31 August 2015

Mengagumi Kambing Gurun Amerika Utara

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Buat pertama kali seumur hidup saya melihat dengan lebih dekat seekor kambing gurun yang begitu besar. Dengan ketinggian Gunung Rushmore melebihi 5000 kaki, adalah biasa bagi kambing gurun tinggal di kawasan persekitarannya. Melalui maklumat yang saya perolehi dari majalah National Geographic, kambing gurun majoritinya terdapat di pergunungan Amerika Utara sahaja.

Kambing gurun yang berkeliaran sambil meragut rumput. Gambar dirakamkan di Mount Rushmore, Keystone, South Dakota, Amerika Syarikat.

Mujur pada waktu itu jalan raya agak sunyi maka suami berhenti sebentar bagi memberi peluang saya merakamkan gambar dan video dari dalam kereta. Saya pasti pemandu dan penumpang di belakang kami juga agak teruja melihat kambing gurun ini kerana mereka turut memberhentikan kenderaan buat seketika. Satu lagi maklumat tambahan, kambing gurun mempunyai keistimewaan melompat sejauh 12 kaki atau bersamaan dengan 3.5 meter hanya dalam satu lompatan.


Ini merupakan gambar terbaik yang dapat saya rakamkan kerana kambing ini sedang merenung tepat ke arah kereta kami.

Sungguh sibuk kambing gurun ini meragut rumput.

Dengan melihat gambar-gambar dan video ini saya berharap anda juga memperolehi satu pengalaman baharu sama seperti apa yang saya alami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

30 August 2015

Ulangtahun Melbourne Ke-180 Tahun

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera.


Melbourne menyambut ulangtahun ke-180 pada 30 Ogos 2015. Sekali lagi pada tahun ini Melbourne disenaraikan dan mendapat tempat pertama sebagai bandar yang paling baik di dunia untuk didiami.
(*Melbourne, Australia is rated the Most Livable City in the annual ranking by the Economist Intelligence Unit*).

Saya sendiri begitu bangga kerana dapat tinggal di Melbourne selama beberapa tahun dan berpeluang membawa keluarga serta sahabat handai bersiar-siar di sekitar bandar yang menjadi kekaguman ramai ini.

Walaupun saya tidak lagi tinggal di Melbourne tetapi setiap kali kembali saya tetap menganggap ianya sebagai #homesweethome.




Happy 180th Birthday Melbourne!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

23 August 2015

Keistimewaan Bluff Di Utah, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bluff yang terletak di daerah San Juan merupakan salah satu pekan terpencil di negeri Utah dengan populasi penduduk hanya beberapa ratus orang sahaja. Ia dikelilingi oleh tebing dan batu-batuan yang besar pelbagai bentuk. Disebabkan kedudukan dan lokasi Bluff terletak di antara tempat tarikan pelancongan yang lain, maka di sini masih terdapat beberapa tempat penginapan, stesen minyak, pejabat pos, kedai runcit dan kedai menjual cenderamata hasil tangan penduduk asli tempatan (American Indian). Sekiranya penduduk dan pelancong memerlukan perkhidmatan serta keperluan lain seperti pusat kesihatan, farmasi dan bank, mereka perlu memandu ke pekan yang berhampiran iaitu jarak dari Bluff untuk ke sana ialah lebih kurang 41 kilometer hingga 77 kilometer.

Simpang tiga sebelum masuk ke Bluff.

Gambar atas : Bluff, Utah.

Gambar bawah : Sebuah kedai yang sudah terbiar.

Stesen minyak, motel dan kedai runcit yang terdapat di Bluff. 

Twin Rocks Trading Post & Cafe terletak bersebelahan dengan salah satu ikon terkenal negeri Utah iaitu
 Navajo Twins / Twin Rocks. Selain mempunyai kafe, di sini turut menjual pelbagai kraftangan hasil penduduk asli tempatan (American Indian) seperti permaidani, hiasan rumah dan aksesori wanita.

Navajo Twins / Navajo Twin Rocks - Keunikan pembentukan semulajadi batu berkembar ini merupakan antara ikon bagi negeri Utah sekaligus menjadikan ia sebagai tempat wajib bagi pelancong untuk mengambil gambar.

Utah begitu kaya dengan kecantikan alam serta pembentukan semulajadi batu-batuan yang berusia ratusan hingga ribuan tahun lamanya. Sudah banyak kali saya dan suami datang ke Utah tetapi kami belum puas dan masih banyak lagi tempat menarik yang belum dilawati. Nantikan beberapa lagi entri mengenai Utah yang bakal saya siarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


19 August 2015

Ibu Negeri Washington Di Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ramai yang sedia maklum bahawa negara Amerika Syarikat yang besar ini mempunyai 50 buah negeri. Setiap negeri yang saya dan suami lawati pasti kami tidak melepaskan peluang untuk singgah ke ibu negerinya di mana di situ terletak pusat pentadbiran kerajaan negeri. Lebih menarik perhatian kami ialah apabila melihat keunikan senibina bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun.

Kali ini saya berkongsi dengan anda gambar-gambar semasa saya melawat ke pusat pentadbiran kerajaan negeri yang juga ibu negeri kepada Washington iaitu Olympia.

Perjalanan dimulakan dari Seattle dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Saya dan suami tiba di Olympia pada awal pagi dan pejabat-pejabat kerajaan juga masih belum dibuka untuk urusan. Walaupun persekitaran masih sunyi tetapi pengawal keselamatan tetap menjalankan tugas menjaga kawasan.

Tempat meletakkan kenderaan bagi pelawat berhadapan dengan pusat maklumat pelancongan.

Gambar atas : Pusat maklumat pelancongan.

Gambar bawah : Beberapa buah rumah yang terletak di hadapan tempat meletak kenderaan. 

Sekitar kawasan persekitaran.

Sekitar kawasan persekitaran.

Dua buah tugu peringatan.

Bangunan pentadbiran kerajaan yang berusia 87 tahun ini dibuka untuk lawatan kepada orang awam (begitu juga bagi negeri-negeri lain). Oleh kerana saya dan suami mempunyai urusan lain maka kami tidak dapat menunggu untuk masuk mengikuti lawatan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.





16 August 2015

The Cheesecake Factory Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kepada mereka yang bakal atau sudah berada di Amerika Syarikat yang berminat untuk menikmati kek di restoran The Cheesecake Factory, saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang jenis-jenis kek yang boleh dimakan dan tidak mengandungi gelatin haiwan. Sumber dan maklumat lanjut boleh dibaca di sini ;
http://www.sameerseats.com/the-cheesecake-factory-17-cheesecakes-that-contain-animal-gelatin

Saya hanya berniat untuk berkongsi perkara yang baik dan sekali lagi diingatkan, saya tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat ini sudak tidak sah digunakan hingga ke hari ini. Ia bergantung kepada individu untuk menikmati kek tanpa was-was.

The Cheesecake Factory di Keystone, Indiana, Amerika Syarikat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

06 August 2015

Sakina Thai Cuisine Las Vegas (Halal)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya biasa mendengar ada yang mengatakan susah untuk mendapat makanan halal di Las Vegas dan pernah saya ternampak di akaun Instagram selebriti Malaysia yang datang bercuti merungut rindukan nasi di Las Vegas.

Melihat dan mendengar komen-komen sebegini membuatkan saya ketawa kerana jelas sekali mereka tidak membuat penyelidikan sebelum datang bercuti.

Selain mempunyai keluarga angkat di Las Vegas, salah satu sebab lain saya dan suami suka datang ke sini ialah terdapat banyak restoran halal malah terdapat juga masjid di mana suami pernah solat di situ.

Keluarga angkat saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan stok daging halal kerana di sini juga terdapat kedai runcit yang menjualnya.

Entri mengenai restoran halal di Las Vegas disiarkan secara berperingkat dan entri kali ini merupakan yang kedua.

Sakina Thai Cuisine
4251 West Sahara Avenue, 
Las Vegas, NV 89102
USA

Saya dan suami sangat berpuas hati menjamu selera di sini kerana makanannya enak belaka ditambah pula tukang masak yang berasal dari Thailand. Selain daripada itu layanan dari pelayan restoran juga sangat mesra. Kami datang bukan pada masa puncak oleh itu masa yang yang diambil untuk menunggu makanan siap dimasak adalah singkat.


Di hadapan restoran.

Di hadapan pintu masuk.

Gambar atas : Ruang makan untuk pelanggan pada hari biasa.

Gambar bawah : Ruang makan ini dikhaskan untuk acara tertutup sahaja.

Menu yang mempunyai beberapa muka surat.

Gambar kiri : Tom Yam.

|Gambar kanan : Gyoza Veggie (Inti sayuran).

Gambar kiri : Black Pepper Beef Broccoli (Daging masak lada hitam).

Gambar kanan : Cashew Nut Chicken  (Ayam masak bersama kacang gajus).

Gambar kiri : Nasi putih.

Gambar kanan : Keseluruhan hidangan yang saya dan suami nikmati.

Kecuali nasi putih, kesemua hidangan lain habis kami nikmati. 


Anda boleh membaca mengenai entri pertama mengenai restoran halal di Las Vegas di sini ;
Restoran Island Malaysian Cuisine
http://sharery.blogspot.com.au/2015/06/restoran-island-malaysian-cuisine-las.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.