Thursday 27 February 2014

Sejarah Radio Melayu Perth

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Radio Melayu Perth bermula pada tahun 1990. Tulang belakang yang mula-mula 'menghidupkan' serta menjayakannya ialah Allahyarham Haji Dubney dan anak perempuan beliau Hajjah Juti (Juti Ali).

Juti dilahirkan di Pulau Cocos dan beliau sekeluarga berpindah ke Perth pada tahun 1978. Suka dimaklumkan di sini, Juti dan suaminya iaitu Osman Ali merupakan antara penduduk Melayu awal yang menetap di Perth sekaligus sekarang ini mereka dianggap sebagai orang lama/veteran di Perth. Pengorbanan, hasil kerja serta jasa Juti terhadap komuniti tempatan khususnya di negeri Australia Barat adalah amat besar sekali sehinggakan mendapat perhatian dari ahli politik dan kerajaan. Pasangan suami isteri ini turut terkenal di kalangan penduduk di Katanning (sebuah daerah/pekan kecil di Australia Barat yang ramai penduduk Melayu), Pulau Cocos dan Pulau Krismas.

Di bawah ini saya sertakan dua gambar dari keratan majalah Jelita (majalah dari Malaysia) yang diterbitkan pada Oktober 2009 di mana wartawan Kusyi Hirdan datang ke Perth lalu menemuramah Juti dan salah seorang lagi juruhebah sukarelawan iaitu Azly. Secara kebetulan saya turut berpeluang berjumpa dengan wartawan Kusyi Hirdan di Perth yang pada ketika itu saya dan ibu turut datang bercuti ke sana. Itulah pertama kali saya merasai pengalaman berada konti radio dan melihat siaran secara langsung.

Azly : Suami saya menawarkan diri menjadi sukarelawan sebagai juruhebah radio sambilan sejak dari tahun 1999 sehingga 2010. Walaupun pada waktu itu beliau sentiasa sibuk dengan kerjayanya, tetapi jika ada kelapangan beliau akan cuba juga untuk ke konti radio. Oleh kerana suami saya didedahkan dengan pendidikan dalam bahasa Inggeris seawal umur empat tahun bermula dari pra sekolah di Singapura sehingga bersekolah di Australia, maka beliau memanfaatkan peluang yang ada demi untuk mempertingkatkan lagi mutu bahasa Melayu.


Gambar atas kiri : Azly dan Juti sedang bersiaran pada hari Sabtu jam 9.00 malam.

Gambar atas kanan : Wartawan Kusyi Hirdan berdiri di sebelah Juti, manakala di belakang itu ialah saya sendiri, ibu mertua (tengah) dan ibu saya (paling kanan).



Majlis Nusantara Raya yang diadakan pada tahun 2009 di Perth telah mendapat perhatian dari stesen televisyen terkenal Malaysia iaitu TV3. Sekali lagi, Juti telah menjadi tumpuan justeru ditemuramah oleh pengacara.

Selepas berkahwin dan berhijrah ke Australia, saya sempat menemani suami saya bersiaran di Radio Melayu Perth selama beberapa kali sebelum kami berpindah ke Melbourne dan seterusnya ke Amerika Syarikat.
Gambar-gambar di bawah saya rakamkan sekitar tahun 2009 dan 2010.




Azly dan Hazlina.

Hazlina Halim : Beliau menawarkan diri menjadi penyampai radio sambilan semasa melanjutkan pelajarannya di Perth. Hazlina kini merupakan pengacara televisyen terkenal, pembaca berita radio dan televisyen, wartawan dan pensyarah di Singapura.



Gambar atas : Radio Melayu Perth bersiaran setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam.

Gambar bawah :  Laporan cuaca turut disampaikan kepada para pendengar.

Kenangan semasa suami saya bersiaran dengan Juti buat kali terakhir beberapa hari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2010 sebelum kami berpindah ke Melbourne.

Lampu kuning bermaksud konti radio menerima panggilan masuk dari pendengar.

Saya berharap anda dapat membaca artikel dari keratan majalah Jelita yang saya kongsikan di atas supaya anda memperolehi cerita penuh dan sejarah tentang Radio Melayu Perth dari sumber yang asli.

Monday 24 February 2014

Caversham Wildlife Park Di Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Caversham Wildlife Park terletak di dalam Whiteman Park yang jaraknya lebih kurang 23 kilometer dari pusat bandar Perth.

Saya sudah pernah berkunjung ke sini sebanyak lima kali dan yang pertama ialah pada awal tahun 2008 iaitu semasa saya masih bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Seterusnya pula ialah semasa membawa tetamu dari Malaysia dan Singapura.
Gambar- gambar yang ingin dikongsikan di sini ialah semasa lawatan terakhir saya ke Caversham Wildlife Park bersama suami dan anak saudara.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang seperti di bawah ini.
http://www.cavershamwildlife.com.au/

























Friday 21 February 2014

Royal Aero Club Of Western Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Royal Aero Club Of Western Australia merupakan salah satu daripada organisasi penerbangan terbesar di Australia. Sama ada mahu memulakan diri menceburi bidang penerbangan atau latihan kokpit (advanced cockpit flight training), Royal Aero Club Of Western Australia sedia membantu. 

Terletak di Lapangan Terbang Jandakot, Royal Aero Club Of Western Australia mempunyai pelbagai pilihan pesawat serta tenaga pengajar penerbangan dan juruterbang berkelayakan.

Suami saya telah menjalani latihan penerbangan selama beberapa tahun di sini (pertengahan tahun 1990an).

Sesekali datang berkunjung ke Royal Aero Club Of Western Australia pasti beliau akan membawa tetamu, antaranya ialah saya sendiri, anak saudara dan teman rapat kami dari Malaysia.

2013

Gambar atas : Menara kawalan di Lapangan Terbang Jandakot.

Gambar tengah dan bawah : Di dalam bangunan Royal Aero Club Of Western Australia.

Gambar atas : Bilik untuk persediaan pernerbangan (flight planning).

Gambar tengah : Peta Australia yang besar ini dikhaskan untuk rujukan para pelatih penerbangan.

Gambar bawah : Gambar-gambar landasan di beberapa buah Lapangan Terbang.

Gambar atas : Berdiri di hadapan bangunan. Gambar dirakamkan dari bahagian apron.

Gambar tengah : Kapal terbang Cessna 152.

Gambar bawah : Kapal terbang Mooney M20J.

Gambar dan bawah : Kami berada di bahagian apron Lapangan Terbang Jandakot.

Gambar tengah : Kapal terbang Cessna C172.

Gambar bawah : Kapal terbang Cessna C404 Titan.
Orang awam tidak boleh masuk ke kawasan ini (apron/aircraft movements area) tanpa sebarang urusan. Mereka yang dibenarkan masuk ke kawasan ini ialah juruterbang dan pemilik kapal terbang. Suami saya terkecuali kerana beliau merupakan juruterbang dan juga ahli Royal Aero Club Of Western Australia. 

Gambar atas dan tengah : Pemadangan di sekitar Lapangan Terbang Jandakot.

Gambar bawah : Suami memberi peluang kepada sahabat kami untuk duduk di dalam kapal terbang Cessna C152.

Gambar atas : Suami menunjukkan tempat untuk mengisi minyak.

Gambar bawah : Duduk di kokpit ini mengimbau kenangan semasa saya menaiki pesawat yang sama pada tahun 2009.





2011
Saya dan suami telah memberikan kejutan kepada anak saudara untuk menjalani penerbangan percubaan atau "Trial Flight". Melalui bantuan juruterbang, beliau sendiri merasai cara mengendalikan pesawat.  Sijil akan turut diberikan selepas selesai penerbangan percubaan itu.







2009
 

26 November 2009 iaitu pada hari jadi saya, suami memberikan kejutan istimewa merangkap hadiah hari jadi iaitu "Trial Flight". Semasa di dalam penerbangan tersebut, saya sendiri melakukan "take off, straight & level dan roll & banking" dan dibantu oleh juruterbang Ben Draper.
 

Bersiap sedia untuk berlepas.

Gambar atas : Take Off yang saya kendalikan sendiri.

Gambar tengah : Menerima sijil dari juruterbang Ben.

Gambar bawah : Di luar bangunan Royal Aero Club Of Western Australia (pintu masuk utama).

Sijil yang begitu berharga bagi diri saya.


Tuesday 18 February 2014

Kings Park & Botanic Garden Di Perth, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kings Park adalah taman yang terletak di bahagian barat pusat perniagaan/ pusat bandar Perth, Australia Barat di Australia. Taman ini merupakan gabungan daripada taman berumput, taman botani dan hutan belukar semulajadi di Gunung Eliza.
Kings Park menjanjikan pemandangan menarik untuk para pengunjung kerana ia menghadap ke pusat bandar dan juga Sungai Swan (Swan River). Ia juga merupakan 'rumah' kepada lebih daripada 300 jenis tumbuhan asli dan 80 spesis burung. 
Memorial Perang turut terletak di sini dan setiap kali tibanya ANZAC Day, Kings Park menjadi tumpuan ribuan orang kerana di sinilah tempat diadakan majlis memperingati untuk mereka yang mati di dalam peperangan.
Manakala pada bulan September setiap tahun, Kings Park menjadi tuan rumah bagi pameran dan pertunjukan bunga liar (wildflower show) terbesar di Australia.

 
Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak tahu dan dengan bangganya ingin saya nyatakan di sini bahawa Kings Park merupakan taman dalam bandar yang terbesar di dunia dan mengalahkan Central Park di New York, Amerika Syarikat.

Setiap kali berkunjung ke Kings Park, saya pasti akan merakamkan gambar walaupun sudah berpuluh-puluh kali saya menjejakkan kaki di sini tidak kira pada waktu subuh, pagi, tengah hari, petang dan malam. Saya mempunyai banyak gambar-gambar Kings Park yang saya rakamkan dari tahun 2007 sehingga 2013. Yang saya kongsikan di bawah adalah lebih kurang 10% sahaja daripada jumlah keseluruhan koleksi gambar yang saya ada.

Gambar-gambar dibawah saya susunkan mengikut waktu iaitu subuh, pagi, tengah hari, petang dan malam yang dirakamkan antara tahun 2010 dan 2013.



Pagi

Dari tempat tinggal (salah satu apartment di dalam gambar ini), saya berjalan kaki dan melakukan senaman di Kings Park sambil melihat matahari yang mulai naik.


Awal pagi.


Lebih kurang jam 10.00 pagi.

Gambar atas : Bersama sahabat baik saya dari Malaysia.

Gambar bawah : Dua orang sahabat saya sedang berbual dalam jarak jauh. Setiap suara bisikan akan jelas didengari oleh si penerima yang duduk di hujung sana.

Tengah Hari Dan Petang











Malam