Monday 31 March 2014

Pencipta Kotak Hitam Berasal Dari Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pada suatu masa dahulu idea beliau seringkali ditolak dan tiada pihak yang berminat. Kini, teknologi yang beliau cipta itu sudah diguna pakai malah sehingga ke hari ini operasi untuk mencari barang hasil ciptaan beliau sedang giat dijalankan di Lautan Hindi.

Beliau yang dimaksudkan ialah mendiang Dr David Warren, pencipta kotak hitam (Black Box) untuk kapal terbang. Lebih membanggakan ialah Dr David Warren berasal dari Australia. Beliau lahir pada 20 Mac 1925 di Groote Eylandt, Northen Territory dan meninggal dunia pada 19 Julai 2010 pada umur 85 tahun di Melbourne, Victoria. Beliau dikebumikan dalam keranda yang mempunyai label bertulis, "Flight Recorder Inventor;Do Not Open".

Anda boleh ke blog milik suami saya iaitu, www.planeconversation.blogspot.com (dalam Bahasa Inggeris) atau terus http://planeconversation.blogspot.com.au/2013/10/the-black-box-flight-recorder.html untuk membaca cerita penuh mengenai sejarah kotak hitam dan Dr David Warren. Artikel tersebut telah disiarkan pada tarikh 20 Oktober 2013.















Sunday 30 March 2014

Cetusan Rasa Bekas Anak Kapal MAS Terhadap MH370

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Beberapa hari lalu saya telah dihubungi oleh wartawan dari Malaysia dan beliau telah menemuramah saya mengenai topik kejadian yang menimpa MH 370. Saya berkongsi perasaan terhadap apa yang berlaku dan menceritakan sedikit pengalaman semasa bekerja di awan biru terutama sekali tentang aspek keselamatan.

Artikel tersebut telah disiarkan di akhbar nombor 1 Malaysia iaitu Harian Metro pada hari Sabtu bersamaan 29 Mac 2014. Kepada anda yang tidak berkesempatan membacanya, di bawah ini saya sertakan artikel tersebut.



Gambar saya dirakamkan di Busselton Jetty di Australia Barat sambil melihat matahari terbenam di Lautan Hindi.

*Gambar ihsan dari Kusyi Hirdan*



Monday 24 March 2014

Terima Kasih New Mexico (Amerika Syarikat)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepada anda yang pernah membaca catatan perjalanan saya apabila berada di Amerika Syarikat, mungkin anda masih ingat akan negeri New Mexico yang biasa saya sebutkan sebelum ini. Negeri New Mexico dikenali dengan peratusan tertinggi penduduk Hispanik Amerika dan juga merekodkan peratusan kedua paling tinggi penduduk etnik orang Asli Amerika (Native American/American Indians) di negara Amerika Syarikat. Entri pada kali ini saya rasakan begitu istimewa kerana ianya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada negeri New Mexico yang memberikan peluang kepada saya dan suami melihat 'warna' sebenar penduduk Amerika Syarikat.

Walaupun rumah kami terletak di Chicago, Illinois tetapi kami jarang berada lama di sana. Lebih dari separuh negara Amerika Syarikat sudah kami jelajahi ditambah pula atas atas urusan kerja suami, kami berpeluang tinggal di negeri New Mexico selama beberapa bulan. Negeri ini terlalu istimewa kerana ia banyak mengajar kami tentang sejarah, geografi, gaya kehidupan penduduk tempatan terutama sekali mereka dari etnik orang Asli Amerika (Native American/American Indians) dalam mengekalkan adat, tradisi dan budaya yang diamalkan sejak beratus tahun dahulu. Melalui pemerhatian itu juga kami dapat melihat mereka sebenarnya hidup dalam serba kekurangan dan sering ditindas oleh kerajaan persekutuan.

Oleh kerana itulah seperti yang saya katakan tadi, negeri ini membuatkan kami lebih menghargai kehidupan yang sedia ada apatah lagi tinggal di negara yang bertuah iaitu di Australia.
Berikut saya berikan sedikit fakta mengenai negeri yang nama samarannya ialah Land Of Enchantment.


Negeri New Mexico di dalam peta negara Amerika Syarikat.
Negeri : New Mexico
Ibu Negeri : Santa Fe (Ibu negeri tertua di Amerika Syarikat dan ibu negeri paling tinggi di Amerika Syarikat)
Bandar Paling Besar : Albuquerque
Keluasan : Negeri kelima terbesar di Amerika Syarikat
Bilangan Daerah : 33
Industri Utama : Perlombongan tembaga, perak, kalium, uranium, minyak, gas asli dan pelancongan.


Bendera New Mexico

Papan tanda selamat datang yang diletakkan di setiap sempadan negeri yang melibatkan negeri New Mexico.

Gambar atas ialah New Mexico State Capitol (bangunan pentadbiran kerajaan negeri) di Santa Fe. Santa Fe ialah ibu negeri New Mexico yang tertua di Amerika Syarikat. Ia terletak pada ketinggian 7,199 kaki (2135 m) di atas paras laut sekaligus menjadikan Santa Fe ibu negeri paling tinggi di dalam negara. Cerita lanjut sila klik di sini, http://sharery.blogspot.com.au/2012/04/santa-fe-new-mexico.html
 
Gereja San Miguel di Santa Fe merupakan yang tertua di Amerika Syarikat. Gambar- gambar lain ada di siarkan di, http://sharery.blogspot.com.au/2013/09/gereja-tertua-di-amerika-syarikat.html

Saya sungguh tidak menyangka negeri yang penduduknya majoriti dari etnik Asli Amerika ini mempunyai ramai juga penganut beragama Islam. Semasa pertama kali suami saya solat di sini, beliau terkejut melihat kaum Asli Amerika turut menjadi para jemaah masjid. Cerita penuh dan gambar-gambar lain sila ke http://sharery.blogspot.com.au/2012/05/albuquerque-new-mexico.html dan http://sharery.blogspot.com.au/2013/09/the-islamic-center-of-new-mexico.html

Negeri Land Of Enchantment ini bukan sahaja mempunyai banyak tempat-tempat sejarah yang masih terpelihara dan dijaga dengan baik oleh pihak Taman Negara, malah ia memberikan satu lagi bonus kepada para pelancong iaitu pemandangan yang amat menakjubkan. Secara peribadi, apabila saya melihat keindahan alam semulajadi ini, hati pasti berdetik, 'indahnya ciptaan Allah ini'. Saya juga amat bersyukur dan bertuah kerana dapat melawat ke tempat-tempat sejarah di New Mexico yang rata-rata masih ramai rakyat Amerika Syarikat yang belum pernah ke tempat tersebut. Saya pernah mendengar ada yang mengatakan 'anda perlu melawat ke tempat bersejarah di New Mexico sekurang-kurangnya sekali dalam hidup'.

Four Corners merupakan tempat simbolik menandakan titik pemisah antara empat buah negeri (New Mexico, Colorado, Arizona, Utah). Untuk cerita penuh sila klik di sini, http://sharery.blogspot.com.au/2012/06/berdiri-dalam-4negeri-pada-satu-masa.html

Penempatan terawal manusia atau bangunan paling tua di Amerika Syarikat. Cerita penuh sila klik di sini, http://sharery.blogspot.com.au/2012/06/mese-verde-national-park-penempatan.html


Berikut pula ialah fakta negeri New Mexico yang bersangkut paut dengan selebriti terkenal antarabangsa. Saya hanya senaraikan beberapa sahaja daripada jumlah sebenar.

- Jeff Bezos, Pengasas Amazon.Com - Lahir di Albuquerque.
- Conrad Hilton, Pengasas rangkaian hotel terkenal Hilton - Lahir di San Antonio.
- Tom Ford, Pereka Fesyen - Dibesarkan beberapa tahun dan bersekolah menengah di Santa Fe.
- Freddie Prinze Jr, Pelakon (I Know What You Did Last Summer) - Dibesarkan di Albuquerque.
- Demi Moore, Pelakon (Bekas isteri Bruce Willis) - Dilahirkan di Roswell.

Daerah Roswell terkenal selepas kejadian kapal UFO (unidentified flying object) yang terhempas pada tahun 1947. Walaupun ianya terhempas pada kedudukan asal di Corona (kira-kira 170km dari Roswell), tetapi segala siri penyiasatan dilakukan di Roswell sehinggalah pada hari ini bandar Roswell menjadi terkenal dengan nama samarannya iaitu Alien City. Di sini juga terletaknya Pusat Penyelidikan Dan Muzium Antarabangsa UFO.

Saya bergambar di hadapan Pusat Penyelidikan Dan Muzium Antarabangsa UFO. Cerita lanjut sila klik di sini, http://sharery.blogspot.com.au/2012/05/roswell-new-mexico.html

Begitulah sedikit sebanyak saya huraikan mengapa negeri New Mexico begitu istimewa dan terpahat di hati. Cerita mengenai New Mexico tidak habis di sini sahaja. Nantikan entri akan datang di mana saya akan berkongsi sedikit sejarah mengenai etnik orang Asli Amerika dan suku kaumnya serta saya akan berkongsi pengalaman tinggal beberapa bulan di New Mexico.


Saturday 22 March 2014

Great Lakes Airlines

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Great Lakes Airlines merupakan syarikat penerbangan domestik di Amerika Syarikat. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Cheyenne, Wyoming dan hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Saya menggunakan perkhidmatan Great Lakes Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado ke Four Courners Regional Airport di Farmington, New Mexico.

Great Lakes Airlines yang menggunakan kapal terbang Beechcraft 1900D ini dapat menampung seramai 19 orang penumpang.

Menunggu masa untuk berlepas.

Pemandangan dari luar pesawat.

Di dalam penerbangan ini hanya terdapat tiga orang sahaja penumpang wanita termasuk saya. Selebihnya penumpang lelaki yang majoriti hendak ke Farmington kerana berkerja di sana.


Saya sudah merasai pengalaman menaiki pesawat dari sekecil-kecilnya kapal terbang (Cessna 152) sehingga ke kapal terbang komersial terbesar dunia (A380), tetapi menaiki kapal terbang model Beechcraft 1900D milik Great Lakes Airlines ini merupakan satu pengalaman baru kerana inilah pertama kali saya melihat dengan dari dekat pintu kokpit yang unik yang seakan-akan seperti pintu kedai atau bar di dalam filem cowboy (koboi) pada zaman dahulu.

Gambar akan berkabur kerana saya rakamkan dalam keadaan bergoyang semasa pesawat sedang membuat penerbangan naik (take off).


 

Tuesday 18 March 2014

Lapangan Terbang Antarabangsa Denver Di Colorado, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jujur saya katakan di sini, Lapangan Terbang Antarabangsa Denver merupakan kegemaran saya selain Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/ Fort Worth. Ia jauh lebih baik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles yang boleh dikatakan sudah agak 'tua' dan kecil sekaligus sukar menampung penumpang yang ramai.

Lapangan Terbang Denver terletak di negeri Colorado. Ia merupakan lapangan terbang paling besar (mengikut jumlah keluasan) di Amerika Syarikat dan mempunyai enam landasan kapal terbang
serta hab untuk Frontier Airlines, Great Lakes Airlines dan United Airlines.
Walaupun saya berada agak lama di dalam bangunan terminal, tetapi sayang sekali saya tidak dapat merakamkan banyak gambar kerana pada ketika saya kurang sihat.

Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado

Gambar atas : Bumbung terminal ini diperbuat daripada bahan gentian kaca (fibreglass) yang nipisnya seperti kad kredit.

Gambar bawah : Lapangan Terbang Denver merupakan satu-satunya lapangan terbang yang terminalnya mempunyai jejantas sekaligus orang ramai boleh melihat kapal terbang yang lalu di bawahnya.


Di dalam bangunan terminal.

Gambar atas : Kapal terbang Great Lakes Airlines begitu banyak di sini.

Gambar bawah : Kapal terbang British Airways.

Pemandangan Lapangan Terbang Denver pada lewat petang yang saya rakamkan ketika pesawat sedang membuat penerbangan naik.




Saturday 15 March 2014

Battery Construction 129 di Hawk Hill, San Francisco

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Battery Construction 129 hanyalah sekadar nama projek.

Pembinaan ini bermula pada tahun 1942 untuk dijadian sebagai benteng pertahanan perang dan memberi perlindungan dari serangan udara. Ia terletak di Hawk Hill, San Francisco, Amerika Syarikat, lebih kurang 7.8km dan 11 minit pemanduan dari Golden Gate Bridge. Ia merupakan benteng yang paling tinggi di daerah Teluk San Francisco.

Walau bagaimanapun, semua kerja telah dihentikan pada tahun 1944. Ini kerana pihak tentera telah mendapati bahawa senjata yang mereka ada tidak akan berkesan melawan serangan dari musuh yang menggunakan pesawat. Justeru kubu ini ditinggakan terbiarm n sehingga ke hari ini.




Gambar atas : Hawk Hill, California.

Gambar bawah : Golden Gate Bridge sudah 'tenggelam' dek kabus tebal.


Pemandangan San Francisco dan kawasan sekitarnya yang dapat dilihat dari Hawk Hill.

Terowong di Battery 129.









Wednesday 12 March 2014

Memandu Seiring Dengan Kereta Google Tanpa Pemandu Di San Francisco

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa saya dan suami bersiar-siar mengelilingi bandar San Francisco, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat kereta milik Google yang bergerak tanpa pemandu atau lebih dikenali sebagai autonomous vehicle.

Suami saya memang tajam penglihatannya. Beliau sudah menyedari kereta Google tersebut sejak dari awal lagi kerana di bumbungnya terdapat velodyne yang tinggi dan besar. Dalam jarak yang masih jauh dengan kereta Google tersebut, saya sempat juga mengeluarkan kamera lalu mengambil gambar.
Sedang kami mahu menghampirinya, kereta Google tersebut memberi isyarat sebelah kanan (tanda mahu masuk ke lorong kanan). Dengan pantas saya cuba sedaya upaya untuk mengambil gambar secara lebih dekat lagi. Hasil dari bantuan zoom/fokus, akhirnya saya dapat merakamkan gambar bahagian belakang kereta Google dan jelas kelihatan pelekat yang bertulis "Self- Driving Car".

Faktor kurang pencahayaan dan mengambil gambar dalam keadaan bergerak serta bergoyang, maka kualiti gambar adalah tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, lima keping gambar di bawah sudah cukup membuktikan segalanya.

Suami sudah dapat mengesan kereta Google ini dari jarak yang jauh. Oleh itu saya pun sempat mengambil kamera dan cuba memfokus dengan lebih dekat lagi.

Kereta Google ini memberi isyarat serta memperlahankan kelajuan lalu masuk ke lorong sebelah kanan.

Walaupun waktu malam, pelekat di belakang kereta ini jelas dapat dibaca. "Self- Driving Car".

Perasaan saya pada masa itu dan juga sehingga ke hari ini tentulah gembira kerana bukan senang dan jarang sekali orang ramai berpeluang melihat kereta Google tanpa pemandu. Apatah lagi mungkin masih ramai yang masih tidak menyedari yang kereta itu 'kosong' tanpa manusia di dalamnya.

Dari segi teknologi pula (kereta tanpa pemandu), tiada apa yang mengejutkan. Sebelum ini pun saya sudah mendengar tentang kewujudan kenderaan seperti itu. Suami saya sendiri merupakan antara tulang belakang yang bekerja di dalam teknologi (Unmanned, Autonomous Aerial & Ground Vehicle System) ini baik di Australia mahupun di Amerika Syarikat.

Thursday 6 March 2014

Restoran Dan Kafe Cawangan Pertama Di Dunia Yang Pernah Saya Lawati Di Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kerap berada di Amerika Syarikat membuatkan saya dan suami berpeluang berkunjung ke beberapa restoran dan kafe terkenal yang merupakan cawangan pertama di dunia.
Saya telah membuat senarai pendek dan anda boleh klik alamat di bawah untuk melihat gambar-gambar lain dan cerita sepenuhnya.

Restoran KFC Pertama Di Dunia
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/melawat-ke-restoran-kfc-pertama-di-dunia.html



Starbucks Pertama Di Dunia

http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/kedai-kopi-starbucks-pertama-di-dunia.html




McDonalds Pertama Di Dunia

http://sharery.blogspot.com.au/2013/01/francais-mcdonalds-pertama-dunia.html



Swensen Pertama Di Dunia
http://sharery.blogspot.com.au/2012/11/sepetang-di-san-francisco.html

Tuesday 4 March 2014

17 Buah Hard Rock Cafe Di Amerika Syarikat Yang Sudah Dikunjungi

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Suami saya gemar mengumpul baju dari jenama Hard Rock Cafe (HRC).
Pendek kata, ia adalah barang yang wajib dibeli setiap kali kami masuk ke dalam HRC.
Manakala saya pula suka mengumpul pelekat peti ais dan gelas kaca. Sementelah kami kerap berada di Amerika Syarikat, maka HRC pasti dimasukkan di dalam senarai kami sebagai tempat persinggahan.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan setiap Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel yang telah kami kunjungi sepanjang berada di Amerika Syarikat.
Jumlah keseluruhan ialah sebanyak 13 buah Hard Rock Cafe dan 4 buah Hard Rock Hotel (Hard Rock Hotel juga mempunyai kedai cenderamata).


1) HARD ROCK HOTEL ALBUQUERQUE, NEW MEXICO






2) HARD ROCK CAFE PHOENIX, ARIZONA





3) HARD ROCK CAFE CHICAGO, ILLINOIS 





4) HARD ROCK HOTEL CHICAGO, ILLINOIS



5) HARD ROCK CAFE INDIANAPOLIS, INDIANA




6) HARD ROCK CAFE DALLAS, TEXAS







7) HARD ROCK HOTEL & CASINO LAS VEGAS, NEVADA






8) HARD ROCK CAFE LAS VEGAS, NEVADA





9) HARD ROCK CAFE DENVER, COLORADO




10) HARD ROCK CAFE HOLLYWOOD ON HOLLYWOOD BLVD, CALIFORNIA





11) HARD ROCK CAFE HOLLYWOOD AT UNIVERSAL CITYWALK, CALIFORNIA





12) HARD ROCK CAFE SAN DIEGO, CALIFORNIA





13) HARD ROCK CAFE SEATTLE, WASHINGTON




14) HARD ROCK CAFE SAN FRANCISCO, CALIFORNIA





15) HARD ROCK HOTEL TULSA, OKLAHOMA





16) HARD ROCK CAFE ST. LOUIS, MISSOURI





17) HARD ROCK CAFE NEW YORK CITY, NEW YORK