28 June 2011

Kabus Luar Biasa Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Melbourne kerap kali mengalami kabus sesudah subuh atau awal pagi,tetapi sangat jarang terjadi kabus di sebelah siang hari.

(28hb Jun)
Pada jam 4.15minit petang tadi,sesudah saya membeli sedikit barangan dapur di sebuah pasaraya,saya tergamam apabila melihat bangunan apartment yang saya diami sudah kelihatan separuh sahaja.

Apa yang terlintas di fikiran ialah,mungkin telah berlaku kebakaran di sekitar kawasan apartment. Saya langsung tidak memikirkan ianya adalah kabus,kerana awal pagi tadi saya sudah melihat ramalan kaji cuaca yang mengatakan kabus hanya pada sebelah pagi sahaja.

Dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke rumah barulah saya sedari,tidak ada sebarang kebakaran tetapi ternyata ianya adalah kabus.

Tiba sahaja di rumah,terus saya mencapai kamera untuk menangkap gambar pemandangan dari balkoni.
4.29 minit petang

4.31 minit petang
Kabus berlarutan sehingga ke malam.
10.22 minit malam
Ketiga-tiga gambar yang anda lihat ini sama seperti mata saya yang melihat.Saya tidak melakukan sebarang pengubahsuaian (edit) ke atasnya.Sehingga artikel ini ditulis,iaitu pada jam 12.45minit tengah malam,keadaan di luar masih tidak berubah(sama seperti gambar di atas).

Sekian

26 June 2011

Pai Kegemaran

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pai kegemaran saya ialah dari jenama terunggul Australia iaitu Mrs Mac.Sejarah perniagaannya bermula penghujung tahun 1940an dengan berniaga secara kecil-kecilan di Melbourne.Pada tahun 1954,Ken Macgregor bersama keluarga telah berpindah ke Perth, Australia Barat dan sehingga ke hari ini perniagaan dan kilangnya kekal di Perth.
Pai yang menggunakan 100% daging dari Australia

Antara jenama lain yang mengeluarkan pai dan pastri halal ialah Four N Twenty.

Pastri gulung bersosej
Baru dikeluarkan dari oven dan sedia untuk dimakan

Sekian buat masa ini,kita berjumpa di masa akan datang.

23 June 2011

Jumaat Hari Tanpa Kata

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

Sudah agak lama saya pernah bertanya kepada suami , "mengapa banyak blog yang saya nampak mempunyai Wordless Wednesday"?
Kata suami,ini semua sekadar ikut-ikutan.Oleh kerana itu lah saya terfikir untuk mencipta "Wordless Wednesday" dengan cara atau versi saya sendiri.

Mulai hari ini,setiap hari Jumaat( dengan keizinan waktu), saya akan menampilkan JUMAAT HARI TANPA KATA.

Sekian :-)

16 June 2011

Tidur Di Tepi Jalan.Sanggupkah Anda?

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

Sanggupkah anda untuk tidur di tepi jalan,di atas tangga atau di lorong gelap dengan bertemankan cuaca sejuk ?


Di Australia, CEO SLEEP OUT telah menjadi acara tahunan.Dari sinilah boleh dilihat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ,Pengerusi ( Chairman),Pengarah Urusan (Managing Director), serta ahli perniagaan bersama-sama menyahut seruan penting ini.Mereka hanya diberi papan kertas,sarung kepala,secawan sup,roti dan ada pula di antara mereka hanya membawa sehelai selimut.
Cabaran yang perlu dirintangi ialah mereka harus tahan dengan cuaca sejuk suhu sekitar -3 hingga 10 darjah selsius.Oleh kerana itulah acara ini berlangsung pada bulan Jun setiap tahun (musim sejuk).


Tujuannya hanya satu,iaitu untuk mengutip derma bagi membantu rakyat di dalam negara ini yang tidak ada tempat tinggal dan mahu membaik pulih taraf kehidupan mereka.
Kelmarin di Sydney, CEO, John Hartigan yang turut serta dalam cabaran mengutip derma *gambar diambil dari thetelegraph.com.au*
 Dalam sibuk memperkatakan tentang ahli-ahli perniagaan yang terbabit,tidak dilupakan juga ada di antara mereka datangnya dari golongan badan kerajaan dan kementerian Australia atau lebih tepat lagi ahli politik.
Di Melbourne malam tadi, Menteri Luar Australia iaitu Kevin Rudd memilih untuk tidur di Stadium Etihad*gambar di ambil dari yfrog photo milik Kevin Rudd*

Begitu juga dengan individu berpengaruh di kalangan VVIP yang bergelar Gabenor.

Dua hari yang lalu di Perth,Gabenor Australia Barat, Malcolm McCusker ditemani isteri bermalam di tepi jalan.*gambar diambil dari perthnow.com.au*
Putera William dan CEO Seyi Obakin pernah tidur di sebelah tempat pembuangan sampah di London dua tahun lalu dengan suhu -4 darjah selsius bagi tujuan yang sama*gambar dari sumber internet*

Melalui pandangan mata saya sendiri,sudah banyak kali saya melihat insan malang yang tidur dan hidup merempat di kaki lima di beberapa buah bandar besar di serata Australia.
Inilah realitinya,seorang pemuda yang tidak ada tempat tinggal di Melbourne*gambar dari sumber internet*

Sesungguhnya bersyukurlah kita dengan segala rezeki yang kita perolehi.Jika kita rasa kita susah,pasti ramai lagi yang susah daripada kita.
Semoga usaha murni CEO SLEEP OUT ini lebih berjaya dan kutipan derma dapat mengatasi kutipan dari tahun lepas.


*Terbit pertanyaan,adakah golongan kelas atasan bangsa dan agama kita sanggup menderma dengan cara sebegini rupa?Tepuk dada,tanya selera.*

Pantai Terbersih Di Australia Barat

Assalamualaikum w.h,t dan Salam Hormat

Selepas membaca surat khabar siang hari tadi,saya mendapat tahu bahawa pantai paling bersih di Australia Barat dan telah mendapat anugerah tahun 2011 ialah di Emu Point, Albany.
Albany ialah bandar pelabuhan terletak kira-kira 418kilometer selatan timur dari Perth.

Gambar-gambar di bawah saya rakamkan semasa bercuti di Albany,Australia Barat dua tahun yang lalu.

Emu Point

Emu Point
Emu Point semasa musim bunga 2009
Tahniah kepada Emu Point,Albany di atas kejayaan ini! :-)

15 June 2011

ZARA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

ZARA ialah rangkaian jenama pakaian yang berasal dari Sepanyol.Jika anda berada di Malaysia,pasti pernah melihat beberapa cawangannya di pusat membeli belah di sekitar ibu kota.

Jangan terkejut jika saya katakan,jenama ZARA baru sahaja memasuki negara atau pasaran Australia.Butik ZARA pertama telah dibuka pada bulan April lalu di Sydney,manakala butik kedua  dibuka pada hari ini di Bourke Street Mall, Melbourne.

Saya ada beberapa koleksi pakaian dari jenama ZARA  tetapi bukanlah peminat setianya.
Walau bagaimanapun,di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk menjadi antara pengunjung terawal yang menjejakkan kaki di hari pertama pembukaan butik ZARA di Melbourne :-)
Pengunjung perlu beratur sebelum masuk ke dalam
Zara di Bourke Street, Melbourne
 Bangunan setinggi tiga tingkat ini merangkumi bahagian wanita,kanak-kanak dan lelaki.
Apa yang boleh saya ulaskan,harga yang ditawarkan amat berpatutan dan lebih murah berbanding dengan jenama-jenama tempatan serta jenama kegemaran saya iaitu MNG yang juga berasal dari Sepanyol.

Oleh kerana barisan untuk ke bilik persalinan dan kaunter bayaran terlalu panjang dan orang ramai berasak-asak seakan tidak ada hari esok bagi mereka,maka saya simpankan hasrat untuk membeli.Saya lebih senang meneliti dan membelek pakaian dan harga dalam keadaan yang tenang.

14 June 2011

Makan Udang

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Bersempena dengan "Seafood Celebration" yang diadakan di CROWN  (Melbourne) selama satu bulan setengah,maka saya pun mengambil kesempatan untuk bersama-sama merasai kemeriahan tersebut.

Pada hujung minggu yang lalu,saya,suami dan sahabat rapat telah pun ke Sante Buffet Restaurant untuk makan malam.Harga yang dikenakan bagi setiap orang ialah AUD19.95 dan masing-masing menerima setengah kilo udang secara percuma.

Berhampiran pintu masuk Sante Buffet Restaurant
Satu pinggan besar ini bersamaan dengan setengah kilo udang segar

Menikmati hidangan
Kami tujuh orang untuk memenuhi satu meja

 Di bawah ini pula adalah hidangan manisan dan pencuci mulut yang menarik perhatian saya untuk mengambil gambar.

Puding roti,kek keju dan kek mentega
Ais Krim

Sekian buat masa ini,kita berjumpa di pada masa akan datang,InsyaAllah.

03 June 2011

Hobi Baru

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

Barangkali kepada sesetengah orang,hobi ini sudah lapuk dek zaman tetapi tidak bagi saya dan suami.
Kami baru mula mengumpul setem dan dijadikan sebagai hobi.Lebih menjadi tumpuan ialah setem koleksi terhad yang tidak akan lagi dijual di lain masa.
Setem terhad Perkahwinan Di Raja Putera William
Setem Jet Pejuang Australia
Setem bencana alam di Queensland,Australia

InsyaAllah dalam jangka masa yang panjang,kami akan mengumpul setem dari pelbagai negara di seluruh dunia pula :-)