30 January 2016

Keretapi Elektrik ETS Dari Ipoh Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Perkhidmatan Keretapi Elektrik /ETS (Electronic Train Service) telah memulakan perkhidmatan pada tahun 2010 dan laluan yang pertama dilancarkan ialah KL Sentral - Ipoh. Semasa percutian saya di Malaysia penghujung tahun lalu, saya mencuba perkhidmatan ETS dengan membeli tiket dua hala Ipoh-KL Sentral.

Pemandangan Ipoh pada awal pagi Ahad.

Percutian singkat dua hari ke Kuala Lumpur ditemani anak saudara saya.

Tiba di Kuala Lumpur.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

29 January 2016

Sambutan Hari Ulangtahun Di Malaysia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Memetik satu perenggan yang diambil dari entri saya terdahulu, "Kali terakhir saya menyambut hari jadi di Malaysia ialah pada tahun 2008. Saya bersyukur kepada Allah kerana pada tahun ini sekali lagi saya dapat menyambut hari istimewa bersama ibu tercinta. Kedatangan saya ke Malaysia turut dirahsiakan tanpa pengetahuan ahli keluarga sehinggalah saya melawat ibu di Ipoh, Perak pada 26 November yang lalu (2105).

Sambutan adalah sederhana kerana hari jadi saya jatuh pada hari bekerja. Saya sekadar memotong kek bersama ibu dan anak saudara (hari kelahiran pada 25 November).

Kek karamel dan kacang gajus ini adalah pemberian dari kakak angkat saya. Hasil dari air tangan beliau memang tidak perlu disangkal lagi . Kepada yang berminat untuk menempah sebarang kek, roti serta manisan, anda boleh menghubungi beliau melalui Instagram : @lis_sweetandsavory

Bersama ibu tercinta.

Bersama ibu dan anak saudara.

Keluar bersama anak-anak saudara.

Makan malam.

Minum lewat malam.

Pemberian setem edisi terhad daripada anak saudara saya, Ashraff. Untuk maklumat anda, saya begitu gemar mengumpul koleksi setem apatah lagi ianya adalah edisi terhad.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

28 January 2016

Bagan Lalang, Selangor, Malaysia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kunjungan saya  ke Pantai Bagan Lalang di Sepang pada bulan November 2015 ini adalah kunjungan kedua dan yang pertama ialah pada tahun 2008.  Selain pemandangan yang indah serta deruan ombak yang mendamaikan, tidak ada sebarang perubahan yang saya perhatikan terdapat di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

19 January 2016

Ulangtahun Blog Terjemahan Hati Yang Ke- 6

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tanggal 7hb Januari yang lalu genap 6 tahun usia laman blog saya (www.sharery.blogspot.com). Setiap tahun saya ceritakan kepada pembaca bahawa tujuan utama saya menjuruskan diri ke dunia blog adalah kerana saya begitu berminat di dalam bidang penulisan bahasa Melayu sekaligus saya ingin berkongsi kisah kehidupan saya setelah berumahtangga dan berhijrah ke luar negara kepada keluarga serta sahabat yang berada di Malaysia dan Singapura .

Sejak tahun 2013, lam sosial Instagram memberikan saya peluang mengetengahkan blog kepada sahabat lama dan kenalan baharu. Kini pengikut Instagram saya bukan sahaja dari kalangan yang memahami Bahasa Melayu tetapi juga mereka yang tidak memahaminya. Saya begitu terharu kerana mereka memahami gambar-gambar saya dengan hanya melalui hashtag yang saya berikan malah ada di antara mereka mengunjungi laman blog saya untuk melihat gambar sahaja.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terimaKasih kepada semua pembaca blog dan pengikut Instagram saya. Sokongan padu, pujian serta kata-kata semangat dari anda merupakan kekuatan bagi saya untuk terus menulis dan berkongsi catatan perjalanan serta kembara saya.