Sunday 30 June 2013

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong adalah lapangan terbang utama di Hong Kong yang terletak di atas Pulau Chek Lap Kok. Keseluruhan bangunan terminal di lapangan terbang ini pernah meraih gelaran terbesar di dunia (yang terbesar apabila dibuka pada tahun 1998).
Manakala pada tahun 2012, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong merupakan lapangan terbang ke-12 yang paling sibuk di dunia yang dikira melalui trafik penumpang.












Bilik solat di Terminal 1 yang berdekatan dengan dewan daftar masuk di lorong A























Beratur dan bersedia untuk urusan daftar masuk

Proses urusan daftar masuk penerbangan

Gambar atas : Pesawat A380 yang bakal membawa kami pulang ke Australia

Gambar bawah : Bersedia untuk ke destinasi berikutnya iaitu Sydney Australia

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sila layari laman sesawang di bawah.

www.hongkongairport.com


Friday 28 June 2013

Courtyard Marriott Hong Kong

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Inilah hotel yang menjadi tempat menginap saya dan suami sepanjang berada di Hong Kong hampir dua minggu.

Courtyard Marriott Hong Kong

Di lobi hotel

Gambar atas : Bas (hotel shuttle) milik Courtyard Marriott

Gambar tengah : Jadual perjalanan hotel shuttle

Gambar bawah : Pemandangan lobi hotel pada waktu malam

Oleh kerana suami saya memegang kad keahlian Platinum Marriott Hotel, pihak pengurusan telah menaik taraf (upgrade) bilik kami ke tingkat paling atas iaitu di tingkat 32 (Executive Floor).
Bilik - bilik di Executive Floor termasuk Suites menawarkan bilik yang mempunyai pemandangan Victoria Harbour dan memberi akses untuk masuk ke Executive Lounge.

Gambar atas : Tingkap yang luas di atas kepala katil

Gambar dua dari atas : Tingkap di bahagian sisi katil

Gambar tiga dari atas : Buah - buahan yang diberikan percuma

Gambar bawah : Set cawan dan gelas dan peti ais yang di simpan di dalam kabinet



Gambar kanan paling atas, tengah dan bawah : Bilik air yang dindingnya cermin dari atas hingga ke lantai yang jelas boleh lihat terus ke bahagian bilik tidur. Tirai tetap disediakan untuk privasi ketika mandi.

Di dalam bilik air

Kabel untuk internet yang diberi pinjam untuk tetamu hotel

Gambar atas : Pemandangan yang dapat dilihat dari cermin tingkap yang terletak di atas kepala katil

Gambar dua dari atas : Tirai tingkap yang dibuka separuh sahaja dengan menggunakan suis kawalan elektrik

Gambar tiga dari atas : Tirai tingkap yang telah dibuka sepenuhnya

Gambar paling bawah : Pemandangan daerah Kowloon Barat

Hotel Courtyard Marriott yang dikelilingi oleh pangsapuri dan bangunan komersial

Gambar sebelah kiri tengah dan sebelah kanan atas : Pasar Borong (Western Wholesale Food Market)

Gambar atas : Bilik kami terletak di bahagian paling hujung

Gambar tengah : Turun untuk ke tingkat iaitu Business Lounge

Gambar bawah : Jelas kelihatan jalan raya dari tingkat 32

FITNESS CENTRE
Pusat kecergasan (fitness centre) dibuka untuk tetamu hotel 24jam sehari. Ia terletak di tingkat 6 bersebelahan dengan Executive Lounge.

Gambar atas dan tengah : Fitness Centre yang luas dan bersih

Gambar bawah : Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre


Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre. Anda dapat lihat timbunan perancah buluh yang masih digunakan dalam sektor pembinaan bangunan di Hong Kong.


EXECUTIVE LOUNGE
Executive Lounge yang terletak di tingkat 6 dikhaskan untuk memberi perkhidmatan bermutu dan menawarkan pelbagai kemudahan demi untuk memenuhi keperluan tetamu yang menginap di tingkat Executive Floor (tingkat paling atas).

Pintu masuk ke Executive Lounge

Perkhidmatan internet, faksimili, mesin pencetak ada disediakan di sini

Hidangan seperti makanan dan minuman ringan disediakan percuma untuk khas untuk tetamu yang bermalam di tingkat Executive Floor

Sarapan pagi turut dihidangkan. Saya pula pada ketika itu sekadar mengambil minuman panas.

Gambar atas : Melihat pemandangan luar di minit - minit terakhir sebelum daftar keluar dari hotel

Gambar tengah : Di hadapan pintu bilik sebelum turun ke lobi

Gambar bawah : Bangunan paling kiri yang bercermin biru ialah  Hotel Courtyard Marriott

COURTYARD MARRIOTT HONG KONG
167 Connaught Rd W, 

Hong Kong
+852 3717 8888

Thursday 27 June 2013

Hari Terakhir Di Hong Kong

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hampir dua minggu berada di Hong Kong kini tiba waktu untuk pulang. Hari terakhir di sini barulah kami dapat melihat pancaran matahari dan langit yang cerah.

Jarang saya kongsikan gambar membeli belah di dalam blog Terjemahan Hati. Kali ini saya letakkan gambar barangan membeli belah sepanjang saya dan suami berada di Hong Kong dan Macau.
Suami lebih gembira kerana dapat membeli baju t Hard Rock Hotel Macau, Hard Rock Cafe Macau dan Hong Kong sebanyak 10 helai.

Gambar atas dan tengah : Makan tengah hari di Shun Tak Centre

Gambar bawah : Membeli belah di minit -minit terakhir sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Pemandangan Hong Kong dari Shun Tak Centre yang terang benderang jauh bezanya dengan gambar - gambar pemandangan yang saya rakamkan sebelum ini yang berkabus dan mendung

Kowloon Barat yang jelas kelihatan dari Pulau Hong Kong

Bangunan ICC (International Commerce Centre) yang terletak di Kowloon Barat jelas kelihatan dari Pulau Hong Kong

Dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Gambar atas kiri : Courtyard Marriott, hotel di mana tempat kami menginap

Gambar - gambar lain : Sepanjang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong



Gambar kanan paling atas dan tengah : Bangunan ICC (International Commerce Centre)



Terowong Cheung Tsing

Jambatan Sing Ma (Sing Ma Bridge) merupakan jambatan gantung yang ke sembilan terpanjang di dunia dan mendapat tempat kedua pada waktu ia baru disiapkan

Gambar atas : Jambatan Ting Kau (Ting Kau Bridge)

Gambar tengah : Keadaan kembali mendung dan berawan tetapi tidak hujan

Gambar bawah : Keretapi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Hampir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Cerita dan gambar - gambar tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang juga merupakan salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia akan disiarkan beberapa hari lagi.

Tuesday 25 June 2013

Taipa Temporary Ferry Terminal

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Gambar paling atas : Bas milik The Venetian Hotel Resort yang membawa kami dari hotel ke Terminal Feri

Gambar dua dari atas : Van polis menggunakan Bahasa Portugis

Gambar tiga dari atas dan paling bawah : Di hadapan terminal terletaknya terminal bas milik hotel -hotel yang bakal membawa penumpang secara percuma


Gambar paling atas : Bas awam (berbayar)

Gambar dua dari atas dan tiga dari atas : Di hadapan terminal

Gambar paling bawah : Kaunter tiket di dalam terminal. Kami tidak perlu beratur panjang kerana sudah pun membeli tiket secara online

Gambar atas dan tengah : Bersiap sedia untuk masuk ke dewan perlepasan

Gambar bawah : Di dalam feri kelas Cotai First dalam perjalanan pulang ke Hong Kong

Begitulah sedikit sebanyak catatan perjalanan saya semasa di Macau. Kunjungan kali ini sangat singkat dan tidak berkesempatan melawat ke tempat - tempat bersejarah. InsyaAllah di masa akan datang kami akan kembali semula ke Macau.

Monday 24 June 2013

Lapangan Terbang Antarabangsa Macau

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Gambar paling atas dan dua dari atas : Pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa Macau

Gambar tiga dari atas : Hotel Golden Crown China yang terletak di hadapan terminal

Gambar paling bawah : Lapangan Terbang Antarabangsa Macau

Dewan Perlepasan

Hampir kesemua papan tanda menggunakan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Portugis



Dewan ketibaan

Hentian bas yang terletak di tingkat paling bawah



Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila ke laman sesawang Lapangan Terbang Antarabangsa Macau.
www.macau-airport.com