Sunday 31 January 2010

Buku Panduan Halal

1/2/2010
Assalamualaikum w.h.t,Salam Sejahtera

Bertemu kita dalam laman blog saya untuk kali kedua pada bulan baru ini :-)

    
Pasti anda ingin tahu lebih lanjut mengenai gambar di atas.
Ia adalah buku mini bertajuk 2010 Halal Outlets in Western Australia yang di keluarkan oleh ICWA(Islamic Council Of Western Australia).
Jika anda masih ingat dalam laman blog saya bertajuk Jalan Jalan Cari Makan,ada saya ceritakan disitu mengenai buku panduan halal yang sering menjadi rujukan saya dan suami.Jadi disini saya paparkan buku berkenaan kepada anda semua.

Terkandung beberapa kategori terdiri daripada restoran,kafe,kedai roti,kedai kebab,kedai menjual daging,dan pusat menyembelihan daging serta ayam halal.Tidak mampu mengira jumlah keseluruhan yang ada,malah menurut kata suami,masih ada banyak lagi kedai,restoran halal yang tidak disenaraikan di dalam buku tersebut.


Charco's , mempunyai beberapa cawangan yang menjual pelbagai pilihan daging ayam,kambing bakar dan juga beberapa variasi campuran salad.Menu wajib yang menjadi pilihan saya setiap kali datang kesini ialah rusuk kambing madu bakar :-)


Campuran salad dan ayam

Saya sisipkan di salah satu muka surat di dalam kategori  Manufacturers(pengilang/pembuatan).Dapat dilihat di bawah ini Perth Inflight Catering.Ianya bermaksud bekalan daging tidak kiralah ayam,lembu ataupun kambing,telah disahkan halal.Dalam erti kata yang lain,makanan yang diuruskan oleh katering untuk para penumpang dan untuk kesemua syarikat penerbangan yang keluar dari Perth adalah Halal!


Prestige adalah salah satu di antara syarikat pengeluar,penternak ayam halal yang terkenal dah juga kualiti serta mutu daging yang tidak dapat disangkal kehebatannya malah begitu terkenal di kalangan penduduk tempatan.Kebanyakan restoran restoran "orang putih" juga mengambil daging Prestige,cuma masalahnya majoriti mereka tidak tahu apakah itu halal dan mereka tidak tahu menahu tentang sijil halal yang dikeluarkan oleh ICWA.


Saya dan suami sudah lama juga mengenali Pretzos.(www.pretzos.com.au).
Sering kali melintas di depan gerai menjualnya sahaja sambil menghidu bau wangi doh roti yang sedang dibakar tetapi tidak berani mencuba kerana ada di antara menunya mempunyai kandungan daripada pepperoni,sosej dan bacon.
Sehinggalah pada awal tahun ini,apabila kami membelek helaian demi helaian buku panduan halal,barulah kami mendapat infomasi terkini!Lihat saja di bawah ini :-)


Singgah di salah satu cawangan Pretzos di Cockburn Gateway pada minggu lepas,saya membeli tiga jenis menu yang berbeze;
-Pepperoni & Cheeze
-Bacon & Cheeze
-Original Plain
Ketiga tiga dibeli dengan harga AUD15

Jika dilihat pada gambar nampak kecil kan?Tetapi sebenarnya menjamu sekeping sahaja sudah kenyang :-)
Pastinya saya akan menjadi salah seorang pelanggan tetap Pretzos pada masa akan datang.. :-)

































Februari

1/2/2010
Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Bahagia

                                                Sekuntum mawar merah sebuah puisi

                                                Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
                                                Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
                                                Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari....
                                                ......
                                                Sekuntum mawar merah sebuah puisi

                                                Di bulan Februari


Blog saya menyambut bulan Februari ini dengan bait bait indah di atas :-)
Harap selepas ini,masih ada yang setia mengikuti perkembangan blog saya.Seperti yang sedia maklum,saya memang suka mengambil gambar,boleh disebut sebagai hobi juga.Oleh kerana itu lah,saya sentiasa ingin berkongsi cerita apa sahaja mengenai gambar yang saya ambil terutamanya apabila saya sudah menetap di negara Kangaroo ini :-)
Kepada yang singgah di laman blog saya pada hari ini,saya hadiahkan dengan sekeping gambar istimewa :-)

                                      

*Maaf ya,bunga mawar merah belum ada dalam koleksi saya.Jadi saya gantikan dengan bunga lain merah jambu :-)

Saturday 30 January 2010

Jalan Jalan Cari Makan

31/1/2010
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra.

    Semasa saya melihat kembali  beberapa gambar yang saya ambil pada minggu lepas,tiba tiba tergerak hati ingin berkongsi cerita mengenai gambar gambar tersebut.Blog terakhir saya pada bulan Januari ini ialah berkenaan "Jalan Jalan Cari Makan"(JJCM) :-)
Buku panduan makanan,restoran,kedai daging halal yang dikeluarkan oleh Islamic Council Of Western Australia(ICWA) sering menjadi rujukan saya dan suami jika kami mahu JJCM.
                                                   CAFE 7 (Halal Western Food)

Cafe 7 beralamat di 127,the Broadview,Landsdale http://www.cafe7.com.au/. Jauh dari bandaraya,sehinggakan tersesat mencari restoran ini :-)Keadaan di dalam Cafe 7 nampak cantik berbanding jika dilihat dari luar.
Buku Menu

Chocolate Monkey :-)

 Potato wedges dipesan sebagai pembuka selera,dan dihidangkan dengan sweet chilli sauce dan sour cream.

 Seterusnya hidangan utama;Meatlover Pizza dan Stir Fry Beef Egg Noodle.

      Nampaknya hari kurang baik bersama Cafe7.Pizza dan mee rasa seperti serba serbinya kurang "umph",tetapi layanan dari pemilik dan pembantu Cafe7 memuaskan.

                                                             BATAVIA CORNER
   
     Restoran yang menghidangkan masakan dari Indonesia ini terletak di  912,Albany Highway,Victoria Park.Jika memandu untuk kesini dari rumah,ianya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja.Sudah beberapa kali saya menjamu selera di Batavia Corner,tetapi entah mengapa seperti tidak berkesempatan mengambil gambar.Kunjungan pada kali ini,barulah saya dapat merakamkan beberapa gambar :-)



(Gambar di atas)Sijil Halal ada dipaparkan di kaunter memesan makanan.
Menu yang sama sering kali dipesan apabila datang ke sini ialah;


                                                                        Tauhu Telur


Nasi Ayam Penyet dan Nasi Komplit(Nasi kuning,telur rebus,sayur urap,ayam goreng dan daging goreng)
*Sayur urap adalah kombinasi sayur dan digaul dengan kelapa parut(seperti inti pulut udang/pulut panggang)
Selamat Menjamu Selera!dan semestinya akan datang lagi ke sini :-)

Thursday 28 January 2010

Filem dan Panggung Wayang

Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Muhibbah,

Bertemu kembali  :-)

          Sudah hampir 4bulan saya menetap di Perth,dan saya baru 2kali berpeluang menonton wayang.Pertama kali pada 3/1/2010 dengan menonton filem Did You Hear About The Morgan di Ace Cinema,Subiaco(barat dari bandaraya Perth). Ace Cinema dapat dilihat seperti berada di dalam rumah banglo.Kecil sahaja tempatnya tetapi nampak begitu santai.

           Ace Cinema Subiaco

                                                              Tiket berharga AUD16.50 untuk setiap orang
Ace Cinema Subiaco
    

Saturday 23 January 2010

Mari Makan Makan

ASSALAMUALAIKUM WHT,dan SALAM HUJUNG MINGGU

Syukur.... :-)
     Setelah saya"berdiam diri" seketika,hari ini dapat juga saya menjengah ke sini.Oleh kerana komputer riba saya mengalami sedikit masalah,maka terbatas untuk saya melayari internet.Di kesempatan saya dapat menggunakan internet buat sementara waktu ini,izinkan saya berbual bicara sebentar :-)

     Teruja pula ingin bercerita mengenai aktiviti bersama suami beberapa hari yg lepas.Seperti kebiasaan,apabila suami pulang bercuti dari bekerja,kami akan keluar berjalan dan sentiasa mencari serta mencuba menikmati makanan makanan halal di serata Perth.
Suami mengambil keputusan untuk membawa saya ke Marangaroo,utara Perth.Katanya kedai makan yang bakal kami kunjungi ini,akan membuat kan saya tertarik.Tertanya tanya juga,mengapa dan apa yang membuatkan saya akan tertarik?

     Kami tiba di Suria Take Away sekitar jam 5.35minit petang.

                                            Suria Take Away,www.suriatakeaway.com

     Sambil kaki melangkah masuk,saya masih terfikir,apakah yang istimewanya?Jika dilihat dari luar,kedai Suria Take Away ini,sama sahaja seperti kedai kedai makan yang lain.
Masuk ke dalam Suria Take Away,suami memberi salam kepada pembantu kedai di kaunter hadapan,manakala saya pula memerhati keadaan sekeliling kedai.Terdengar pertanyaan suami kepada pembantu kedai,mahu berjumpa dgn abang Hisham.Saya terkejut kerana suami kenal dengan seseorang di kedai ini,dan belum sempat untuk berfikir panjang,saya terus dibawa suami dan pembantu tadi,masuk
ke dapur.

     Suami memperkenalkan kepada saya ke semua mereka yang berada di dapur ketika itu.Rupa rupanya barulah saya tahu,Suria Take Away ini adalah perniagaan keluarga yang dimiliki oleh Encik Hisham Ahrone.
Suami saya mula mengenali keluarga Encik Hisham semasa di Perth sejak dari awal 90an lagi.
Encik Ahrone,(bapa Encik Hisham)adalah anak jati Australia.Beliau bertemu jodoh dan berkahwin dengan Puan Ainon,anak jati dari Manjung,Perak.Dikurniakan dua orang cahayamata lelaki iaitu Encik Hisham,dan Encik Hairul.Mereka juga dilahir dan dibesarkan di Perth.Lebih menarik dan mengejutkan perhatian saya,kedua menantu bagi pasangan Encik Ahrone dan Puan Ainun ini,adalah wanita yang berasal dari Pasir Putih,Ipoh dan Sitiawan Perak.
Walaupun Encik Ahrone dilahir dan dibesarkan di Australia,tetapi pada sejarah keturunannya yang terdahulu,semuanya berasal dari negeri Perak juga.

Dari Kiri ke Kanan,Puan Lin(Isteri Encik Hisham) beserta dua orang anak tiri beliau,diikuti Encik Ahrone dan Puan Ainon


     Kini,barulah saya tahu,suami sebenarnya ingin memperkenalkan kepada saya kenalan lama beliau,yang boleh saya katakan "orang kampung"saya sendiri! :-)
Tentu sekali berbeza sedikit perasaan saya pada ketika itu.Gembira dapat berjumpa "orang kampung",di tambah pula dengan hiasan dalam kedai yang membuatkan hati saya sedikit tersentuh.Lihat saja pada gambar di bawah ini;

       Bendera Australia,Jalur Gemilang dan Wau Bulan antara yang dihiaskan di satu sudut.

    Setelah menghabiskan sedikit masa berbual dan bergambar bersama mereka,baru lah kami memesan makanan,dan mengambil tempat duduk.

Encik Hisham Ahrone,pemilik Suria Take Away


                                                       Kami membaca dan melihat menu

Tidak lama untuk menunggu pesanan kami tadi,akhirnya Encik Hisham menghantar minuman,seterusnya hidangan utama kami.Sila lihat gambar di bawah ya :-)

Mee Rebus Pilihan Saya

                                                                Mee Goreng Pilihan Suami

Membaca majalah EH!,Jelita dan Hai,sambil menikmati ais kacang sebagai pencuci mulut

Gambar diambil setelah kami berdua kekenyangan.Dapat dilihat di situ minuman saya,teh ais,manakala suami pula teh tarik.

 
     Syukur Alhamdulilah,kami sangat berpuas hati menjamu selera di Suria Take Away sambil terhibur dengan Era.Fm,Rentak Muzik Terkini(Puan Lin mendengar Era.Fm menerusi internet),di tambah pula dengan layanan oleh Encik Hisham sekeluarga.
Saya berbangga melihat Jalur Gemilang di Suria Take Away ini,malah terharu dengan Encik Ahrone dan Puan Ainon kerana,walaupun sudah bermaustatin di bumi Kangaroo ini,beliau sekeluarga masih tidak melupakan tanah air tercinta dan mengekalkan konsep kemelayuan di Suria Take Away ini.

     Memasuki kereta untuk pulang dengan perut yang begitu "sendat" ,lantas suami berkata,"InsyaAllah,kita akan datang lagi ke sini".. :-)

Monday 11 January 2010

MALAYSIA OH MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM WHT,dan SALAM MESRA

   Bertemu kita kembali.Terasa hari ini seperti ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama,sekadar ingin bercerita :-)

    Sebelum saya melelapkan mata di awal pagi tadi,saya sempat melayari internet untuk mengetahui ramalam cuaca di Australia(http://www.bom.gov.au/)
Walaupun sekarang ini musim panas(Summer) di negara 'Downunder' ini,tetapi setiap hari cuaca dan suhu boleh berubah dengan mendadak.Oleh kerana itu lah,sudah menjadi rutin harian bagi saya untuk mengetahui suhu dan cuaca terkini.
Melihat kepada cuaca di Perth pada awal hari ini,agak 'sejuk' sedikit(suhu sekitar 16-24degree celcius)jadi saya mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin pada tengah hari nya.

     Perjalanan berjalan kaki dari rumah untuk ke 'city',hanya mengambil masa antara 10 dan 15 minit sahaja.Saya lebih suka berjalan kaki berbanding menaiki bas awam percuma(CAT),dan ia ibarat senaman bagi saya :-)
Sambil menjamu mata melihat gelagat penduduk tempatan serta pelancong,perut pula berkeroncong.
Terus terlintas di kepala ialah Maya Masala( http://www.mayamasala.net/)
Maya Masala terletak di dalam gerai makan(food court) di pusat membeli belah enex100.
Syukur Alhamdulilah nasi,ayam mentega,kambing masakan ala India dah roti nan bawang putih membuatkan saya kekenyangan :-)
Oleh kerana keadaan ruang makan(food court) yang bersih,tempat duduk yang selesa jadi saya mengambil sedikit masa lagi utuk berehat.Sambil duduk menghabis kan minuman,saya melihat buku promosi dari kedai elektronik,camera,dan video(http://www.jbhifi.com.au/).
Helaian demi helain diselak,tiba tiba ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya.Promosi harga murah bagi pemacu kilat USB(USB Flash Drive/Thumbdrive).Pelbagai pilihan jenama,harga dan saiz yang di tawarkan.
Selesai menghabiskan minuman,tanpa berlengah lagi saya menuju ke jb hi fi.Semestinya yang menjadi pilihan di hati saya ialah "thumbdrive" yg harganya paling murah.Di bawah ini,saya sertakan gambar "thumbdrive" terbaru saya :-)




4GB berharga AUD 15
    
     Melangkah keluar dari kedai jb hi fi,hati tertanya pula kemana seterusnya?Baiklah,tanpa berfikir panjang,saya terus ke kedai cenderahati(souvenir).Sambil melihat dan membelek baju baju Australia,saya di tegur, "awak ini orang Indonesia?"Lantas saya menjawab sambil tersenyum,"Tidak,saya orang MALAYSIA"  :-)
Saya di tanya lagi soalan seterusnya,"Tinggal di sini?",..
"Ya,saya tinggal di sini!" :-)
Pertanyaan dan persoalan itu berakhir begitu sahaja.Sejak awal lagi saya sudah nampak "bapak" ini bersama rakan rakan mereka.Mendengar dari bahasa dan pakaian mereka,saya tahu mereka dari Indonesia.

     Seronok pula rasanya apabila saya di tegur :-),berbangga juga apabila negara kita serumpun bersama negara negara jiran yang lain.
Sesudah keluar dari kedai itu,saya singgah ke beberapa lagi kedai "souvenir",sehinggalah kedai yang terakhir yang mencuri tumpuan saya untuk masuk menjengah.
Antara sebab saya berminat untuk masuk ke kedai ini ialah:
1)Saya pernah membeli ole ole di kedai yang sama ketika pertama kali datang ke sini beberapa tahun lalu,
2)Promosi barang murah seperti T-Shirt,sudah digantung di luar pintu masuk,
3)Terdengar lagu arab berkumandang di radio di dalam kedai.

     Hati lebih kuat ingin tahu siapkah yang mendengar musik ini?Masuk ke dalam kedai,saya melihat pelbagai promosi dan harganya murah dari kedai yang lain.Apa yang ingin di beli ya?Mata memandang ke arah kaunter,ingin tahu lagi siapa si pendengar lagu itu.Tidak ada jawapan,kerana saya tidak nampak sesiapa yang berdiri di situ,pekerja pekerjanya sibuk melayan pelanggan agaknya.
Saya di sapa oleh seorang wanita yang peramah,memberitahu saya barang yang saya lihat itu ada promosi murah.Hati kecil berkata,oooo rupanya wanita ini orang jepun :-)

     Meneruskan 'pencarian' di dalam kedai,tidak tahu apa yang hendak di beli,sekadar mencuci mata sahaja.Saya diberikan bakul kecil oleh wanita jepun ini yang saya pasti pembantu atau pemilik kedai.Tiba2 saya tertarik perhatian pula pada bahagian menjual rantai kunci(keychain).Ternyata ianya cantik dan murah.Sambil memilih,saya di sapa oleh seorang lelaki,katanya rantai kunci ini murah,tidak dapat di kedai lain :-) saya mengiya sahaja,kerana tidak dapat di sangkal apa yang di katakannya.Saya di tanya adakah saya dari MALAYSIA?Adakah saya Muslim?Semua saya mengakuinya,lantas lelaki ini menghulurkan salam,Assalamualaikum.Sebelum hendak membayar barang yang saya beli,kami sempat berbual bual dan saya bertanya beberapa soalan :-)
Beliau berasal dari Iran dan sudah 4 tahun menetap di sini,manakala wanita yang menyapa saya seawal saya memasuki kedai itu adalah isteri beliau yang berasal dari Jepun,tanpa lengah beliau memberitahu isterinya yang sedang sibuk melayan pelanggan bahawa saya seorang Muslim.Isterinya terus memberikan salam kepada saya :-)

     Patut la semasa saya berjalan di dalam kedai,saya terdengar si isteri berbual bersama si suami,tetapi saya tidak faham.Rupa rupanya si isteri bertutur bahasa Arab.Agak kelakar juga bila lidah orang Jepun berbahasa
Arab :-) Selepas membayar barang yang dibeli,beliau memulangkan baki dengan ucapan TERIMA KASIH.
Sebelum meninggalkan kedai,sempat kami berbalas salam dan saya meninggalkan kedai dengan senyuman di hati :-)Teringat ketika saya datang ke kedai itu beberapa tahun lepas,saya tidak berjumpa dgn lelaki Iran ini.Mungkin pada masa itu,kedai berkenaan masih menjadi milik orang lain.





  
      Apa yang saya cerita kan di atas,seperti dua kejadian saya di tegur siang tadi,amat selalu saya hadapinya ketika saya bekerja sebagai pramugari dahulu.Di merata rata negara,ramai yang kenal kita orang Asia,ramai yang tahu kita ini orang MALAYSIA,dan ramai yang kenal MALAYSIA dgn KLCC,APA KHABAR,TERIMA KASIH.Sudah biasa bagi saya sebenarnya,cuma yang berbeza sedikit adalah sejak saya menetap di Perth, ini lah pertama kali saya di tegur sebegini ketika saya sedang membeli belah.Teringat pula seperti saya masih lagi pelancong,dan pramugari pula :-)
Saya bukan lagi pelancong di Australia,saya sudah menetap di sini,Perth rumah kedua saya.Tidak sabar rasanya menunggu dan untuk membawa ahli keluarga saya berjalan jalan di Perth kelak serta membawa mereka ke kedai pasangan Muslim yang sangat peramah apabila melayan pelanggan ini.

     Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.Sejauh mana saya pergi,sejauh mana saya melangkah,...MALAYSIA tetap di hati.Saya berbangga dan InsyaAllah akan saya bawa imej ini untuk selamanya.Saya umat ISLAM,bangsa MELAYU dan rakyat MALAYSIA!!


Tempat jatuh lagi di kenang.......



Saturday 9 January 2010

Gambar+Kamera=Fotografi

 Assalamualaikum w.h.t, dan salam mesra.

     Topik perbualan saya pada hari ini ialah berkenaan dengan gambar,kamera dan fotografi.

     Ramai kenalan rapat memang kenal siapa saya.Syarimah dan kamera memang agak sukar untuk di pisahkan.Kamera sentiasa menjadi peneman saya sejak dari zaman persekolahan sehinggalah ke hari ini..
Minat untuk bergambar,bergaya di depan kamera sudah biasa bagi saya sejak dari kanak-kanak lagi.Seawal umur 5 tahun saya sudah pandai bergincu,memakai pewarna kuku,dan berjalan memakai kasut tinggi kepunyaan kakak-kakak saya. :-) Semasa kecil saya sudah terdedah dengan dunia kecantikan,modelling,ini kerana kesemua kakak saya bekerjaya sebagai model sambilan.Saya pasti faktor ini membuatkan saya jatuh cinta dalam "dunia bergambar"

    Apabila usia menginjak remaja,saya menceburi bidang modelling secara sambilan.Hobi ini berterusan selepas tamat persekolahan.Pernah memperagakan pakaian dan berjalan di hadapan tetamu di atas "runway",bergambar untuk beberapa majalah,dan di paparkan beberapa aktiviti saya bersama Puteri UMNO di dalam beberapa surat khabar utama.Pengalaman bekerjasama dgn ramai jurukamera dan di temubual oleh beberapa wartawan(termasuklah wartawan Azrinaz Mazhar Hakim yang kini menjadi isteri Sultan Brunei),amatlah saya hargai dan tidak akan saya lupakan sampai bila bila.


   
     Pernah terlintas untuk menceburi kerjaya "terbang" iaitu pramugari.Semua orang tahu kerjaya ini  memperolehi gaji yang besar,dapat melancong dan yang paling penting,sejak kecil saya amat menyukai pakaian seragam pramugari MAS.Pada tahun 1993,saya pernah melihat dan memegang pakaian seragam itu,alangkah seronoknya :-) Pakaian itu milik rakan kepada abang saya.

Tetapi pada ketika itu minat,cita cita saya lebih dalam dan menebal untuk menjadi pereka fesyen dan model sambilan.


    
      Pada tahun 2004,saya di suruh oleh arwah bapa untuk pergi ke temuduga sebagai pramugari MAS.Sedikit kelakar kerana saya tidak memperdulikan apa yg di suruh oleh arwah.Ketika itu saya amat sibuk dengan pelbagai aktiviti Puteri UMNO,juru andam sambilan,dan berulang alik ke Kuala Lumpur untuk beberapa sesi fotografi.
Entah mengapa,dan bagaikan tidak percaya,seminggu selepas itu,saya masuk ke dalam stor di rumah,mencari semula surat khabar mengenai temuduga MAS.Melihat pada tarikh temuduga,saya masih berlum terlambat.Saya sempat membuat persiapan dan menyediakan semua dokumen yang di kehendaki.Saya pernah menghadiri temuduga jawatan pramugari Air Asia di Ipoh dan berjaya di temuduga ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur,oleh itu pengalaman yang ada itu saya gunakan sepenuhnya untuk temuduga bersama MAS.

    Benar kata orang,rezeki ada di mana mana,dan setiap apa yang berlaku sudah tertulis dan ada hikmahnya.
Syukur Alhamdulilah,dengan rasminya pada Oktober 2004,saya  bertugas sebagai pramugari MAS.
Jika pada masa itu arwah bapa tidak menyuruh saya pergi ke temuduga MAS,mungkin hari ini saya sudah menjadi pereka fesyen :-)
Semasa menjalani latihan selama 4 bulan di Malaysia Airlines Academy,boleh di katakan saya lah "camerawoman" bagi pihak kelas :)
Rakan sekelas tahu,saya adalah "tauke gambar".Setiap hari tanpa gagal saya bergambar dan mengambil gambar.Mereka juga sanggup membeli gambar gambar dari saya.Hmmm bisnes kecil kecilan :-)
    
    Kerjaya sebagai pramugari ini amat mencabar,dan meletihkan.Tetapi penat lelah berbaloi apabila bonusnya kita dapat melancong ke merata negara.
Bagaimana pentingnya passport perlu dibawa semasa bekerja,begitu juga pentingnya kamera saya!Saya tidak akan terbang tanpa kamera :-)
Sepanjang saya terbang di  awan biru selama 5tahun,saya sudah menukar ganti 3 kamera digital.Yang pertama adalah kamera digital Fujifilm,kedua Nikon dan yang ketiga Samsung.Walaupun saya suka bergambar,dan mengambil gambar,tetapi tidaklah saya suka mengumpul bermacam macam jenis kamera.Bagi saya,satu kamera sudah cukup,mengapa perlu membazir.
Sangat berbaloi apabila saya menggunakan satu kamera sehingga rosak dan kemudian menggantikan dengan yang baru,dan begitu lah seterusnya sehingga saya menukar sebanyak 3 kali.Saya berpuas hati kerana kesemua "anak kecil" ini sudah merakamkan seribu satu wajah dan keindahan alam semula jadi  di serata dunia!


-Gambar di sebelah kanan atas ini dirakamkan di Hong Kong menggunakan kamera digital Fujifilm
-Gambar atas di kanan bawah ini dirakamkan di Puncak Gunung Kinabalu menggunakan kamera digital Nikon