31 January 2013

Mizz Nina Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ini gambar lama.Saya bukanlah peminat penyanyi yang berasal dari Malaysia bernama Mizz Nina.Sekadar berkongsi gambar.Poster ini dilekatkan di salah sebuah pusat membeli belah di Melbourne.

30 January 2013

Melbourne Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Di Australia lebih banyak pilihan restoran halal yang menyajikan makanan dari Malaysia dan Indonesia berbanding di Amerika Syarikat.Pulang ke Australia semestinya kami tidak melepaskan peluang menikmati makanan yang dirindui sementelah pulang ke Malaysia pun tidak puas dengan aktiviti 'jalan-jalan cari makan'.

Pandangan bandaraya Melbourne dari balkoni apartmen kami
Berjumpa semula dengan teman-teman
Bersama dengan kakak angkat di Geelong, Victoria

Melepaskan rindu menjamu selera dengan makanan-makanan kegemaran
Mee Siam dari Killiney Kopitiam dan Roti Bom dari Chilli Padi Mamak Kopitiam

Seorang lagi kakak angkat telah menghadiahkan kami suami isteri pulut kuning sempena ulangtahun perkahwinan
Gambar atas : Kak Fir, seorang lagi kakak angkat

Gambar bawah : Hadiah tudung dan selendang dari Kak Fir
The Burger Lounge di Eltham Victoria. Restoran burger halal yang menyajikan pelbagai pilihan burger
PappaRich
Chilli Padi Mamak Kopitiam di Racecourse Road  Kensington
Kedai ais krim dan pencuci mulut Tom Turtle sangat menarik perhatian kerana ais krim dihidangkan di atas batu sejuk dan berbentuk segi empat.Perasa ais krim pun banyak yang ditawarkan.
Tom Turtle

169 Bourke St
Melbourne
Makan - makan di rumah kakak angkat dan berkumpul dengan rakan-rakan
Menziarahi teman rapat
Dua gambar paling atas : Untungnya dapat tinggal di Melbourne kerana terdapat Nandos, McDonald's dan KFC halal

Dua gambar bawah : Mee rebus ,mee siam dan nasi lemak kari ayam di Killiney Kopitiam
Sekali lagi, menikmati hidangan di PappaRich
Restoran Es Teler 77
Salah satu restoran pizza yang menjadi kegemaran kami, terletak di Dandenong Victoria

Anak kepada seorang kenalan Adam Greiger
Makan malam bersama kakak dan abang angkat sekeluarga
Makan malam bersama kakak dan abang angkat sekeluarga

25 January 2013

Pulang ke AUSTRALIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Makan tengah hari di Nilai sebelum ke KLIA
Gambar atas kiri : Perjalanan menuju ke lapangan terbang

Gambar bawah kiri : Daftar masuk

Gambar atas kanan & Gambar bawah kanan : Sempat membasahkan tekak di Secret Recipe KLIA



Semasa berada di KLIA fikiran saya melayang-layang memikirkan sesuatu yang tidak saya sangka sama sekali dan dalam waktu yang sama datang pula perasaan pelik.Mana tidaknya, dahulu KLIA adalah tempat untuk saya pergi bekerja.Walaupun bekerja dan terbang jauh beribu batu sekalipun, KLIA juga tempat saya pulang.Kini tidak lagi.
Ya, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan kehidupan selepas berumahtangga.Tempat seorang isteri adalah berada di sisi suaminya.Kunjungan ke Malaysia pada kali ini dan masa akan datang hanya untuk datang bercuti.Pada hari ini saya berada di KLIA untuk pulang ke rumah saya di Australia.
Gambar atas kiri : Kakak dan abang angkat yang menghantar kami ke KLIA

Gambar atas kanan : Bersedia untuk ke kaunter imigresen

Gambar bawah : Lambaian ucapan selamat tinggal
Gambar atas : Emirates pesawat B777 yang bakal menerbangkan kami ke Melbourne

Gambar tengah : Sudah berada di tempat duduk

Gambar bawah : Pesawat sudah bersedia untuk bergerak
Gambar atas : Pesawat MAS A330 yang dahulunya tempat saya mencari rezeki

Gambar tengah : Dari skrin penumpang dapat melihat apa yang terjadi di luar melalui kamera yang dipasangkan di luar pesawat

Gambar bawah : Maklumat penerbangan
Gambar atas : Pesawat sudah berada di hujung landasan untuk berlepas

Gambar dua dari atas : KLIA sudah pun berada di bawah

Gambar tiga dari atas : Laluan yang harus ditempuhi

Gambar bawah : Melbourne yang sudah malam
Menu makan malam
Gambar atas : Tempat meletak cawan tanpa membuka meja. Idea yang patut dicontohi oleh syarikat penerbangan lain

Gambar tengah : Sempat membaca novel hasil tulisan Kak Kusyi yang dihadiahkan oleh beliau sendiri

Gambar bawah : Dua bekas air yang semapt dibeli di KLIA
Gambar atas : Makan malam

Gambar dua dari atas : Matahari bakal menutup tirainya

Gambar tiga dari atas : Lampu bumbung kabin seakan seperti bintang yang bertaburan di langit

Gambar bawah : Hidang ringan sebelum mendarat
Gambar atas : Lebih kurang 55 minit sebelum sampai ke destinasi

Gambar tengah : Perlu menempuh Adelaide sebelum sampai ke Melbourne

Gambar bawah : Sudah berada di atas Melbourne
Gambar atas : Melbourne pada waktu malam

Gambar bawah : Lapangan Terbang Melbourne

Penerbangan dari Chicago-New York-Dubai-Kuala Lumpur termasuk waktu transit mengambil masa lebih kurang tiga hari.Pulang ke Malaysia pun kerana transit sebelum pulang ke Australia.Letih akibat perbezaan waktu tidak boleh diterangkan dengan kata-kata.Sepanjang berada di Ipoh saya tidak duduk goyang kaki tetapi sibuk menguruskan beberapa hal dengan badan kerajaan.Apa yang paling penting sekali ialah dapat berjumpa degan ibu saya.
Kepada mereka yang tidak dapat berjumpa dengan saya,doakan semoga kita dapat berjumpa di lain masa,InsyaAllah.

Alhamdulilah sudah selamat sampai dan kembali ke Australia.

Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 3 (2012)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

25hb September 2012
Hari ini genap tiga tahun usia perkahwinan saya dan suami.Tidak ada sambutan istimewa kerana kami harus pulang ke Kuala Lumpur sebelum tengah hari. Di sini saya kongsikan gambar apa yang saya dan suami lakukan pada hari ulang tahun kami berdua.
Sarapan pagi yang ibu saya sediakan iaitu nasi lemak,sambal tumis udang dan ayam goreng.
Bersama Lia, kawan saya sejak dari sekolah menengah.Sudah lama saya teringin dengan tart keju hasil air tangan beliau. Terima kasih kerana dapat menyediakannya walaupun saya menempah "last minute".
Lia menjalankan perniagaan kek dan manisan lain, untuk maklumat lanjut sila ke blog beliau www.aromacakes.blogspot.com
Gambar atas : Menziarahi pusara.

Gambar tengah : Pusara datuk (bapa kepada ibu saya).

Gambar bawah : Pusara abang saya.
Dan yang terakhir, pusara bapa saya.Selama tiga tahun tidak berada di Malaysia hanya mimpi yang menghubungkan saya dengan arwah bapa.Hari ini baru merasa lega kerana dapat datang ke sini.
Gambar atas : Sedikit istimewa tentang hari ulangtahun perkahwinan saya ialah pada hari ini saya mengenakan baju kurung milik ibu.Sekurang-kurangnya ia hadiah pengubat rindu.

Gambar tengah dan bawah : Bergambar bersama ibu dan kakak sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur.

Gambar atas : Ucapan Selamat Jalan sebelum kami memasuki lebuh raya di Simpang Pulai.

Gambar tengah : 2012 - Tahun Melawat Perak.

Gambar bawah : Melawat anak-anak saudara yang sedang berperang mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan.

Melawat anak -anak saudara di Universiti Kuala Lumpur.

Gambar bawah kiri : Anak saudara menjadi model di dalam poster di belakang beliau.

Gambar bawah kanan : Pie, antara kawan rapat anak saudara.
Gambar bawah kanan : Pertama kali berjumpa dengan Nurul Jannah, rakan kepada anak saudara dan juga follower saya dalam blog Terjemahan Hati.
Tidak sangka ada juga peminat yang ingin bergambar dengan saya :)
Sepanjang berada di perantauan,saya selalu memasang rancangan iaitu sekiranya pulang ke Malaysia ibu saudara saya yang seorang ini pasti saya akan ziarahi.
Dari Universiti Kuala Lumpur saya terus ke Gombak untuk berjumpa dengan mak ngah, ibu saudara yang paling saya rapat sejak dari kecil kagi.
Walaupun kami kesuntukan masa dan masih ada dua temujanji ,jemputan minum petang dari mak ngah sukar untuk kami tolak. Seperti juga masakan ibu yang saya rindui, masakan mak ngah pun begitu juga. Walaupun dengan secawan air teh sekurang-kurangnya ia mengubat kerinduan.

Ini pertama kali suami datang menziarahi mak ngah di Gombak. Saya ingin beliau tahu dan tengok sendiri di sinilah tempat saya menumpang beberapa bulan semasa saya baru mendapat pekerjaan dengan Penerbangan Malaysia pada tahun 2004. Jasa mak ngah sekeluarga tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Saya juga rindu dengan masakan air tangan mak nggah. InsyaAllah panjang umur,murah rezeki kita akan berjumpa lagi.
Temujanji seterusnya ialah berjumpa dengan Kak Kusyi dan Abang Zul di Restoran Jejantas Sungai Buluh. Mereka antara tulang belakang yang membantu menjayakan majlis perkahwinan saya dan suami.
Terima kasih kerana belanja kami satay.

Abang Zul ialah jurukamera rasmi semasa majlis nikah dan bersanding. Genap tiga tahun usia perkahwinan baru lah kami menerima dan dapat melihat album gambar yang telah dirakamkan oleh Abang Zul. Kak Kusyi juga telah membuat liputan dan artikel disiarkan di dalam majalah Jelita hujung tahun 2009.
Antara gambar yang dirakamkan oleh Abang Zul.
Kejutan yang diberikan oleh keluarga angkat kami. Terima kasih kerana sudi menghadiahkan kami kek yang sedap ini.
Kejutan yang diberikan oleh keluarga angkat.
Keluarga angkat yang sama-sama menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami.
Begitulah sedikit sebanyak gambar yang dapat saya kongsikan bersama pembaca sempena hari ulang tahun perkahwinan saya yang ketiga. Jika tahun pertama dan kedua saya menyambutnya hanya dengan suami di Melbourne, tetapi pada tahun ketiga, saya dapat berada di Malaysia bersama keluarga dan sahabat.


24 January 2013

MALAYSIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sejenak terfikir,saya tidak pernah menyangka akan pulang ke Malaysia dari Dubai dengan penerbangan Emirates. Selama ini angan-angan untuk pulang ke Malaysia ialah dengan menaiki Penerbangan Malaysia atau Qantas dari Melbourne atau Perth Australia.
Kepulangan yang tidak dirancang ini hanya sekejap.Saya harus mengikut suami yang mendapat panggilanuntuk pulang ke Australia atas urusan kerja.

Dua orang anak saudara dan keluarga angkat saya datang ke KLIA.Saya memberitahu mereka agak lewat dan mujurlah mereka masih ada masa untuk kami.Keluar dari KLIA kami singgah makan di restoran McDonald's yang tidak jauh dari situ

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanya mengambil masa 2jam dan 30minit.Tetapi akibat dari keletihan yang teruk,kami berhenti tidur di hentian rehat di lebuhraya sebelum menyambung perjalanan.Sampai di Ipoh lebih kurang 10.00malam.
Tiada apa yang lebih menggembirakan hati melainkan dapat memeluk ibu tersayang.Saya berpisah dengan ibu pada bulan Oktober 2009 dan bertemu semula pada bulan September 2012.Tiga tahun berjauhan, dan pertemuan semula diiringi dengan pelukan dan air mata
Gambar atas : Bersama ibu, abang sulung dan kakak ipar

Gambar bawah : Kereta kesayangan milik saya yang dibeli pada tahun 2005
Sarapan pagi di rumah abang dan kakak ipar di Tambun
Selepas mengambil gambar untuk memperbaharui lesen memendu,saya membawa suami makan di Medan Selera Dato Tahwil Azar atau warga Ipoh senang dengan panggilan Taman Kanak - Kanak
Gambar atas : Menteri Besar Perak

Gambar tengah dan bawah : Bandaraya Ipoh, bandar tempat saya dilahirkan

Di rumah kakak dan abang ipar saya dan dapat berjumpa dengan dua orang anak saudara yang sudah besar.Terima kasih kerana sudi menjemput kami datang ke rumah
Gambar atas : Jalan Besar, Gunung Rapat. Jalan yang saya gunakan setiap hari untuk pergi ke sekolah

Gambar bawah : Tidak melepaskan peluang ke pasar malam.Ya,kami rindu akan pasar malam di Malaysia
Pelbagai hidangan yang kami beli di pasar malam dan yang paling diidamkan ialah burger Ramly yang tidak terdapat di luar negara.Walaupun sekejap,dapat juga berjumpa dengan lima orang anak saudara
Antara makanan yang kami beli di pasar malam ialah satay, keropok lekor dan apam balik
Lesen memandu yang hilang tiga tahun lepas sudah pun diganti baru dan dalam masa yang sama saya mendapatkan lesen memandu antarabangsa
Gambar atas : Membantu ibu di dapur

Gambar tengah : Nasi lemak

Gambar bawah : Hidangan makan tengah hari.Dua menu yang saya pinta ibu masakkan ialah masak lemak ketam dan ikan kembung goreng.Masakan dari air tangan ibu tiada tandingan
Gambar atas : Makan tengah hari

Gambar bawah : Selepas memperbaharui lesen memandu,saya teruja memandu kereta milik saya sendiri

Adlina, anak saudara yang pada tahun 2009 belum boleh bertutur,tetapi sekarang petah bercakap dan bakal memasuki alam persekolahan

Gambar atas kiri : Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sedang dalam pengubahsuaian