Thursday 6 September 2012

San Francisco, CALIFORNIA (Bahagian 4)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Belum sampai tiga minggu saya dan suami bercuti ke San Francisco,kini kami kembali lagi.

Selepas singgah dan bermalam di Los Angeles,kami meneruskan perjalanan menuju ke San Francisco
Makan malam bersama Kak Noraini,Kak Elly dan Ezra di Old MandarinIslamic Restaurant
3132 Vicente St, San Francisco CA 94116
Menerima sekotak coklat daripada Kak Noraini dan Kak Elly

DARI FISHERMAN'S WHARF KE UNION SQUARE

Dari hotel (di Fisherman's Wharf), kami berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai ke stesen menaiki kereta kabel.


Selepas kereta kabel sampai ke stesen terakhir, beberapa orang pekerja harus memusingkan semula kereta kabel ini dengan kepalanya harus menghala ke hadapan. Melalui turutan nombor yang ditulis di atas,anda dapat lihat langkah demi langkah bagaimana kereta kabel dipusingkan di atas plartform kayu sebelum memulakan semula perjalanan
Bergambar di atas kereta kabel.Tambang untuk setiap orang satu hala ialah USD6. Kami telah membeli pas harian tanpa had yang berharga USD14 setiap orang.Dengan pas tersebut kami boleh menaiki kereta kabel,bas dan street car (seperti trem di Melbourne)
Dalam perjalanan menuju ke Union Square
Union Square ialah sebuah padang berkeluasan 2.6 ekar yang menghubungkan beberapa jalanraya utama seperti Geary Street, Post Street, Powell Street,dan Stockton Street. Union Square juga merujuk kepada pusat membeli belah dan butik terkemuka, hotel-hotel ,pusat teater ,restoran serta kafe yang terletak berhampiran atau di sekeliling Union Square Park.


Union Square
Gambar atas kiri : Di hadapan stesen kereta kabel di Union Square

Gambar bawah kiri : Pusat membeli belah Macy's

Gambar atas kanan : Union Square Park

Gambar bawah kanan : Di belakang saya ialah Hotel Westin
Di sekitar Union Square
Gambar atas : Westfield San Francisco Centre
865 Market Street, San Francisco, CA 94103

Gambar bawah kiri : Crocker Galleria
50 Post Street
Gambar bawah kanan : Bangunan-bangunan lama di tengah bandaraya San Francisco
Gambar atas : Air pancut yang bernama Vaillancourt Fountain

Gambar bawah kiri  : Terdapat banyak gerai menjual cenderamata dan kraftangan di hadapan bangunan Pelabuhan San Francisco

Gambar bawah kanan : Pelabuhan San Francisco
Gambar atas : Bangunan yang dijadikan terminal feri

Gambar bawah : Jambatan  "Bay Bridge"
Di sekitar terminal feri dan Ferry Plaza Farmers Market
Gambar atas kiri : Terminal feri

Gambar atas kanan : Tugu Mahatma Gandhi

Gambar bawah kiri dan kanan : Berjalan kaki untuk pulang ke hotel di Fisherman's Wharf
Gambar atas : Replika bot yang diperbuat daripada batu

Gambar bawah kiri : Bangunan Transamerica Tower/ Pyramid dari arah jauh ( bumbung yang tajam)

Gambar bawah kanan : Coit Tower tersergam indah di atas bukit

Walaupun keletihan akibat seharian berjalan kaki di sekitar bandaraya,tetapi ia tidak mematahkan semagat kami untuk keluar pada keesokan harinya. :-)

Tuesday 4 September 2012

Hollywood Walk Of Fame

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya dan suami tidak gemar berkunjung ke Los Angeles akibat faktor bandaraya yang terlalu padat,sibuk dan kesesakan lalu lintas yang sangat dahsyat.Kami datang ke sini hanya bersebab.Alang- alang datang untuk melawat lokasi pengambaran drama bersiri CHARMED, maka kami mencuri sedikit masa untuk ke Hollywood sebelum menyambung perjalanan untuk bercuti ke San Francisco.

Gambar atas kiri : Wajah Audrey Hepburn dilukis di tepi bangunan

Gambar bawah kiri : Iklan dari www.filmworksla.com

Gambar atas kanan : Kedai cenderahati yang biasa kami kunjungi di Sunset Blvd

Gambar bawah kanan : Dapat meletakkan kereta kami di hadapan Chinese Theatre
Saya pasti ramai yang suka menonton Anugerah Akademi ( Academy Awards) yang berlangsung setiap tahun di Hollywood.Upacara berprestij ini diadakan di Kodak Theatre yang baru sahaja ditukar nama ke Dolby Theate.

Gambar kiri tengah : Angelina Jolie sedang berjalan di atas permaidani merah.Para jemputan harus melalui butik-butik mewah sebelum masuk ke Dolby Theatre.Butik Louis Vuitton telah ditutup dengan langsir merah (betul-betul di belakang Angelina Jolie).Jika mahu melihat butik Louis Vuitton tidak ditutupi dengan langsir,sila lihat gambar sebelah kanan,dan butik itu terletak di atas kepala saya.

Gambar kiri bawah : Upacara perasmian sempena penukaran nama dari Kodak ke Dolby Theatre.

Dari dalam kaca televisyen,penonton pasti terpegun akan kecantikan bangunan ini termasuklah selebriti terkenal yang cantik bergaya berjalan di atas permaidani merah.Jika pada hari biasa, keadaan di sini jauh panggang dari api.Hollywood keseluruhannya sangat kotor
Semasa percutian kami ke Los Angeles beberapa bulan lalu,kami tidak dapat mengambil banyak gambar di Hollywood Walk Of Fame.Sementelah berada di sini,dapatlah kami kembali menyambung dengan mengambil gambar bersama plak nama bintang terkenal.

Steven Spielberg, Rod Stewart, Destiny's Child dan Harrison Ford
Nicole Kidman, Sharon Stone, Jackie Chan dan Keanu Reeves
Masih berada di Hollywood Walk Of Fame
Tom Cruise, Snow White dan Loreal Paris yang diiktiraf sebagai "Friend Of The Walk Of Fame"
Di hadapan Chinese Theatre terdapar banyak bekas tapak kasut dan tangan selebriti antarabangsa seperti contoh di atas ialah pelakon Harrison Ford
Victoria's Secret Angels (peragawati Victoria Secret, Ryan Seacrest, Bruce Willis dan peniru gaya Charlie Chaplin
Bersama peniru gaya Charlie Chaplin, bergambar di hadapan Madame Tussauds dan terdapat kedai yang menjual peta lokasi rumah bintang-bintang Hollywood
Beginilah sedikit sebanyak gambar-gambar kami di sekitar Hollywood yang saya kongsikan di sini.Semoga anda terhibur hendaknya. :)

Melawat Ke Lokasi Pengambaran Drama "CHARMED" & Video Lagu "THRILLER"

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya ialah salah seorang peminat drama bersiri CHARMED yang ditayangkan di kaca televisyen dari tahun 1998 hingga 2006. CHARMED mengisahkan tiga adik beradik ahli sihir yang mempunyai kuasa luar biasa untuk membunuh dan menghapuskan anasir-anasir jahat seperti syaitan dan sebagainya. Walaupun bandaraya San Francisco menjadi tema kehidupan tiga beradik ini, tetapi rumah yang mereka tinggal di dalam drama bersiri CHARMED ini terletak di Los Angeles.

Kepada mereka yang lupa atau tidak tahu akan drama bersiri CHARMED, saya sertakan gambar dari sumber Google untuk rujukan anda
Semasa kunjungan pertama ke San Francisco, saya amat teruja untuk melawat ke rumah lokasi pengambaran drama bersiri FULL HOUSE dan CHARMED. Melalui maklumat yang saya perolehi,rumah lokasi pengambaran CHARMED bukan terletak di San Francisco sebaliknya di Los Angeles.
Minggu lalu, saya dan suami kembali ke Los Angeles semata-mata untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat rumah pengambaran drama bersiri yang popular satu ketika dahulu.

Tiga beradik ahli sihir iaitu Prue, Piper dan Phoebe yang sedang berlakon di hadapan rumah mereka di dalam drama bersiri CHARMED
Lagi gambar lakonan mereka di hadapan rumah berwarna merah ini
Julian McMahon yang memegang watak sebagai Cole Turner, kekasih kepada Phoebe sedang berlakon di hadapan rumah ahli sihir ini.
Sekadar bercerita, pada awal tahun ini,suami pernah berdiri bersebelahan Julian McMahon ketika berada di kedai kopi Starbucks di Chicago. Masing-masing menyapa antara satu sama lain akibat tersangkut dek hujan lebat.
Suami pun tidak berbual panjang dengan Julian kerana pada ketika itu beliau masih "ingat-ingat lupa" akan Julian seorang pelakon. Jika tidak pasti suami akan berbual dan bercerita mengenai Australia kerana Julian berasal dari Sydney Australia. Lebih merugikan, saya tidak berada di situ pada ketika itu untuk melihat dengan lebih dekat pelakon kegemaran saya :)
CHARMED dan rumah mereka berkait rapat antara satu sama lain kerana rumah tersebut sering didatangi oleh hantu,syaitan dan anasir jahat.Melawat ke 'rumah' tiga adik beradik ahli sihir yang saya lihat  dan tonton melalui kaca televisyen sejak dari umur belasan tahun sungguh menggembirakan hati saya. :)

Akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Prue, Piper dan Phoebe dalam drama bersiri CHARMED
Rumah ini terletak di 1329 Caroll Avenue, Los Angeles
Rumah lokasi pengambaran drama bersiri CHARMED sering dikunjungi peminat yang mahu mengambil gambar dengan lebih dekat lagi
Episod bertajuk Size Matters dalam drama bersiri CHARMED menggunakan rumah tinggal beralamat 1345 Caroll Avenue, hanya selang beberapa dengan rumah di mana tiga beradik ini tinggal iaitu 1329 Caroll Avenue
Gambar atas : Rumah yang dijadikan lokasi untuk episod Size Matters

Gambar bawah : Ini lah wajah sebenar rumah yang digunakan untuk lokasi pengambaran drama CHARMED episod Size Matters

Rumah lokasi pengambaran drama bersiri CHARMED terletak di Caroll Avenue yang juga sangat terkenal kerana senibina era Victoria. Caroll Avenue ialah salah satu perumah terawal/pertama di dalam Los Angeles. Untuk maklumat tambahan, pemilik pertama rumah pengambaran drama CHARMED iaitu 1329 Caroll Avenue ialah Daniel Innes, seorang ahli dewan/majlis bandaraya Los Angeles pada tahun lewat 1800an.

Papan tanda sejarah diletakkan di Caroll Avenue sekaligus menjadi tempat tumpuan pelancong
Antara beberapa rumah era Victoria yang sempat saya rakamkan

Dapat melawat ke rumah pengambaran untuk drama bersiri CHARMED sangat memuaskan hati saya. Selepas pulang,baru saya mendapat maklumat tambahan di mana salah sebuah rumah (selang beberapa buah rumah dengan rumah CHARMED ialah lokasi pengambaran untuk video lagu Thriller nyanyian Michael Jackson.


Rumah sebenar seperti di dalam video Thriller tersebut, 1345 Caroll Avenue