Friday, 7 October 2011

Jumaat Hari Tanpa Kata

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat


Tuesday, 4 October 2011

Papa Roti Halal Di Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pappa Roti sangat terkenal dengan kelembutan roti berperisa kopi.
Perniagaan Pappa Roti bermula di Malaysia pada tahun 2003 dan rangkaiannya sudah berkembang di serata negara Asia termasuklah di Australia yang memulakan perniagaan pada tahun lalu.

Pappa Roti sudah berada di lapan buah negara.
Di Australia, rangkaian kedai Pappa Roti terdapat di tiga buah negeri iaitu di New South Wales, Queensland dan Victoria.
www.papparoti.com.au

Ketika di Gold Coast, saya sempat mengalas perut dengan roti dari Pappa Roti.

Pappa Roti di Gold Coast.
 Cawangan di Gold Coast beralamat di:

Shop G44 Chevron- Renaissance Shopping Centre
Surfers Paradise Boulevard
Surfers Paradise QLD (berhadapan dengan pasaraya COLES)

SkyPoint Observation Deck, Gold Coast, Queensland

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

SkyPoint  terletak di tingkat 77 di dalam bangunan Q1, di Surfers Paradise Boulevard, Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.Semasa kunjungan saya dan suami ke anjung tinjau SkyPoint pada 5hb September yang lalu, cuaca amat baik dan ini menambahkan keseronokan kami untuk mengambil gambar pemandangan.

Gambar atas : Baru selesai membeli tiket untuk naik ke SkyPoint.

Gambar bawah : Di pintu masuk.


Kamera diletakkan di bumbung lif yang boleh jelas dapat melihat pergerakannya.



Pemandangan yang sangat cantik dan sedap mata memandang. Gold Coast secara keseluruhannya mengingatkan suami saya akan Miami, Florida di Amerika Syarikat di mana beliau pernah menyambung pelajaran di sana.

Pemandangan 360 darjah yang indah dari tingkat 77.




Di anjung tinjau SkyPoint ini turut terdapat sebuah restoran dan bar khusus untuk para pengunjung.
Bayaran masuk bagi satu orang dewasa ialah AUD 21.00 dan kanak-kanak AUD12.50.
Harga istimewa ditawarkan sekiranya pengunjung berminat untuk masuk dua kali iaitu waktu siang dan malam.
Untuk maklumat mengenai harga tiket yang menawarkan pelbagai harga dan pakej menarik, anda boleh ke laman sesawang ini, www.skypoint.com.au

Sunday, 2 October 2011

Satay Club Noodle House Di Brisbane

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Satay Club Noodle House
66 Charlotte Street, Brisbane,
Queensland, 4000.


Menunya menyajikan pelbagai masakan dari Malaysia dan Indonesia. Pada hari itu saya dan suami mencuba wonton goreng,ayam kelasan dan nasi putih,serta satay ayam bersama nasi putih dan salad.




Secara keseluruhan, makanan yang kami nikmati biasa sahaja malah lebih menghampakan satay tidak seperti rasa asli .Satay yang dihidangkan sebenarnya ayam goreng kunyit yang dicucuk dengan lidi sahaja.

Walau bagaimanapun, Satay Club Noodle House merupakan restoran halal yang strategik kerana ianya terletak betul di dalam bandaraya Brisbane.

Saturday, 1 October 2011

Restoran Masakan Cina Halal Di Brisbane

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa di Brisbane, saya dan suami berpeluang menikmati hidangan di sebuah restoran halal masakan cina yang terdapat di sini.




 

Golden Splendor Restaurant
terletak di 250 Ipswich Road, Buranda dan berdepan dengan Princess Alexandra Hospital.