Thursday 26 October 2017

Gastown, Vancouver, Kanada

Gastown ialah sebuah kawasan kejiranan tertua dan bersejarah di Vancouver, British Columbia, Kanada. Bermula dengan pembukaan sebuah pub oleh seorang pelaut dari Yorkshire, England iaitu "Gassy" Jack Deighton pada tahun 1867, kini Gastown menjadi destinasi terkenal bagi pelancong yang datang dari luar atau dalam negara. Ia juga merupakan tempat yang kerap dikunjungi penduduk tempatan kerana terdapat banyak kafe, bar dan restoran yang menawarkan menu dari pelbagai negara. Saya dan suami turut menjadi antara pelanggan tetap restoran Jepun di sini.
Selain dari itu Gastown mempunyai banyak galeri seni, butik pakaian, kedai perhiasan dalaman rumah dan cenderamata.

Kepada pelancong yang pertama kali ke Gastown, lawatan tidak lengkap sekiranya tidak melihat dari dekat jam wap (steam clock) dan patung "Gassy" Jack Deighton. Secara khususnya, kesemua tempat-tempat yang saya nyatakan di atas terletak di Water Street dan bangunan-bangunan di sini ialah mempunyai seni bina lama. Pengambaran filem Fifty Shades of Grey pada tahun 2014 dan Fifty Shades Darker serta Fifty Shades Freed pada tahun 2016 turut dijalankan di sekitar kawasan ini malah satu tahu lokasi yang tepat.

Setiap kali berkunjung ke Gastown, saya tidak jemu melihat dan mengambil gambar bangunan Flatiron (berbentuk segi tiga) yang dahulunya ialah Hotel Europe. Bangunan Flatiron ini seiras dengan yang ada di banyak bandar lain contohnya di Toronto, New York, Seattle dan San Francisco. Sila tontoni video yang saya muat naik di bawah untuk melihat kawasan kejiranan bersejarah Gastown dan jam wap yang masih lagi berfungsi. Gambar-gambar dan video dirakamkan pada musim panas beberapa bulan lalu.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube saya di alamat seperti di bawah;
https://youtu.be/ZmMgvrlqG4c

Wednesday 4 October 2017

Pemanduan Dari Monument Valley Ke Farmington, New Mexico

Berikut ialah rumusan kembara satu hari ke empat buah negeri di Amerika Syarikat.

Memulakan pemanduan awal pagi dari Farmington, New Mexico, menuju ke Four Corners Monument;
http://sharery.blogspot.com/2017/07/pemanduan-dari-farmington-ke-four.html
http://sharery.blogspot.com/2017/07/four-corners-penanda-empat-buah-negeri.html

Dari Four Corners Monument, kami meneruskan pemanduan ke Monument Valley;
http://sharery.blogspot.com/2017/08/pemanduan-dari-four-corners-monument-ke.html
http://sharery.blogspot.com/2015/10/monument-valley-lembah-berbatu-terkenal.html?q=monument+valley

Seterusnya ke Kayenta, Arizona;
http://sharery.blogspot.com/2017/09/kayenta-arizona-daerah-kaum-asli.html

Dari Kayenta, kami pulang semula ke Farmington dan tiba pada lewat petang. Pemanduan satu hari merentasi negeri New Mexico, Colorado, Utah dan Arizona tidak pernah menjemukan walaupun sudah kerap kali kami lalui. Pemandangan semulajadi yang indah mata memandang serta melihat bandar dan perkampungan kecil di daerah kaum asli memang menarik perhatian. Setiap apa yang saya lihat dan setiap gambar serta video yang dirakamkan saya anggap ianya adalah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berharga.



Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube di alamat ini;
https://youtu.be/JZmFrIe-no8
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN