Thursday 30 January 2020

Hari Ulang Tahun Ibu Tercinta

Tujuan paling utama saya bercuti di Malaysia dan memberi kejutan kepada keluarga pada bulan April tahun lalu ialah kerana ingin menyambut hari ulang tahun ibu saya. Seingat saya, kali terakhir saya menyambut hari ulang tahun ibu ialah pada tahun 2009 iaitu sebelum saya berkahwin dan berhijrah ke Australia. Oleh kerana itu saya rasakan sudah tiba masa untuk berkongsi kegembiraan pada 14 April di mana usia ibu saya genap 80 tahun.

Kebetulan majlis hari ulang tahun yang saya adakan jatuh pada hujung minggu, maka dapatlah saya berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Selain hadiah yang dibawa dari Kanada, saya juga telah menempah pulut kuning dan kari ayam khas untuk majlis tersebut. Kegembiraan jelas nampak di raut wajah ibu ditambah pula beliau dapat menyambut hari lahir bersama cicit sulung pertama.

Saya sentiasa mendoakan agar ibu sentiasa di dalam keadaan kesihatan yang baik dan berharap dapat lagi menyambut hari ulang tahun ibu untuk tahun yang lain pula.
















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube :Shery NN

Tuesday 28 January 2020

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan salah satu tempat tarikan bagi penduduk tempatan dan pelancong yang terdapat di Ipoh, Perak, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan Lebuh Raya Utara Selatan susur keluar Jalan Kuala Kangsar.

Seawal pengunjung tiba di sini, mereka boleh melihat air terjun buatan yang terletak di sebelah kanan sebelum ke pintu masuk utama dan ia hanya beroperasi mengikut waktu tertentu sahaja. Sebaik berjalan ke pintu masuk, pengunjung sudah dapat melihat keindahan gunung serta tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tempat tarikan tidak berakhir di sini sahaja tetapi pengunjung boleh ke sebuah pulau lain dengan menaiki bot berbayar dari jeti yang berdekatan. Antara tarikan di pulau itu ialah Rumah Perak, mini zoo dan menara tinjau.

Saya pernah ke Taman Rekreasi Gunung Lang pada tahun 2008 dan ketika itu masih belum ada lagi mini zoo manakala bagi kunjungan tahun lalu pula, saya tidak berkesempatan menaiki bot untuk ke pulau. Walau bagaimnapun, di sini saya berkongsi gambar yang dapat dirakamkan berserta video yang dimuat naik di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/ZlRdhZLcImU
















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday 19 January 2020

Malaysia 2019

Pada 1 April yang lalu, saya selamat tiba di Ipoh, Perak dengan memberi kejutan kepada keluarga. Sepanjang dua minggu berada di Malaysia, saya lebih selesa berada di rumah ibu. Walau bagaimanapun saya tetap mengambil kesempatan untuk berjumpa pertama kali dengan pengikut Instagram saya, rakan sekolah, bekas rakan sekerja sewaktu berkhidmat dengan MAS dan salah seorangnya datang dari Kuala Lumpur.

Di dalam artikel kali ini saya turut kongsikan bersama gambar-gambar makanan yang saya nikmati di Ipoh dan antara yang terkenal ialah The Chicken Rice Shop, Thumb's Cafe, Suhaimi Cafe, Medan Selera Dato Tahwil Azar (TKK / Taman Kanak-Kanak), Medan Selera Silveritage dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).




































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN