Wednesday 28 June 2017

Durango, Colorado - Bahagian 1

Durango terletak di utara negeri Colorado. Bandar Durango sering menjadi tumpuan pelancong dan pengembara dalam dan luar negara kerana terdapat beberapa resort ski di sekitarnya. Selain daripada Farmington, New Mexico, Durango merupakan salah satu lokasi persinggahan atau bermalam yang sesuai bagi mereka yang ingin meneruskan pemanduan ke taman-taman negara di negeri Colorado, New Mexico dan Utah. Perlu diingatkan juga bahawa Durango mempunyai altitud tinggi iaitu dengan ketinggian 6,612 kaki di atas paras laut.

Gambar yang ke 12 seperti di bawah menunjukkan tiang merah tempat membayar parkir kenderaan lama digantikan menjadi tabung derma. Ini merupakan bandar kedua yang saya lihat mengambil langkah sebegini selepas Salt Lake City, Utah.
Artikel bahagian kedua akan disiarkan tidak lama lagi.

Ikuti perkembangan terkini saya melalui Instagram, blog_th2010 dan langgani saluran You Tube, Shery NN.

Thursday 22 June 2017

Pemanduan dari Farmington Ke Durango, Colorado

Semasa saya dan suami pernah tinggal di Farmington beberapa tahun lalu, Durango ialah salah satu bandar yang kerap kami kunjungi. Melintasi sempadan negeri semata-mata hanya untuk makan tengah hari atau malam, adalah perkara biasa yang kami pernah lakukan. Malah, lima hari menginap di Farmington untuk kembara kali ini, dua kali kami ke Durango. Oleh kerana laluan ini sudah terlalu biasa bagi kami, maka pemanduan yang mengambil masa lebih kurang 55 minit terasa begitu singkat sekali.

Pemandangan semasa pemanduan lebih indah dan menakjubkan yang pernah saya lihat sebelum ini ialah pada penghujung musim sejuk dan awal musim bunga. Gambar-gambar ini dirakamkan pada penghujung bulan April dan gunung-ganang yang dilitupi salji masih dapat dilihat walaupun tidak tebal.
Ikuti perkembangan terkini saya melalui Instagram, blog_th2010 dan langgani You Tube, Shery NN.