Tuesday 26 June 2018

Lokasi Pengambaran Drama Once Upon A Time

Adakah anda di antara peminat setia drama bersiri Once Upon A Time? Drama bersiri Amerika Syarikat  yang popular ini memulakan tayangan pada Oktober 2011 dan tayangan musim terakhir baharu sahaja berakhir pada bulan lalu. Selama tujuh musim drama ini menggambarkan lokasi di Storybrooke, Maine, Amerika Syarikat tetapi pengambaran sebenar dijalankan di Steveston, British Columbia, Kanada. Papan-papan tanda di beberapa buah kedai di sini akan diturun dan digantikan dengan perkataan Storybrooke apabila pengambaran dijalankan.

Terdapat sebuah pejabat pos mini di Steveston yang turut menempatkan muzium, pusat penerangan pelancongan di mana ia turut menjual cenderahati khas untuk peminat drama Once Upon A Time berserta peta lokasi pengambaran.

Once Upon A Time bukan satu-satunya drama yang memilih Steveston sebagai lokasi pengambaran tetapi puluhan drama dan filem Hollywood yang turut 'berkampung' di Steveston. Antara drama dan filem (sekadar senarai pendek) yang pernah menjalani pengambaran di Steveston ialah Supernatural, Lucifer, Stargate SG-1, The X-Files, Siren, Godzilla, Deadpool, Power Rangers dan Overboard.

Tempat tinggal saya tidak jauh dari Steveston justeru saya kerap datang ke sini malah tanpa sengaja pernah menyaksikan pengambaran drama bersiri baharu bertajuk Siren. Gambar-gambar di bawah dirakamkan di Steveston pada musim sejuk tahun lalu. Ketika saya rakamkan video di Fisherman's Wharf, suasana begitu tenang dan sunyi kerana faktor cuaca. Bilangan pelancong berkurangan apabila musim sejuk tetapi tidak pada musim lain.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/q_lXq9UX7gs

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Wednesday 20 June 2018

Pemandangan Vancouver Utara Pada Musim Luruh 2017

Melalui artikel sebelum ini anda dapat melihat pemandangan Vancouver ketika diselubungi kabus tebal yang biasa terjadi semasa musim luruh dan sejuk. Gambar-gambar yang dikongsikan semasa rakaman pada waktu malam adalah berbeza dengan yang dirakamkan di Vancouver Utara pada lewat petang. Pemandangan berkabus yang menutupi pusat bandar dan disinari cahaya matahari, adalah sangat mengagumkan. Jarak antara pusat bandar Vancouver dan Vancouver Utara ialah kira-kira 11 kilometer. Pemandangan semasa pemanduan boleh ditonton melalui video yang turut dimuat naik seperti di bawah ini.
Video ini juga boleh ditonton di saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/NoycZ2u8R44

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday 17 June 2018

Musim Luruh 2017 Di Vancouver, Kanada (Bahagian2)

Ini ialah artikel bersambung. Anda akan ketinggalan sekiranya tidak membaca artikel terdahulu. Alamat bagi artikel pertama diletakkan di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com/2018/06/musim-luruh-2017-di-vancouver-kanada_13.html

Saya masih lagi menyiarkan himpunan gambar-gambar pemandangan musim luruh di Vancouver dan kawasan sekitar dengannya. Antara lokasi gambar ialah di pusat bandar Vancouver, Canada Place, Gastown, Granville Strett dan Richmond.
Satu gambar di atas dan video di bawah dirakamkan semasa penerbangan pertama Qantas yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Melihat kapal terbang ini dengan lebih dekat terasa dapat hilang sedikit kerinduan dengan Qantas. Ia merupakan penerbangan pertama musim sejuk pada tahun 2018-2018. QF 75 dan QF 76 yang menghubungkan antara Sydney dan Vancouver hanya beroperasi pada musim sejuk dan panas. Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/K3wUt_qPSxU
Kabus tebal yang jarak penglihatan terhad sudah menjadi kebiasaan berlaku di Vancouver pada musim luruh dan sejuk. Anda dapat melihat melalui gambar dan dua video di bawah. Kedua-dua video boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN.
Video pertama ; https://youtu.be/qYqq37-Pm2c

Video dua;https://youtu.be/rSKMQMmLzdo
Tiga gambar terakhir dirakamkan di McArthurGlen Designer Outlet yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN