Thursday 21 September 2017

Kayenta, Arizona (Daerah Kaum Asli Amerika Syarikat)

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya :
http://sharery.blogspot.com/2017/08/pemanduan-dari-four-corners-monument-ke.html

Semasa di dalam perjalanan pulang dari Monument Valley ke Farmington, kami singgah di Kayenta yang hanya mengambil masa pemanduan kurang dari setengah jam. Kayenta, Arizona terletak di dalam daerah dan pentadbiran Navajo Nation Reservation iaitu salah satu puak asli Amerika Syarikat. Melalui sumber yang diperolehi, populasi penduduk yang dicatatkan sehingga Julai 2017 ialah seramai 5,035 orang.

Menjejakkan kaki di daerah kaum asli Amerika Syarikat (Indian Reservation) bukan sesuatu yang asing bagi kami tetapi ini merupakan pertama kali saya berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan di pasar raya di Kayenta yang mempunyai seni bina tradisional dan menggunakan dua bahasa iaitu Inggeris dan Navajo. Selain daripada itu, melalui gambar-gambar dan video yang dikongsikan, anda dapat melihat bagaiamana penduduk tempatan keluar membeli belah serta pakaian yang digayakan termasuk aksesori seperti selendang dan topi. Saya menyangkal apabila umum mengaitkan pemuda 'cowboy' hanya dari negeri Texas. Pakaian dan gaya kehidupan sebegitu turut ada di negeri lain terutama di daerah kaum asli.

Meskipun beberapa daerah kaum asli mempunyai rangkaian restoran makanan segera, motel dan stesen minyak, serta kemudahan asas yang lain tetapi agak sedih untuk saya katakan di sini bahawa rata-rata daerah kaum asli di sini agak mundur. Dari sudut positif, mereka kaya dengan adat, budaya dan tempat-tempat bersejarah yang masih dikekalkan sehingga kini. Setiap daerah (Indian Reservation) turut mempunyai sistem perundangan dan pentadbiran yang berbeza. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut di dalam artikel akan datang.


Instagram : blog_th2010
YouTube : Shery NN

Tuesday 5 September 2017

Tips Melancong : Alatan Pengecas Bateri

Alatan pengecas bateri merupakan antara keperluan penting yang harus saya bawa semasa mengembara atau melancong. Jenama Lewis N Clark saya beli di Chicago, manakala Lifetrons dan satu lagi yang berwarna hitam saya beli semasa jualan di dalam penerbangan Qantas Airways. Lifetrons merupakan pembelian terbaharu dan sememangnya saya berpuas hati dengan fungsinya. Sila rujuk gambar-gambar dan video di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kepada pengikut Instagram, anda juga boleh ikuti tips melancong melalui hashtag, #shery_traveltips.

Berikut ialah senarai artikel bersiri tips melancong yang pernah disiarkan sebelum ini.
Perancangan Percutian Ke Luar Negara
http://sharery.blogspot.ca/2015/01/tips-melancong-perancangan-percutian-ke.html
Pengurusan Pakaian Dan Bagasi
http://sharery.blogspot.ca/2015/01/tips-melancong-pengurusan-pakaian-dan.html
Tatacara Dan Adab Semasa Berada Di Lapangan Terbang
http://sharery.blogspot.ca/2015/03/tips-melancong-tata-cara-dan-adab.html
Cara Mengatasi Jet Lag
http://sharery.blogspot.ca/2015/03/tips-melancong-tata-cara-dan-adab.html
Cara Menjaga Pasport Semasa Berada Di Luar Negara
http://sharery.blogspot.ca/2015/03/tips-melancong-tata-cara-dan-adab.html
Mengetahui Lokasi Pejabat Kedutaan Dan Konsulat Di Luar Negara
http://sharery.blogspot.ca/2015/06/tips-melancong-mengetahui-lokasi.html
Adab Dan Displin Sebelum Memasuki Pesawat
http://sharery.blogspot.ca/2015/07/tips-melancong-adab-dan-displin-sebelum.html
Tips Mendaki Gunung Kinabalu
http://sharery.blogspot.ca/2016/12/tips-mendaki-gunung-kinabalu.html


Instagram : blog_th2010
YouTube  : Shery NN