Monday 30 January 2017

Pike Market Market, Seattle

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejatera

Kunjungan ke Seattle tidak akan lengkap sekiranya pelancong tidak mengunjungi pasar terkenal iaitu Pike Place Market. Salah satu faktor yang membuatkan pasar ini menjadi ikon kepada bandar Seattle ialah kerana usianya sudah mencecah 110 tahun.

Kedatangan saya dan suami ke Pike Place Market bukanlah yang pertama atau kedua kali tetapi lebih dari itu malah sebelum ini saya juga pernah menyiarkan entri mengenainya.

Pike Place Market bukan sahaja menjual barang basah dan kering, malah cenderahati dan juga mempunyai kafe serta restoran. Gambar-gambar dan video  yang saya kongsikan di bawah ini dirakamkan pada hari berbeza. Saya melihat pada 30 Disember ialah hari paling sesak dengan pengunjung, 31 Disember sedikit berkurangan dan 1 Januari paling sunyi kerana banyak gerai jualan tutup sempena cuti umum (tidak semua). Saya tidak merakamkan gambar gerai-gerai yang menjual cenderahati dan kraftangan kerana menghormati kehendak para penjual yang melarang pengunjung mengambil gambar.


Gambar Pike Place Market pada waktu tengah hari semasa musim sejuk.


Video 1 : Pemandangan Pike Place Market dan kedai Starbucks pertama dunia yang saya rakamkan dari dalam kereta.
















Ikan salmon yang sudah diperap.


Pure Food Fish Market.


'Geram' melihat makanan laut yang dijual segar.


Ikan salmon.


Pure Food Fish Market.


Udang yang sudah dibuang kulit.


Ketam pelbagai saiz.


Video 2 : Pemandangan di dalam pasar termasuk dua buah pasar ikan. Pasar ikan pertama di awal video ialah Pure Food Fish Market (tujuh gambar saya kongsikan di bahagian atas) manakala di akhir video ialah Pike Place Fish Market.


 Pike Place Fish Market terkenal dengan pertunjukan 'ikan terbang'. 


Video 3 : Kebiasaannya ikan yang dibeli oleh pelanggan akan dibaling oleh penjual ikan dan disambut oleh rakannya di satu sudut yang lain untuk proses pembungkusan. Sedikit berbeza dengan video di bawah di mana pelanggan itu sendiri yang menyambut ikan dari tempat pembungkusan. Ia adalah satu bentuk hiburan kepada pengunjung termasuk saya sendiri walaupun sudah banyak kali menyaksikannya. Ramai selebriti terkenal yang pernah datang ke sini dan bergambar dengan penjual ikan termasuk bekas pemain bola sepak antarabangsa David Beckham.



Pelanggan juga boleh membeli makanan laut di laman sesawang pasar ikan masing-masing;
https://www.pikeplacefish.com/
http://www.freshseafood.com/




Kedai Starbucks pertama di dunia terletak berhadapan dengan Pike Place Market.


Hari sudah semakin gelap walaupun jam baharu menunjukkan pukul 3:50 pteang. Musim sejuk membuatkan hari siang semakin pendek.


Starbucks pertama di dunia pada waktu malam.


Pelanggan semakin berkurangan pada waktu malam.


Warna emas lebih menyerlahkan lagi penanda ini.


Pike Place Market pada waktu malam.


Pike Place Market pada waktu malam.


Untuk maklumat lanjut mengenai Pike Place Market, sila lawati laman sesawang di http://pikeplacemarket.org/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



Thursday 26 January 2017

Hari Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selamat Hari Australia saya ucapkan kepada para pembaca sekalian yang juga penduduk dan rakyat Australia.


Bangga membawa bendera negara ke Kanada dan Amerika Syarikat.


Hari Australia disambut pada 26 Januari setiap tahun.

Mengimbau kenangan semasa saya menyambut Hari Australia di Perth dan Melbourne, sambutan di Perth lebih terpahat di dalam ingatan. Bandar-bandar lain tidak dapat menandingi kehebatan pertunjukan bunga api di Perth kerana sudah menjadi rutin tahunan ia diadakan selama 30 minit tanpa henti. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti keluarga diadakan pada sebelah siang sementara menanti pertunjukan bunga api yang bermula pada jam 8:00 malam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.




Monday 23 January 2017

Monorel Seattle

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pengangkutan awam monorel di Seattle (Seattle Center Monorail / SCM) telah beroperasi sejak dari tahun 1962. Perkhidmatan monorel ini menghubungkan dua buah stesen iaitu Seattle Center dan Westlake Center Mall. Lokasi kedua-dua buah stesen ini begitu strategik untuk membawa penumpang dari pusat bandar ke menara terkenal, Space Needle.

Video 1 : SCM bergerak menuju ke stesen Seattle Center.



Video 2 : SCM bergerak menuju ke stesen Westlake Center Mall.



VIdeo 3 : Keadaan persekitaran Seattle Center yang bersebelahan dengan Space Needle, Pacific Science Center dan Museum of Pop Culture (MoPop).



Video 4 : Monorel yang bertolak dari Seattle Center akan melintas masuk ke dalam bangunan muzium Pop of Culture (MoPop).




Seattle Center.


Menara Space Needle.


Monorel yang berlatar belakangkan Space Needle.


Monorel yang bertolak dari Seattle Center akan melintas masuk ke dalam bangunan muzium Pop of Culture (MoPop).


Stesen Seattle Center.


Bergambar di hadapan stesen sebelum kami membeli tiket.


Hanya wang tunai yang diterima sebagai pembayaran tambang.


Sejarah SCM.


Gerabak ini boleh memuatkan seramai 450 penumpang dalam satu masa.


SCM memastikan keselamatan penumpang terjamin dengan melakukan penyelenggaraan kerap.


Cenderahati Seattle Center Monorail dijual melalui mesin layan diri.


Keadaan di dalam gerabak yang penuh sesak.


Masa perjalanan antara kedua buah stesen mengambil masa dua minit.


Video 5 : Video penuh ini dirakamkan semasa saya dan suami menaiki monorel dari Seattle Center ke Westlake Center Mall.



Pemandangan pusat bandar yang dirakamkan dari stesen Westlake Center Mall.

Monorel akan berlepas setiap 10 minit manakala waktu operasi berbeza mengikut musim. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang SCM;
http://www.seattlemonorail.com/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



Thursday 19 January 2017

Pertunjukan Bunga Api 2017 Di Seattle

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekali lagi ingin saya ucapkan Salam 2017 kepada para pembaca sekalian. Pada 1 Januari yang lalu saya dan suami menyambut tahun baharu di Seattle, Washington. Kami menyaksikan pertunjukan bunga api yang diadakan di menara Space Needle yang juga merupakan ikon terkenal bandar ini.
Berdiri selama satu jam dengan cuaca yang amat baik suhu sekitar 2 darjah Celsius semata-mata ingin mendapatkan tempat yang sesuai untuk merakamkan gambar bunga api adalah sangat berbaloi sama sekali. Sebaik sahaja selesai pertunjukan bunga api selama 15 minit, salji turun dengan lebatnya.


























Oleh kerana saya lebih memberi tumpuan untuk merakamkan gambar, maka video pertunjukan bunga api ini dirakamkan penuh atas bantuan suami manakala susunan semula dan gubahan lagu diubah oleh saya. Semoga anda terhibur menonton klip video yang dibahagiakan kepada dua bahagian ini.

Video Bahagian 1


Video Bahagian 2


Video Bahagian 3 : Salji mula turun selepas pertunjukan bunga api.




Gambar pertama pada tahun baharu berlatar belakangkan menara Space Needle.


Dengan pantas juga malam itu Seattle diliputi dengan salji.


Kesesakan lalu lintas selepas pertunjukan bunga api.


Di dalam perjalanan berjalan kaki pulang ke hotel.

Terima kasih kerana masih setia bersama saya sehingga ke tahun 2017. Semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh selalu Allah.



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.