27 February 2013

Albany dan Denmark, Western Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini saya membawa anda bersama-sama melihat gambar-gambar semasa saya dan suami di dalam percutian di selatan Australia Barat iaitu di Albany serta beberapa lagi daerah yang berdekatan dengannya.

NOVEMBER 2009
Perjalanan dari Perth ke Albany mengambil masa selama 4jam 25minit (tanpa henti) bersamaan lebih kurang 417km.
Beberapa papan tanda amaran keselematan yang menarik perhatian saya kerana lain daripada yang lain


Gambar atas : Baru melepasi separuh perjalanan.Untuk maklumat tambahan di Katanning majoriti penduduknya ialah mereka yang berbangsa Melayu yang berasal dari Cocos Island

Gambar tengah : Di Kojonup

Gambar bawah : Singgah sebentar di Lapangan Terbang Albany

Gambar atas : Batu yang berbentuk kepala anjing di pekan Albany

Gambar bawah : Di sebuah padang yang penuh dengan kangaru
Stesen jana kuasa di Albany

Stesen jana kuasa yang terbesar di Albany
NATURAL BRIDGE,THE GAP dan BLOWHOLES
Lagi pembentukan batu semulajadi yang boleh dilihat di Australia Barat dan digelarkan The Gap dan Natural Bridge. Ia diukir oleh ombak lautan (Southern Ocean) dari batu granit yang membentuk pantai dan mempunyai penurunan 50 meter ke laut
Tiupan angin dan hempasan ombak yang kuat boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan ianya memang pernah terjadi di sini. Papan tanda amaran keselamatan diletakkan di merata-rata tempat tetapi malangya masih ada yang ingkar mengikutinya
Anda boleh lihat melalui gambar-gambar di atas, batu besar ini seperti sebuah jambatan.Oleh kerana itulah ianya dipanggil Natural Bridge
The Gap

Gambar paling bawah : Di sebelah kanan gambar, terdapat palang di mana pelancong dibenarkan berdiri untuk mengambil gambar di sebelah jurang ini. Walaupun terdapat tempat khas dan palang, tetapi semasa saya berdiri disitu perasaan takut dan seriau tetap terasa, ini kerana angin kuat dan percikan ombak dari aras laut masih dapat dirasai sehingga ke atas!
Gambar atas : Sejarah terbentuknya The Gap dan Natural Bridge

Gambar tengah : Perjalanan berjalan kaki menuju ke Blowholes yang jaraknya beberapa ratus meter dari tempat meletakkan kereta
Blowholes ialah kejadian alam semulajadi apabila air laut dipaksa oleh ombak yang melalui celahan batu sekaligus mengeluarkan bunyi dan angin yang kuat.

Gambar atas : Amaran - Di larang duduk berdekatan Blowholes

Gambar tengah : Maing-masing duduk untuk mendengan bunyi yang akan keluar dari Blowholes

Gambar bawah : Dari Blowholes, sekali lagi kami berjalan kaki beberapa ratus meter untuk ke tempat meletak kereta
TREE TOP WALK 
Perjalanan dari Albany menuju ke Tree Top Walk yang terletak di dalam Valley Of The Giants mengambil masa lebih kurang 1jam 25minit.


Gambar atas : Pemanduan kami menuju ke Walpole

Gambar tengah dan bawah  : Hampir
sampai ke destinasi
Gambar atas : Pintu gerbang / pintu masuk ke Valley Of The Giants

Gambr tengah : Peta keseluruhan Valley Of The Giants

Gambar bawah : Bayaran masuk untuk seorang dewasa dikenakan sebanyak AUD10.Tetapi harga semasa sudah naik ke AUD12.50
Selain Tree Top Walk, terdapat beberapa lagi tarikan menarik di dalam Valley Of The Giants ini seperti Wilderness Discovery Centre.
Sejarah. Beginilah peta dunia 50 juta tahun dahulu
Tree Top Walk
Tree Top Walk - Alami keseronokan berjalan melalui kanopi hutan belantara yang berbentuk segitiga sepanjang 600 meter setinggi 40meter sambil melihat keindahan alam semulajadi yang tidak tercemar dan melihat pelbagai jenis pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun.

Gambar atas : Pemandangan Tree Top Walk dari arah jauh

Gambar bawah : Salah seorang pelancong dari Korea yang takut akan ketinggian Tree Top Walk
Gambar atas : Ketinggian 40 meter

Gambar tengah dan bawah : Pemandangan yang dilihat dari Tree Top Walk

Wilderness Discovery Centre

Antara pokok terbesar dan tertua di dunia

DENMARK
Dalam perjalanan pulang ke Albany, kami singgah sebentar di Denmark, iaitu 65.7km dari Valley Of The Giants.
Gambar atas : Pekan Denmark

Gambar tengah : Tugu peringatan perang. Nama-nama tentera yang mati semasa peperangan di Malaya,Korea dan Vietnam turut dicatatkan di situ. (Malaya - 1948-1960)

Gambar bawah : Perpustakaan awam di Denmark

Akan bersambung....

24 February 2013

Tart Nenas Buatan Sendiri

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Selama dan sebelum ini saya tidak pernah terfikir akan menghasilkan tart nenas hasil dari air tangan sendiri. Ini kerana apabila melihat rupa dan bentuknya sahaja saya sudah merasakan proses pembikinannya amat rumit.
Kali terakhir saya menjamah tart nenas ialah pada Aidilfitri tahun lau di rumah ibu angkat saya dan rumah sahabatnya di Las Vegas.
http://sharery.blogspot.com.au/2012_08_01_archive.html

atau sila klik kemasukan tahun 2012 bulan Ogos dengan tajuknya "Aidilfitri 2012 di USA".
 

Dalam minggu lalu tiba-tiba terasa hendak makan tart nenas. Hendak tunggu pulang ke Malaysia entah bila pula. Maka saya pendamkan perasaan itu tetapi dalam waktu yang sama saya mencari-cari reseipi di beberapa laman sesawang. Dari dahulu saya ada mendengar ramai yang berkata, inti yang menjadi faktor utama sedap atau tidak akan tart nenas itu. Semalam saya membuat keputusan untuk mencuba membuatnya sendiri. Doh(kulit) dan intinya sekali! 

Gambar atas : Inti yang sedang dimasak

Gambar bawah : Inti yang sudah dimasak dan disejukkan

Gambar atas : Sudah siap dibulat-bulatkan

Gambar bawah : Oleh kerana tidak ada acuan gulung, saya terpaksa membuat bentuk sendiri



Tart nenas yang siap dan sudah dibakar. InsyaAllah di lain waktu saya akan mencubanya dengan menggunakan acuan yang sesuai.

Alhamdulilah terhasil juga tart nenas. Rupa-rupanya sangkaan saya selama ini adalah salah.Cara membuatnya tidaklah susah dan bahan-bahannya pun ringkas. Cuma yang meletihkan ialah proses mengisar nenas dan memasaknya kerana inti nenas perlu digaul tanpa henti sehingga kering dan bertukar warna.  
Percubaan pertama yang sangat berbaloi! :-)

21 February 2013

Wave Rock, Hyden Western Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika anda alihkan tajuk di atas kepada bahasa Melayu tentunya anda akan menyebutnya "Batu Berombak".Ya, memang benar wujud batu berombak di Australia Barat yang dipercayai pembentukan batu asli ini sudah pun berusia 2700 juta tahun yang lalu.

Wave Rock di Hyden terletak 340km timur Perth Australia Barat melalui Lebuhraya Brookton atau 350km melalui York
Oleh kerana saya belum pernah berkongsi gambar-gambar Wave Rock di dalam Terjemahan Hati, maka pada hari ini akan saya sertakan beberapa gambar yang dirakamkan semasa saya ke sana pada Oktober 2009 dan Disember 2011.

2009
Gambar atas : Di dalam perjalanan menggunakan Brookton Highway dengan suhu 13 darjah Celsius

Gambar tengah : Tiba di pekan kecil Brookton yang populasi penduduknya seramai 978 orang (dikira pada tahun 2006)
Gambar bawah : Meneruskan perjalanan
Indahnya pemandangan dengan melihat ladang gandum yang menguning

Gambar atas : Selepas Brookton, kami tiba pula di sebuah lagi pekan kecil yang bernama Corrigin.Populasi penduduk yang dikira pada tahun 2006 ialah 1145 orang

Gambar tengah dan bawah : Kubur yang dikhaskan untuk anjing sahaja

Gambar atas : Town Hall di Corrigin

Gambar bawah : Di pendalaman pun polis tetap menjalankan tanggungjawab terhadap pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan

Walaupun Brookton dan Corrigin dilihat sebagai pekan kecil tetapi kedua-dua pekan ini antara yang menyumbangkan pendapatan ekonomi negeri dengan hasil dianggarkan sebanyak AUD25 juta setahun dalam bidang pertanian.
Gambar atas : Lapangan Terbang Wave Rock.Suami saya pernah beberapa kali melakukan pendaratan di sini semasa dalam sesi latihan penerbangan lebih kurang 13-14 tahun yang lalu

Gambar dua dari atas : Inilah landasan lapangan terbang.Jangan terkejut kerana di pendalaman Australia terutamanya di negeri Australia Barat, lapangan terbang kecil tidak mempunyai landasan berturap.Banyak yang dipanggil Airstrip sahaja.

Gambar tiga dari atas : Sebuah helikopter bersedia untuk berlepas

Gambar paling bawah : Helikopter ini membawa paip air
Gambar atas dan tengah : Kawasan berhampiran Wave Rock yang dahulunya tasik kini kering kontang

Gambar bawah : Tidak jauh dari motel, terdapat kereta kebal yang diperbuat dari bahan terbuang
Wave Rock
Anda dapat lihat sendiri kejadian alam semulajadi dimana batu yang berbentuk seperti ombak besar. Tingginya lebih kurang 14meter dan panjangnya 110 meter
Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kedai menjual cenderahati
Dalam perjalanan pulang, kami berhenti sebentar di tepi jalan melihat kreativiti penduduk tempatan mengguna semula barangan terbuang seperti tin dan zink
Perjalanan menuju ke Merredin seterusnya pulang ke Perth
Merredin ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 256km dari Perth dengan populasi penduduknya seramai 2897 orang (dikira pada tahun 2011) dan ternyata lebih besar dan lebih banyak kedai menjual pelbagai keperluan berbanding Brookton dan Corrigin.

World Record Road Train Site bermaksud Road Train terpanjang di dunia pernah melalui jalan ini pada tahun 1999.Tahun-tahun berikutnya, rekod dunia ini dipegang bersilih ganti antara negeri Australia Barat dan Queensland.
Hanya di Australia, lori atau trak panjang seperti gambar di atas digelar dengan nama "Road Train" dan boleh dilihat di serata negeri Australia Barat dan Queensland.
Dipetik di dalam sebuah laman sesawang, "
Australia has the largest and heaviest road-legal vehicles in the world"
Melawat sebuah kampung di Mackering yang dahulunya pernah mengalami gempa bumi.

Gambar tengah : Jika anda lihat di sebelah kanan gambar terdapat sebuah papan tanda "Baby Cot Here".Bermaksud masih terdapat peninggalan katil bayi milik bekas penghuni rumah ini
Di Meckering terdapat sebuah kedai kamera yang bangunannya berbentuk camera DSLR.Sungguh unik!
Dari Meckering, perjalanan untuk pulang ke Perth mengambil masa lebih kurang 1jam 37 minit (134km).

2011
 

Kunjungan ke Wave Rock pada kali ini tidak sahaja berdua bersama suami tetapi bertiga.Anak saudara dari Malaysia turut bersama yang ketika itu beliau datang bercuti ke Australia selama tiga minggu.


Di tanah perkuburan anjing di Corrigin
Tasik berwarna hijau tidak jauh dari Lapangan Terbang Wave Rock

Wave Rock
Dua gambar kiri : Di dalam pusat khidmat pelancong.Turut ada di dalamnya ialah restoran dan kedai menjual cenderahati.Patung koala turut diletakkan di situ sebagai tarikan pelancong

Gambar kanan : Walaupun sudah berkarat, tetapi peti surat uni masih berfungsi seperti biasa
Beginilah jalanraya di pendalaman menuju ke Merridin (jalan pintas).Daripada jalan bertar dua hala sehinggalah jalan tanah merah yang sempit.Papan tanda hitam putih itu bermaksud tiada had laju yang diberikan. Jika hendak memandu pecut sehingga ke 200km/j pun tidak mengapa tetapi jika berlaku kemalangan, syarikat insuran tidak akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan

14 February 2013

Rocky Mountains

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Rocky Mountains ialah barisan atau lingkungan utama gunung ganang di barat utara Amerika Syarikat yang panjangnya lebih dari 4830 kilometer.

*Gambar dari sumber Google* - Inilah peta dan gambaran dekat Rocky Mountains yang bermula dari Alaska,merangkumi negara Kanada dan berakhir di New Mexico


Rocky Mountains lebih cantik apabila diselaputi salji dan jika dapat dilihat dari udara (sekiranya menaiki kapal terbang) .
Sungguh indah ciptaan Allah ini
Pemandangan Rocky Mountains dari tingkap pesawat American Airlines yang saya naiki dari Los Angeles California ke Denver Colorado

13 February 2013

Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja dapat dilihat kemeriahannya di negara Malaysia,Singapura serta negara di Asia yang lain tetapi juga di negara-negara barat.Masuk tahun ini saya sudah berpeluang melihat sambutan Tahun Baru Cina di negara 'orang putih' selama empat tahun berturut-turut.

Selepas saya berhijrah keluar negara, melihat kaum lain (orang putih khususnya) yang teruja menyaksikan tarian singa ketika musim perayaan Tahun Baru Cina hati kecil saya berasa bangga kerana kaum cina dikenali di serata dunia.Bertambah bangga lagi saya dan suami masing-masing mempunyai nenek dan datuk yang berketurunan cina.

Di sini saya sertakan beberapa gambar yang saya rakamkan beberapa hari lalu semasa tarian singa diadakan di dalam pusat membeli belah.

Tarian singa sempena Tahun Baru Cina dapat diterima oleh penduduk tempatan sekaligus menonjolkan kehidupan harmoni pelbagai bangsa dan agama
Lihat saja telatah tiga orang anak kecil yang turut sama menari mengikut rentak gendang yang dipalu

Selesai tarian singa yang mengambil masa agak lama kerana 'singa' ini mengelilingi seluruh pusat membeli belah ini
 Barangkali masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina! :-)

09 February 2013

Terjemahan Hati Di Dalam Harian Metro

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Melalui tajuk di atas barangkali ada pembaca yang sudah dapat meneka apa yang hendak saya sampaikan.Kepada yang masih belum tahu,di sini akan saya ceritakan bersama anda.

Semalam,iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 8hb Februari,artikel mengenai blog Terjemahan Hati telah disiarkan di dalam surat khabar nombor 1 di Malaysia dengan jumlah pembaca lebih kurang 4juta sehari iaitu Harian Metro.

Syukur ke hadrat Allah dengan niat ikhlas dan minat dalam bidang penulisan serta fotografi yang saya terjemah dan kongsikan bersama pembaca akhirnya blog Terjemahan Hati telah mendapat perhatian dari Harian Metro.




                                  *Kesemua gambar di atas ihsan dari Ashraff dan Rabiatul dari Kuala Lumpur*

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah membeli akhbar Harian Metro semalam.Lebih menyentuh perasaan ada antara mereka yang tidak melanggani akhbar tersebut tetapi sanggup juga membelinya semata-mata kerana artikel saya yang telah disiarkan.Dengan harga RM1.50 senaskah bukanlah halangan bagi mereka! :-)
Bebera
pa orang sahabat saya yang berada di Australia dan Amerika Syarikat turut meminta salinan surat khabar untuk simpanan peribadi dan ada pula yang sudah pun membaca artikel tersebut secara
online.
Kepada yang belum sempat membaca artikel saya, anda boleh ke alamat ini :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CatatanperjalananSyarimah/MA/Article/index_html


Sekadar maklumat tambahan, gam
bar saya dan Yuna di dalam akhbar Harian Metro telah dirakamkan di Denver Colorado Amerika Syarikat ketika saya menyaksikan persembahan beliau pada bulan Jun 2012.Untuk melihat gambar-gambar dan cerita semasa saya menyaksikan persembahan Yuna di Amerika Syarikat, anda boleh ke :
http://www.sharery.blogspot.com.au/2012/07/yuna-di-denver-colorado-bahagian-2.html
atau anda boleh klik pada tahun 2012 bulan Jun dengan tajuknya "Yuna di Denver,Colorado (Bahagian 2)".

Sekali lagi,terima kasih saya ucapkan kepada wartawan Kusyi Hirdan yang telah menemuramah saya dan juga kepada mereka yang sudi menjadi pembaca setia Terjemahan Hati.InsyaAllah saya akan terus berkongsi cerita-cerita dan gambar yang saya rakamkan di mana jua saya berada. :-)


Ikhlas dari Terjemahan Hati 

(Australia & Amerika Syarikat)