Friday 23 March 2018

Mississauga, Ontario

Mississauga ialah sebuah bandar yang terletak bersebelahan dengan Toronto. Banyak syarikat-syarikat besar dan terkenal beribu pejabat di sini termasuk juga Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson.

Saya dan suami menghabiskan masa separuh hari di bandar ini sambil meninjau persekitaran bandar, kawasan perumahan dan pusat membeli belah.  Absolute World ialah dua buah kondominium berkembar yang menjadi ikon Mississauga kerana seni bina unik. Nama samaran ko kondominium ini ialah Marilyn Monroe.

Selain Toronto, Mississauga juga mempunyai banyak restoran halal. Walaupun masa agak terhad, tetapi kami tetap berpeluang menikmati makan malam di restoran Jepun halal ssbanyak dua kali. Keistimewaan restoran ini ialah pelanggan boleh menjamu selera dengan pakej makan tanpa had (all you can eat) dengan harga yang berpatutan.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/WkN8TPz4rok

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN



Tuesday 20 March 2018

Bandar Toronto Pada Waktu Malam

Pemandangan bandar Toronto pada waktu malam juga amat menarik perhatian terutama sekali di Nathan Phillips Square kerana perkataan TORONTO lebih cantik dilihat apabila ianya dilimpahi dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Yonge-Dundas Square yang sentiasa sesak dengan orang ramai saya ibaratkan seperti Times Square di New York.

Gambar terakhir sebelum video yang dikongsikan di bawah ialah bangunan Union Station yang juga merupakan hab utama pengangkutan di Toronto. Saya pernah menyiarkan artikel mengenai UP Express iaitu perkhidmatan kereta api yang menghubungkan antara Toronto (Union Station) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson (Pearson Station). Kepada anda yang ketinggalan sebelum ini, artikel boleh dibaca melalui alamat di bawah;
http://sharery.blogspot.ca/2018/03/kereta-api-up-express-di-toronto-kanada.html
Menara CN atau CN Tower/LA Tour CN tersergam indah berdiri di belakang bangunan Union Staion.

Video yang saya kongsikan di atas ialah gabungan dari rakaman pemandangan bandar Toronto pada waktu malam dan siang. Ia juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/Njof49RwClI

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday 18 March 2018

Seni Bina Bangunan Di Toronto

Bangunan-bangunan lama dan pencakar langit di bandar Toronto mengingatkan saya akan bandar New York dan Chicago. Memang ada beberapa persamaan yang saya dapat lihat bukan sahaja dari segi seni bina bangunan tetapi juga keadaan persekitaran bandar Toronto yang seakan mempunyai suasana yang sama seperti New York dan Chicago. Salah sebuah bangunan di sini, iaitu bangunan Toronto Dominion Centre telah menyambut ulang tahun yang ke-50 pada tahun lalu.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN