26 November 2013

Berkongsi Tarikh Lahir Dengan Penyanyi Tina Turner

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekadar berkongsi, hari ini iaitu 26hb November, saya berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Tina Turner. Gambar di bawah dirakamkan semasa saya berada di Hollywood Walk Of Fame di Los Angeles, California.




22 November 2013

Melawat Ke Tugu Peringatan Presiden John F Kennedy Di Dallas, TEXAS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari ini, bertarikh 22hb November 2013 genaplah 50 tahun kematian bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 iaitu John Fitzgerald Kennedy atau nama singkatan beliau yang popular iaitu JFK.

Presiden Kennedy telah dibunuh di Dallas, Texas pada jam 12.30 minit tengah hari semasa beliau dalam rangka lawatan politik ke Texas.
Setelah ditembak sebanyak dua kali di tempat kejadian, Kennedy dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 1.00 petang.
Beliau meninggal dunia lebih muda daripada mana-mana Presiden Amerika Syarikat setakat ini iaitu pada usia 46 tahun.


John F. Kennedy Memorial Plaza


Tugu peringatan ini dibina pada tahun 1970 di Dallas, Texas sempena memperingati kematian Presiden JFK.

John F. Kennedy Memorial Plaza di Dallas, Texas.




Di atas jalan raya ini telah dipangkah dengan cat berwarna putih tanda di mana Presiden JFK telah ditembak. Dua gambar di atas adalah pangkahan pertama (tembakan pertama).

Tembakan pertama terjadi di sini.

Pangkahan kedua tandanya tembakan kali kedua yang terkena kepada Presiden JFK dan membuatkan nyawanya terkorban.

Peta rujukan di kawasan West End Historic District.
The Sixth Floor Museum di Dealey Plaza, Dallas merupakan sebuah muzium peringatan Presiden JFK.

InsyaAllah jika ada kelapangan di lain masa, saya dan suami akan kembali semula ke sini untuk melawat ke muzium The Sixth Floor Museum yang tidak sempat kami kunjungi.


15 November 2013

Makan Malam Di Lokasi Penggambaran Filem Bujang Lapok Di Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya berkesempatan menikmati makan malam di New Cameroon Seafood Restaurant, restoran yang sama tempat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee melakukan penggambaran filem Bujang Lapok.

Sebelum datang ke restoran ini, saya pernah mendengar dari beberapa sumber terdekat yang mengatakan hidangan makanan di sini tidak sebagus seperti di restoran bersebelahan dengannya. Oleh kerana saya sudah lama ingin merasai duduk dan makan di restoran yang pernah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lakonkan, maka saya mengendahkannya.

Di bawah ini saya sertakan gambar- gambar untuk perkongsian bersama para pembaca.


New Cameroon Seafood Restaurant beralamat di, 13 Mackenzie Rd, Singapore, Singapore 228676.

Pemandangan dalam restoran semasa era filem Bujang Lapok dan pada hari ini.


Akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki di restoran lokasi penggambaran filem Bujang Lapok.


Menu yang kami pesan ialah nasi ayam, ikan sweet sour dan cumi-cumi goreng (anak sotong).



Suami saya berdiri di tempat yang sama seperti pelayan yang memegang dulang di dalam gambar atas kiri. "Term Cash" juga kekal digunakan sehingga hari ini.

Kunjungan ini adalah yang pertama dan terakhir untuk saya kerana memang benar seperti yang dikhabarkan, hidangan makanannya tidak sehebat seperti di restoran sebelah iaitu Selera Restaurant.
Sebelum menikmati makan malam di New Cameroon Seafood Restaurant ini, Selera Restaurant merupakan kegemaran saya dan menjadikan salah satu restoran wajib dikunjungi setiap kali pulang ke Singapura.
Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar semasa saya ke Selera Restaurant.
http://sharery.blogspot.com.au/2013/04/jalan-jalan-cari-makan-di-singapura.html

12 November 2013

Marina Bay Sands Pada Waktu Malam

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah ialah pertunjukan cahaya lampu laser yang berwarna warni di Marina Bay Sands, Singapura.
Waktu pertunjukan adalah seperti di bawah berikut;

Ahad - Khamis  : 8:00 malam, 9:30 malam
Jumaat & Sabtu : 8:00 malam, 9:30malam, 11:00 malam







08 November 2013

Bertemu Dengan Bekas Rakan Sekerja Di Perth, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Minggu lalu saya berpeluang berjumpa dengan bekas rakan sekerja yang berada di Perth, Australia Barat semasa mereka di dalam waktu bertugas.

Adibah merupakan rakan sekelas semasa kami menuntut di Malaysia Airlines Academy (MAA) di Kelana Jaya, Selangor pada tahun 2004. Selepas tamat tempoh latihan, kami tidak pernah dijadualkan untuk bertugas bersama-sama sehinggalah saya meletakkan jawatan dan berhijrah ke Australia pada tahun 2009.

Hanya baru-baru ini kami berhubung melalui Instagram dan apabila melihat gambar-gambar beliau yang baharu tiba di Perth, maka di dalam minit-minit terakhir kami mengatur perancangan untuk berjumpa.


Gambar atas : Saya dan Adibah di Malaysia Airlines Academy pada tahun 2004.

Gambar bawah : Gambar terbaru kami di Perth.

Bonus bagi saya ialah bukan sahaja dapat berjumapa dengan Adibah pada hari tersebut, tetapi juga dapat berjumpa dengan Farzan. Saya pernah terbang bertugas bersama Farzan satu ketika dahulu.
Walaupun hanya beberapa jam, saya dan suami memanfaatkan masa yang ada untuk membawa tetamu kami bersiar-siar di sekitar Perth. Selain bergambar dan menikmati pemandangan dalam bandar, kami membawa Adibah dan Farzan melihat keindahan Sungai Swan (Swan River) dari beberapa lokasi yang berlainan termasuk di kawasan perumahan mewah dan tergolong di dalam tangga ke-5 perumahan termahal di Australia (top 5) yang memang tidak dikunjungi oleh pelancong asing.

Dengan sungai dan langit yang membiru membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik.

Gambar atas : Berlatar belakangkan Swan River dan bandar Perth.

Gambar bawah : Kenangan pada hari graduasi, Adibah di sebelah kiri manakala saya di sebelah kanan.

Kami melengkapkan kunjungan Adibah dan Farzan dengan membawa mereka ke Fremantle.

Gambar atas : Di hadapan pasar popular iaitu Fremantle Market.

Gambar bawah : Makan lewat tengah hari di Sweet Lips.  Beberapa minggu lalu Sweet Lips telah memenangi anugerah Fish And Chips terbaik di Australia. 

Di Kings Park.

Gambar terakhir kami berempat dirakamkan di Kings Park. Kings Park merupakan taman dalam bandar terbesar di dunia di mana ianya lebih besar daripada Central Park di New York dan Hyde Park di London.

Begitulah sedikit sebanyak cerita dan gambar yang dapat saya kongsikan di sini. Saya bersyukur kerana sejak berhijrah empat tahun yang lalu, saya masih menerima kunjungan bekas rakan sekerja tidak kiralah samada semasa saya berada di Australia mahupun di Amerika Syarikat.

06 November 2013

Ladang Maggie Beer Di Nuriootpa, Australia Selatan.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Walaupun sudah banyak kali saya datang bercuti ke bandar Adelaide, tetapi hasrat untuk melawat ke ladang milik Maggie Beer sering dibatalkan atas faktor waktu yang tidak mengizinkan.
Hanya baru-baru ini saya dan suami berpeluang ke Nuriootpa, Australia Selatan untuk melawat ke
Maggie Beer's Farm Shop.

Maggie Beer adalah seorang tukang masak popular Australia, penulis buku, pemilik restoran dan pengeluar produk makanan. Kepakaran di dalam bidang masakan telah membuatkan Maggie Beer begitu terkenal di Australia dan telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Pada Hari Australia 2012, Maggie Beer telah dianugerahkan darjah kebesaran Member of the Order of Australia (AM)  oleh HM Queen Elizabeth II.

Saya mengenali Maggie Beer sejak dari tahun pertama berhijrah ke Australia dan pertama kali melihat penampilan beliau di dalam rancangan masakan terkenal MasterChef Australia. Setiap tahun beliau pasti akan dijemput untuk menjadi tetamu juri bagi rancangan tersebut. Maggie Beer yang biasa saya lihat di kaca televisyen adalah seorang yang pemurah dengan senyuman, lemah lembut dan sifat-sifat keibuan beliau nampak dengan jelasnya.

Maggie Beer's Farm Shop
50 Pheasant Farm Rd,

Nuriootpa,
South Australia 


www.maggiebeer.com.au



Pemanduan untuk ke Maggie Beer's Farm Shop dari bandar Adelaide mengambil masa kira-kira 1 jam 10 minit.




Di hadapan pintu masuk.

Cerita mengenai Maggie Beer.





Gambar-gambar dan perjalanan kehidupan Maggie Beer.


Demonstrasi masakan diadakan setiap hari pada jam 2.00 petang.

Penjualan ais krim begitu laris sehingga kami terpaksa menunggu agak lama untuk pekerja meletakkan stok yang baharu.

Pelbagai buku masakan, aneka sos dan jem turut dijual di sini. Para pengunjung boleh mencuba dahulu sebelum membelinya.










Gambar atas : "Natural Walk" adalah laluan pejalan kaki yang dikhaskan untuk pengunjung menikmati pemandangan di sekitar ladang.

Gambar tengah : Restoran dan kedai milik Maggie Beer yang dilihat dari arah jauh.

Gambar bawah : Pokok buah zaitun.

Ladang anggur dan kambing biri-biri turut kelihatan di sini.




Gambar atas dan tengah : Dewan serba guna terletak bersebelahan dengan Maggie Beer's Farm Shop.

Gambar bawah : Simpang yang memisahkan dewan serba guna dan Maggie Beer's Farm Shop.

Saya membeli  ais krim perisa campuran coklat hitam dan buah oren.


Menikmati ais krim dengan melihat pemandangan yang sejuk mata memandang.

Produk Maggie Beer seperti ais krim sering dihidangkan sebagai pencuci mulut di dalam penerbangan Qantas Airways kelas perniagaan.





05 November 2013

The Toy Factory Di Gumeracha, Australia Selatan.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

The Toy Factory terletak di Gumeracha, Australia Selatan dan hanya bersebelahan dengan Kuda Goyang Terbesar Di Dunia seperti yang saya ceritakan sebelum ini.
http://sharery.blogspot.com.au/2013/11/rocking-horse-kuda-goyang-terbesar-dunia.html .

Keistimewaan kilang ini ialah barang permainannya diperbuat daripada kayu dan para pengunjung boleh membeli barangan tersebut secara terus dengan harga yang berpatutan.
www.thetoyfactory.com.au







Coklat, gula-gula, makanan ringan dan cenderamata turut di jual di sini.