Wednesday 29 August 2012

Aidilfitri 2012 di USA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya sering dihujani soalan bagaimana dengan sambutan Aidilfitri di perantauan.Suasana dan kemeriahan tentunya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan di Malaysia.Sejak tiga tahun yang lalu,saya menyambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan.Jauh bezanya dengan pengalaman beraya di Malaysia.Hanya mereka yang tinggal di perantauan sahaja tahu dan sedar bahawa sambutan Ramadan dan Syawal di Malaysia atau Singapura banyak pembaziran.
Di sini tidak terdapat cuti umum untuk hari raya,maka pada 1 Syawal ramai yang masih pergi bekerja,sekolah atau universiti seperti biasa.
Bagi mereka yang ingin merasai suasana menyambut hari raya seakan berada di negara sendiri atau mahu mengelak dari rasa kesunyian,mereka boleh berkumpul di rumah-rumah Kedutaan Besar Malaysia di luar negara.
Saya dan suami lebih selesa dengan cara tersendiri,kami berkumpul dengan sahabat rapat dan keluarga angkat sahaja,itu pun tidak semestinya tepat pada 1 Syawal.
1 Syawal ialah hari menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa dan cara sambutan bagi setiap umat Islam berbeza apatah lagi dicampur dengan cara kehidupan,adat dan tradisi sesuatu bangsa itu sendiri.
Bermaaf-maafan di pagi raya ialah adat kehidupan orang Melayu berhari raya.Mereka yang berbangsa Arab pun tidak melakukan acara sedemikian di tempat mereka.Hanya mereka yang tinggal di Malaysia dan Singapura sahaja yang 'mengisytiharkan' sambutan raya selama sebulan.Beritahulah pada orang Arab,pasti mereka sendiri terkejut.
Umat Islam yang menyambut 1 Syawal juga pasti akan berbaju baru terutamanya pakaian tradisional negara masing-masing.Baju melayu,jubah atau baju kurung bukanlah pakaian wajib yang dituntut dalam agama untuk dipakai pada hari raya.Jika ada orang Melayu beragama Islam yang menyambut hari raya mengenakan Cheongsam,saya tidak nampak di mana salahnya.

Berbalik kepada cerita sambutan hari raya di perantauan,saya bukanlah seorang yang terlalu memikirkan tentang baju raya baru yang perlu dipakai.Jika di Malaysia,saya memang seorang yang amat teliti dalam pemilihan baju raya,tetapi apabila sudah tiga tahun berada di luar negara,saya dan suami hanya mengenakan pakaian yang dikirimkan oleh keluarga dari Malaysia dan Singapura itupun mereka yang mahu menghantarnya bukan kami yang meminta.Jika mereka tidak meghantar baju-baju tersebut pun tidak mengapa kerana kami mempunyai banyak baju lama yang masih elok untuk dipakai.

Gambar atas : Kami bergambar raya beberapa hari menjelangnya Syawal kerana pada 1 Syawal kami tidak ada di Perth

Gambar bawah : 1 Syawal disambut di atas jalanraya.Kami melakukan road trip dari Perth ke Melbourne selama satu minggu

Keratan Akhbar Harian Metro Oktober 2010 yang mengetengahkan cerita pengalaman tahun pertama saya beraya di perantauan.Untuk mengelakkan rasa kesedihan apabila terpaksa berhari raya pada tahun pertama di perantauan,saya telah mengambil langkah selamat iaitu tidak mendengar lagu-lagu hari raya.


Tiga muka surat cerita bergambar mengenai kembara di jalanan (road trip) yang kami lakukan pada hari raya Aidilfitri dipaparkan di surat khabar Harian Metro

Gambar kiri : Oleh kerana suami baru pulang dari kerja,kami tidak kemana-mana pada 1 Syawal kecuali keluar makan di restoran.Kami memerlukan rehat dan tidur yang cukup kerana keesokan harinya (2 Syawal),kami perlu berada di Lapangan Terbang Melbourne sekitar 4-5pagi  untuk penerbangan ke Brisbane

Gambar bawah : Setelah satu minggu bercuti di Brisbane dan Gold Coast,barulah kami mengenakan pakaian tradisional dan berjumpa dengan keluarga angkat di Keysborough,Victoria
Apabila meningkat usia,pemikiran kita pun menjadi lebih matang terutama sekali dalam menjalani kehidupan di luar negara.Sambutan Aidilfitri dan Aidiladha disambut secara sederhana kerana dengan cara itu sahaja kita dapat mengingati orang yang susah daripada kita.
Kita bukan lagi kanak-kanak yang awal Ramadan lagi sudah 'dahagakan' baju raya baru.Lebih penting lagi,ingatan kita terhadap Allah S.W.T

                                    1 SYAWAL / AIDILFITRI 2012
Tidak kira di mana sahaja kami berada,saya bersyukur kerana masih dapat bersama suami.Tahun ini ada sedikit perbezaan yang istimewa kerana dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga angkat di Las Vegas.Ya,setelah tiga tahun berada di perantauan, tahun ini baru betul-batul kami dapat beraya pada 1 Syawal. 
1 SYAWAL 2012
1 SYAWAL DI LAS VEGAS, NEVADA
Pakaian tradisional kami dihadiahkan oleh mentua saya
Bergambar sebelum ke rumah keluarga angkat kami
Bersama sebahagian daripada keluarga angkat kami,Mami Fatima,Masrina dan anaknya Arjuna
Gambar atas : Menerima hadiah awal ulang tahun perkahwinan dari keluarga Mami

Gambar bawah : Kami memberi hadiah harijadi kepada Kak Masrina
Sebelum berhari raya di rumah sahabat Mami,kami singgah di tanah perkuburan menziarahi kubur Baba Taib.Jika saya kehilangan bapa pada 30 Ramadan 2008, Mami dan anak-anak pula kehilangan suami dan bapa mereka pada 1 Syawal 2010.Persamaan ini yang membuatkan saya begitu memahami perasaan Mami Fatima sekeluarga.
Berada di kubur Baba Taib
Bertandang ke rumah sahabat Mami,iaitu  Pakcik Safion dan Auntie Jenny.

Gambar atas : Masing-masing mendukung Arjuna dan cucu Aunty Jenny, Mia

Gambar bawah : Hidangan yang disediakan oleh Auntie Jenny sungguh membuka selera
Antara lauk-pauk dan kuih raya yang dibuat sendiri oleh Aunty Jenny.Kesemuanya sungguh sedap sekali
Gambar atas : Bersama Mami dan di belakang,Auntie Jenny

Gambar bawah : Bersama Kak Mas dan Arjuna
Bergambar bersama keluarga Pakcik Safion dan Aunty Jenny
Gambar berkumpulan bersama keluarga Pakcik Safion dan Auntie Jenny sebelum kami mengundurkan diri
Kepada Mami Fatima Bee sekeluarga,kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima kami seperti anak sendiri dan sentiasa memuliakan tetamu seperti kami.Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dirahmati olehNya, Insya Allah.

Beginilah sambutan Aidilfitri yang sederhana yang dapat saya kongsikan bersama pembaca Terjemahan Hati.Semoga anda terhibur hendaknya. :-)

Monday 27 August 2012

Ucapan Salam Raya Dari Perantauan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Masuk tahun ini sudah tiga tahun berturut-turut saya menghantar ucapan Selamat Hari Raya melalui Salam Perantauan di Utusan Online. Jika dua tahun sebelumnya saya menyambut Aidilfitri di Australia, tahun ini di Amerika Syarikat pula.

Anda boleh lihat gambar dan ucapan terdahulu di alamat yang saya berikan di bawah.


Salam Aidilfitri Dari Perantauan 2010
http://www.sharery.blogspot.com/2010/09/salam-perantauan.html



 Salam Aidilfitri Dari Perantauan 2011
http://www.sharery.blogspot.com/2011/08/salam-raya-dan-kemerdekaan.html
http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=863



Salam Raya dari Perantauan 2012
http://xtive.utusan.com.my/salam_raya2012/display.php?id=517



Sekali lagi di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca
Terjemahan Hati. :-)

Sunday 26 August 2012

30 Ramadan Yang Terpahat Di Sanubari

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika umat Islam lain bergembira pada 30 Ramadan sempena menyambut kedatangan bulan Syawal,berbeza pula dengan saya dan keluarga.
30 Ramadan pada tahun ini,genaplah empat tahun bapa kesayangan telah dijemput menghadap PenciptaNya.
Perasaan hiba tidak dapat lari setiap kali menempuh tarikh keramat ini.Pada malam 30 Ramadan minggu lalu,sebelum tidur,saya tidak dapat mengekang air mata dari jatuh membasahi pipi.Walaupun jarak antara kami jauh,tetapi ingatan anak terhadap bapanya tidak pernah luput setiap hari dan setiap masa.

Adik rindu apak... :'(
Allahyarham Noordin Ariffin
30 Ramadan 2008 - Jenazah bapaku sudah berada di dalam van dan bersedia menuju ke masjid untuk disembahyangkan
Genap satu minggu pemergian bapa saya,ibunya pula iaitu nenda saya Allahyarhamah Jamaliah turut kembali ke rahmatullah

Untuk membaca coretan mengenai arwah bapa yang saya luahkan di dalam Terjemahan Hati,pembaca boleh ke ;
http://www.sharery.blogspot.com/2010/01/gambarkamerafotografi.html
*http://www.sharery.blogspot.com/2010/09/30-ramadhan.html 
http://www.sharery.blogspot.com/2010/12/si-dia.html
http://www.sharery.blogspot.com/2011/08/genap-tiga-tahun.html

* yang mendapat paling banyak jumlah pembaca


AL -FATIHAH Untuk Allahyarham Noordin Ariffin dan Allahyarhamah Jamaliah.

Saturday 25 August 2012

AREA 51, NEVADA ( Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya tidak akan mengulangi apakah makna AREA 51. Kepada mereka yang ketinggalan, sila rujuk artikel di bawah;
http://www.sharery.blogspot.com/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html

Beberapa minggu lalu, hajat untuk ke sempadan AREA 51 tidak kesampaian akibat faktor waktu dan cuaca. Dua minggu selepas itu,kami datang sekali lagi demi untuk melengkapkan misi yang belum selesai.

DALAM PERJALANAN KE RACHEL, NEVADA

Gambar atas : Tonopah Test Range juga dikenali sebagai AREA 52 adalah milik United States Department of Energy

Gambar bawah : Bekas peluru yang telah digunakan

Perjalanan menuju ke Rachel tidak membosankan apabila melihat pemandangan yang cantik,luas mata memandang

RACHEL, NEVADA
Rachel ialah sebuah perkampungan kecil yang kedudukannya paling hampir dengan AREA 51
Singgah sekali lagi di Little A'Le'Inn untuk membeli cenderamata.Beberapa minggu lalu suami tertinggal kad kredit di kedai yang sama sejurus selepas membuat pembelian.Mujurlah pekerja di sini baik hati dan jujur lantas mengepos kad itu kepada suami.
Little A'Le'Inn sering menjadi tumpuan produksi dan pengarah filem untuk melakukan pengambaran di sini dan yang terbaru ialah filem Paul di mana terdapat babak di dalam restoran ini
Pemandangan dari luar pintu masuk Little A'Le'Inn

AREA 51 ( PENGKALAN TENTERA AMERIKA YANG PALING RAHSIA / TOP SECRET)

PINTU MASUK KE AREA 51 (PINTU BELAKANG)

1.7 batu adalah jarak yang diambil dari  Little A'Le'Inn untuk sampai ke simpang besar dan 12 batu seterusnya untuk tiba di hadapan pintu belakang atau pintu kedua AREA 51.
Gambar atas : Tiba di simpang besar

Gambar tengah : Membelok ke kanan bagi meneruskan 12 batu yang seterusnya

Gambar bawah : Pemanduan kami sedikit perlahan kerana jalanraya yang berbatu dan berpasir
Gambar atas : Pintu masuk dan pondok pengawal sudah kelihatan dari jauh

Gambar tengah : Gambar pintu masuk dan pondok pengawal dalam jarak paling dekat yang dapat saya rakamkan

Gambar bawah : Perjalanan keluar menuju ke simpang besar.Kelihatan Rachel dari jauh di sebelah kiri atas gambar

PETI SURAT YANG POPULAR / BLACK MAILBOX

Dari Little A'Le'Inn, pemanduan kami memerlukan jarak sebanyak 19.7 batu untuk sampai ke "black mailbox"

Gambar atas dan tengah : Perjalanan dari pondok pengawal ke jalan besar

Gambar bawah : Black Mailbox yang sudah bertukar menjadi warna putih
Merujuk kepada gambar di bawah, peti surat ini terletak di tepi jalan (Extraterrestrial Highway) milik penduduk tempatan.Mengapa black mailbox sedangkan di dalam gambar ini peti suratnya berwarna putih?
Peti surat ini pada asalnya memang berwarna hitam dan telah menjadi mangsa keadaan.Ianya digunakan sebagai penanda untuk mereka yang datang ke sini semata-mata ingin melihat kejadian atau objek aneh khususnya UFO yang dikhabarkan kerap "menjelma" di kawasan berhampiran.Oleh kerana itulah pemiliknya peti surat telah kerap kali menukar warna demi untuk mengelirukan pengunjung.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Rachel ke Las Vegas beberapa minggu lalu,saya dapat melihat beberapa buah kereta sudah mula "berkampung" di sebuah kawasan luas yang saya pasti di sinilah tempatnya.

Peti surat yang sudah diconteng oleh pengunjung.Gambar kepala alien dan UFO turut menjadi tema contengan
Jika dilihat contengan dan tandatangan yang dibuat,pengunjung datangnya dari seluruh pelusuk dunia
Selain Little A'Le'Inn di Rachel, peti surat ini turut menjadi lokasi pengambaran filem Paul.Gambar di atas ialah babak di mana si pelakon bergambar bersebelahan peti surat "black mailbox"

AREA 51(PENGKALAN TENTERA AMERIKA YANG PALING RAHSIA / TOP
SECRET)


PINTU MASUK KE AREA 51 (PINTU UTAMA)

Selepas melawat ke pintu masuk AREA 51 (pintu belakang),kemudian ke black mailbox, destinasi berikutnya tentulah melawat ke pintu masuk utama AREA 51.

Gambar atas : 29.7batu  dari Little A'Le'Inn jarak yang diperlukan untuk sampai ke simpang besar sebelum menyambung lagi 13 batu terakhir

Gambar tengah : Inilah jalan utama yang digunakan oleh kenderaan yang membawa tentera Amerika masuk ke AREA 51

Gambar bawah : Dari jauh kelihatan sebuah kereta yang bergerak menghala ke tempat yang kami tuju.Kami percayai mereka ialah sekumpulan pelancong kerana kami sudah bertembung dengan mereka sebanyak tiga kali iaitu ketika di Little A'Le'Inn, pintu masuk ke AREA 51 (pintu kedua) dan black mailbox.
Dari simpang besar,kami membelok ke kanan dan jarak 13batu diperlukan untuk tiba di sempadan AREA 51 pintu masuk utama.Hanya sebatang jalanraya sahaja (seperti gambar di atas) dan tidak ada penempatan atau kampung di sekitar kawasan tersebut.Debu dari kereta hadapan memberi petanda yang mereka pun bergerak menuju ke destinasi yang sama.Sedang dalam perjalanan,ketika pemanduan memerlukan naik dan turun bukit,tiba tiba saya dan suami merasa hairan dan pelik kerana kereta di hadapan kami sudah tidak kelihatan.Malah debu-debu kesan dari pemanduan mereka pun lesap seolah-olah tidak ada kenderaan yang bergerak di hadapan kami.

Kawasan ini sangat bahaya jika tersilap langkah, kerana seperti yang saya ceritakan sebelum ini ( Bahagian 1) , pengunjung yang cuba menceroboh masuk ke kawasan AREA 51 akan ditembak dan dibunuh.Kami benar-benar hairan kerana jika mereka tersesat atau ditembak sekalipun, kami tidak mendengar sebarang das tembakan atau nampak kereta mereka tersadai di tepi jalan.Atau,jika kenderaan itu bukan pelancong tetapi pengawal sekalipun,tidak mungkin kesan debu dapat hilang dalam masa yang singkat!

Gambar atas : Perjalanan hampir sampai ke destinasi yang di tuju

Gambar tengah dan bawah : Kereta pacuan empat roda berwarna putih bercermin gelap sedang mengawal pintu sempadan.Mereka ialah individu (pengawal/tentera) yang bertanggungjawab menahan atau menembak sesiapa sahaja yang menceroboh masuk ke kawasan AREA 51.Menurut satu sumber, pengunjung di larang merakamkan gambar (muka) mereka yang sedang betugas.Sekiranya berlaku dan pihak atasan ternampak gambar tersebut itu disiarkan di mana-mana, mereka(pengawal/tentera) akan dipecat serta merta dan hukuman juga akan dikenakan
Kesemua gambar di atas  : Kami sudah tiba di hadapan garisan sempadan.Walaupun pintu masuk utama tidak dapat kelihatan dari sini,tetapi papan tanda amaran sudah jelas membuktikan yang pengunjung sudah tidak boleh melepasi papan tanda tersebut kerana ia sudah dikira kawasan AREA 51
Gambar yang saya rakamkan di atas tidak begitu jelas kerana sudah lewat petang.Oleh itu saya telah mengambil beberapa gambar dari sumber google untuk pembaca memahami amaran yang tertulis di atas papan tanda tersebut.
Gambar atas dan tengah : Papan tanda amaran yang dicacakkan di garisan sempadan AREA 51

Gambar bawah : Inilah AREA 51 yang menjadi tempat paling rahsia di dunia.Ruang udara sekitar AREA 51 juga telah ditutup untuk semua pengguna laluan udara seluruh dunia kecuali yang berkenaan sahaja (tentera Amerika Syarikat).Walaupun ruang udara ditutup, tetapi AREA 51 tidak dapat lari dari rakaman melalui satelit
Kesemua gambar di atas : Berdiri di sempadan dan laluan pintu masuk utama ke AREA 51.Akhirnya misi kami berjaya dilengkapkan!
Kesemua gambar di atas : Perjalanan untuk keluar ke jalan besar dan seterusnya menyambung perjalanan ke Las Vegas.Sehingga kami keluar dan sampai ke simpang jalan besar,kami tidak nampak langsung kereta yang berada di hadapan kami sebelum ini. Sungguh MISTERI!

MENYAMBUNG PERJALANAN KE LAS VEGAS
Kesemua gambar di atas : Pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke Las Vegas sebelum matahari terbenam
Walaupun misi kami telah tamat,tetapi jika ada masa dan peluang kami ingin sekali lagi datang ke sini dan bermalam di Little A'Le'Inn ataupun di kawasan black mailbox bersama-sama dengan pengunjung lain yang begitu berminat untuk melihat kejadian/objek aneh (UFO) yang biasa berlaku pada waktu malam.


Beginilah sedikit sebanyak gambar dan cerita yang dapat saya kongsikan bersama pembaca Terjemahan Hati.Sekali lagi saya ingatkan,kepada sesiapa yang ketinggalan dari awal cerita,anda boleh membaca dari mula di keluaran sebelumnya seperti alamat di bawah ;
http://www.sharery.blogspot.com/2012/08/perjalanan-ke-area-51.html
http://www.sharery.blogspot.com/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html



Lokasi Pengambaran Filem Sister Act (Di RENO)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya sudah kongsikan bersama pembaca beberapa lokasi pengambaran drama dan filem popular di serata negara Amerika.Kali ini saya membawa anda ke lokasi pengambaran filem Sister Act (1992) yang telah dilakukan di Reno, Nevada.

Filem Sister Act : Babak di luar balai polis yang bangunan sebenarnya ialah pejabat pos
Filem Sister Act : Babak di luar balai polis yang bangunan sebenarnya ialah pejabat pos
 Bangunan pejabat pos di Reno yang dijadikan sebagai balai polis di dalam filem Sister Act
Saya berdiri di hadapan pejabat pos di Reno Nevada,lokasi pengambaran untuk filem Sister Act
Pejabat Pos Besar di Reno, Nevada
Kami tiba di pejabat pos berkenaan lewat petang dan tiada sebarang urusniaga yang dijalankan pada waktu itu tetapi ruang lobi yang menempatkan peti pos persendirian ( P.O BOX) dibuka untuk pengguna sehingga malam hari.Sunggu unik reka bentuk dalaman pejabat pos besar ini,jika dilihat sekali imbas memang nampak seperti balai polis atau mahkamah.

Di dalam ruang legar/ lobi Pejabat Pos Besar Reno
Ini pula gereja yang digunakan untuk babak di dalam filem Sister Act
Gambar tidak jelas kerana saya mengambilnya dari laman sesawang pihak lain. Babak di dalam filem Sister Act di mana paderi-paderi melintas jalan di hadapan pintu gerbang RENO- The Biggest Little City In The World
Gambar atas : Berdiri di pintu gerbang sama di dalam babak filem seperti gambar di atas.Saya pernah bergambar di hadapan pintu gerbang ini pada waktu siang semasa lawatan pertama ke Reno beberapa minggu lalu

Gambar bawah : Kelab malam ini juga antara lokasi untuk filem Sister Act

Jika waktu mengizinkan, InsyaAllah kami akan meneruskan hobi menjejaki lokasi pengambaran drama dan filem popular yang lain pula.



Friday 24 August 2012

SACRAMENTO, Ibu Negeri CALIFORNIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dalam perjalanan dari San Francisco ke Reno yang mengambil masa pemanduan hampir 4jam,kami singgah sebentar di Sacramento iaitu ibu negeri bagi California.

Ya,Sacramento ialah ibu negeri California.Bukan Los Angeles ataupun San Francisco.
Gambar atas : Sebelum memasuki bandaraya,kami menempuhi Lapangan Terbang Antarabangsa Sacramento dahulu

Gambar tengah : Sebaik sahaja memasuki bandaraya

Gambar bawah : Bangunan tinggi itu menarik perhatian saya kerana mirip dengan BHP Billiton Tower di Perth, Australia
Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri California  (California State Capitol)
Bangunan ini dibuka pada tahun 1874
Berhenti seketika di kedai Starbucks yang berhampiran dengan Sacramento Convention Center dengan tujuan untuk membeli mug yang bertulis Sacramento.Malang sekali keempat-empat kedai yang kami pergi mug itu kehabisan stok.
Sacramento Convention Center

Bandaraya Sacramento
Bandaraya Sacramento
Sacramento tidak menarik di mata saya dan bukanlah sebuah bandar besar seperti Los Angeles dan San Francisco,tetapi sekurang-kurangnya saya telah sampai ke ibu negeri California ini.