Tuesday 27 February 2018

Penerbangan Dari Vancouver ke Toronto

4 Oktober 2017
Saya dan suami menaiki penerbangan Air Canada, pesawat B767 pada awal pagi dari Vancouver, British Columbia ke Toronto, Ontario. Ini merupakan percutian sempena meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8 pada bulan September lalu.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/ikciqynD1xE

Instagram :blog_th2010
You Tube : Shery NN

Thursday 22 February 2018

Rumusan Kembara Dari Las Vegas Ke Vancouver, Kanada

Kembara Amerika Syarikat pada musim panas berakhir pada 15 September 2017 pukul 12:49 tengah malam. Di bawah ini ialah peta pemanduan kami dari Las Vegas ke Vancouver, Kanada. Jumlah pemanduan ialah sebanyak 5345.7 kilometer (satu hala).

Kepada para pembaca yang ketinggalan membaca artikel mengenai kembara pulang dari Las Vegas ke Vancouver, di sini saya sertakan alamat-alamat artikel yang terdahulu.

Pemanduan Dari Las Vegas Ke Salt Lake City
http://sharery.blogspot.ca/2018/01/pemanduan-dari-las-vegas-ke-salt-lake.html
Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Utah
http://sharery.blogspot.ca/2018/01/bangunan-pentadbiran-kerajaan-negeri.html
The Kimball Condominiums - Salt Lake City Utah
http://sharery.blogspot.ca/2018/01/the-kimball-condominiums-salt-lake-city.html
Salt Lake City - Ibu Negeri Utah, Amerika Syarikat
http://sharery.blogspot.ca/2018/01/salt-lake-city-ibu-negeri-utah-amerika.html
Pemanduan Dari Salt Lake City ke Pasco, Washington
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/pemanduan-dari-salt-lake-city-ke-pasco.html
Sleep Inn Hotel - Pasco, Washington, Amerika Syarikat
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/sleep-inn-hotel-pasco-washington.html
Pemanduan Dari Pasco Ke Seattle, Washington
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/pemanduan-dari-pasco-ke-seattle.html
Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room - Kilang Pemprosesan Kopi Di Seattle
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/starbucks-reserve-roastery-kilang.html
Arca Di Olympic Sculpture Park, Seattle - Bahagian 1
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/arca-di-olympic-sculpture-parkseattle.html
Arca di Olympic Sculpture Park, Seattle - Bahagian 2
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/arca-di-olympic-sculpture-park-seattle.html
Satu video bonus saya kongsikan di sini iaitu himpunan gambar-gambar yang dirakamkan di Seattle dari waktu tengah hari sehingga malam pada bulan September 2017. Gambar-gambar ini akan saya muat naik di laman Instagram manakala video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/7TxQ8nU6NIk


Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday 19 February 2018

Arca Di Olympic Sculpture Park, Seattle - Bahagian 2

Artikel ini bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.ca/2018/02/arca-di-olympic-sculpture-parkseattle.html

Gambar-gambar yang dimuat naik telah saya susun mengikut turutan iaitu gambar arca berserta ketetangan bertulis di bawahnya. Tujuh gambar terakhir pula dirakamkan di sekitar Olympic Sculpture Park.
 Tujuh gambar di bawah ialah gambar yang dirakamkan di sekitar kawasan.

Untuk merasai pengalaman seperti berada di Olympic Sculpture Park, anda juga boleh tonton video di bawah ini atau melalui saluran You Tube Shery NN https://youtu.be/VL5zv_SHH78
.Suka dimaklumkan di sini bahawa arca-arca ini tidak terhad ditempatkan di Olympic Sculpture Park tetapi ia terdapat di banyak tempat di bandar Seattle.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Sunday 18 February 2018

Arca Di Olympic Sculpture Park,Seattle - Bahagian 1

Olympic Sculpture Park di Seattle menempatkan himpunan puluhan arca hasil dari artis yang ramai berasal dari Amerika Syarikat. Taman ini dibuka kepada awam secara percuma sepanjang tahun. Kawasan persekitaran taman ini begitu luas dan sesuai juga bagi mereka yang ingin melakukan senaman atau beriadah bersama keluarga. Saya dapat mengenal pasti dua buah arca yang seakan sama dengan arca yang pernah saya lihat di Chicago. Apabila meneliti keterangan arca, memang benar ia adalah hasil dari artis yang sama seperti di Chicago.

Dua gambar pertama di bawah ini dirakamkan di pintu masuk utama, seterusnya gambar-gambar arca disertakan dengan keterangan bertulis di atas batu yang telah saya muat naik mengikut turutan, manakala dua gambar terakhir juga ialah arca tetapi tiada keterangan bertulis.
Nantikan artikel bahagian dua yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube :Shery NN





Tuesday 13 February 2018

Starbucks Reserve Roastery - Kilang Pemprosesan Kopi Di Seattle

Seattle ialah bandar persinggahan terakhir kami sebelum pulang ke Vancouver, Kanada dan mengakhiri kembara musim panas tahun 2017.

Kami mengambil kesempatan melawat ke Starbucks Reserve Roastery and Tasting Room yang dibuka pada tahun 2014 di mana di sini tempat pemprosesan dan pembungkusan biji kopi dilakukan untuk pasaran ke seluruh dunia. Di sini juga para pelawat boleh membeli cenderamata edisi terhad dan berpeluang menikmati pelbagai minuman kopi (berbayar) yang kebanyakannya tidak dijual di cawangan biasa Starbucks.

Semasa lawatan kami pada September 2017, Seattle merupakan satu-satunya cawangan
Starbucks Reserve Roastery and Tasting Room yang ada sebelum cawangan lain dibuka iaitu di Chicago, New York, Shanghai, Tokyo dan Milan.

Pada Disember 2017, cawangan kedua telah dibuka di Shanghai dan ia merupakan yang terbesar di dunia. Gelaran ini tidak akan kekal lama kerana keluasan cawangan di Chicago yang bakal dibuka pada tahun 2019 akan mengatasi cawangan di Shanghai.

Selain gambar-gambar yang dikongsikan di sini, anda juga boleh tonton video bagi merasai pengalaman seperti melawat sendiri ke Starbucks Reserve Roastery and Tasting Room.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;https://youtu.be/MicaN1GnvfM

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN