Wednesday 26 January 2011

Australia Day

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Hari ini bertarikh 26hb Januari adalah cuti umum kerana rakyat menyambut Australia Day(hari kebangsaan).Di sini saya sertakan gambar yang di ambil semasa saya menghadiri sambutan pada tahun lalu (di Perth) dan pada tahun ini (di Melbourne)

Perth

Melbourne

Banyak perbezaan yang dapat di lihat dari segi sambutan di kedua buah negeri ini.Saya tidak mahu huraikan dengan panjang lebar,cuma satu contoh yang boleh saya katakan ialah,pertunjukan bunga api pada sebelah malam di Melbourne berlangsung selama 10minit,tetapi di Perth pula pertunjukkan bunga api selama 30minit!

Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.Sekian

Saturday 22 January 2011

Lagu Kegemaran

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Saya sebenarnya tidak berapa suka menempuh hujung minggu tanpa kehadiran suami di sisi.Saya rasa sangat bosan. :'(

Apabila bosan,saya pun mendengar lagu-lagu dari koleksi mp3,dan lagu kegemaran yang membawa seribu makna bagi saya ialah "HOME"

"Home"

Another summer day
Has come and gone away
In Perth and Melbourne(asal nya Paris dan Rome)
But I wanna go home
Mmmmmmmm

May be surrounded by
A million people I
Still feel all alone
I just wanna go home
Oh, I miss you, you know

And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
“I’m fine baby, how are you?”
Well I would send them but I know that it’s just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that

Another aeroplane
Another sunny place
I’m lucky, I know
But I wanna go home
Mmmm, I’ve got to go home

Let me go home
I’m just too far from where you are
I wanna come home

And I feel just like I’m living someone else’s life
It’s like I just stepped outside
When everything was going right
And I know just why you could not
Come along with me
'Cause this was not your dream
But you always believed in me

Another winter day has come
And gone away
In even Perth and Melbourne
And I wanna go home
Let me go home

And I’m surrounded by
A million people I
Still feel all alone
Oh, let me go home
Oh, I miss you, you know

Let me go home
I’ve had my run
Baby, I’m done
I gotta go home
Let me go home
It will all be all right
I’ll be home tonight
I’m coming back home

HOME

*Gambar sumbangan Ashraff Nor Ariff*

Thursday 20 January 2011

Ku Ingin Terbang

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

Jika dahulu setiap hari aku menaiki kapal terbang,tetapi sekarang tidak lagi.......Aku rasakan seperti separuh dari sayapku telah patah. Kali terakhir aku menaiki kapal terbang adalah pada bulan Jun 2010.

Salah satu dari koleksi gambar ku.Penerbangan dari Dubai ke Istanbul.

Aku berharap masa cepat melangkah pergi, aku mahu terbang pulang ke tanah airku....

Thursday 13 January 2011

Berita Gembira Di Perantauan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Tentu anda ingin tahu apakah berita gembira yang di maksudkan.Sejak saya tinggal di perantauan,berita yang kerap kali menggembirakan hati saya ialah apabila mendapat tahu ada tetamu dari Malaysia yang akan melawat saya. :-)

Dalam minggu ini,saya menerima kunjungan dari dua orang tetamu iaitu sahabat saya yang bekerja dengan Penerbangan Malaysia.Untungnya saya pernah bekerja sebagai pramugari,oleh itu walaupun sudah menetap jauh tetapi saya masih berkesempatan berjumpa dengan bekas rakan sekerja yang kebetulan bertugas terbang ke Australia.

10/01/2011
Pertemuan dengan Ismarina beberapa hari yang lepas adalah pertemuan kali ke empat sejak saya tinggal di sini.


Gambar ini dirakamkan di Melbourne pada bulan Oktober 2010(tiga gambar di atas),dan pada 10hb Januari 2011(tiga gambar di bawah).

Suka bukan kepalang apabila bertemu sekali sekala dengan Ismarina kerana di kesempatan inilah kami dapat meluangkan masa bersiar siar,'melepak'sambil menghirup minuman coklat panas dan berkongsi pelbagai cerita.Tidak cukup di situ, perbualan kami bersambung sehinggalah ke bilik hotel.Seperti kebiasaan,saya menemani beliau sehingga masa untuk daftar keluar(check out).

Ismarina seringkali memberi saya ole-ole dan menawarkan bantuan sekiranya saya ingin mengirimkan apa sahaja barang keperluan dari Malaysia dan terbaru,saya meminta beliau membelikan acuan kuih cara.Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang :-)


12/01/2011

Di Malaysia,saya memiliki lebih ramai sahabat baik lelaki berbanding perempuan,malah hubungan persahabatan kami masih terjalin sehingga ke hari ini.Salah seorang yang saya maksudkan ialah Nuzul Hafizi.Saya bersyukur suami amat memahami malah keluarga termasuk ibu saya juga sudah lama mengenali sahabat-sahabat baik saya dengan lebih dekat.

Ini adalah pertemuan kedua saya dengan Fizi di Melbourne.Lebih istimewa kedatangan Fizi pada kali ini ialah beliau menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 30hb Januari akan datang.
Saya sungguh berbesar hati dan terharu kerana walaupun beliau mengetahui yang saya dan suami tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan ini,tetapi kad jemputan tetap di hulur sebagai tanda ingatan.


Gambar dirakamkan pada bulan Oktober 2010(tiga gambar di atas)dan pada hari semalam 12hb Januari(empat gambar di sebelah bawah)

Kepada Fizi dan Mazuin,selamat menempuh alam rumahtangga.Semoga berbahagia hingga akhir hayat. :-)

Tidak kira pertemuan dengan Ismarina,Fizi atau sahabat saya yang lain,topik utama perbualan kami ialah mengenai kerja.Mujurlah suami saya juga bekerja dalam industri penerbangan,jadi beliau tidak bosan apabila mendengarnya :-)

Bak kata pepatah,di mana ada permulaan di situ juga akan ada pengakhirannya.Gembira saya tidak lama  kerana sahabat-sahabat saya akan pulang juga ke tanah air.Saya selalu menyembunyikan satu perasaan setiap kali mengucapkan selamat tinggal kepada mereka iaitu perasaan sedih.Pernah terjadi pada tahun lalu,ketika abang angkat saya iaitu Kapten Radzuan Johari(juruterbang MAS) berlepas dari Perth pulang ke Kuala Lumpur,saya tidak mempunyai daya kekuatan dan akhirnya saya menangis juga.

Jika dahulu ketika di Malaysia saya jarang menitiskan air mata,tetapi apabila sudah berada di perantauan,air mata sudah menjadi sahabat saya.Saya tetap bersyukur kerana saya masih ada sahabat yang sudi melawat dan menziarahi saya di sini walaupun masa tidak mengizinkan kerana mereka datang kerana bertugas,tetapi saya amat menghargai setiap masa yang di luangkan.

Doa saya semoga akan menerima lagi lebih ramai tetamu dari Malaysia pada masa akan datang,Amin....

Saturday 1 January 2011

Selamat Datang 2011

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Tahun Baru

Syukur Alhamdulilah dapat kita bertemu kembali di Terjemahan Hati pada tahun baru 2011.
Seperti tahun sebelumnya,saya tidak ada azam baru.Pada pendapat saya,untuk menjadi lebih baik atau ingin mencapai sesuatu yang di idamkan,kita tidak perlu menunggu sehingga tahun baru untuk memulakannya.Setiap hari adalah proses pembelajaran bagi kita semua,dan mungkin esok atau lusa apa yang kita idamkan menjadi kenyataan.Mungkin juga apa yang kita tidak impikan menjadi kenyataan pada sekelip mata dan menjadi kenangan manis serta memori terindah.

Untuk maklumat anda semua,usia Terjemahan Hati juga sudah genap satu tahun! :-)

Secara ringkas ingin saya katakan di sini,minat untuk saya menterjemahkan apa yang bersarang dihati kepada penulisan adalah sebaik sahaja bapa saya meninggal dunia dua tahun yang lalu.Ada perkara yang saya ingin kongsikan bersama mengenai arwah bapa saya.Atas faktor kerja,masa membataskan saya untuk berbuat demikian sehinggalah pada bulan Januari 2010 setelah saya menjadi suri rumah sepenuh masa,barulah saya memulakan langkah bersama Terjemahan Hati,dan akhirnya tajuk "30 Ramadhan" atau entri pada 9hb September adalah tajuk yang menjadi topik panas sepanjang tahun.Tajuk kedua yang mendapat tempat di kalangan pembaca ialah tajuk "Rindu" entri pada 17hb May.Saya menerima banyak maklum balas termasuklah melalui private message.Rata-rata menyatakan mereka juga sedih,sebak dan mengalirkan air mata selepas membacanya.

Terjemahan Hati bukanlah ruangan untuk meminta dipuji atau bercerita mengenai hal orang lain,tetapi sebaliknya ia untuk menterjemahkan perasaan serta bercerita mengenai serba sedikit kehidupan dan aktiviti saya di rantau orang.
Saya sangat bersyukur kerana kesan atau impak Terjemahan Hati boleh membuatkan para pembaca ketawa,gembira,sebak,sedih dan boleh menitiskan air mata.

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca setia Terjemahan Hati tidak kira pengikut(follower) ataupun pembaca senyap dan antara yang saya ketahui adalah dua orang penulis novel dan seorang wartawan .Saya juga menghargai mereka yang sudi meluangkan masa memberi maklum balas(comment) di setiap entri saya.Anda semua adalah tulang belakang yang menguatkan lagi semangat saya dalam bidang penulisan.

Sekali lagi ingin saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2011! :-)




Gambar di atas dirakamkan pada tengah malam tadi dari balkoni apartment saya.Bandaraya Melbourne bermandikan cahaya bunga api sebagai menyambut detik tahun baru 2011.Pada tahun lepas saya menyambut tahun baru di Perth,tahun ini di Melbourne,barangkali tahun hadapan mungkin di Sydney atau Adelaide atau Brisbane atau MALAYSIA? .....Insya Allah... :-)