Tuesday 31 December 2013

Imbasan Tahun 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pada tahun lalu saya ada bercerita mengenai kenangan manis saya sepanjang 2012 (IMBASAN 2012) http://sharery.blogspot.com.au/2012/12/imbasan-2012.html.

Sekali lagi pada hari ini, iaitu hari terakhir sebelum menutup tirai tahun 2013 saya akan bercerita sedikit mengenai kenangan manis sepanjang tahun dalam IMBASAN TAHUN 2013.

Tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya di mana saya kerap melancong di dalam dan luar negara kerana mengikut suami yang mempunyai pelbagai urusan. Melalui 'jejak kaki' inilah saya mencoretkan pengalaman di dalam blog untuk dikongsikan bersama keluarga, sahabat dan kenalan sekaligus memberikan pelbagai informasi yang berguna untuk para pembcaca.

1) Tanpa di sangka, 'hasil kerja' saya yang amat kecil ini akhirnya menarik tumpuan wartawan dari Malaysia lalu menemuramah saya.
Artikel mengenai dua buah blog saya telah disiarkan sebanyak dua kali di dalam surat khabar nombor satu di Malaysia iaitu Harian Metro.

Februari 2013
'Catatan Perjalanan Syarimah' menceritakan mengenai catatan perjalanan (travel blog) saya dan bagaimana serta bila saya bermula dengan www.shareery.blogspot.com.
Selebihnya ialah rumusan dan pujian dari kaca mata penulis/ wartawan itu sendiri.
Anda boleh membaca artikel penuh di : http://www.hmetro.com.my/articles/CatatanperjalananSyarimah/Article/



November 2013
Usaha saya dalam mengetengahkan senarai restoran halal di bandar Melbourne, Australia (www.halalmelbourne.com.au)  turut dipaparkan di dalam surat khabar yang sama.




2) Pengalaman manis ketika berada di Singapura pula ialah apabila berpeluang melawat ke stesen radio terkenal tempatan sementelah menemani suami saya yang mendapat jemputan dan ditemuramah bagi sebuah segmen untuk radio Warna 94.2fm. Semasa melawat ke bilik-bilik konti radio, saya dapat berjumpa dengan beberapa selebriti dan dj radio.  Cerita selanjutnya sila klik di sini :  http://sharery.blogspot.com.au/2013/10/jemputan-ke-konti-radio-warna-942fm-di.html



3) Selain daripada itu, saya turut menerima e-mel dari beberapa orang pembaca yang ingin meminta sedikit informasi mengenai tempat melancong yang bakal mereka kunjungi. Lebih menggembirakan hati saya ialah apabila dapat membantu seorang wanita dalam merangka percutian beliau dan suaminya ke Amerika Syarikat. Saya telah memberikan 100% informasi yang termampu untuk beliau. Alhamdulilah beliau sudah pun selamat pulang dari bercuti di Los Angeles, San Diego, Las Vegas dan San Francisco.

Terdapat banyak lagi kenangan manis tahun 2013 yang telah saya kongsikan di dalam blog ini, tetapi hanya tiga (cerita di atas) sahaja yang begitu istimewa bagi saya. :-)
 2013 memberikan banyak pengalaman baru dan pengajaran bagi diri saya. Semoga pada tahun akan datang saya dapat berkongsi lebih maklumat berguna untuk para pembaca sekalian.


Monday 30 December 2013

Makmal Ais Krim Di Melbourne, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dua tahun yang lalu saya ada ceritakan dengan para pembaca mengenai Makmal Kedai Kopi (Sensory Lab) yang pernah saya kujungi di Melbourne, Australia.
http://sharery.blogspot.com.au/2011/04/makmal-kedai-kopi.html.

Kali ini pula saya berkongsi gambar-gambar semasa saya ke kedai ais krim yang unik dengan konsep bercirikan seperti di makmal sains.

The Lab Nitrogen Gelato
188, Bourke Street,
Melbourne, 3000,
Australia 

www.facebook.com/TheLabGelato

















Friday 27 December 2013

Bertemu Dengan Penyampai Televisyen Channel 10 Yang Terkenal Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sepanjang saya tinggal di Melbourne, Australia, stesen televisyen yang menjadi kegemaran saya ialah dari saluran 10 (Channel 10). Jika saya berada di rumah, berita utama yang ke udara setiap hari pada jam 5.00 petang pasti akan saya tonton. Melalui segmen ramalan kaji cuaca pula saya suka melihat pengacaranya iaitu Mike Larkan yang sering menyampaikan berita dengan cara bersahaja dan adakalanya agak kelakar.

Setiap hari Mike Larkan akan menyampaikan ramalan kaji cuaca secara lintas langsung dari luar studio dengan lokasinya yang berbeza-beza tidak kiralah di dalam bandar Melbourne mahupun di luar bandar.

(Disember 2011)
Pada suatu hari, semasa saya dan suami membawa anak saudara (datang bercuti) dan rakan saya (yang datang dari Malaysia atas urusan kerja) bersiar-siar di persisiran pantai di daerah Brighton, saya dikejutkan dengan kehadiran Mike Larkan yang sedang membuat lintas langsung bagi segmen ramalan kaji cuaca pada petang itu.


Pada awalnya saya hanya mengambil gambar Mike Larkan dari jauh dan kemudiannya saya cuba untuk memfokus kamera saya dengan lebih dekat lagi.

Setelah melihat beberapa orang awam yang datang untuk mengambil gambar dengan Mike Larkan, saya juga turut teruja. Entah mengapa tiba-tiba timbul pula rasa malu, maka saya meminta suami untuk menegur Mike terlebih dahulu. Oleh kerana beliau begitu peramah dan ceria sama seperti apa yang saya lihat dari kaca televisyen, maka hilang perasaan itu dan datang rasa gembira.

Gambar atas : Wajah ceria saya apabila dapat bergambar dengan Mike Larkan.

Gambar bawah : Gambar Mike Larkan yang disiarkan di dalam laman sesawang Channel 10.

Gambar atas : Kami beramai-ramai bergambar bersama selebriti terkenal Channel 10 iaitu Mike Larkan.

Gambar bawah : Tujuan utama kami datang ke pantai Brighton ialah untuk membawa tetamu dari Malaysia bergambar di hadapan pondok-pondok kecil yang berwarna-warni ini (bathing boxes & boatsheds) serta melihat bandar Melbourne dari arah jauh.

Inilah salah satu keuntungan apabila saya menetap tinggal di dalam bandar Melbourne. Bukan sahaja Mike Larkan, tetapi sudah ramai artis, selebriti, kerabat diraja, ahli politik, peragawati, peragawan tempatan dan antarabangsa yang pernah saya jumpa secara dekat di sini.

Thursday 26 December 2013

Melawat Ke Parlimen Negeri Victoria, AUSTRALIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

(DISEMBER 2011)
Kali ini pula saya dan suami membawa anak saudara merasai pengalaman berada di bangunan Parlimen bagi Negeri Victoria yang terletak di bandar Melbourne.

Di hadapan bangunan Parlimen yang tersergam indah.

Di bahagian hadapan bangunan.

Di dalam bangunan (Queens Hall). Dewan ini terletak di tengah-tengah antara dua buah dewan persidangan (Legislative Council dan Legislative Assembly).


Di dalam dewan persidangan (Legislative Council). Kerusi dan permaidani di dewan ini semuanya berwarna merah dan merah jambu.

Mendengar taklimat yang diberikan oleh petugas Parlimen.

Kerusi dan permaidani untuk dewan persidangan ini pula berwarna hijau (Legislative Assembly).


Kelebihan lawatan di Parlimen ini ialah para pelawat berpeluang mengambil gambar seberapa banyak yang boleh.
Berbanding dengan lawatan saya sebelum ini iaitu ke Parlimen Australia Barat dan Canberra, lawatan pada kali ini agak singkat. Petugas yang membawa kami pada hari tersebut lebih banyak menceritakan mengenai tentang dewan undangan berbanding ke tempat-tempat lain di dalam bangunan.
Walau apapun, saya tetap mengambil kira lawatan ini sebagai satu pengalaman berharga.

Wednesday 25 December 2013

Bangunan Parlimen Di Negeri Australia Selatan, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa berada di Adelaide, kami tidak berkesempatan untuk masuk melawat ke bangunan Parlimen Australia Selatan kerana faktor waktu.
Walau bagaimanapun kami sempat bergambar di luar bangunan Parlimen ini.









Sunday 22 December 2013

Melawat Ke Parlimen Di Canberra, Ibu Negara Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

(FEBRUARI 2011)
Saya dan suami bercuti ke ibu negara Australia iaitu Canberra selama 3 hari. Salah satu tempat menarik yang kami lawati tidak lain dan tidak bukan tentunya bangunan Parlimen.

Kami tiba di Canberra dengan pesawat Qantas Airways dari Melbourne pada waktu tengah hari. Pada lewat petang, setelah penat bersiar-siar di sekitar bandar, kami singgah di bangunan Parlimen untuk bergambar.

Bangunan Parlimen ini telah direka oleh arkitek bernama Mitchell / Giurgoladan dirasmikan pada 9 Mei 1988 oleh Ratu Elizabeth II.
Keesokan harinya kami kembali ke bangunan Parlimen ini untuk menyertai lawatan dan mengambil lebih banyak gambar. Nasib tidak menyebelahi kami pada hari tersebut kerana seharian cuaca mendung dengan awan yang tebal.

Reka bentuk bangunan ini juga ilham dari bentuk boomerang.

Bangunan Parlimen yang lama yang terletak berhadapan dengan bangunan baru.

Semasa hendak masuk ke bangunan Parlimen, semua pelawat dikehendaki malalui pemeriksaan
keselamatan sama seperti apabila kita berada di lapangan terbang.

Sejurus selepas melakukan pemeriksaan keselamatan, kami bergambar di bahagian pintu hadapan.

Lobi atau ruang legar bangunan Parlimen yang besar ini dibina dengan batu marmar. Cukup jelas terasa dinginnya apabila berada di sini.

Perdana Menteri Mongolia tiba di ruang legar bangunan Parlimen. Gambar ihsan dari laman sesawang APH.
Berjalan-jalan di sekitar dalam bangunan sebelum lawatan dimulakan.

Gambar atas : Senarai kaum wanita yang berkhidmat di dalam parlimen persekutuan ini.

Gambar bawah : Salah seorang daripada senarai wanita di atas ialah Senator Penny Wong. Wanita kelahiran Sabah, Malaysia ini berhijrah ke Australia sejak berumur 8 tahun. Beliau dilantik ke dewan Senat mewakili negeri Australia Selatan pada tahun 2002.

Gambar atas : Bendera berlumpur ini telah diambil oleh ahli Pasukan Pertahanan Awam di kawasan bencana alam  di negeri Queensland dan diserahkan kepada Julia Gillard (Perdana Menteri pada waktu itu). Beliau telah membawanya masuk ke dalam dewan rakyat sambil berucap menyampaikan salam takziah bagi mangsa banjir yang terlibat.

Gambar tengah dan bawah : The Great Hall. Dewan ini digunakan untuk majlis rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan. Selain itu, ia boleh disewa oleh orang awam contohnya untuk majlis perkahwinan dan graduasi.

Perdana Menteri Malaysia berada dalam dewan The Great Hall. Gambar ihsan dari laman sesawang APH.



Dewan Rakyat.

Presiden Amerika Syarikat hadir sebagai tetamu semasa dewan sedang bersidang.

Akhirnya saya dapat menjejakkan kaki masuk ke dewan rakyat yang biasa saya lihat di dalam kaca televisyen setiap hari.

Dewan Senat.

Gambar atas : The Members Hall terletak di tengah-tengah antara dua buah dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Senat).

Gambar bawah : Pejabat pos turut terdapat di sini.
Selain pejabat pos, di dalam bangunan ini turut terdapat kafeteria dan kedai menjual cenderamata.

Gambar atas : Masih berada di dalam kawasan parlimen (di atas bumbung bangunan). Kelihatan dari jauh bangunan Parlimen yang lama.

Gambar bawah : Plak sebagai tanda bermulanya projek pembinaan bangunan Parlimen yang baru.

Bergambar berlatar belakangkan tiang bendera yang terletak di paras bumbung bangunan.

Lawatan ke bangunan Parlimen di negeri lain di dalam Australia akan menyusul selepas ini.

Thursday 19 December 2013

Jemputan Ke Parlimen Australia Barat Sebanyak Dua Kali

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salah satu kenangan manis yang saya catatkan di dalam diari kehidupan saya sejak berhijrah ke Australia ialah apabila menerima jemputan oleh ahli Parlimen Parti Buruh Australia Barat sebanyak dua kali untuk hadir ke Parlimen Australia Barat di Perth sambil melakukan lawatan di dalam bangunan Parlimen.

Edmund Rupert Joseph "Ed" Dermer (Ed Dermer) merupakan Ahli Parlimen sejak dari tahun 1996. Beliau juga merupakan sahabat baik suami serta ibu dan bapa mertua saya. Setiap tahun Ed Dermer pasti tidak lupa untuk menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri, malah saya turut menerima kad ucapan yang beliau hantar terus dari Perth ke Ipoh (rumah ibu saya) semasa saya dan suami bakal melangsungkan perkahwinan empat tahun yang lalu.

Dengan rasa bangga, saya telah mengenakan pakaian tradisional baju kurung semasa kedua-dua kunjungan saya tersebut.

2010
Pada bulan April 2010, saya ditemani suami, ibu dan bapa mertua serta sahabat baik mertua hadir ke Parlimen atas jemputan oleh Ed Dermer. Mungkin jemputan pada kali ini lebih istimewa untuk saya kerana ini merupakan kunjungan saya yang pertama. Berbeza dengan suami, mertua dan sahabat mertua, mereka sudah banyak kali datang ke Parlimen atas urusan rasmi mahupun tidak rasmi.

Kami dibawa oleh Ed Dermer ke serata pelusuk di dalam bangunan termasuklah di dewan persidangan. Penggunaan kamera adalah dilarang sama sekali semasa lawatan dijalankan. Gambar yang dapat saya kongsikan bersama anda di sini ialah gambar semasa kami minum pagi di kafe dan di luar bangunan.

Di bahagian hadapan bangunan Parlimen Australia Barat.

Bergambar bersama Ed Dermer di hadapan pintu masuk.

Minum pagi bersama Ed Dermer di kafe yang di khaskan untuk tetamu serta kakitangan dan ahli-ahli Parlimen (di dalam bangunan). Hanya di sini sahaja kami dibenarkan menggunakan kamera.

Bergambar sebelum pulang.

2011
Semasa anak saudara saya datang bercuti ke Australia pada penghujung tahun 2011, kami telah membawa beliau berjumpa dengan Ed Dermer sekaligus memberi peluang beliau melihat dengan lebih dekat bagaimana sistem pentadbiran kerajaan dijalankan.
Rancangan untuk membawa anak saudara ke Parlimen adalah di dalam minit-minit terakhir. Suami menghubungi Ed Dermer secara terus tanpa perlu melalui pembantu peribadi atau setiausaha beliau. Perbualan antara mereka berdua akhirnya membuahkan hasil dengan hanya kurang 24 jam perancangan.


Ed Dermer menjemput kami untuk hadir ke Parlimen pada sebelah tengah hari. Seperti kunjungan saya yang terdahulu (2010), Ed Dermer membawa kami sekali lagi untuk minum di kafe serta membawa mengelilingi bangunan Parlimen dan menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah dan sistem pentadbiran kerajaan negeri.


Wajib untuk bergambar di hadapan pintu masuk utama bangunan Parlimen ini.

Kenangan manis anak saudara saya, Ashraff yang bergambar bersama ahli Parlimen, Ed Dermer.


Bahagian depan bangunan atau pintu masuk utama yang menghadap bandar Perth.
Pemandangan persekitaran di luar bangunan Parlimen Australia Barat.

Hanya sebelum pulang baru kami ketahui yang Ed Dermer mempunyai urusan penting selepas itu dan beliau telah mengorbankan waktu makan tengah hari semata-mata untuk berjumpa dengan kami bertiga.
Beginilah salah satu sifat baik hati beliau sebagai ahli politik yang sangat kami kagumi. Adakah ahli politik/wakil rakyat atau menteri di negara/negeri anda mempunyai ciri-ciri seperti Ed Dermer? Tepuk dada tanya selera.

Ed Dermer telah menarik diri dari bertanding sekali lagi semasa pilihanraya pada tahun ini sekaligus beliau mengundurkan diri di dalam bidang politik.
Semoga Ed sekeluarga akan sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia selalu.