Monday 30 May 2011

Selamat Hari Jadi Suamiku

Assalamulaikum w.h.t

Baru hari ini saya dapat meluangkan masa menjengah ke Terjemahan Hati. Walaupun sudah tiga hari berlalu tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, "Selamat Hari Ulangtahun Kepada Suami Tercinta, Nur Azly! Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T ."


Gambar di ambil pada hari ulangtahun suami, 27/5/2011 di atas puncak Gunung Wellington, Hobart Tasmania.

Monday 16 May 2011

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Hampir dua tahun saya dan suami tidak berpeluang menghadiri mana-mana majlis perkahwinan dan rindu untuk menjamu selera dengan lauk pauk pengantin.Kali terakhir majlis yang kami hadiri ialah di hari perkahwinan kami sendiri.

Pada 7/05/2011, kami dijemput menghadiri majlis pernikahan Sam dan Deeba di Keysborough, Victoria.Teruja bukan kepalang dan kami pun berkampung selama tiga hari dua malam serta turut sama membantu dalam kerja-kerja persiapan bagi majlis yang cukup sederhana tetapi meriah ini.


Selesai majlis akad nikah.Pengantin bergambar bersama keluarga dan sahabat rapat
Pulut kuning yang menggantikan kek menjadi tumpuan para tetamu
Bergambar bersama pengantin baru yang menggayakan persalinan songket
Kepada pasangan pengantin baru Sam dan Deeba, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat InsyaAllah,..Amin! :-)

Wednesday 11 May 2011

Serupa Tapi Tak Sama

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar di bawah menunjukkan persamaan kasut Duchess Of Cambridge,Kate Middleton


dengan kasut kepunyaan saya.



Tidak ada istilah 'meniru' kerana saya telah membeli kasut ini pada tahun 2008. Nampaknya citarasa kami sama :-)

Tuesday 10 May 2011

Diet

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya bukanlah doktor atau pakar nutrisi yang layak untuk berbicara mengenai diet,tetapi berdasarkan pengalaman serta sedikit maklumat yang diperolehi dari bahan bacaan, maka saya juga telah beberapa kali berjaya dalam proses menguruskan badan atau diet.

Apa yang paling penting dalam proses untuk mengurus atau mengurangkan berat badan ialah DISPLIN.
Semasa saya bekerja di awan biru,saya terpaksa menahan nafsu makan berlebih-lebihan apatah lagi apabila setiap hari melihat pelbagai jenis makanan dan lebih menyelerakan ialah makanan dari kelas perniagaan.Bukan tidak boleh menjamah,tetapi perlulah seimbang.

Diet yang berkesan boleh dicapai antara 1-3bulan,dan sekiranya di dalam tempoh itu tidak berjaya,barangkali diet atau cara pemakanan tidak di dalam langkah yang betul.

Beberapa orang rakan telah meminta tips diet daripada saya dan Alhamdulilah ada antara mereka  yang berjaya.Rakan dari Perak, Nisah Idham juga telah mengucapkan terima kasih kepada saya secara terbuka di ruangan blog beliau.Sesungguhnya saya berbesar hati kerana apa yang saya kongsi telah dipraktiskan sebaik mungkin.

Ini ialah dua gambar sebelum dan selepas diet yang saya jalankan selama tiga bulan pada tahun lalu.
 (Sebelum Diet)

 (Selepas Diet)

Sekadar maklumat tambahan,jika anda sudah mendapat bentuk atau berat badan yang sesuai,tidak bermakna anda harus lupakan segala rutin diet anda sebelum ni.Ingat,pemakanan dan senaman perlu terus diseimbangkan. :-)

Tuesday 3 May 2011

Kepentingan Rakyat Diutamakan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Berdekatan dengan kediaman saya baru-baru ini telah dijalankan kerja-kerja memperbaharui landasan trem.Pihak Yarra Tram mengambil langkah yang baik kerana memanfaatkan cuti panjang
Easter/Anzac Day untuk memulakan projek ini.
Antara jalan yang terbabit bagi memperbaharui landasan trem ini ialah di sepanjang Spencer Street, dan persimpang Spencer Street dengan Collins Street,Bourke Street, dan beberapa lagi persimpangan yang berdekatan dengannya.

Menurut maklumat yang diterima,kerja-kerja baik pulih landasan ini di jalankan setiap 30 tahun dan ada beberapa bahagian landasan langsung tidak pernah diperbaharui atau ditukar sejak tahun 1951!

Pihak Yarra Tram telah memberi kami(penduduk dan peniaga berdekatan)notis dan maklumat awal berhubung projek yang bakal dijalankan.
Notis
Di dalam notis ini terkandung peta, maklumat serta jadual di sepanjang kerja-kerja yang bakal dijalankan termasuklah jadual waktu  kerja memecah dan mengorek landasan serta jalanraya.Dari situ, penduduk tahu bila waktu gangguan bunyi bising bermula.Untuk maklumat anda,projek ini berjalan 24jam tanpa henti selama enam hari.

Risalah mengenai lencongan dan laluan sementara juga diberikan kepada penduduk berdekatan serta pengguna trem sebagai rujukan.Trem yang biasa melalui landasan yang terlibat pula,digantikan dengan bas awam untuk sementara waktu.

Berikut saya kongsikan bersama beberapa gambar yang saya ambil di sepanjang proses ini dijalankan.
Landasan lama dan berkarat sudah dibuka dan bakal digantikan dengan yang baru
Landasan keretapi juga sedang dibaik pulih
Transfomasi sedang dijalankan
Kesemua jalan yang terlibat ditutup dengan pagar demi keselamatan
Bekerja 24jam tanpa henti selama enam hari
Yang membuatkan saya tertarik untuk bercerita di sini ialah kerana, saya memuji cara dan langkah Yarra Tram atau lebih menyeluruh lagi ialah kerajaan Australia yang mendahulukan rakyat dalam setiap hal atau perkara yang bakal dilakukan apatah lagi membabitkan sistem pengangkutan awam dan jalanraya yang amat berkait rapat dengan keperluan penduduk tempatan setiap hari.

Peringatan dan notis yang diterima ini bukanlah perkara baru bagi penduduk negara ini.
Tetapi bagi saya yang baru dua tahun menetap di Australia,buat pertama kalinya saya terkejut akan keadaan sebegini ialah semasa saya menetap di Perth pada tahun 2009.Mana tidaknya,kerja membaik pulih jalanraya yang bakal melewatkan jadual ketibaan bas awam pun diberi peringatan awal dengan menampal notis di setiap hentian dan diwar-warkan di dalam laman sesawang TransPerth.
Kerja menurap jalanraya yang pendek di depan rumah pun diberikan notis pemberitahuan awal.

Perkara-perkara sebegini,tidak pernah terjadi di kebanyakan negara lain.

Di Malaysia,jika ada gangguan bekalan air atau elektrik memang pihak berkuasa akan memberi notis, itu pun selalu juga gagal.
-Pernahkah anda menerima notis awal dan jadual waktu bahawa kerja menurap jalan bakal dijalankan di depan rumah anda?

-Semasa anda menuggu bas awam,pernahkah anda membaca notis pemberitahuan bahawa akan ada lencongan atau kelewatan ketibaan bas daripada jadual asal?Atau boleh merujuk di dalam laman sesawang syarikat pengangkutan awam tersebut?

-Semasa anda menunggu bas awam,jika tidak ada notis sekalipun,pernahkah anda melihat pekerja dari syarikat pengangkutan awam berdiri dan menjerit2 memberitahu bahawa akan ada sedikit kelewatan?(walaupun lewat hanya 5-15minit sahaja )

-Semasa anda menaiki bas awam atau keretapi,tiba-tiba anda mendengar jeritan penumpang yang terjatuh di sebelah anda.Pernahkan anda melihat pemandu memberhentikan kenderaan dan pergi ke belakang untuk melihat keadaan penumpang itu?

Di Australia,semuanya ada dan memang terjadi! Semuanya demi untuk rakyat,dan rakyat diutamakan  :-)