Tuesday 28 April 2020

Façade Festival Vancouver 2019

Façade Festival ialah projek seni awam yang diadakan pada 8 hingga 14 September 2019 bertempat di luar bangunan Galeri Seni Vancouver .

Beberapa artis kontemporari dari British Columbia telah ditugaskan untuk membuat sepuluh karya seni ini.  Mereka menggunakan teknologi yang dikenali sebagai pemetaan unjuran (projection mapping) dan karya-karya tersebut disesuaikan khas untuk seni bina ikonik Galeri Seni Vancouver.

Selain gambar-gambar yang dimuat naik, video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/cJwrG__LK-0












Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday 13 April 2020

Konsert Backstreet Boys Di Vancouver Bahagian 2

Artikel ini bersambung dari bahagian 1 ; http://sharery.blogspot.com/2020/04/konsert-backstreet-boys-di-vancouver.html

Pada konsert Backstreet Boys tahun 2015, tempat duduk saya jauh dari pentas dan pada tahun 2019 saya membeli tiket berdiri di hadapan pentas. Saya menyimpan hasrat andai saya hadir lagi ke konsert Backstreet Boys buat kali ketiga, saya akan kurangkan mengambil gambar dan video kerana ingin lebih menumpukan kepada nyanyian dan persembahan mereka. Oleh kerana itulah peluang sebegini (berdiri di hadapan pentas) saya ambil untuk rakamkan video dan gambar selagi banyak yang boleh untuk simpanan dan kenangan pada masa hadapan.

Saya datang menghadiri konsert dengan membawa beberapa keping poster Backstreet Boys dengan harapan ianya dapat mencuri tumpuan mana-mana ahli kumpulan. Nampaknya tidak sia-sia saya mencari semula koleksi poster milik saya di rumah yang berusia lebih 20 tahun. Poster saya bukan sahaja ditegur oleh beberapa orang peminat malah ia telah menarik perhatian ahli kumpulan iaitu Kevin. Beliau berhenti menari dan melihat poster saya sambil memberi isyarat tangan tanda terima kasih. Detik ini adalah yang paling manis bagi saya.

Kevin bersama degan ahli kumpulan yang lain iaitu AJ telah memberi kejutan apabila mereka menukar pakaian di atas pentas dan ia membuatkan suasana menjadi lebih kecoh. AJ juga telah turun dan berjalan di sekeliling pentas sambil bersalam tangan dengan para peminat. Brian dan Nick pula mengambil telefon tangan dari peminat dan mereka merakamkan video ketika sedang menyanyi. Ini adalah antara detik-detik yang saya dapat rakamkan videonya dan ia boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;https://youtu.be/D_VCRqwYh6A

Sebelum konsert berakhir, Backstreet Boys kembali ke atas pentas dengan memakai jersi pasukan hoki kegemaran saya iaitu Vancouver Canucks. Lagu terakhir penutup tirai konsert ialah Larger Than Life. Konsert berakhir lebih kurang jam 11:00 malam dengan perasaan saya yang berasa sedih bercampur gembira dan puas. Pulang ke rumah saya sekali lagi mengambil gambar beberapa poster yang saya bawa dan poster yang paling besar telah koyak kerana saya pegang sepanjang konsert. Saya anggap ia adalah koyak 'ada makna' kerana poster itu yang telah dilihat oleh Kevin. Keesokan harinya, saya terkejut kerana melihat wajah saya di dalam gambar utama di beberapa laman sosial Backstreet Boys seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Jelas di dalam gambar saya sedang memegang poster yang besar.

Baju T Backstreet Boys yang saya pakai semasa konsert dibeli oleh saya pada tahun 1997 telah dipuji oleh petugas Rogers Arena. Mengimbau kembali semasa saya di tingkatan lima, rakan lelaki sekelas tusyen saya pernah ketawakan saya kerana memakai baju T itu. Walau apa pun tanggapan orang, saya masih setia meminati Backstreet Boys sehingga ke hari ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi membaca pengalaman saya menghadiri konsert Backstreet Boys sebanyak dua bahagian ini. Ia merupakan kenangan manis tahun 2019 yang tidak akan saya lupakan. Jika ada kelapangan saya akan kongsikan pengalaman menghadiri konsert Backstreet Boys pada kali pertama  tahun 2015.

Jangan lupa tontoni video penuh di saluran You Tube Shery NN. Saya telah senaraikan barisan lagu dan persembahan mereka mengikut turutan berserta saat dan minitnya sekali. Jadi, senang bagi anda untuk memilih mana yang ingin ditonton. https://youtu.be/D_VCRqwYh6A








ir  rr







































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN