Thursday 28 April 2016

Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Des Moines adalah ibu negeri bagi Iowa dan juga bandar paling ramai penduduk iaitu seramai 203 433 (bancian sehingga 2015). Sudah menjadi satu kewajipan bagi saya dan suami untuk singgah dan bergambar di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan di setiap ibu negeri di Amerika Syarikat. Kali ini kami berkesempatan mengunjungi Iowa State Capitol. Walaupun kami tiba pada lewat petang dan di tambah pula cuaca yang sejuk, namun kami tetap meneruskan lawatan di sekitar kawasan.


Tiba di Des Moines sebaik sahaja selesai hujan.



Bangunan indah ini dibina antara tahun 1871 dan 1886.



Di sekitar kawasan persekitaran.



Di sekitar kawasan persekitaran.

Gambar kanan : Patung bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln dan anaknya, Tad.


Kedudukan bangunan pentadbiran kerajaan negeri yang terletak di atas bukit telah memberikan satu pemandangan yang menarik. Jelas kelihatan di dalam gambar ialah pusat bandar Des Moines.



Kubah utama disaluti emas 23 karat menonjolkan lagi keindahan bangunan walaupun dalam cuaca yang mendung.



Bergambar di hadapan bangunan Iowa State Capitol.








Pusat bandar Des Moines.


Pusat bandar Des Moines.

Satu klip video pendek yang saya rakamkan di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan akan di muat naik di dalam akaun Instagram saya dalam beberapa hari lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Tuesday 26 April 2016

Davenport, Iowa, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Davenport adalah bandar ketiga terbesar di negeri Iowa dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 102 157 orang (bancian dikira sehingga tahun 2013). Kedudukan Davenport boleh dikatakan terletak ditengah-tengah antara Chicago dan ibu negeri Iowa iaitu Des Moines. Bandar ini juga terletak bersebelahan dengan Sungai Mississippi yang turut memisahkan sempadan dua buah negeri.














j











Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Sunday 24 April 2016

LeClaire, Iowa, Amerika Syarikat

Assalmaualikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa di dalam perjalanan dari Chicago, Illinois menuju ke Omaha, Nebraska yang jaraknya lebih kurang 758 kilometer, saya dan suami singgah sebentar di LeClaire iaitu satu pekan kecil yang terletak di pinggir Sungai Mississippi di daerah Scott. Populasi penduduk adalah seramai 3 915 orang (bancian dikira sehingga tahun 2013). Jarak antara LeClaire dengan Chicago pula dianggarkan 259 kilometer.






















Gambar-gambar sungai yang anda lihat di atas merupakan titik sempadan bagi dua buah negeri iaitu Illinois dan Iowa. Selepas LeClaire, kami singgah pula ke Davenport dan seterusnya Des Moines sebelum bermalam di Omaha. Nantikan entri seterusnya yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


Sunday 10 April 2016

Perkampungan Asal Kartun Popeye - Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Untuk mengetahui cerita penuh, anda perlu membaca artikel dari bahagian 1;
http://www.sharery.blogspot.com.au/2016/04/perkampungan-asal-kartun-popeye.html?m=1

Kami menyambung aktiviti seterusnya iaitu misi menjejaki Popeye dan rakan-rakan melalui jejak yang telah disediakan (Popeye Character Trail). Dengan bantuan dari peta yang diperolehi dari Muzium Popeye, kami berjaya menjejaki 10 buah patung batu dari watak rancangan kartun Popeye yang diletakkan di sekitar Chester. Patung-patung ini dibina secara berperingkat bermula dari tahun 1977 sehingga tahun 2014.


Di dalam perjalanan untuk ke patung yang pertama.

Patung pertama ialah 'Popeye' yang terletak berhampiran dengan jambatan Chester (Chester Bridge).

Patung ini dibina pada tahun 1977.

Patung kedua ialah watak 'Wimpy' yang diletakkan di Gazebo Park. Ia dibina pada tahun 2006.

Hampir menuju ke patung yang ketiga yang diletakkan berhampiran dengan bangunan mahkamah (Randolph County Court House).

Patung dari watak 'Olive, Swee' Pea dan Jeep' dibina pada tahun 2007.

Buena Vista Bank.

Patung dari watak 'Bluto' dibina pada tahun 2008 dan diletakkan di Buena Vista Bank.

Gambar kiri : Patung watak 'Castor Oyl' dan 'Whiffle Hen' dibina pada tahun 2009 dan diletakkan di Memorial Hospital.

Gambar kanan : Patung 'Sea Hag' dan 'Bernard' dibina pada tahun 2010 dan diletakkan berhampiran pasaraya Walmart.

Patung watak 'Cole Oyl' dibina pada tahun 2011 dan diletakkan di perpustakaan (Chester Public Library).

Patung 'Alice The Goon' diletakkan di Chester Center pada tahun 2012.

Watak ke sembilan, 'Poopdeck Pappy' dibina pada tahun 2013 di Cohen Complex.

Patung terakhir iaitu yang ke sepuluh dibina di Chester High School pada tahun 2014. Ia adalah patung dari watak 'Prof. Watasnozzle'.

Sebanyak enam lagi patung akan dibina dan ia bakal berakhir pada tahun 2020. Sebelum kedatangan saya ke Chester, saya tidak pernah menyangka atau terfikir yang saya akan berada di tempat kelahiran pencipta kartun Popeye malah watak itu sendiri benar-benar wujud dan beliau memang berasal di sini. Tentunya saya berasa amat gembira dan bertuah kerana berpeluang datang ke Chester.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Wednesday 6 April 2016

Perkampungan Asal Kartun Popeye - Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari ini kartun Popeye mungkin tidak lagi terkenal seperti 20 atau 30 tahun lalu di mana anda semua pasti setuju tidak kira kanak-kanak lelaki atau perempuan membesar dengan menonton rancangan kartun yang masyhur ini. Saya juga tidak terkecuali malah sewaktu kecil saya turut mempunyai bantal Popeye dan watak-watak yang lain. Menonton Popeye di kaca televisyen merupakan satu bentuk hiburan sewaktu zaman kanak-kanak yang pasti tidak akan dilupakan.

Nampaknya hiburan ini tidak berhenti setakat itu apabila saya dan suami menjejakkan kaki ke Chester, Illinois, kerana keseronokan zaman kanak-kanak kembali semula sebaik sahaja kami 'masuk ke dunia Popeye'.

Chester adalah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Sungai Mississippi di negeri Illinois dengan populasi penduduk lebih kurang 8 500 orang. Dipendekkan cerita, kartunis yang juga pencipta kartun Popeye, E.C Segar lahir dan dibesarkan di Chester. Beliau mengembangkan bakatnya serta terkenal di Chicago dan meninggal dunia di Santa Monica, California. Kampung halaman E.C Segar tetap terkenal dan menjadi tumpuan peminat Popeye yang datang berkunjung tidak kira dari dalam dan luar negara bagi menghadiri beberapa acara tahunan yang berkait dengan Popeye. Lebih menarik lagi watak Popeye itu sendiri adalah berdasarkan dari seorang penduduk di Chester yang bernama Frank "Rocky" Fiegel.


Sempadan antara negeri Missouri dan Illinois. Misi menjejaki Popeye bakal bermula.


Tiba di Chester, Illinois.


Bangunan-bangunan di Chester dipenuhi dengan lukisan dari watak-watak di dalam kartun Popeye.




E.C Segar, kartunis merangkap pencipta kartun Popeye.






Tidak melepaskan peluang untuk masuk ke Muzium Popeye.

Muzium Popeye bukan sahaja mempamerkan koleksi unik dan edisi terhad tetapi juga terdapat banyak koleksi serta cenderamta yang boleh dibeli oleh pelawat.




















Cerita saya tidak habis di sini, nantikan artikel bahagian 2 yang bakal disiarkan tidak lama lagi.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.