Friday 28 October 2016

SpringHill Suites Marriott Coeur d'Alene, Idaho, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya pernah ditanya soalan di manakah tempat penginapan saya dan suami sepanjang melakukan kembara. Untuk maklumat anda, setiap hari kami menginap di hotel. Oleh kerana suami saya ialah ahli dan pelanggan tetap hotel Hilton dan Marriott, maka kami akan bermalam di mana-mana rangkaian hotel tersebut. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk merakamkan gambar bilik hotel setiap kali selepas daftar masuk dilakukan. Selama ini gambar-gambar tersebut hanya disimpan sebagai koleksi peribadi dan kini saya rasakan sudah tiba masanya untuk saya kongsikan bersama para pembaca.



Tiba di SpringHill Suites, Coeur d'Alene pada lewat senja. Suasana di lobi hotel agak sunyi pada ketika itu. 


Suami dengan urusan daftar masuk.


Biasanya pihak hotel akan memberikan coklat atau gula-gula percuma kepada tetamu hotel tetapi ini pertama kali saya melihat gula-gula batang (lollipop) yang diletakkan di dalam mangkuk besar di lobi hotel dan juga di atas meja penyambut tetamu. 


Bilik kami ialah bernombor 335.


Bilik hotel kami yang besar dan selesa.














Akibat dari terlalu penat, kami hanya memesan pizza dan roti keju bakar yang dihantar terus ke hotel. 


Pemandangan sebelah pagi yang dirakamkan dari tingkap hotel.


Pelbagai hidangan sarapan pagi. 


















Di kebanyakan hotel di Amerika Syarikat, pasti terdapat alat pembakar waffle di atas meja hidangan sarapan pagi. Bancuhan tepung telah pun sedia ada dan mempunyai dua pilihan. Kegemaran saya tentunya tepung bancuhan perisa kayu manis (cinnamon). Oleh kerana makanan dihidangkan secara bufet maka waffle juga perlu dibakar dengan sendiri.






Gimnasium.


Kolam renang.


Serbuk garam yang diletakkan di dalam tandas hotel ini berfungsi untuk urutan tangan. Saya telah mencubanya dan ternyata kulit tangan terasa halus dan segar.


Sebahagian dari bagasi yang kami bawa sepanjang kembara berkereta merentasi Amerika Syarikat selama hampir 3 bulan.


Pintu utama hotel.


Tempat mengecas kenreta elektrik juga banyak terdapat di perkarangan di mana-mana hotel di Amerika Syarikat.


Walaupun nampak panas tetapi suhu pada ketika ini sangat rendah.


Bergambar kenangan sebelum kami meneruskan pemanduan.


Bergambar kenangan sebelum kami meneruskan pemanduan.


Selamat tinggal Coeur d'Alene.



Suhu pada ketika ini ialah 39 darjah Fahrenheit iaitu bersamaan dengan 3.8 darjah Celsius.

Coeur d' Alene adalah sebuah bandar yang cukup indah dan mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Malangnya kami tidak dapat berada lebih lama di sini. InsyaAllah mungkin kami akan kembali di sini pada masa akan datang. Kami bakal menyambung perjalanan menuju ke negeri seterusnya iaitu Washington. Nantikan artikel baharu yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Antara entri mengenai hotel lain yang anda boleh ikuti ialah;
Montana
http://sharery.blogspot.com/2016/09/billings-montana.html
South Dakota
http://sharery.blogspot.com/2016/08/rapid-city-south-dakota.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


Wednesday 26 October 2016

Pemanduan Dari Missoula Ke Coeur d'Alene (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-missoula-ke-coeur-d.html?m=1


Pemanduan dari Missoula ke Coeur d'Alene yang memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit bakal menamatkan kembara untuk hari tersebut dan bakal menyambung semula pada keesokan harinya. Pada awal pagi kami memulakan perjalanan dari Billings menuju ke Helena;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena.html
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_15.html
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_18.html

kemudian berhenti seketika di Helena;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/helena-ibu-negeri-montana.html

dan seterusnya ke Missoula.
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula.html
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula_16.html
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula_20.html

Sekali lagi di dalam perjalanan ini kami menempuh salji tetapi tidak seteruk beberapa jam yang lalu. Walau bagaimanapun salji tetap turun di atas puncak gunung di mana saya berkesempatan merakamkan gambarnya khas ditujukan untuk para pembaca yang mungkin ada di antara anda yang tidak pernah melihat pemandangan sebegini. Awan rendah, kabus tebal barangkali mungkin anda menyangka hujan lebat sebaliknya salji yang turun seperti tepung yang ditabur di atas gunung. Saya tidak mengubah suai (edit) mana-mana gambar salji. Apa yang anda lihat sama seperti apa yang saya lihat melalui lensa kamera.




Biasanya saya dan suami akan berhenti untuk mengambil gambar di papan tanda sempadan negeri (walaupun kami sudah datang ke negeri tersebut lebih dari sekali).  
Oleh kerana sempadan negeri ini berada di dalam lebuh raya di atas gunung, maka kami terpaksa melupakan hasrat itu. Semasa gambar ini dirakamkan, pemandangan jauh lebih indah daripada apa yang anda lihat melalui gambar ini. Hari sudah semakin gelap memberi kesan kualiti gambar tidak memuaskan.


Pemandangan di puncak gunung.


Pemandangan di puncak gunung.



Salji tebal yang turun di puncak gunung.


Salji tebal yang turun di puncak gunung.










Entah mengapa pokok pine yang diselaputi salji di dalam gambar ini mengingatkan saya dengan filem bertajuk Chronicles Of Narnia.
































Jumlah masa pemanduan yang diambil dalam satu hari iaitu bermula dari Billings menuju ke Helena, kemudian ke Missoula, Montana dan ke Coeur d'Alene, Idaho (termasuk singgah di beberapa hentian) ialah dianggarkan selama hampir 11 jam dan bersamaan dengan 836 kilometer. Tidak dinafikan pemanduan dalam satu hari ini begitu menarik kerana pemandangan indah yang dapat dilihat akibat dari perubahan cuaca dan suhu mendadak serta amat mencabar kerana kami terpaksa mengharungi salji tebal di atas gunung.


Jumlah pemanduan kami untuk satu hari yang dikira bermula dari Billings, Montana ke Coeur d'Alene, Idaho ialah hampir 11 jam.

Kami tiba di Coeur d'Alene pada lewat senja dan terus daftar masuk hotel. Apa yang paling penting ialah untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum menyambung perjalanan merentasi negeri seterusnya pada esok hari.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.