Wednesday 28 March 2012

Hari Jadi Maya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya menerima undangan ke sebuah rumah seorang rakan saya yang ingin menyambut hari jadi anaknya yang ke 8 tahun iaitu Maya.

Biskut Famous Amos dan cawan kaca hadiah dari saya dan suami untuk Maya
Antara hidangan makanan yang disediakan
Daging panggang istimewa dari tuan rumah untuk tetamu,manakala tapai dan kek cawan dari tetamu sebagai hadiah
Maya bersama ibu dan bapanya

Happy Birthday Maya :)

Tuesday 20 March 2012

Chinese Festival

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Muhibbah

Di Australia,sambutan Tahun Baru Cina disambut meriah setiap tahun.

Pada tahun ini sekali lagi saya sisipkan beberapa gambar sambutan Chinese Festival yang diadakan di Melbourne.



Lampu berwarna warni menyinari bumbung bangunan Crown
Pelbagai jualan turut menarik perhatian pengunjung,Tarian naga,singa serta mercun papan turut menghiburkan tetamu
Aksi stunt
Pertunjukan/tarian api

Tuesday 13 March 2012

Jangan Bergantung Harap Dengan Facebook

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

*Sekadar pendapat peribadi *

Kita tidak dapat menidakkan bahawa kita semua sekarang berada di dalam zaman teknologi maklumat.
Dengan adanya internet,komputer,komputer riba dan smartphone ,berita semasa di seluruh pelusuk dunia boleh kita ketahui dengan hanya di hujung jari sahaja.Saya sudah mengenali dunia internet serta lama sosial sejak dari zaman remaja sekitar tahun 1996 lagi.

Laman sosial juga menjadi salah satu pentas untuk berhubung antara satu sama lain .Antara yang begitu terkenal ialah Facebook.
Tanyalah sesiapa sahaja pasti mereka memiliki akaun Facebook,tidak kira yang tua mahupun kanak-kanak.Tahukah anda mereka yang di bawah umur tidak dibenarkan memiliki akaun laman sosial?
Berani saya katakan di sini,ramai pengguna internet terutamanya rakyat di negara Asia tidak mengetahui apa itu jenayah siber.

Berbalik kepada topik asal saya, apa reaksi anda(kepada pemilik akaun Facebook) sekiranya esok atau lusa hari Mark Zuckerberg mengisytiharkan Facebook akan gulung tikar?
Soalan saya nampak mustahil untuk terjadi,tetapi perlu di ingat,tidak ada yang tidak mustahil akan terjadi di dunia ini.
Jika tidak ada Facebook,bagaimana cara lain untuk melakukan perniagaan?Bertanya khabar kawan-kawan?Bagaimana mahu melihat gambar terkini mereka?Bagaimana mahu berdakwah?Bagaimana mahu mengetahui kemana mereka pergi bercuti? Bagaimana mahu meluahkan perasaan?Bagaimana lagi cara untuk perli memerli di dalam status?Bagaimana mahu mengikuti perkembangan artis-artis tempatan dan antarabangsa?

Pada pendapat peribadi saya,mudah sahaja.Jangan terlalu bergantung pada Facebook semata-mata.
Saya berkata sedemikian kerana saya juga sudah tidak bergantung kepada laman sosial Facebook.
Please think outside the box.Cuba anda fikirkan gaya kehidupan kita sebelum wujudnya Facebook dan laman sosial yang lain.Adakah jika seseorang itu tidak memiliki akaun Facebook mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung?Atau dipulau dan dibenci oleh kawan-kawan?
Tidak ada Facebook tidak bermakna hubungan komunikasi antara satu sama lain terhenti begitu sahaja.

Fikirlah,masih ada banyak cara yang lain untuk bertanya khabar dan janganlah menggunakan alasan tidak ada Facebook susah untuk bertanya khabar.Itu adalah alasan yang tidak boleh diterima.Saya sendiri masih menggunakan beberapa cara lain/lama untuk berkomunikasi termasuklah cara mengutus surat(tidak selalu tetapi masih ada).

Kepada mereka yang mempunyai akaun Facebook,saya ingin meminta maaf sekiranya pendapat peribadi saya ini mungkin mengguris perasaan anda.
Seperkara lagi,akaun Facebook suami saya adalah hak milik beliau dan janganlah berharap akan ada perkembangan saya di dalam akaun beliau.
Saya tidak menafikan Facebook juga mempunyai kebaikan tersendiri cuma apa yang hendak saya tekankan disini ialah saya meminta jasa baik anda supaya menghormati keputusan saya dan suami.

Sudah masuk tahun ketiga saya menulis di dalam Terjemahan Hati.Kepada sahabat,saudara dan pembaca setia yang tidak saya kenali(anda tahu siapa), terima kasih yang tidak terhingga kerana walaupun anda tahu saya tidak mempunyai Facebook,tetapi anda tahu dimana untuk mengetahui perkembangan,bertanya khabar serta dapat melihat gambar-gambar terbaru saya :-)

Sekali lagi,terima kasih kerana memahami,menghormati akan keputusan saya dan masih setia dengan Terjemahan Hati .

Saya rindu anda semua :-)

Saturday 10 March 2012

Australia Day

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Australia Day ialah hari kebangsaan (National Day) yang disambut pada 26hb Januari setiap tahun.

Pengantin baru menyambut hari bahagia mereka sama tarikh dengan Australia Day
Sekali lagi percikan bunga api memeriahkan Australia Day