Thursday 30 October 2014

Graffiti Di Melbourne (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Sambungan dari entri Graffiti Bahagian 1, http://sharery.blogspot.com.au/2014/02/graffiti-di-melbourne-bahagian-1.html
Graffiti begitu terkenal di Melbourne dan merupakan ikon serta tempat tarikan pelancong. Justeru,  setiap kali menerima kedatangan tetamu dari Malaysia, saya pasti akan membawa mereka datang untuk bergambar di beberapa tempat tersebut.
Satu lagi perkara menarik tentang graffiti di sini ialah, lukisan dan gambar sering bertukar-tukar dan ada kalanya ia mengikut cerita semasa. Seperti contoh, jika ada cerita kematian, pasti ada graffiti yang bertulis RIP atau Rest In Peace.




Satu-satunya graffiti dalam bahasa Melayu yang kekal bertahun-tahun.

Saya turut membawa dua orang rakan saya dari Malaysia datang bergambar di Hosier Lane.

Gambar atas : 'Rest In Peace Jill'. Kisah tragis seorang wanita yang mati dibunuh dan dirogol di Melbourne telah menjadi topik panas dan mendapat perhatian seluruh negara kira-kira dua tahun yang lalu. Oleh itu graffiti dibuat khas untuk mendiang.

Gambar bawah : Heath Andrew Ledger merupakan pelakon kelahiran Perth, Australia yang terkenal di Hollywood dan salah satu lakonannya ialah dalam filem Brokeback Mountain. Gambar graffiti ini dilukis sempena watak The Joker yang beliau lakonkan dalam filem Batman - The Dark Knight. Ledger telah meninggal dunia pada tahun 2008.


Gambar atas : Patung bertopeng yang menyerupai mendiang Ned Kelly, iaitu penjenayah terkenal di Australia pada waktu dahulu.

Gambar bawah : 'Once Bitten, Twice Shy'. Kata kaisa yang terkenal dalam bahasa Inggeris.



Melihat kasut tergantung adalah perkara biasa di Melbourne.


Di Union Lane.


Tuesday 28 October 2014

Esperance, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Esperance ialah sebuah daerah yang terletak kira-kira 728 kilometer dari bandar Perth iaitu ibu negeri Australia Barat. Ekonomi utama di sini ialah pelancongan, pertanian dan perikanan.


Esperance

Berdiri di atas anjung tinjau sambil melihat pemandangan Esperance (The Rotary Lookout).

Esperance lebih menjadi tumpuan pelancong apabila tibanya musim panas. Kebiasaanya terdapat banyak kangaroo yang duduk di persisiran pantai tetapi nasib tidak menyebelahi kami pada hari tersebut kerana tidak dapat melihat walaupun seekor.

Keindahan pantai di sini akan lebih cantik apabila langit membiru dan terang benderang tanpa kepulan awan.

Gambar atas : West Beach pada lewat petang.

Gambar bawah : Awal pagi di Bow Park (berhadapan dengan hotel penginapan kami).


Untuk melihat pemandangan dan merakamkan gambar yang lebih cantik serta terang menderang, InsyaAllah saya dan suami akan kembali ke Esperance pada musim panas pula.

Friday 24 October 2014

Geraldton, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Geraldton adalah sebuah bandar di tepi pantai di daerah Barat Tengah (Mid West) Australia Barat yang terletak lebih kurang 434 kilometer utara Perth. Bandar ini merupakan hab kepada Pelabuhan Geraldton di bahagian pantai barat. Selain perlombongan, industri perikanan, ternakan turut menyumbang kepada ekonomi tempatan. Kedatangan saya dan suami ke Geraldton sudah agak lama iaitu beberapa tahun yang lalu tetapi baru sekarang saya berkongsi gambar-gambar di sini.



Dalam perjalanan ke Geraldton.

Keadaan pada masa ini kadang kala berawan serta mendung dan kadang kala panas terik.

Peringatan kepada mereka yang bakal meneruskan perjalanan ke utara Geraldton supaya menyediakan bekalan air secukupnya. Papan tanda ini biasanya diletakkan sebelum memasuki daerah dan kawasan terpencil yang tiada penempatan manusia (outback).

Gambar atas : Gereja di Geraldton.

Gambar bawah : Penjara lama di Geraldton.

Keindahan pantai yang membiru dan bersih.

Gambar atas : Walaupun panas terik tetapi angin laut tetap bertiup kuat.

Gambar bawah : Perpustakaan di pusat bandar.

Sebuah tugu yang terletak berhampiran pantai.

Lapangan Terbang Geraldton terletak 12 kilometer dari pusat bandar.


Tuesday 21 October 2014

Majlis Perkahwinan Tradisional Melayu Di Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepada anda yang belum pernah melihat majlis perkahwinan tradisional Melayu di luar Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei di sini saya kongsikan beberapa gambar yang dirakamkan semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada suami saya iaitu Sadiyah serta pasangannya, Masri di Balcatta, Australia Barat pada bulan April yang lalu.

Pernikahan bagi pasangan pengantin ini telah berlangsung pada 10 April di Masjid Al Majid, Padbury dua hari sebelum majlis persandingan. Padbury terletak lebih kurang 21km dari pusat bandar Perth.

Gambar atas : Akad nikah dijalankan.

Gambar bawah : Upacara membatalkan air sembahyang.

Masri menyarungkan cincin di jari Sadiyah.

Selesai majlis pernikahan, pasangan pengantin bergambar bersama keluarga Sadiyah.

Bergambar bersama suami, abang ipar, serta pasangan sepupu sebelum menuju ke Vasto Club di Balcatta.

Gula-gula di dalam botol untuk para tetamu sebagai tanda terima kasih dari pengantin.

Gambar atas : Makanan dihidangkan secara buffet dan mejanya diletakkan di dua bahagian iaitu sebelah kiri dan kanan pintu masuk.

Gambar : Bersama salah seorang sepupu suami.

Gambar atas : Ketibaan pengantin lelaki bersama keluarga dan diapit oleh ibunya turut diiringi dengan paluan kompang yang dipalu oleh sekumpulan anak muda tempatan.

Gambar bawah : Lelaki paling kiri berbaju ungu ialah bapa pengantin lelaki.


Jika diperhatikan pada kedua-dua gambar ini, anda dapat lihat kain ela berwarna-warni dibentangkan panjang dari pintu masuk hingga ke hadapan pelamin. Ia mengikut dari adat perkahwinan tradisi masyarakat Melayu Pulau Cocos. Kain ela, gula-gula serta wang diberi sebagai tanda saguhati kepada tetamu. Dalam erti kata lain, 'siapa cepat dia dapat'.
Makcik ini yang sedang menaburkan wang.

'Membayar tol' sebelum bersanding.

Pasangan pengantin yang cantik, manis dan segak bergaya.

Keluarga kakak pengantin perempuan yang menetap di Melbourne turut naik ke pelamin untuk bergambar.

Keluarga pengantin lelaki.

Saya, suami dan abang ipar turut mengambil kesempatan bergambar dengan Sadiyah dan Masri.


Saya dan suami berdiri di sebelah bapa pengantin perempuan iaitu Encik Abdul Gani iaitu bapa saudara sulung suami saya. Beliau berasal dari Singapura tetapi sudah bermaustatin di Pulau Krismas seterusnya di Perth, Australia Barat lebih dari 40 tahun yang lalu.

Gambar atas : Sadiyah dan Masri dikelilingi oleh sepupu-sepupu dari Australia dan Singapura. Berdiri dua dari kiri ialah Nora iaitu sepupu merangkap juru andam yang terbang dari Singapura bersama jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan ini.
Wanita di sebelah Masri ialah Puan Kamariah iaitu ibu kepada Sadiyah.
Gambar atas : Bersama ibu saudara dari Singapura dan Australia.

Gambar bawah : Suami bersama abang, sepupu dan bapa saudara beliau.

Gambar atas : Bergambar dengan ibu-ibu saudara pengantin lelaki. Duduk di sebelah kiri saya ialah Hajah Juti yang juga ibu angkat kepada suami saya. Hajah Juti dan keluarga turut datang ke majlis perkahwinan saya di Ipoh, Perak pada lima tahun yang lalu.


Gambar bawah : Suami bersama sepupu-sepupu serta rakan-rakan dari Perth yang beliau kenali sejak dari beliau kecil lagi.

Walaupun entri ini sedikit lewat, tetapi saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah untuk Sadiyah dan Masri. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat InsyaAllah.


Friday 17 October 2014

Peminat Zarul Umbrella

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Beberapa hari lalu semasa saya mendengar lagu Ramalanku Benar Belaka di salah sebuah stesen radio di Singapura, fikiran saya terus terlintas yang saya masih 'berhutang' satu entri di sini. Memang sudah lama sebenarnya saya ingin menceritakan mengenai penyanyi kumpulan Umbrella ini namun seringkali tertangguh.

Saya meminati kumpulan Umbrella dan lagu-lagunya sejak di bangku sekolah lagi. Lagu Ramalanku Benar Belaka seingat saya begitu hangat berkumandang semasa saya di dalam tingkatan 3 atau 4. Pada waktu itu juga saya pernah menyimpan keratan majalah hiburan di mana penyanyi kumpulan Umbrella iaitu Zarul bergambar dengan Siti Nurhaliza yang baru setahun jagung di dalam bidang nyanyian. Zarul antara beberapa artis yang bertuah kerana dapat bergambar dengan Siti Nurhaliza sebelum beliau membuat prinsip menolak untuk bergambar dengan artis lelaki.

Mengimbau kenangan satu ketika dahulu, saya pernah beberapa kali terbang bertugas dengan Zarul. Antara penerbangan yang masih saya ingat ialah trip ke Dubai. Semasa sama-sama bertugas, saya tidak berani dan segan untuk mengambil gambar bersama beliau apatah lagi ingin memberitahu yang saya peminatnya sejak dari bangku sekolah lagi. Apa yang masih segar di dalam ingatan saya sehingga ke hari ini ialah Zarul seorang yang pendiam, dan saya suka dengan sikapnya yang sering membantu rakan setugas.

Gambar di bawah ialah semasa saya dan rakan-rakan setugas menikmati makan malam di restoran Liyari di Dubai pada bulan Ogos 2008.

Gambar kenangan saya bersama rakan-rakan setugas dan Zarul. Rasa bangga dapat makan bersama artis, maka saya turut mengambil gambar kandid beliau. Saya duduk di kerusi yang paling hujung sebelah dinding, lima dari kanan.



Selepas saya meninggalkan kerjaya sebagai pramugari, berhijrah ke Australia dan berkecimpung di dalam dunia blog, saya ada mengikuti perkembangan Zarul di dalam blog milik beliau dan seterusnya melalui Instagram lebih satu tahun yang lalu.
Syabas saya ucapkan kepada Zarul kerana berjaya mengekalkan kerjaya di dalam bidang nyanyian dan penerbangan.


Thursday 16 October 2014

Kafe Dome Pertama Di Dunia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya pasti ramai di antara para pembaca sudah lama mengenali kafe terkenal DOME. Terdapat lebih dari 100 buah cawangan DOME di tujuh buah negara. Kafe DOME pertama di dunia dibuka pada tahun 1993 di Cottesloe, kira-kira 11 kilometer dari bandar Perth di Australia Barat.


DOME pertama di dunia.

Kunjungan pada awal tahun 2014.


Di hadapan pintu masuk.

Minuman Choc-A Block dan Honeycomb Goldrush.





Sunday 12 October 2014

Tip Melancong - Kebersihan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salah satu prinsip kebersihan yang saya amalkan ialah tidak sekali-kali meletakkan beg tangan di atas lantai di tempat awam melainkan jika berlaku kecemasan (belum pernah terjadi). 



Walau bagaimanapun salah satu tempat yang tidak dapat dielakkan ia apabila terpaksa meletakkan beg di bawah kerusi di dalam kabin pesawat (seperti gambar di atas). Selepas mendarat saya akan bersihkan dengan tuala basah atau kain bergantung kepada material beg tersebut.


Bukan sahaja beg tangan malah bagasi-bagasi besar milik saya dan suami juga akan saya bersihkan selepas setiap penerbangan/percutian sebelum disimpan dan diguna semula pada waktu akan datang.

Friday 10 October 2014

Tip Melancong - Mengenali Nama Tempat Yang Dilawati

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Dari semasa ke semasa saya akan berkongsi tip melancong kepada para pembaca. Entri pada kali ini datang secara spontan dari fikiran saya.


Tip Melancong
Sudah banyak kali saya melihat gambar-gambar di Instagram di mana pelancong yang datang bercuti ke luar negara khususnya Australia telah memberikan maklumat yang tidak tepat. Jika hendak dihuraikan memang banyak tetapi saya hanya ingin mengambil satu contoh sahaja iaitu kesalahan meletakkan nama tempat, nama jalan, serta pin dan peta di dalam sesuatu gambar tersebut. 

Saya berani berkata begini kerana saya sudah pergi berkali-kali ke tempat tarikan pelancong yang mereka lawati di bandar-bandar besar di Australia itu. Malah saya tahu setiap nama jalan di pusat bandar Perth dan Melbourne dan selok belok kawasan sekitarnya. Barangkali mungkin ada yang belum tahu bahawa saya pernah tinggal di pusat bandar Melbourne selama dua tahun dan selebihnya di Perth serta Amerika Syarikat.


Apa yang boleh dipelajari (termasuk diri saya) ialah supaya pada masa akan datang kita lebih berhati-hati di dalam memberikan maklumat agar tidak memalukan diri dengan memberi maklumat yang salah walaupun hakikatnya kita sudah menjejakkan kaki ke tempat tersebut lebih dari sekali.


Gambar ini saya rakamkan di Eucla, Australia Barat. Ia terletak lebih kurang 12 kilometer dari pusat pemeriksaan kuarantin dan sempadan negeri Australia Barat dan Australia Selatan.


Thursday 2 October 2014

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-5

 Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekadar berkongsi beberapa gambar sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke lima pada bulan lalu.

25 September 2009 (Majlis Pernikahan)


26 September 2009 (Maklis Bersanding)
Dewan Bandaran Ipoh (Ipoh Town Hall). Kenangan majlis bersanding lima tahun lalu. Hanya pelamin dan hiasan meja makan sahaja yang disewa. Selebihnya (pakaian nikah, bersanding dan perhiasan diri) ialah milik saya dan suami yang kami tempah dan beli di Malaysia dan Indonesia. Kesemuanya masih kami simpan hingga ke hari ini. Songket kuning ditempah di Terengganu. Penenun yang sama menerima tempahan dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Kebaya dijahit oleh kakak saya manakala baju melayu dan tanjak negeri Perak ditempah dari Salikin Sidek. Pengapit wanita ialah rakan sekolah saya manakala pengapit lelaki ialah sahabat baik saya dari Subang Jaya. Alhamdulilah tema perkahwinan yang saya idamkan menjadi kenyataan.


 


Majlis bersanding kecil diadakan pada sebelah malam di rumah ibu saya yang dihadiri keluarga dari Singapura dan Australia. Walau bagaimanapun terdapat tetamu yang tidak dapat hadir pada sebelah siang tetapi datang juga pada sebelah malam. Tetamu istimewa itu ialah pengarah/produser filem terkenal Malaysia yang juga adik kepada kartunis Datuk Lat iaitu Mamat Khalid serta isterinya.

Mamat Khalid bukan sahaja berjiran dengan keluarga saya di Ipoh Jaya Timor, malah beliau dan isteri merupakan sahabat baik kakak saya sejak mereka bersekolah lagi. Ibu Mamat Khalid juga telah lama bersahabat dengan ibu saya.