Tuesday 26 November 2013

Berkongsi Tarikh Lahir Dengan Penyanyi Tina Turner

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekadar berkongsi, hari ini iaitu 26hb November, saya berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Tina Turner. Gambar di bawah dirakamkan semasa saya berada di Hollywood Walk Of Fame di Los Angeles, California.




Friday 22 November 2013

Melawat Ke Tugu Peringatan Presiden John F Kennedy Di Dallas, TEXAS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari ini, bertarikh 22hb November 2013 genaplah 50 tahun kematian bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 iaitu John Fitzgerald Kennedy atau nama singkatan beliau yang popular iaitu JFK.

Presiden Kennedy telah dibunuh di Dallas, Texas pada jam 12.30 minit tengah hari semasa beliau dalam rangka lawatan politik ke Texas.
Setelah ditembak sebanyak dua kali di tempat kejadian, Kennedy dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 1.00 petang.
Beliau meninggal dunia lebih muda daripada mana-mana Presiden Amerika Syarikat setakat ini iaitu pada usia 46 tahun.


John F. Kennedy Memorial Plaza


Tugu peringatan ini dibina pada tahun 1970 di Dallas, Texas sempena memperingati kematian Presiden JFK.

John F. Kennedy Memorial Plaza di Dallas, Texas.




Di atas jalan raya ini telah dipangkah dengan cat berwarna putih tanda di mana Presiden JFK telah ditembak. Dua gambar di atas adalah pangkahan pertama (tembakan pertama).

Tembakan pertama terjadi di sini.

Pangkahan kedua tandanya tembakan kali kedua yang terkena kepada Presiden JFK dan membuatkan nyawanya terkorban.

Peta rujukan di kawasan West End Historic District.
The Sixth Floor Museum di Dealey Plaza, Dallas merupakan sebuah muzium peringatan Presiden JFK.

InsyaAllah jika ada kelapangan di lain masa, saya dan suami akan kembali semula ke sini untuk melawat ke muzium The Sixth Floor Museum yang tidak sempat kami kunjungi.


Tuesday 12 November 2013

Marina Bay Sands Pada Waktu Malam

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah ialah pertunjukan cahaya lampu laser yang berwarna warni di Marina Bay Sands, Singapura.
Waktu pertunjukan adalah seperti di bawah berikut;

Ahad - Khamis  : 8:00 malam, 9:30 malam
Jumaat & Sabtu : 8:00 malam, 9:30malam, 11:00 malam







Friday 8 November 2013

Bertemu Dengan Bekas Rakan Sekerja Di Perth, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Minggu lalu saya berpeluang berjumpa dengan bekas rakan sekerja yang berada di Perth, Australia Barat semasa mereka di dalam waktu bertugas.

Adibah merupakan rakan sekelas semasa kami menuntut di Malaysia Airlines Academy (MAA) di Kelana Jaya, Selangor pada tahun 2004. Selepas tamat tempoh latihan, kami tidak pernah dijadualkan untuk bertugas bersama-sama sehinggalah saya meletakkan jawatan dan berhijrah ke Australia pada tahun 2009.

Hanya baru-baru ini kami berhubung melalui Instagram dan apabila melihat gambar-gambar beliau yang baharu tiba di Perth, maka di dalam minit-minit terakhir kami mengatur perancangan untuk berjumpa.


Gambar atas : Saya dan Adibah di Malaysia Airlines Academy pada tahun 2004.

Gambar bawah : Gambar terbaru kami di Perth.

Bonus bagi saya ialah bukan sahaja dapat berjumapa dengan Adibah pada hari tersebut, tetapi juga dapat berjumpa dengan Farzan. Saya pernah terbang bertugas bersama Farzan satu ketika dahulu.
Walaupun hanya beberapa jam, saya dan suami memanfaatkan masa yang ada untuk membawa tetamu kami bersiar-siar di sekitar Perth. Selain bergambar dan menikmati pemandangan dalam bandar, kami membawa Adibah dan Farzan melihat keindahan Sungai Swan (Swan River) dari beberapa lokasi yang berlainan termasuk di kawasan perumahan mewah dan tergolong di dalam tangga ke-5 perumahan termahal di Australia (top 5) yang memang tidak dikunjungi oleh pelancong asing.

Dengan sungai dan langit yang membiru membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik.

Gambar atas : Berlatar belakangkan Swan River dan bandar Perth.

Gambar bawah : Kenangan pada hari graduasi, Adibah di sebelah kiri manakala saya di sebelah kanan.

Kami melengkapkan kunjungan Adibah dan Farzan dengan membawa mereka ke Fremantle.

Gambar atas : Di hadapan pasar popular iaitu Fremantle Market.

Gambar bawah : Makan lewat tengah hari di Sweet Lips.  Beberapa minggu lalu Sweet Lips telah memenangi anugerah Fish And Chips terbaik di Australia. 

Di Kings Park.

Gambar terakhir kami berempat dirakamkan di Kings Park. Kings Park merupakan taman dalam bandar terbesar di dunia di mana ianya lebih besar daripada Central Park di New York dan Hyde Park di London.

Begitulah sedikit sebanyak cerita dan gambar yang dapat saya kongsikan di sini. Saya bersyukur kerana sejak berhijrah empat tahun yang lalu, saya masih menerima kunjungan bekas rakan sekerja tidak kiralah samada semasa saya berada di Australia mahupun di Amerika Syarikat.

Wednesday 6 November 2013

Ladang Maggie Beer Di Nuriootpa, Australia Selatan.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Walaupun sudah banyak kali saya datang bercuti ke bandar Adelaide, tetapi hasrat untuk melawat ke ladang milik Maggie Beer sering dibatalkan atas faktor waktu yang tidak mengizinkan.
Hanya baru-baru ini saya dan suami berpeluang ke Nuriootpa, Australia Selatan untuk melawat ke
Maggie Beer's Farm Shop.

Maggie Beer adalah seorang tukang masak popular Australia, penulis buku, pemilik restoran dan pengeluar produk makanan. Kepakaran di dalam bidang masakan telah membuatkan Maggie Beer begitu terkenal di Australia dan telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Pada Hari Australia 2012, Maggie Beer telah dianugerahkan darjah kebesaran Member of the Order of Australia (AM)  oleh HM Queen Elizabeth II.

Saya mengenali Maggie Beer sejak dari tahun pertama berhijrah ke Australia dan pertama kali melihat penampilan beliau di dalam rancangan masakan terkenal MasterChef Australia. Setiap tahun beliau pasti akan dijemput untuk menjadi tetamu juri bagi rancangan tersebut. Maggie Beer yang biasa saya lihat di kaca televisyen adalah seorang yang pemurah dengan senyuman, lemah lembut dan sifat-sifat keibuan beliau nampak dengan jelasnya.

Maggie Beer's Farm Shop
50 Pheasant Farm Rd,

Nuriootpa,
South Australia 


www.maggiebeer.com.au



Pemanduan untuk ke Maggie Beer's Farm Shop dari bandar Adelaide mengambil masa kira-kira 1 jam 10 minit.




Di hadapan pintu masuk.

Cerita mengenai Maggie Beer.





Gambar-gambar dan perjalanan kehidupan Maggie Beer.


Demonstrasi masakan diadakan setiap hari pada jam 2.00 petang.

Penjualan ais krim begitu laris sehingga kami terpaksa menunggu agak lama untuk pekerja meletakkan stok yang baharu.

Pelbagai buku masakan, aneka sos dan jem turut dijual di sini. Para pengunjung boleh mencuba dahulu sebelum membelinya.










Gambar atas : "Natural Walk" adalah laluan pejalan kaki yang dikhaskan untuk pengunjung menikmati pemandangan di sekitar ladang.

Gambar tengah : Restoran dan kedai milik Maggie Beer yang dilihat dari arah jauh.

Gambar bawah : Pokok buah zaitun.

Ladang anggur dan kambing biri-biri turut kelihatan di sini.




Gambar atas dan tengah : Dewan serba guna terletak bersebelahan dengan Maggie Beer's Farm Shop.

Gambar bawah : Simpang yang memisahkan dewan serba guna dan Maggie Beer's Farm Shop.

Saya membeli  ais krim perisa campuran coklat hitam dan buah oren.


Menikmati ais krim dengan melihat pemandangan yang sejuk mata memandang.

Produk Maggie Beer seperti ais krim sering dihidangkan sebagai pencuci mulut di dalam penerbangan Qantas Airways kelas perniagaan.





Tuesday 5 November 2013

The Toy Factory Di Gumeracha, Australia Selatan.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

The Toy Factory terletak di Gumeracha, Australia Selatan dan hanya bersebelahan dengan Kuda Goyang Terbesar Di Dunia seperti yang saya ceritakan sebelum ini.
http://sharery.blogspot.com.au/2013/11/rocking-horse-kuda-goyang-terbesar-dunia.html .

Keistimewaan kilang ini ialah barang permainannya diperbuat daripada kayu dan para pengunjung boleh membeli barangan tersebut secara terus dengan harga yang berpatutan.
www.thetoyfactory.com.au







Coklat, gula-gula, makanan ringan dan cenderamata turut di jual di sini.


Monday 4 November 2013

Rocking Horse - Kuda Goyang Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

The Big Rocking Horse merupakan satu tarikan pelancong yang terletak di Gumeracha, Australia Selatan.
Kuda besar ini direka oleh David McIntosh diperbuat daripada keluli dengan ketinggian 18 meter dan seberat 25 tan sekaligus ia menjadikan Kuda Goyang Terbesar Di Dunia (World's Biggest Rocking Horse).

Selain kuda besar yang menjadi tumpuan pelancong, di sini juga terdapat kilang barang permainan yang diperbuat daripada kayu, taman hidupan liar dan kafe.

Masa pemanduan yang diambil dari bandar Adelaide ke Gumeracha adalah lebih kurang 45-50 minit.

Dengan cuaca yang sangat baik,  pemandangan di dalam perjalanan ini lebih indah dengan melalui lereng-lereng bukit.  Gambar di atas mengingatkan saya akan pemanduan dari Pagosa Spring ke Denver, Colorado, Amerika Syarikat.

The Big Rocking Horse telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Australia Selatan pada tahun 1981.

Kuda Goyang Terbesar Di Dunia.

Kuda ini mempunyai empat tingkat sebelum sampai ke puncak.
Mengambil gambar di sekitar kawasan sebelum naik ke atas puncak kuda goyang ini.

Bayaran yang dikenakan untuk setiap orang yang masuk ialah AUD2.

Menaiki tangga menuju ke tingkat 1.

Tingkat 1.

Tingkat 2.

Tingkat 3.

Tangga untuk naik ke aras paling atas iaitu ke puncak.
Menaiki tangga untuk ke paras terakhir iaitu ke puncak.


Pendakian kami akhirnya berjaya sampai ke puncak.
Kami berdiri di paras paling atas manakala gambar ini dirakamkan dari tingkat 3 oleh sahabat kami.

Dari paras paling atas jelas dapat kelihatan pemandangan Adelaide Hills.

Gambar atas : Tangga turun dari puncak terus ke tingkat 2.

Gambar bawah : Dari tingkat 2 untuk turun ke tingkat 1.

Saya, suami dan sahabat kami bergambar dengan replika kuda gonyang mini.