27 September 2013

The Qantas Club Di Lapangan Terbang Adelaide, Australia Selatan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

The Qantas Club yang terletak di Lapangan Terbang Adelaide (Terminal Domestik) dikhaskan untuk penumpang Qantas Airways kelas pertama, kelas perniagaan serta pemegang kad PlatinumGold dan Qantas Club. Penumpang dari syarikat penerbangan lain yang menyertai OneWorld serta penumpang Emirates (bagi mereka yang layak sahaja) turut dijemput untuk masuk ke The Qantas Club.

Di hadapan pintu masuk.

The Qantas Club di Lapangan Terbang Domestik Adelaide.

Ruang berehat.

Hidangan untuk sarapan pagi.

Hidangan untuk sarapan pagi.

Kemudahan bilik mandi turut disediakan. Tuala boleh dipinjam dari kaki tangan yang bertugas.


26 September 2013

Kapal Terbang Qantas Airways A380 (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya kongsikan dengan para pembaca beberapa gambar semasa saya dan suami kerap menggunakan pesawat komersial terbesar dunia iaitu A380 milik Qantas Airways dalam penerbangan antarabangsa khususnya dari Amerika Syarikat ke Australia dan sebaliknya.

Gambar-gambar di bawah dirakamkan di dalam penerbangan Qantas Airways kelas perniagaan. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana faktor lampu kabin yang malap (penerbangan malam) dan hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja.

Tempat duduk bagi penumpang kelas perniagaan terletak di tingkat atas iaitu di upper deck.

Gambar atas : Menu.

Gambar bawah : Hidangan utama.

Minuman teh panas dan coklat. Hidangan pencuci mulut dan snek ringan tidak sempat dirakamkan gambarnya.

Gambar atas : Tangga turun dari kelas perniagaan (upper deck)  menuju ke kelas pertama (main deck). Pintu kecil seperti gambar di atas ialah pintu untuk masuk ke dalam kokpit.

Gambar bawah :  Gambar dirakamkan dari kelas pertama (main deck). Tangga ini adalah untuk naik ke kelas perniagaan (uppper deck).

Gambar atas : Kaunter layan diri yang menyediakan hidangan dan minuman ringan. Penumpang kelas perniagaan boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja,

Gambar bawah : Lounge atau tempat beristi rehat bagi penumpang kelas perniagaan. Selain kerusi panjang, terdapat juga tempat untuk mengecas komputer riba, himpunan koleksi majalah dan televisyen.

Gambar sebelum mendarat.


25 September 2013

Admirals Club Lounge (American Airlines) Di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Admirals Club Lounge mempunyai banyak rangkaian di serata Lapangan Terbang di Amerika Syarikat dan juga di Lapangan Terbang seluruh dunia.
Mereka yang dibenarkan untuk masuk ke dalam Admirals Club Lounge adalah terdiri daripada para penumpang yang menjadi ahli Admirals Club, ahli AAirpass, penumpang American Airlines kelas pertama dan perniagaan serta penumpang dari penerbangan yang menyertai OneWorld yang layak sahaja.





Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan demi untuk kegunaan para tetamu seperti contoh internet tanpa wayar (wifi) percuma, bilik mesyuarat, hidangan ringan percuma serta berbayar dan banyak lagi.
Pada waktu itu saya dan suami kesuntukan masa tetapi sempat juga menggunakan bilik mandi yang turut disediakan secara percuma.

Admirals Club Lounge seperti gambar di atas terletak di Terminal Antarabangsa Tom Bradley di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.



19 September 2013

Gereja Tertua Di Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa bersiar-siar di ibu negeri New Mexico, iaitu Santa Fe, kami terjumpa gereja tertua di Amerika Syarikat. Ia dibina kira-kira antara tahun 1610 dan 1626.






18 September 2013

Salman Alfasiri Islamic Centre Di Corvallis, OREGON

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salman Alfarisi Islamic Center
610 NW Kings Blvd,
Corvallis,
OREGON 97330












Gambar-gambar di atas dirakamkan semasa suami saya menunaikan solat Jumaat. Masjid ini merupakan salah satu daripada beberapa lagi masjid yang terdapat di negeri Oregon.

17 September 2013

Masjid Al- Tawheed Di San Francisco, CALIFORNIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Masjid Al-Tawheed
1227 Sutter Street,
San Francisco,
CALIFORNIA 94109




Kami datang ke masjid ini untuk membayar zakat fitrah. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa lagi masjid yang terletak di San Francisco dan banyak lagi di dalam negeri California.

16 September 2013

Senarai Masjid-Masjid Di Las Vegas, NEVADA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya pasti ramai para pembaca yang terkejut apabila membaca tajuk di atas. Umum sedia maklum bahawa terkenalnya Las Vegas di mata dunia adalah kerana pusat perjudian serta hiburan dan digelarkan juga sebagai 'Sin City' (Bandar Dosa).
Walau di mana pun kita berada atau di mana sahaja kaki kita berpijak, bumi ini tetap milik Allah s.w.t. Umat Islam berada di serata pelusuk dunia termasuklah di Las Vegas, Nevada.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, Las Vegas merupakan salah sebuah bandar di Amerika Syarikat yang paling saya gemari. Saya mempunyai beberapa faktor mengapa saya menyukai Las Vegas dan salah satunya ialah kerana terdapat beberapa buah masjid dan restoran halal.

Di bawah ini saya senaraikan masjid-masjid yang terletak di Las Vegas.

Islamic Information Center / Masjid Al Noor
1610 E Russell Road,
Las Vegas,
NEVADA 89119


Jamia Masjid
4730 East Desert Inn Rd,
Las Vegas,
NEVADA 89126
 

Omar Haikal Islamic Academy
485 East Eldorado Lane,
Las Vegas,
NEVADA 89123


Masjid As-Sabur 
711 Morgan St,
Las Vegas, 

NEVADA 89146 

Masjid Tawheed.
6180 W. Viking Rd,
Las Vegas,
NEVADA 89103
 


Masjid Ibrahim
3799 South Edwards,
Las Vegas, 

NEVADA 89108

Islamic Information Center / Masjid Al Noor merupakan masjid yang menjadi pilihan suami saya untuk menunaikan solat kerana lokasinya yang strategik dan paling dekat dengan hotel kami menginap. Jika memandu dari Las Vegas Strip atau hotel kami, ia hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja (bergantung kepada lalauan trafik).



Suami saya sempat merakamkan gambar suasana di Masjid Al-Noor sebelum bermulanya solat Jumaat pada 1 Ramadan pada tahun lalu.




InsyaAllah di masa akan datang saya akan senaraikan beberapa restoran halal di Las Vegas dan yang mana satu restoran kegemaran saya dan suami.

15 September 2013

Masjid E Noor Di Chicago, ILLINOIS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Masjid-e-Noor
6151 North Greenview Avenue,
Chicago,

ILLINOIS 60660



Gambar di atas merupakan salah sebuah masjid yang terdapat di Chicago. Melalui sumber The Council Of Islamic Organizations Of Greater Chicago, terdapat hampir 50 buah masjid dan pusat-pusat masyarakat Islam (Islamic Community Center) di Chicago serta jumlah keseluruhan hampir 100 di seluruh negeri Illinois.

Masjid atau pusat-pusat masyarakat Islam di dalam Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam membangunkan identiti dan sosial untuk umat Islam. Kebanyakan masjid di negara ini dipenuhi dengan pelbagai acara dan aktiviti untuk kanak-kanak dan keluarga setiap hujung minggu.

14 September 2013

Madina Masjid Di Salt Lake City, UTAH

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Madina Masjid
1773 West Duder Street,
Salt Lake City,
UTAH 84116






Melalui maklumat yang saya perolehi, terdapat lebih kurang 10 buah masjid di sekitar Salt Lake City. Kedudukan Madina Masjid juga agak strategik kerana ia berdekatan dengan pusat bandar (5-8 minit masa pemanduan dari pusat bandar).

13 September 2013

Masjid Shuhadaa Di Denver, COLORADO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Masjid Shuhadaa
2958 Downing Street,
Denver, 

COLORADO 80205



Masjid ini merupakan salah satu daripada banyak masjid yang terdapat di bandar Denver dan daerah yang berhampiran dengannya. Salah satu masjid lain yang terkenal ialah Masjid Annur (Denver Islamic Society).

11 September 2013

Masjid Yousuf Di Tucson, ARIZONA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Yousuf Mosque
250 West Speedway Blvd, 

Tucson,
ARIZONA 85705


Masjid Yousuf merupakan salah satu daripada lebih sepuluh buah masjid yang terdapat di dalam negeri Arizona.





09 September 2013

The Islamic Center Of New Mexico

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pemanduan mengambil masa 2-3 jam untuk sampai ke masjid ini (The Islamic Center Of New Mexico) dari tempat suami saya bertugas (ketika bertugas luar dari Chicago).
Kami datang ke Albuquerque beberapa kali semata-mata untuk menikmati makanan halal dan suami berpeluang menunaikan solat Jumaat di sini. Ketika pertama kali datang ke sini saya agak terkejut kerana tidak menyangka walaupun negeri yang peratusan penduduknya ialah mereka dari kaum atau keturunan Native American / American Indian (kaum asli Amerika), tetapi ramai juga umat Islam dari pelbagai bangsa dan kaum ramai yang menetap di negeri ini.
Semasa suami berada di dalam masjid, saudara sesama Islam yang berketurunan Native American / American Indian turut sama menunaikan solat.

 The Islamic Center Of  New Mexico
1100 Yale Blvd. SE, 

Albuquerque,
NEW MEXICO 87106


www.icnm-abq.org








Untuk maklumat anda, The Islamic Center Of  New Mexico bukanlah satu sahaja masjid yang terdapat di negeri New Mexico. Terdapat beberapa buah lagi masjid yang lain di mana kami tidak berkesempatan untuk mengunjunginya.

08 September 2013

Menara Pisa di Chicago, ILLINOIS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Replika Menara Pisa ini terletak lebih kurang 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare (Chicago). Saiznya lebih kurang setengah kecil daripada menara yang sebenar iaitu Menara Pisa di Itali.

Touhy Avenue
Niles, IL 60714
Menara Pisa di Chicago, Illinois.



06 September 2013

Seorang Yang Iras Dengan....

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pada suatu petang semasa saya berjalan-jalan di pusat bandar Chicago, saya ternampak seorang lelaki berkulit hitam, yang wajah, warna rambut dan saiz badannya sama seperti arwah datuk saya. Saya terkesima agak lama sehinggakan terlepas untuk mengambil gambar wajahnya dari depan. Yang sempat saya rakamkan ialah dari belakang susuk tubuhnya.

Seorang lelaki yang seiras dengan arwah datuk saya.

04 September 2013

Kesesakan Jalan Raya Di Chicago

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar-gambar ini saya rakamkan di North Lake Shore Drive menghala ke selatan menuju masuk ke bandar Chicago.

Beginilah keadaan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak (sebelah petang) di Chicago.

02 September 2013

Hilton Grand Vacations Suites - Las Vegas (Convention Center)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kemana sahaja saya pergi tidak kiralah semasa dalam tempoh percutian, melancong atau mengikut suami yang sedang bertugas, saya memang minat mengambil gambar hotel yang kami menginap. Tetapi jika kami tiba di hotel agak lewat dan keletihan maka saya batalkan hasrat untuk mengambil gambar.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, Las Vegas merupakan bandar yang paling kerap saya dan suami kunjungi dan kami suka bertukar-tukar hotel tidak kiralah Hilton atau Marriott (kerana suami merupakan pemegang kad keahlian untuk hotel-hotel tersebut). Pada kali ini saya berkongsi beberapa gambar semasa kami menginap di Hilton Grand Vacations Suites-Las Vegas (Convention Center).

Hilton Grand Vacations Suites - Las Vegas (Convention Center) yang beralamat di 455 Karen Avenue, Las Vegas, Nevada, 89109, USA.

Kolam renang milik hotel yang dapat dilihat dari tingkat atas.

Bilik hotel.

Gambar yang dirakamkan sebaik tiba dan selesai dengan urusan daftar masuk.

Untuk carian hotel-hotel lain milik Hilton, anda boleh layari ke laman sesawangnya seperti di bawah.

www.hilton.com

01 September 2013

Pemanduan Dari New Mexico Ke Nevada

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini saya membawa anda para pembaca mengikuti salah satu perjalanan saya (road trip) dari Farmington, New Mexico ke Las Vegas, Nevada.
Jangka masa yang diambil untuk perjalanan ini ialah lebih kurang 8jam dan 9minit tanpa henti dan bersamaan dengan 507 batu (815.94 km). Bagi saya dan suami pula, kami berhenti beberapa kali untuk berehat dan makan tengah hari.

Peta perjalanan dari Farmington ke Las Vegas. Laluan pada kali ini agak unik kerana di sepanjang perjalanan ini, kami perlu keluar dan masuk beberapa kali ke negeri Arizona dan Utah (lihat sahaja jalan yang bengkang-bengkok seperti di atas) sebelum masuk ke negeri Nevada.

Gambar-gambar di bawah ini telah saya susun mengikut turutan yang betul untuk memberi penghayatan kepada anda sekaligus anda seolah-olah turut sama mengikuti perjalanan saya. Cuaca panas lagi terik telah membantu saya untuk merakamkan gambar dengan lebih mudah dan pemandangan lebih jelas untuk dilihat.
Di sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih dari 8jam ini, kami hanya menempuh beberapa buah kampung serta pekan kecil sebelum tiba di Las Vegas. Mungkin ada di antara anda yang akan berkata, "sama sahaja gambarnya". Walaupun gambar-gambar di bawah ini majoritinya ialah gunung ganang berbatu, tetapi percayalah pemandangan dan suasana ini lebih indah dan terpesona apabila melihat dengan mata kasar sendiri.







Gambar bawah : Hampir sampai ke pekan kecil yang diberi nama Page.

Populasi penduduk di Page yang dikira sehingga tahun 2010 ialah seramai 7247 orang.

Gambar atas dan dua dari atas : Glen Canyon.

Gambar dua dari bawah dan paling bawah : Memasuki negeri Utah.

Pemanduan merentasi celahan gunung-ganang di lebuhraya I -15.

Walaupun sekadar gunung berbatu, tetapi apabila melihat dari arah dekat, pemandangannya sungguh cantik sekali. Mujur pada hari tersebut cuaca amat baik. Jika hari hujan atau bersalji, pemanduan di sini pasti amat mencabar.

Gambar satu dan dua dari atas : Memasuki garisan sempadan negeri Nevada.

Gambar bawah : Las Vegas sudah kelihatan dari jauh.

Menara Stratosphere terletak di Las Vegas Boulevard.