Utah mempunyai nama samaran iaitu "Beehive State". Sarang lebah melambangkan penduduk Utah bekerjasama, menyokong dan membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan industri yang berjaya. Simbol sarang lebah ini dapat dilihat di bendera negeri, lambang rasmi pentadbiran, tugu peringatan, bangunan-bangunan serta pejabat dan simbol di setiap papan tanda di lebuh raya. Di tangga utama menuju ke pintu masuk Utah State Capitol turut terdapat dua buah arca tembaga berbentuk sarang lebah.
Lawatan ke Utah State Capitol pada empat bulan lalu bukan kunjungan pertama atau kedua kali bagi kami malah saya pernah menyiarkan artikel mengenainya sebelum ini, namun saya tetap ingin kongsikan gambar-gambar baharu bersama pembaca. Saya telah rakamkan video di sekitar kawasan Utah State Capitol dan bandar Salt Lake City dengan rakaman 360 darjah serta pemandangan pada waktu malam.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
salam sis..gambar semua cantik2..boleh tau guna camera ape or gambar edit ke..? tgh mencari kamera yang sesuai..tia <3
ReplyDeleteSaya hanya guna handphone. Heheh. Samsung Galaxy S8 plus 😊
Delete