Saturday 28 January 2012

Percutian Musim Panas 2011 (7- Kembara Merentas 3 Negeri)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Saya teruskan sambungan kembara di jalanan pada hari keempat hingga hari ketujuh.

4/12/2011

Hari keempat, Ceduna - Adelaide
Kimba South Australia - Kami sudah berada di pertengahan kembara di jalanan.
Iron Knob - Pekan mati yang dahulunya sangat masyhur dengan perlombongan.
Port Augusta - Tempat di mana kami berdiri ini dahulunya landasan keretapi.
Snowtown - Pekan kecil ini pernah mengemparkan Australia kerana pernah terjadinya kes pembunuhan ngeri dan mayat itu disembunyikan di dalam bank ini(gambar di atas).
Adelaide South Australia - Pada sebelah lewat petang kami akhirnya tiba di Adelaide dan terus ke Burger IT untuk makan malam.
5/12/2011
Hari kelima/Adelaide.

Pokok Krismas terbesar di Adelaide malah lebih besar jika hendak dibandingkan dengan di Melbourne.
Tempat wajib untuk dikunjungi jika berada di Adelaide, iaitu Rundle Mall.
Mengambil angin petang di West Beach

6/12/2011
Hari keenam/Adelaide.

Membasah tekak dengan minuman coklat di Glenelg
Pantai yang sangat terkenal di Glenelg
Glenelg

7/12/2011
Hari ketujuh/ Adelaide - Melbourne (Victoria)

Kami berada di Mount Lofty Summit,dan di belakang ialah pemandangan bandaraya Adelaide
Hahndorf - Pekan kecil yang bercirikan negara Jerman.
Kami berada di hadapan rumah kelahiran bekas Perdana Menteri Australia iaitu Bob Hawke di Bordertown,sempadan Australia Selatan dan Victoria.

Setelah tujuh hari kami bertiga menghabiskan waktu untuk kembara merentasi tiga negeri,akhirnya kami selamat sampai di Melbourne pada jam 12.45minit tengah malam (8hb Disember). :-)

Monday 23 January 2012

Percutian Musim Panas 2011 (6- Kembara Merentas 3 Negeri )

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Masuk sahaja 1hb Disember secara rasminya musim panas kembali ke Australia.Bersamaan dengan tarikh ini juga,saya,suami dan anak saudara memulakan perjalanan merentas tiga buah negeri (Outback Road Trip) iaitu Australia Barat - Australia Selatan - Victoria.

Kembara merentas tiga buah negeri ini adalah kali ketiga buat suami,kali kedua buat saya dan sudah tentu pertama kali buat anak saudara.

Pengalaman dan gambar semasa kembara yang saya dan suami pernah lakukanya pada dua tahun lalu (2010) sudah diterbitkan di akhbar Harian Metro.Kepada yang belum atau ketinggalan membacanya,di sini saya serta 'link'nya :

http://sharery.blogspot.com/2010/11/berpindah-sambil-melancong.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-road-trip-day1.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-road-trip-day2.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-road-trip-day3.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-4-road-trip-day4.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-5-road-trip-day5.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-6road-trip-day6.html
http://sharery.blogspot.com/2011/08/kembara-di-jalanan-7-road-trip-day7.html

Oleh kerana catatan perjalanan kembara ini sudah saya siarkan di dalam Terjemahan Hati pada tahun lalu,maka kali ini saya tidak menulis dengan panjang lebar kerana laluan perjalanan kami hampir 80% sama seperti sebelumnya.
Cuma di sini saya akan kongsikan bersama anda beberapa gambar kembara di jalanan kami yang mengambil masa selama tujuh hari untuk sampai ke destinasi terakhir iaitu Melbourne.

1/12/2011

Hari pertama/Perth - Kalgoorlie.


Bergambar di salah satu mercu tanda bandaraya Perth dan memberikan lambaian selamat tinggal.
Brookton Corrigin, Western Australia.

Kubur untuk anjing di Corrigin.
Tasik yang airnya berwarna hijau di Hyden Western Australia.
Batu berombak - Wave Rock, Hyden Western Australia.
*gambar di atas ihsan Ashraff Nor Ariff


2/12/2011

Hari Kedua/ Kalgoorlie - Mundrabilla


Kalgoorlie, Western Australia - Melawat lombong emas yang antara terbesar di dunia.
Norseman. Western Australia - Kami memerlukan masa dua hari lagi untuk sampai ke Adelaide.
Balladonia, Western Australia - Jalanraya terlurus terpanjang di Australia. Sejarah dan rekod peribadi kembali dicipta di sini.
Duduk bersila sambil menjamu selera di atas jalanraya terlurus terpanjang di Australia.Dalam erti kata lain,betapa sunyinya tempat yang tiada penempatan ini serta sukar untuk kami bertembung dengan kenderaan lain.
Apabila perjalanan ke selatan Australia sudah masuk suku perjalanan,maka waktu pun perlu dipercepatkan.
3/12/2011
Hari ketiga/ Mundrabilla - Ceduna (Australia Selatan).

Eucla, Western Australia - Tiba di sempadan Australia Barat dan Australia Selatan.
Eucla, Australia Barat - Sempadan antara dua buah negeri serta pusat kuarantin.
Aksi gembira setelah melepasi sempadan dan sekarang sudah berada di tanah Australia Selatan.
Berhenti rehat seketika. Nullabor Road House ini adalah antara tempat kegemaran saya kerana pemandangannya yang luas membiru sedap mata memandang.
Ceduna South Australia - Hari ketiga baru kami berjumpa semula dengan pekan kecil dan dapat menikmati makanan di restoran walaupun pilihannya amat terhad.
Jeti yang menarik tarikan pelancong di Ceduna South Australia.
Kembara di jalanan pada hari ke empat sehingga hari ke tujuh akan bersambung di keluaran akan datang.

Tuesday 10 January 2012

Percutian Musim Panas 2011 (5- Tetamu Istimewa)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

29 NOVEMBER 2011
Sejak dari awal percutian saya di Perth,sudah beberapa kali saya ada menyebut bahawa akan ada tetamu istimewa dari Malaysia yang akan tiba.

Hati melonjak gembira dan teruja apabila pesawat yang membawa tetamu istimewa sudah pun mendarat di Lapangan Terbang Perth
Penerbangan Singapore Airlines yang baru sahaja mendarat setelah 1jam lewat dari jadual asal
Tetamu istimewa yang saya maksudkan tidak lain tidak bukan ialah, ......

Ashraff,anak saudara saya
Pelukan rindu
Dua tahun dan dua bulan terpisah akhirnya Perth menjadi saksi,anak saudara sulung yang juga ahli keluarga yg pertama datang ke Australia melawat saya dan suami setelah kami berkahwin. :-)

Pulang ke rumah dari lapangan terbang seawal subuh(oleh kerana musim panas,matahari terbit sekitar jam 4pagi).Kami hanya dapat tidur dan berehat hanya beberapa jam sahaja kerana aktiviti padat akan menanti anak saudara saya,Ashraff.

Suami membuat temujanji untuk berjumpa dengan sahabat beliau yang juga ahli Parlimen Australia Barat di minit terakhir semata-mata mahu memperkenalkan Ashraff kepada sahabat beliau.

Sahabat suami yang juga ahli parlimen Australia Barat, Ed Dermer
Lawatan ke Parlimen Australia Barat pertama buat Ashraff,kedua buat saya dan beberapa kali buat suami

Hons Ed Dermer meluangkan masa selama satu jam dengan membawa kami melawat seluruh bangunan di dalam Parlimen serta dapat minum kopi bersama.Beliau sanggup mengorbankan waktu rehat beliau semata mata untuk kami dan Ashraff sangat terkejut kerana seorang yang berpangkat tinggi sangat merendah diri jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan ahli politik di negara kita.

Selepas Ashraff dikejutkan dengan pertemuan bersama ahli parlimen,sekali lagi beliau terkesima dan terkedu apabila kami membawa beliau ke Royal Aero Club Western Australia di Jandakot Airport untuk memberi peluang beliau mengemudi pesawat ringan bersama juruterbang terpilih.Ashraff memang berminat di dalam penerbangan sejak beliau di bangku sekolah rendah lagi.Oleh kerana itu lah,saya dan suami memberi peluang untuknya.

Ashraff telah dipuji oleh juruterbang/jurulatih kerana kebolehan mengemudi pesawat dengan keyakinan tinggi
Mendapat sijil pengiktirafan
Suami menerangkan sesuatu mengenai hal penerbangan yang kebetulan Royal Aero Club ini salah satu sekolah terbang beliau di Perth satu masa dahulu
Tugu peringatan perang di Fremantle
Makan malam di  Cicerellos
Latar belakang bandaraya Perth pada waktu malam
Menziarah keluarga angkat suami


30 NOVEMBER 2011

Apabila pelancong datang ke Australia,tidak sah sekiranya tidak melihat dengan lebih dekat lagi haiwan istimewa yang tidak ada di negara lain seperti kangaroo dan koala.Kami membawa Ashraff ke Caversham Wildlife Park tetapi sebelum sampai ke sana,sempat singgah di kilang coklat dan ladang anggur yang kebetulan sedang musim untuk dipetik.

Kilang coklat dan ladang anggur
Ashraff dan seekor ibu kangaroo,anaknya serta koala
Makan tengah hari di Suria Cafe dan bergambar bersama pemilik Suria Cafe yang juga rakan sepermainan suami sejak dari kecil
Beliau kagum dengan kebersihan keretapi Trans Perth ini malah lantainya dilitupi dengan permaidani
Di Kings Park And Botanic Garden
London Court pada waktu malam
*Akan bersambung