Kami menuju ke Zam Zam Restaurant & Cafe
Di dalam kedai Zam Zam
Mee Goreng dan Teh Tarik
Murtabak Singapura dan Milo Ais

    Begitu banyak 'benda benda pelik' yang dapat dilihat sepanjang berjalan kaki untuk pulang ke hotel.Salah satunya ialah;
Bolehkah anda jumpa poster sebegini di negara kita atau iklan untuk membela anak kucing? :-)

     (16/02/2010)Sudah menjadi kebiasaan saya memang tidur lewat setiap malam,oleh kerana kami perlu bergerak menuju ke lapangan terbang pada awal pagi maka saya langsung tidak melelapkan mata sehingga lah kami daftar keluar dari hotel hampir jam 3 pagi.

Tiba di Lapangan Melbourne pada jam 3.30pagi.
Masa untuk pulang ke Perth.

Mengembara selama 4hari ini saya akui sangat mencabar.Tanpa perancangan awal dan persiapan rapi,ia hanya mengizinkan untuk kami tidur nyenyak lebih kurang 12-14 jam sahaja.
Bukan semua orang boleh dan minat mengembara,melancong backpacker ini.Saya dan suami dapat lakukan hanya 4hari sahaja.Australia sangat luas,InsyaAllah jika kami ingin lakukannya lagi,pasti akan mengambil masa berminggu minggu..
Jumpa kalian di lain hari dan waktu,jaga diri semua :-)