Wednesday 24 April 2019

Musim Salji Di Pusat Ski Terkenal Dunia, Whistler (Bahagian 1)

Artikel baharu bahagian 1 ini saya kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan semasa lawatan saya ke Pusat Ski Terkenal Dunia Di Whistler, British Columbia Kanada pada penghujung musim luruh bulan Disember tahun lalu. Whistler pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010. Walaupun belum rasmi musim sejuk tetapi di sini telah pun bersalji.

Sebelum ini saya juga telah menyiarkan empat artikel di laman blog mengenai lawatan ke Whistler pada musim bunga bulan April dan musim luruh bulan Oktober tahun lalu.
April Bahagian 1
http://sharery.blogspot.com/2018/10/resort-ski-terkenal-dunia-di-whistler.html?m=1
April Bahagian 2
http://sharery.blogspot.com/2018/10/resort-ski-terkenal-dunia-di-whistler_27.html?m=1

Oktober Bahagian 1

http://sharery.blogspot.com/2019/01/musim-luruh-di-pusat-ski-terkenal-dunia.html?m=1
Oktober Bahagian 2
http://sharery.blogspot.com/2019/01/musim-luruh-di-pusat-ski-terkenal-dunia_31.html?m=1

Lebuh raya yang digunakan dari Vancouver Barat menuju ke Whistler mewajibkan setiap kenderaan memasang tayar musim sejuk dan kenderaan berat pula perlu memasang rantai tayar bermula dari bulan 1 Oktober hingga 31 Mac. Tayar kenderaan biasa tidak sesuai dan tidak selamat digunakan ketika permukaan jalan raya yang berais dan bersalji.

Semasa berjalan-jalan berhampiran dengan tempat ski, dari jauh saya terdengar satu kumpulan yang bercakap dalam slang Australian English dan nampak beberapa pemuda Australia yang saya kenal dari potongan rambut dan pakaian. Kemudian dengan pantas saya 'menyibukkan diri' datang secara lebih dekat. Apabila sudah berada dekat, saya nampak jurugambar yang memakai jaket bertulis/logo Channel 9 serta Foxtel dan pengacara yang memegang mikrofon. Dengan pantas suami berkata pengacara itu ialah Steven Jacobs. Beliau yang lebih dikenali sebagai Stevie merupakan pengacara TV dan selebriti Australia. Tanpa berlengah, kami menegur beliau dan minta untuk mengambil gambar bersama. Walaupun dalam kesuntukan masa, beliau tetap mesra bersama peminat.

Stevie sedang bertugas mengacara lintas langsung bagi program bual bicara pagi Australia. Bukan sahaja Whistler tetapi beliau serta rombongan turut ke beberapa tempat pelancongan lain di Kanada. 
Tentunya kami berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakyat senegara di luar daripada Australia. 
Lebih banyak gambar dan video akan saya kongsikan di dalam artikel bahagian 2. Nantikan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN