Wednesday 30 March 2016

Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Milwaukee adalah bandar terbesar di negeri Wisconsin dengan kepadatan penduduk lebih kurang
599 642 orang (dikira sehingga tahun 2015). Kunjungan saya dan suami ke negeri ini adalah singkat dan pada sebelah pagi kami sudah singgah ke Madison yang juga merupakan ibu negeri bagi Wisconsin.

Tidak banyak yang ingin saya perkatakan di dalam entri kali ini kecuali berkongsi gambar-gambar bersama para pembaca. Melalui lawatan singkat ini saya hanya berminat menumpukan perhatian untuk mengambil gambar bangunan-bangunan lama.

Cuaca pada awal musim bunga sememangnya tiada perubahan ketara kerana ia masih sejuk serta mendung dan adakalanya salji masih turun di sesetengah tempat. Seperti gambar-gambar di bawah anda dapat lihat cuaca yang mendung walaupun sebenarnya kami tiba di Milwaukee pada waktu tengah hari.



























Salah satu sebab saya dan suami membuat keputusan untuk memendekkan lagi lawatan di pusat bandar Milwaukee adalah kerana kami berasa bandar ini tidak 'mesra pelancong' seperti bandar-bandar lain yang pernah kami lawati. Penduduk tempatan (barangkali mereka yang tidak mempunyai rumah dan bekerja) melihat dan memerhatikan kami kami seolah-olah kami bakal menjadi 'mangsa' mereka. Justeru itu saya hanya mengambil gambar secepat yang boleh dengan hanya menggunakan telefon tangan.

Bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk bercuti di Milwaukee, saya berharap anda mengambil langkah keselematan yang lebih dari biasa. Jika tidak mempunyai urusan penting, saya sarankan anda cuba elakkan dari singgah di sini (bahagian pusat bandar).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram blog_th2010.






Sunday 27 March 2016

Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Madison merupakan ibu negeri bagi Wisconsin. Ia adalah bandar kedua terbesar di negeri ini selepas Milwaukee. Jarak antara kedua-dua buah bandar ini ialah lebih kurang 128 km. Kunjungan saya ke Madison tidak lama tetapi cukup sekadar dapat bersiar-siar dan mengambil gambar sekitar kawasan pusat bandar dan di perkarangan pusat pentadbiran kerajaan negeri (Wisconsin State Capitol). Antara yang menarik perhatian saya apabila menjejakkan kaki di sini ialah persekitaran serta seni bina bangunan yang saya rasakan seperti berada di negara Eropoah.


Tasik Monona, Madison. 


Keadaan selepas hujan dengan suhu yang rendah.


Di dalam perjalanan menuju ke Capitol Square.


Capitol Square yang berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan adalah menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini sering diadakan pelbagai festival serta ia menempatkan pelbagai restoran, kafe, pusat hiburan dan hotel.


Wisconsin State Capitol. 


Pusat pentadbiran kerajaan negeri Wisconsin. Saya mengambil beberapa gambar bangunan ini dari sudut yang berbeza.











Pusat bandar Madison.























Pengusaha makanan melalui trak sedang bersiap-siap untuk penjualan pada waktu tengah hari.



Selepas Madison, saya dan suami meneruskan pemanduan ke Milwaukee. Nanti entri yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Wednesday 23 March 2016

Caterpillar Visitors Center - (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini adalah bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/03/caterpillar-visitor-center-bahagian-1.html


Peta ini menandakan Caterpillar berada hampir di seluruh negara di serata dunia termasuk Australia.






Mini muzium ini bakal berakhir ke bahagian pameran jentolak dan trak gergasi.


Walaupun trak gergasi yang dipamerkan ini adalah tiruan tetapi ia mempunyai saiz dan ketinggian yang sebenar dan sama seperti digunakan di luar iaitu setinggi dua tingkat setengah bangunan. Di dalam trak contoh ini terdapat panggung wayang mini di mana pelawat dialu-alukan untuk menonton video pengenalan syarikat sebelum memulakan lawatan seterusnya.




Beberapa tahun lalu suami saya dijemput khas oleh Caterpillar untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau di dalam bidang penerbangan bagi menjayakan projek trak perlombongan gergasi yang direka khas menggunakan teknologi terkini dan canggih iaitu trak tanpa pemandu dan dikendalikan oleh robot (AHS). Seperti yang diceritakan di dalam bahagian pertama, trak gergasi tanpa pemandu yang dimiliki oleh Komatsu adalah yang pertama di dunia telah diguna pakai di Australia Barat sejak dari tahun 2008.


Trak perlombongan gergasi tanpa pemandu Caterpillar adalah kedua dicipta selepas Komatsu.


Suami bergambar bersama salah satu projek yang berjaya dikendalikannya. Saya sebagai isteri berasa amat gembira dan berbangga di atas kejayaan demi kejayaan serta berita mengenai suami dan projek-projek tersebut dipaparkan di dalam surat khabar, majalah, televisyen di Australia dan antarabangsa seperti NHK (Jepun) dan CNBC (Amerika Syarikat).

Satu fakta yang mungkin bakal mengenjutkan anda ialah tentang berat trak perlombongan gergasi ini. Berat bersih termasuk bahan muatan trak perlombongan 797F ialah 623690.0 kg bersamaan 623.6 tan. Manakala berat kapal terbang penumpang terbesar dunia A380 ialah 577 tan. Begitu juga dengan trak perlombongan Komatsu yang juga lebih berat daripada A380.


Gambar kiri : Dua orang petugas Caterpillar Visitors Center dan pelawat begitu tekun mendengar mengenai trak AHS yang diceritakan oleh suami.

Gambar kanan : Antara jentera lain yang dipamerkan.


Beberapa buah simulator jentolak disediakan khas untuk pelawat. Ia boleh digunakan kepada semua peringkat umur.





Gambar kiri : Jentolak bersaiz sebenar.

Gambar kanan : Simulator.




Bergambar di hadapan poster yang menghiasi salah satu dinding bangunan.

Kunjungan saya ke Peoria, Illinois bukanlah yang pertama atau kedua, tetapi kunjungan paling baharu dan berpeluang melawat ke Caterpillar Visitors Center adalah yang paling bermakna buat diri saya. Terima kasih kepada Caterpillar kerana memberikan saya banyak ilmu pengetahun bukan sahaja tentang syarikat tetapi juga tentang sejarah Peoria dan Amerika Syarikat secara keseluruhannya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



Monday 21 March 2016

Caterpillar Visitors Center - (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Caterpillar (CAT), jenama yang tidak asing lagi bagi pengeluaran jentera serta jentolak perlombongan, pembinaan dan pertanian. Sebelum ini saya pernah menyiarkan entri mengenai ibu pejabat dunia (world HQ) Caterpillar yang terletak di Peoria, Illinois, Amerika Syarikat. Pada kali ini pula saya ingin berkongsi bersama anda gambar-gambar dan pengalaman semasa lawatan saya ke Pusat Pelawat Caterpillar yang lokasinya tidak jauh dari ibu pejabat dunia tersebut.

Caterpillar Visitors Center (CVC) dibuka untuk pelawat dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang setiap kecuali hari Ahad dan cuti umum. Di dalam satu kawasan yang besar, mini muzium ini memberi peluang kepada pelawat untuk mempelajari tentang sejarah syarikat, mendapatkan maklumat mengenai teknologi terkini serta dapat melihat dengan lebih dekat jentera dan jentolak gergasi yang dipamerkan.


Caterpillar Visitors Center, Peoria, Illinois.


Pintu masuk utama.



Di bahagian lobi.


Kaunter tiket dan kedai cenderamata terletak di sebelah kanan pintu masuk utama.


Kedai cenderamata Caterpillar.


Trak gergasi Caterpillar 797F yang ketinggiannya menyamai dua tingkat setengah bangunan. Anda boleh melihat trak ini dengan lebih dekat melalui menonton klip video di bawah.





Sejarah Caterpillar diceritakan menerusi gambar-gambar yang dipamerkan kepada pelawat bermula dari terciptanya nama 'Caterpillar' itu sendiri sehinggalah ke kejayaan terkini. 


Jentera awal milik Caterpillar.

Jentera lama.





Perkembangan syarikat dan kejayaan Caterpillar di seluruh dunia turut diceritakan di sini.


Maklumat mengenai teknologi kejuruteraan.


Trak gergasi Caterpillar seperti gambar di atas bukan sahaja boleh bergerak dengan menggunakan pemandu tetapi ia boleh berfungsi dengan baik tanpa pemandu (driverless). Ia merupakan salah satu teknologi canggih dan terkini yang bukan semua individu atau syarikat pengeluar jentera yang dapat menghasilkannya.  Walau bagaimanapun Caterpillar bukanlah pengeluar pertama yang melancarkan trak tanpa pemandu. Yang pertama di dunia sudah diguna pakai di Australia Barat sejak dari tahun 2008 hasil dari syarikat pengeluar terkenal Jepun iaitu Komatsu.

Apakah perasaan suami saya apabila melihat trak tanpa pemandu yang sudah berkembang teknologinya di beberapa negara besar seperti Australia dan Amerika Syarikat? Untuk mengetahui mengapa saya mengetengahkan soalan ini, sila dapatkan jawapannya di dalam entri bahagian 2 yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.