Monday 27 December 2010

Memori

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Mana mungkin dapat saya lupakan tanggal 27hb Disember,di mana tiga tahun yang lalu pada tarikh tersebut,saya bertemu buat pertama kali dengan seorang insan istimewa yang kini telah menjadi suami saya.

Berkenalan pada bulan September 2007 dan tiga bulan selepas itu memulakan pertemuan pertama di Perth serta dalam waktu yang sama berjumpa dan berkenalan dengan ibu beliau,iaitu ibu mentua saya.
Berlatar belakangkan bandaraya Perth pada musim panas dengan langit membiru (27/12/2007)
Di Kings Park (27/12/2007)
Cottosloe Beach ketika matahari terbenam (27/12/2007)

Alhamdulilah,perkenalan kami akhirnya membawa ke jinjang pelamin :-)

Saturday 18 December 2010

Keindahan Ciptaan Nya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hari Ahad

Saya teruja ingin berkongsi dua gambar yang saya rakamkan secara sepontan di balkoni rumah pada minggu lalu.

Di dalam dua kejadian yang berbeza,saya dengan pantas mengambil kamera untuk merakamkan keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Berkuasa.Pertama,pemandangan selepas hujan serta ribut petir dan dalam masa yang sama matahari hampir melabuhkan tirainya pada hari itu.


Gambar kedua pula saya rakamkan selepas hujan panas sekitar jam 5petang.


Boleh saya katakan di sini,inilah pengalaman kali kedua di sepanjang hidup,saya melihat depan mata sendiri pelangi yang penuh dengan lingkarannya.Amat menakjubkan dan memang tidak terkata.Hanya gambar yang dapat menterjemahkan perasaan saya akan kejadian alam semulajadi ini.

Hadiah Dari Malaysia

Assalamualaikum w.h.t. dan Salam Hujung Minggu

Walaupun sambutan hari lahir saya sudah berlalu,tetapi saya masih menerima hadiah dan lebih istimewa, saya terima dari keluarga di Malaysia.

Bungkusan pertama saya terima pada 12hb Disember
Dikirimkan oleh kakak saya

Manakala bungkusan kedua pula tiba pada 17hb Disember yang dihantar oleh anak saudara saya dari Alor Star iaitu Cek Intan.




Terima kasih sekali lagi kepada keluarga di atas pemberian hadiah berkenaan :-)

Tuesday 14 December 2010

Kenangan Manis

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Pada pendapat saya,apa sahaja perkara baik yang telah terjadi di dalam kehidupan selama ini,saya sematkan ianya sebagai kenangan manis.
Saya rasa sangat beruntung dan bertuah kerana sepanjang pembabitan saya di dalam aktiviti bersama Puteri UMNO hampir 10 tahun yang lalu,saya dapat bertemu dengan ramai ahli politik serta negarawan negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.Tidak berhenti setakat itu,ketika kerjaya saya berkembang bersama Penerbangan Malaysia,saya berpeluang bertemu dengan ramai insan ternama,ahli politik,artis luar negara,pereka kasut mendiang Puteri Diana iaitu Datuk Jimmy Choo,Yang Di Pertuan Agung serta ramai lagi.

Sangkaan saya apabila sudah berpindah ke Australia,peluang untuk berjumpa dan bertemu dengan mereka di dalam golongan di atas tidak akan terlaksana.Lapan bulan yang lepas,saya berpeluang bertemu dengan salah seorang ahli politik kerajaan negeri Australia Barat serta dapat membuat lawatan ke seluruh pelusuk dalam bangunan Parlimen di Perth.Saya berbangga dapat menggayakan baju kebangsaan di dalam Parlimen :-)
Kenangan bergambar bersama suami dan Ed Dermer di luar pintu masuk utama bangunan Parlimen Australia Barat
Ed Dermer adalah sahabat suami saya,oleh kerana itulah saya berpeluang menyertai lawatan tersebut.Beliau juga pernah mengirimkan kad ucapan tahniah ke Ipoh Perak sempana perkahwinan saya,malah setiap tahun tanpa gagal beliau tidak lupa mengirimkan kad hari raya untuk suami saya.

Seterusnya,ingin saya ceritakan kepada anda kenangan manis yang pasti tidak akan saya lupakan hingga akhir hayat iaitu dapat berjumpa dengan lebih dekat dengan insan berpengaruh dunia atau lebih dikenali sebagai ratu hos rancangan bual bicara Amerika Syarikat iaitu OPRAH WINFREY!

Oprah yang tiba di Australia minggu lepas dalam rangka lawatan rasmi serta baru siang tadi  merakamkan dua buah rancangan beliau di Sydney Opera House.Pada hari Jumaat bersamaan 10hb Disember,Oprah buat julung kalinya bertemu dengan para peminat beliau di Federation Square,Melbourne.Kehadiran beliau yang diiringi bersama Perdana Menteri Australia,Julia Gillard serta Menteri Besar Victoria,Ted Baillieu adalah satu satunya penampilan di khalayak umum.
Poster menyambut kedatangan Oprah ke Melbourne
Puluhan ribu orang membanjiri Federation Square
Sabar menunggu kehadiran Oprah
Oprah hadir bersama Perdana Menteri Australia(berbaju putih) dan Menteri Besar Victoria bersut hitam.Mungkin juga Oprah sedang memandang ke arah kamera saya pada waktu ini :-)
Dua wanita berpengaruh di dalam dua bidang berbeza
Penat menunggu berjam jam sangatlah berbaloi kerana akhirnya saya dapat bertemu dengan lebih dekat lagi(dalam jarak 20 meter) insan ternama,pemurah,penyayang iaitu Oprah Winfrey,dan dalam waktu yang sama saya dapat bertemu buat pertama kali dengan Perdana Menteri Australia dan Menteri Besar Victoria serta penyanyi terkenal Australia iaitu Jessica Mouboy dan Human Nature yang masing masing sudah menempa nama di Amerika Syarikat(mereka membuat persembahan hiburan sebelum ketibaan Oprah),tidak dilupai juga Carrie Brickmore,selebriti dan pengacara televisyen terkenal negara yang merangkap hos pada hari itu.

Semuanya dalam satu masa!Sekali lagi,....saya sangat gembira bertemu dengan Oprah Winfrey.  :-)

Sekian

Sunday 12 December 2010

Si Dia

Assalamualaikum w.h.t dan Bertemu Kembali

"Pada 19hb November yang lepas aku bermimpi dia datang ke rumah ku di Melbourne.Aku pasti dia datang untuk menjengukku.Aku merindui dia,dan barangkali dia juga merindui aku...Aku sangat gembira kerana aku berpeluang berjumpa dengan dengan dia walaupun hanya di dalam mimpi.
Malam Khamis minggu lalu,aku membaca surah Yassin selepas solat Maghrib.Tanpa sedar mutiara jernih jatuh bercucuran kerana aku teringatkan dia.
Sama juga yang terjadi selepas solat Maghrib malam tadi,sekali lagi air mataku mengalir deras semasa aku membaca surah Yassin.Aku rindu dia,aku rindu untuk bercakap dengan dia,aku rindu untuk mencium tangan dia,aku rindu untuk memeluk dia,aku rindu...Semoga aku dapat bertemu lagi dengan dia di dalam mimpi pada masa akan datang..."



                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************

                                                     **************************



                                                           AL-FATIHAH.....

Saturday 11 December 2010

Ghost Tour

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Hari ini,genap satu minggu saya merasai pengalaman melawat beberapa kawasan yang dikatakan berhantu dan misteri di dalam bandaraya Melbourne.  ( "The Haunted Melbourne Ghost Tour" )
Cuaca pada hari Sabtu yang lepas adalah sangat baik dan membuatkan kami (saya,suami dan seorang lagi rakan) pergi ke The Haunted Bookshop yang terletak di alamat  15,Mc Killop Street,Melbourne untuk membuat bayaran Ghost Tour.
Bayaran yang dikenakan bagi setiap orang dewasa ialah 20dollar dan perlu di tiba di kedai buku itu pada jam 8.30malam.
Untuk maklumat tambahan,The Haunted Bookshop adalah kedai menjual buku-buku berunsur misteri,alam ghaib malah pengunjung juga boleh menilik nasib (www.haunted.com.au),manakala Ghost Tour di adakan setiap malam Sabtu.

The Haunted Bookshop dan The Haunted Melbourne Ghost Tour telah diasaskan oleh Drew Sinton, seorang bekas pengacara televisyen pada tahun 1997.Imej beliau agak sedikit pelik dan nampak seperti ahli sihir.Biarpun beliau sering di cemuh atau di persendakan dengan imej sedemikian serta Ghost Tour yang telah beliau anjurkan,namun beliau tidak pernah berputus asa malah perniagaan beliau telah memenangi pelbagai anugerah serta menjana pendapatan industri pelancongan.Ghost Tour tersebut juga telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri.
Daripada berpuluh gambar yang saya rakamkan,di sini saya kongsikan bersama anda hanya beberapa sahaja.Di harap anda juga terhibur atau mendapat sedikit informasi.

The Haunted Bookshop
Tiket sebagai bukti pembayaran
Muka pintu kedai buku
Dekorasi dalaman kedai dihias untuk nampak lagi menyeramkan.Dari anak tangga boleh di lihat replika tengkorak.
Menunggu di luar kedai sekitar jam 8.30malam
Memulakan perjalanan berjalan kaki bersama Drew Sinton
Misteri jelmaan bayang bayang hitam
Misteri nombor 13
Jabatan Perubatan Forensik adalah salah satu bangunan lama yang berhantu
Di Flagstaff Garden
Dinding batu asal tempat perkuburan
Bekas tapak tanah perkuburan
Yang menarik pada dua gambar terakhir ialah kawasan ini adalah bekas tanah perkuburan terbesar pelbagai kepercayaan agama beratus tahun yang lalu.Adakah anda dapat mengagak bangunan atau tempat apa yang kami lawati ini?
Sekarang tempat ini adalah tarikan pelancong yang sangat popular iaitu Queen Victoria Market.Pasar ini 'lahir' pada tahun 1878,oleh itu tentu anda sudah mendapat gambaran betapa lama usia asal tapak tanah perkuburan tersebut.

Dua jam perjalanan berjalan kaki yang berakhir hampir jam 11.30malam itu sedikit sebanyak memberi pengetahuan tambahan kepada pelancong serta penduduk tempatan seperti kami.
Jika anda datang melancong ke Australia khususnya ke Melbourne,jangan lupa menyertai Ghost Tour ini.



Thursday 9 December 2010

Alasya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Pada minggu lalu,saya telah berkunjung ke sebuah restoran Turki yang diberi nama 'Alasya' yang beralamat di 555,Sydney Road,Brunswick. Restoran Alasya telah di warisi turun temurun sehinggalah sekarang telah masuk 32 tahun usia perniagaannya.(www.alasya.com.au)

Menu Restoran Turki Alasya
3 buah kedai dijadikan restoran
Alasya

Kami telah mencuba empat jenis hidangan iaitu :-
1- Spinach& Cheese Borek, (Borek dalam bahasa Turki ialah adunan pastri berinti)yang menyerupai seperti murtabak.
2- Garlic bread (roti bawang putih)
3-Lamb Chop (daging kambing yang di hiris beberapa keping)
4- Samsun Pide (campuran daging cincang,sayur pasli dan herba)
*Pide dalam bahasa Turki sama seperti Borek*

Spinach & Cheese Borek
Garlic Bread dan Lamb Chop/Lamb Cutlet
Samsun Pide
Kami tidak menyangka bahawa hidangan yang kami pesan sangat besar dan banyak,walhal setiap hidangan cadangan untuk satu orang.Memang berbaloi datang ke Alasya sehinggakan kami terpaksa membawa pulang baki makanan yang sudah tidak mampu untuk dijamah. :-)

Tuesday 7 December 2010

Tahniah Kusyi Hirdan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Bangun pagi tadi saya telah mendapat berita gembira dari Malaysia iaitu idola saya,Kusyi Hirdan telah mendapat Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-19 bagi kategori buku kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hadiah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertama kali saya bertemu dengan Kusyi Hirdan(sahabat suami saya) atau saya lebih selesa memanggil beliau Kak Kusyi adalah di Perth,Australia pada bulan Ogos tahun lalu dan ibu saya turut serta pada ketika itu.Di situlah baru saya mengetahui yang beliau seorang wartawan dan juga penulis novel.
Saya rasakan seperti sudah mengenali Kak Kusyi bertahun lamanya.Ini disebabkan beliau seorang yang peramah,kelakar dan yang lebih istimewa ialah kami berasal dari negeri yang sama.Kata orang 'sekampung' :-) .Malah perbualan antara saya,ibu dan Kak Kusyi begitu bersahaja kerana kami menggunakan bahasa negeri Perak :-)

Perth adalah destinasi pertemuan pertama saya dan Kak Kusyi
Satu bulan berikutnya,kami bertemu semula di majlis pernikahan dan persandingan saya yang di adakan di Ipoh Perak.
Kak Kusyi membantu dalam sesi fotografi di hari pernikahan
Menerima hadiah kejutan dari Kak Kusyi apabila artikel perkahwinan saya diterbitkan di keluaran Jelita Disember 2009

Walaupun pertemuan kami baru dua kali,namun persahabatan tetap terjalin sehingga ke hari ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti  telefon dan e-mel.
Seperti yang saya katakan di atas,saya mengaggap Kak Kusyi sebagai idola saya kerana selepas mengenali beliau,minat saya dalam bidang penulisan semakin tinggi tambahan pula dengan sedikit ruang yang pernah diberikan oleh beliau untuk saya menulis dan artikel tersebut telah disiarkan di dada akhbar.

Berjaya menghasilkan lebih 30 buah novel serta merangkul pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa,wanita yang cekal lagi tabah ini tetapi mengekalkan sifat ramah tamah dan merendah diri.Saya pasti faktor itulah kunci kepada kejayaan demi kejayaan yang beliau kecapi.

Siapa yang tidak bangga jika blog atau hasil karya penulisan kita mendapat perhatian dan menarik minat pembaca yang bergelar wartawan atau penulis yang disegani seperti Kak Kusyi?
Itulah yang saya rasai apabila Kak Kusyi sudi meluangkan sedikit masa beliau menjengah ke ruangan Terjemahan Hati dan pernah memberi kata kata perangsang kepada saya :-)

Doa dan harapan saya kepada Kak Kusyi ialah semoga beliau lebih berjaya di masa akan datang,sabar dan tabah dalam meneruskan kerjaya yang diceburi.InsyaAllah kita berjumpa lagi apabila saya pulang bercuti  :-)

Setakat ini dahulu coretan saya buat anda semua,sampai berjumpa lagi di ruangan Terjemahan Hati pada masa akan datang,sekian.

Monday 6 December 2010

1 Muharram 1432 Hijrah

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Maal Hijrah

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru,Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca setia Terjemahan Hati.
Semoga tahun baru ini akan membawa keberkatan kepada kita semua,InsyaAllah,..Amin..

Selamat Datang Musim Panas

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

1hb Disember setiap tahun adalah tarikh rasmi bermulanya musim panas sepanjang 3 bulan di negara Australia dan New Zealand.
Australia mempunyai tujuh buah negeri tetapi bagi setiap empat musim dalam satu tahun,suhu di negeri masing masing tidak sama.Seperti contoh,jika musim sejuk negeri yang mencapai suhu paling rendah sepanjang musim adalah di Tasmania dan Canberra,manakala jika musim panas pula suhu maksimum yang boleh mencecah lebih 50 darjah selsius adalah di negeri Australia Barat.

Walaupun musim panas,setiap negeri masih menerima taburan hujan yang jumlah puratanya berlainan dari setiap negeri.
Di Melbourne,sukar dan jarang untuk saya lihat langit membiru tanpa awan kerana di sini boleh dikatakan setiap hari hujan turun,samada gerimis ataupun hujan lebat.

Pada hari Ahad yang lepas saya dan suami mengambil kesempatan untuk keluar bersiar siar kerana cuaca panas dan langit cerah.Boleh saya katakan di sini,musim panas dengan langit terang membiru tanpa gumpalan awan yang paling cantik dan hebat adalah di Perth,Australia Barat.

Saya sertakan di sini beberapa gambar yang dirakamkan ketika kami menghabiskan waktu hujung minggu bersama ;
Berjalan di sepanjang Sungai Yarra
Sekitar jam 3petang
Di hadapan Pusat Konvensyen Melbourne

Selepas penat berjalan dan bersiar,kami singgah di pusat membeli belah untuk minum petang.

Dark Chocolate Mud Cake
Brunetti di Myer
Saya berharap cuaca pada musim panas ini mengizinkan saya untuk lebih banyak berkongsi gambar dan cerita menarik bersama anda semua,InsyaAllah.

Sunday 5 December 2010

Kasut Baru

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Ketika zaman persekolahan saya, jenama kasut ini amatlah terkenal dan menjadi pilihan terutamanya kaum remaja sehinggalah yang dewasa tidak kira perempuan atau lelaki. Tetapi di sepanjang kehidupan ini, saya langsung tidak berminat atau berniat untuk membelinya. Mungkin saya rasakan imej keperempuanan dan kewanitaan saya tidak sesuai untuk memakai kasut ini, tambahan pula harganya agak mahal. Beberapa hari yang lepas,apabila suami merindui dan mahu membeli kasut baru jenama berkenaan, maka saya pula tergerak hati untuk membeli sepasang untuk koleksi terbaru saya.
Adakah anda dapat meneka kasut apa yang saya maksudkan? Jawapannya ialah;
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *

                               Converse All Star!

Ya,bagaikan tidak percaya akhirnya saya memiliki sepasang kasut jenama Converse All Star yang sebelum ini saya langsung tidak berminat dengannya.
Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru seperti memakai kasut ini sementara umur masih muda. Jika kemudian hari apabila sudah berumur baru hendak memakainya, akan ada pula yang berkata 'buang tabiat'. :-)

Kasut berwarna biru adalah milik saya, manakala kelabu milik suami.
Mengimbas kenangan semasa saya bekerja sebagai pramugari, saya kerap berjumpa dengan penyanyi Camelia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching atau sebaliknya (Kuching adalah kampung halaman Camelia). Imej beliau amat bersahaja tetapi nampak feminin, cantik, bergaya dan mewah dalam satu masa. Beliau kerap memakai baju T, jaket, rantai labuh, anting-anting besar, berseluar jeans koyak, bag tangan mewah dan memakai kasut Converse All Star.
Oleh itu saya merasakan tidak salah bergaya feminin atau keperempuanan dan digabungkan dengan kasut Converse All Star.

Baru ingin mencuba imej Camelia, tetapi saya lupa untuk memakai rantai labuh. :-)
Bergaya dengan kasut baru.
Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah, sesiapa sahaja boleh bergaya dengan kasut Converse All Star tidak kira usia dan yang penting kita perlu kreatif dalam berfesyen. Amy Search yang sudah berumur 52 tahun pun masih memakai kasut Converse All Star. :-)

Sekian sahaja untuk kali ini, berjumpa di lain waktu.

2611 (2010)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

26hb November 2010 adalah tahun kedua saya menyambut hari ulangtahun di Australia dan jika tahun lepas di Perth,tahun ini pula di Melbourne.Itu sahaja sedikit perbezaan yang nampak di lihat.

Oleh kerana hujan turun sepanjang hari,maka tiada aktiviti yang dapat saya lakukan pada sebelah pagi dan tengah hari.
Selepas suami pulang dari solat Jumaat,baru lah kami bersiap untuk sesi bergambar dan kemudiannya keluar untuk makan malam.
Ini lah hadiah yang saya terima dari suami
Bersiap sedia untuk makan malam
Kami tiba di Curry Vault Restaurant & Bar  yang terletak di Bank Place,Little Collin Street seawal jam 6 petang(www.curryvault.com.au).Curry Vault Restaurant & Bar menyediakan variasi makanan India dan suka saya ceritakan di sini,kesemua makanan yang disajikan adalah halal malah Curry Vault adalah salah satu restoran yang telah di rekomen bagus oleh Qantas Airways.
Di dalam restoran
Seperti kebiasaannya,kami bergambar dahulu sebelum menjamu selera
Bersama rakan kami,Nur Maya
Cadangan asal sepatutnya makan malam ini di hadiri oleh dua orang rakan kami yang bermaustatin di Australia iaitu Nur Maya dan Khairi.Atas sebab-sebab tertentu Khairi terpaksa menarik diri pada saat akhir.
Hidangan
Roti Nan Bawang Putih
Lamb Shank Curry dan Butter Chicken
Di hadapan pintu masuk restoran
Di luar restoran
Selepas menjamu selera,kami di jemput ke rumah Maya yang hanya kurang 500 meter sahaja dari restoran Curry Vault.
Tanpa di sangka,rupa rupanya saya di kejutkan dengan kek hari jadi oleh Maya selaku tuan rumah :-)


Bergambar bersama kek hari jadi
Upacara meniup lilin
Upacara meniup lilin bersama suami dan Maya
Kek keju buah buahan yang sangat sedap
Menjamah kek keju sambil menonton filem
Jika ada di antara anda yang teliti memerhatikan skrin televisyen di atas,mungkin ada yang bertanya filem apakah yang kami tonton.
Untuk maklumat anda,kami menonton filem dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Masam Masam Manis :-)
Adakah ada di antara anda yang terkejut kerana filem ini di siarkan di Australia?Kata suami,filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pernah di siarkan di kaca televisyen tempatan beberapa tahun lepas.Tetapi filem yang kami tonton ini adalah dari koleksi cakera padat kepunyaan Maya.Kehebatan filem filem Allahyarham bukan hanya bertahkta di hati warganegara Malaysia mahupun Singapura sahaja,malah mereka yang telah berhijrah dan bermaustatin ke luar negara seperti di Australia ini juga masih menyimpan berpuluh puluh koleksi filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee termasuklah suami saya sendiri :-)

Selepas pulang dari rumah Maya,kami bersiar siar di sekitar bandaraya Melbourne dan di sini dapat saya kongsikan bersama anda beberapa lagi gambar.
Berlatar belakangkan dekorasi sempena Hari Natal di Crown Entertainment Complex
Berdiri di salah sebuah jambatan dan di bawahnya adalah sungai Yarra, Southbank
Di Southbank
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan kepada anda tentang sambutan hari ulang tahun saya yang ke 29.
Biarpun ianya di sambut secara sederhana,tetapi saya tetap bersyukur dan gembira :-)
*Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami tercinta di atas pemberian hadiah dan sudi meluangkan masa mengambil cuti untuk menyambut hari ulang tahun bersama saya walaupun sepatutnya beliau bekerja pada hari berkenaan.
*Terima kasih juga di ucapkan kepada Nur Maya kerana sudi menghadiahkan saya dengan sebiji kek keju yang sangat sedap.
*Serta setinggi tinggi terima kasih kepada seluruh ahli  keluarga,saudara dan rakan rakan di atas ucapan,ingatan serta doa dari kalian.

*Yang terakhir sekali dan ingatan saya buat insan teristimewa ialah Ibunda Fatimah Mohamed Hassan.
"Terima kasih mak kerana melahirkan saya di dunia ini,membesar dan mendidik saya sehingga saya seperti hari ini.Saya sayang mak sampai akhir hayat"

Menelefon ibunda tersayang di hari ulangtahun dan detik yang menggembirakan adalah menerima ucapan hari ulangtahun dari insan yang melahirkan saya

Bertemu kita di Terjemahan Hati pada masa akan datang,jaga diri semua.Sekian,Terima Kasih