Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Ini gambar lama.Saya bukanlah peminat penyanyi yang berasal dari Malaysia bernama Mizz Nina.Sekadar berkongsi gambar.Poster ini dilekatkan di salah sebuah pusat membeli belah di Melbourne.
Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Thursday, 31 January 2013
Wednesday, 30 January 2013
Melbourne Australia
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Di Australia lebih banyak pilihan restoran halal yang menyajikan makanan dari Malaysia dan Indonesia berbanding di Amerika Syarikat.Pulang ke Australia semestinya kami tidak melepaskan peluang menikmati makanan yang dirindui sementelah pulang ke Malaysia pun tidak puas dengan aktiviti 'jalan-jalan cari makan'.

Pandangan bandaraya Melbourne dari balkoni apartmen kami |
Berjumpa semula dengan teman-teman |
Bersama dengan kakak angkat di Geelong, Victoria |
Melepaskan rindu menjamu selera dengan makanan-makanan kegemaran |
Mee Siam dari Killiney Kopitiam dan Roti Bom dari Chilli Padi Mamak Kopitiam |
Seorang lagi kakak angkat telah menghadiahkan kami suami isteri pulut kuning sempena ulangtahun perkahwinan |
Gambar atas : Kak Fir, seorang lagi kakak angkat Gambar bawah : Hadiah tudung dan selendang dari Kak Fir |
The Burger Lounge di Eltham Victoria. Restoran burger halal yang menyajikan pelbagai pilihan burger |
PappaRich |
Chilli Padi Mamak Kopitiam di Racecourse Road Kensington |
Makan - makan di rumah kakak angkat dan berkumpul dengan rakan-rakan |
Menziarahi teman rapat |
Dua gambar paling atas : Untungnya dapat tinggal di Melbourne kerana terdapat Nandos, McDonald's dan KFC halal Dua gambar bawah : Mee rebus ,mee siam dan nasi lemak kari ayam di Killiney Kopitiam |
Sekali lagi, menikmati hidangan di PappaRich |
Restoran Es Teler 77 |
Salah satu restoran pizza yang menjadi kegemaran kami, terletak di Dandenong Victoria |
Anak kepada seorang kenalan Adam Greiger |
Makan malam bersama kakak dan abang angkat sekeluarga |
Makan malam bersama kakak dan abang angkat sekeluarga |
Saturday, 26 January 2013
Pulang ke AUSTRALIA
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Penerbangan dari Chicago-New York-Dubai-Kuala Lumpur termasuk waktu transit mengambil masa lebih kurang tiga hari.Pulang ke Malaysia pun kerana transit sebelum pulang ke Australia.Letih akibat perbezaan waktu tidak boleh diterangkan dengan kata-kata.Sepanjang berada di Ipoh saya tidak duduk goyang kaki tetapi sibuk menguruskan beberapa hal dengan badan kerajaan.Apa yang paling penting sekali ialah dapat berjumpa degan ibu saya.
Kepada mereka yang tidak dapat berjumpa dengan saya,doakan semoga kita dapat berjumpa di lain masa,InsyaAllah.
Alhamdulilah sudah selamat sampai dan kembali ke Australia.
Makan tengah hari di Nilai sebelum ke KLIA |
Gambar atas kiri : Kakak dan abang angkat yang menghantar kami ke KLIA Gambar atas kanan : Bersedia untuk ke kaunter imigresen Gambar bawah : Lambaian ucapan selamat tinggal |
Gambar atas : Emirates pesawat B777 yang bakal menerbangkan kami ke Melbourne Gambar tengah : Sudah berada di tempat duduk Gambar bawah : Pesawat sudah bersedia untuk bergerak |
Menu makan malam |
Gambar atas : Lebih kurang 55 minit sebelum sampai ke destinasi Gambar tengah : Perlu menempuh Adelaide sebelum sampai ke Melbourne Gambar bawah : Sudah berada di atas Melbourne |
Gambar atas : Melbourne pada waktu malam Gambar bawah : Lapangan Terbang Melbourne |
Penerbangan dari Chicago-New York-Dubai-Kuala Lumpur termasuk waktu transit mengambil masa lebih kurang tiga hari.Pulang ke Malaysia pun kerana transit sebelum pulang ke Australia.Letih akibat perbezaan waktu tidak boleh diterangkan dengan kata-kata.Sepanjang berada di Ipoh saya tidak duduk goyang kaki tetapi sibuk menguruskan beberapa hal dengan badan kerajaan.Apa yang paling penting sekali ialah dapat berjumpa degan ibu saya.
Kepada mereka yang tidak dapat berjumpa dengan saya,doakan semoga kita dapat berjumpa di lain masa,InsyaAllah.
Alhamdulilah sudah selamat sampai dan kembali ke Australia.
Friday, 25 January 2013
Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 3 (2012)
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
25hb September 2012
Hari ini genap tiga tahun usia perkahwinan saya dan suami.Tidak ada sambutan istimewa kerana kami harus pulang ke Kuala Lumpur sebelum tengah hari. Di sini saya kongsikan gambar apa yang saya dan suami lakukan pada hari ulang tahun kami berdua.
Dari Universiti Kuala Lumpur saya terus ke Gombak untuk berjumpa dengan mak ngah, ibu saudara yang paling saya rapat sejak dari kecil kagi.
Walaupun kami kesuntukan masa dan masih ada dua temujanji ,jemputan minum petang dari mak ngah sukar untuk kami tolak. Seperti juga masakan ibu yang saya rindui, masakan mak ngah pun begitu juga. Walaupun dengan secawan air teh sekurang-kurangnya ia mengubat kerinduan.
Begitulah sedikit sebanyak gambar yang dapat saya kongsikan bersama pembaca sempena hari ulang tahun perkahwinan saya yang ketiga. Jika tahun pertama dan kedua saya menyambutnya hanya dengan suami di Melbourne, tetapi pada tahun ketiga, saya dapat berada di Malaysia bersama keluarga dan sahabat.
25hb September 2012
Hari ini genap tiga tahun usia perkahwinan saya dan suami.Tidak ada sambutan istimewa kerana kami harus pulang ke Kuala Lumpur sebelum tengah hari. Di sini saya kongsikan gambar apa yang saya dan suami lakukan pada hari ulang tahun kami berdua.
Sarapan pagi yang ibu saya sediakan iaitu nasi lemak,sambal tumis udang dan ayam goreng. |
Gambar atas : Menziarahi pusara. Gambar tengah : Pusara datuk (bapa kepada ibu saya). Gambar bawah : Pusara abang saya. |
Dan yang terakhir, pusara bapa saya.Selama tiga tahun tidak berada di Malaysia hanya mimpi yang menghubungkan saya dengan arwah bapa.Hari ini baru merasa lega kerana dapat datang ke sini. |
Melawat anak -anak saudara di Universiti Kuala Lumpur. Gambar bawah kiri : Anak saudara menjadi model di dalam poster di belakang beliau. Gambar bawah kanan : Pie, antara kawan rapat anak saudara. |
Dari Universiti Kuala Lumpur saya terus ke Gombak untuk berjumpa dengan mak ngah, ibu saudara yang paling saya rapat sejak dari kecil kagi.
Walaupun kami kesuntukan masa dan masih ada dua temujanji ,jemputan minum petang dari mak ngah sukar untuk kami tolak. Seperti juga masakan ibu yang saya rindui, masakan mak ngah pun begitu juga. Walaupun dengan secawan air teh sekurang-kurangnya ia mengubat kerinduan.
Terima kasih kerana belanja kami satay. |
Antara gambar yang dirakamkan oleh Abang Zul. |
Kejutan yang diberikan oleh keluarga angkat kami. Terima kasih kerana sudi menghadiahkan kami kek yang sedap ini. |
Kejutan yang diberikan oleh keluarga angkat. |
Keluarga angkat yang sama-sama menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami. |
Thursday, 24 January 2013
MALAYSIA
Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Sejenak terfikir,saya tidak pernah menyangka akan pulang ke Malaysia dari Dubai dengan penerbangan Emirates. Selama ini angan-angan untuk pulang ke Malaysia ialah dengan menaiki Penerbangan Malaysia atau Qantas dari Melbourne atau Perth Australia.
Kepulangan yang tidak dirancang ini hanya sekejap.Saya harus mengikut suami yang mendapat panggilanuntuk pulang ke Australia atas urusan kerja.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanya mengambil masa 2jam dan 30minit.Tetapi akibat dari keletihan yang teruk,kami berhenti tidur di hentian rehat di lebuhraya sebelum menyambung perjalanan.Sampai di Ipoh lebih kurang 10.00malam.

Gambar atas : Bersama ibu, abang sulung dan kakak ipar Gambar bawah : Kereta kesayangan milik saya yang dibeli pada tahun 2005 |
Sarapan pagi di rumah abang dan kakak ipar di Tambun |
Selepas mengambil gambar untuk memperbaharui lesen memendu,saya membawa suami makan di Medan Selera Dato Tahwil Azar atau warga Ipoh senang dengan panggilan Taman Kanak - Kanak |
Gambar atas : Menteri Besar Perak Gambar tengah dan bawah : Bandaraya Ipoh, bandar tempat saya dilahirkan |
Di rumah kakak dan abang ipar saya dan dapat berjumpa dengan dua orang anak saudara yang sudah besar.Terima kasih kerana sudi menjemput kami datang ke rumah |
Gambar atas : Jalan Besar, Gunung Rapat. Jalan yang saya gunakan setiap hari untuk pergi ke sekolah Gambar bawah : Tidak melepaskan peluang ke pasar malam.Ya,kami rindu akan pasar malam di Malaysia |
Pelbagai hidangan yang kami beli di pasar malam dan yang paling diidamkan ialah burger Ramly yang tidak terdapat di luar negara.Walaupun sekejap,dapat juga berjumpa dengan lima orang anak saudara |
Antara makanan yang kami beli di pasar malam ialah satay, keropok lekor dan apam balik |
Lesen memandu yang hilang tiga tahun lepas sudah pun diganti baru dan dalam masa yang sama saya mendapatkan lesen memandu antarabangsa |
Gambar atas : Makan tengah hari Gambar bawah : Selepas memperbaharui lesen memandu,saya teruja memandu kereta milik saya sendiri |