Friday 31 May 2013

Pasar Malam di HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Apabila berada di Hong Kong, lawatan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke pasar malam. Lembaga Pelancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board) juga telah menyenaraikan pasar malam sebagai salah satu tempat tarikan pelancong yang perlu dilawati.

Baik dari segi pakaian, cenderahati, beg tangan, kasut, batu jed, aksesori wanita semuanya terdapat di pasar malam ini. Dua daripada beberapa pasar malam yang terkenal di Hong Kong ialah Ladies Market dan Temple Street Night Market.Tidak banyak gambar yang dapat saya kongsikan di sini kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan yang turun adakalanya lebat, dan adakalanya renyai membuatkan saya tidak mahu mengeluarkan kamera.

Ladies Market antara pasar malam yang paling popular. Pelancong boleh menggunakan MTR dan turun di stesen Mong Kok keluar di Exit E2. Jika menggunakan bas (nombor bas 1, 1A, 2, 6 atau 9) dari Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier, turun di stesen Nelson Street.

 Panjang deretan gerai - gerai di Ladies Market ini dianggarkan lebih kurang 1 kilometer

Temple Street Night Market

Untuk datang ke Temple Street Night Market, anda boleh menaiki MTR dan turun di stesen Yau Ma Tei keluar di  Exit C kemudian dari Man Ming Lane, belok ke Temple Street

Selain itu, anda boleh menggunakan MTR turun di stesen Jordan keluar di Exit A dan jalan beberapa minit di Jordan Road sebelum membelok ke Temple Street.



Ketika pertama kali datang ke sini 5 - 6 tahun yang lalu, saya terkejut apabila melihat berpuluh - puluh pondok menilik nasib. Melihat gelagat mereka yang terlalu bergantung kepada si penilik nasib dalam meramalkan masa hadapan mereka membuatkan saya ketawa.

Pasar malam yang saya sebutkan di atas dibuka setiap hari kecuali pada Tahun Baru Cina.

Jika anda berada di sekitar Nathan Road terutamanya di Victoria Harbour, Avenue Of Stars atau Kowloon Masjid dan mahu ke pasar malam yang saya sebutkan di atas, saya mencadangkan agar anda berjalan kaki sahaja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit tidak meletih atau membosankan kerana di sepanjang Nathan Road di penuhi dengan deretan kedai dan pusat membeli belah.

Wednesday 29 May 2013

Restoran Islam Food di HONG KONG (Cawangan Kedua)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tidak cukup dengan sekali kunjungan, saya dan suami kembali semula ke restoran Islam Food di Kowloon City di cawangan kedua yang terletak di Tak Ku Ling Road.


Cawangan kedua restoran Islam Food terletak tidak jauh dengan cawangan pertama


Keluasan saiz restoran ini lebih besar jika hendak dibandingkan dengan cawangan pertama

Menu bergambar

Hidangan pembuka selera yang dipesan ialah Fried Beef Dumpling dan Roti yang dihidangkan dengan susu pekat.


Hidangan utama ialah Sweet & Sour Fish, Deep Fried Squid With Hot Pepper & Salt dan Salted Egg Prawn

Penyanyi Farah pernah datang ke sini semasa beliau menjadi pengacara di dalam sebuah program tv di Astro (program tv di Malaysia). Penyanyi Mawi turut datang ke restoran Islam Food bersama isterinya Ekin (Mawi dan Ekin memakai baju berwarna kuning).

Di hadapan restoran Islam Food

Sekiranya ada di antara para pembaca yang bakal datang ke Hong Kong dan berminat ke restoran Islam Food, saya cadangkan supaya anda memilih cawangan yang pertama iaitu di Lung Kong Road.
Walaupun ruang restoran agak kecil dan sedikit tidak selesa, tetapi sekurang - kurangnya masih terdapat pelayan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding di cawangan kedua.


Islam Food
33 - 35 Tak Ku Ling Rd, Kowloon City, Hong Kong 

+852 2382 2822 

Sila layari laman sesawang Islam Food untuk maklumat lanjut dan anda boleh membaca sejarah bagaimana perniagaan ini bermula sejak dari tahun 1950 lagi.

www.islamfood.com.hk

Tuesday 28 May 2013

Restoran Islam Food di HONG KONG (Cawangan Pertama)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika kecenderungan saya datang ke Hong Kong ialah untuk membeli belah, berbeza pula dengan suami saya yang gemar menikmati makanan Cina Muslim setiap kali datang ke sini.

Menaiki bas dua tingkat untuk makan malam di Kowloon City

Restoran Islam Food merupakan salah sebuah restoran halal yang begitu terkenal di Hong Kong. Perniagaan ini sudah bermula sejak dari tahun 1950.

Menu yang sudah siap diletakkan di atas setiap meja

Senarai hidangan yang ditawarkan di Islam Food

Gambar atas dan tengah : Menu bergambar

Gambar bawah : Minuman alkohol tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran ini

Oleh kerana hujan turun dengan lebat dan cuaca sedikit dingin, tiga jenis hidangan pembuka selera ini memang sesuai kami nikmati. Tiga menu di atas ialah Hot and Sour Soup, Wonton Soup dan Veal Goulas (Juicy Beef Cake).
Sweet Sour Fish dan Deep Fried Squid With Hot Pepper And Salt ialah menu kegemaran suami saya


Jika dilihat dari dalam gambar, hidangan yang dipesan nampak sedikit tetapi sebenarnya ia cukup membuatkan kami kenyang
Gambar atas : Suasana di dalam restoran yang penuh dengan pelanggan

Gambar tengah dan bawah : Selain diletakkan ayat suci Al Quran, pihak restoran turut menampal gambar - gambar pelanggan popular yang pernah menikmati hidangan di sini. Pemuda yang memakai baju berwarna oren itu ialah pelakon terkenal Hong Kong.

Di luar restoran masih terdapat ramai pelanggan yang menunggu giliran untuk masuk dan ada juga yang sedang menunggu makanan siap untuk dibawa pulang (take away). Peta menunjukkan arah ke cawangan kedua restoran Islam Food turut ditampal di hadapan pintu masuk.


Islam Food

1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Hong Kong 

+852 2382 2822 

 Sila layari laman sesawang Islam Food untuk maklumat lanjut dan anda boleh membaca sejarah bagaimana perniagaan ini bermula sejak dari tahun 1950 lagi.

www.islamfood.com.hk


Sunday 26 May 2013

Avenue Of Comic Stars, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Bagi peminat komik dan kartun, jangan lepaskan peluang untuk datang ke satu lagi tempat baru tarikan pelancong iaitu Avenue Of Comic Stars di Kowloon Park yang telah dibuka pada bulan September 2012.
Peta untuk datang ke Kowloon Park. Gambar sumber dari laman sesawang Kowloon Park Leisure And Cultural Services Department.


Pintu masuk ke Kowloon Park di Nathan Road yang terletak bersebelahan dengan Park Lane Shopper's Boulevard


Gambar atas : Tangga untuk naik ke Kowloon Park dari pintu masuk di Nathan Road

Gambar tengah : Kowloon Park dibuka setiap hari dari jam 5.00 pagi hingga ke 12.00 tengah malam dan perkhidmatan wifi percuma turut terdapat di sini. Satu lagi papan tanda yang digantung di hadapan pintu masuk ialah peta keseluruhan Kowloon Park untuk rujukan para pengunjung.

Taman rekreasi di Kowloon Park. Terdapat papan tanda amaran supaya tidak memberi makanan kepada burung merpati yang ada di sekitar kawasan taman ini.

Gambar atas : Bangunan - bangunan di sekitar Tsim Sha Tsui yang dapat dilihat dari taman rekreasi

Gambar bawah : Kolam renang di Kowloon Park
 
Pengunjung boleh bergambar dengan pelbagai karakter kartun atau komik kegemaran masing - masing



Friday 24 May 2013

Kowloon Masjid di HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kowloon Masjid and Islamic Centre atau Kowloon Mosque and Islamic Centre merupakan salah satu daripada lima buah masjid utama di Hong Kong. Jumlah ini tidak termasuk dengan bilangan madrasah yang sedia ada. Kowloon Masjid begitu popular kerana lokasinya yang terletak di Nathan Road dan bersebelahan dengan Kowloon Park.

Pemandangan dari arah pintu masuk


Kowloon Mosque and Islamic Centre di 105 Nathan Road
Dewan solat utama terletak di tingkat pertama manakala dewan solat untuk kaum wanita terletak di tingkat atas


Gambar atas : Kowloon Mosque and Islamic Centre mula ditubuhkan pada tahun 1896

Gambar bawah : Senarai penderma bagi pembinaan semula Kowloon Masjid

Gambar atas : Suasana di perkarangan masjid pada petang hari Sabtu. Kaum wanita yang menunaikan solat pada hujung minggu di Kowloon Masjid rata - rata ialah pembantu rumah dari Indonesia.

Gambar bawah : Seorang warga tua yang meminta sedekah di hadapan masjid

SOLAT JUMAAT
Sementara menunggu suami selesai menunaikan solat Jumaat, saya mengambil peluang merakamkan gambar suasana di hadapan Kowloon Masjid.



Kowloon Mosque and Islamic Centre
105 Nathan Road
www.kowloonmosque.com

Thursday 23 May 2013

Nathan Road di Kowloon, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Secara peribadi saya menggelarkan Hong Kong sebagai syurga membeli belah di Asia. Oleh kerana itulah Hong Kong menjadi kegemaran saya.
Setiap kali datang ke Hong Kong, Nathan Road dan kawasan sekitarnya pasti saya kunjungi.

Nathan Road adalah jalan raya yang paling popular di Hong Kong dan semestinya menjadi tumpuan pelancong kerana dipenuhi dengan deretan kedai - kedai, restoran, kafe dan pusat membeli belah di sepanjang 3.6 kilometer.
Ia bermula di bahagian selatan Kowloon (di persimpangan Salisbury Road) dan berakhir di Boundry Street di bahagian utara.

Nathan Road bermula dari no 33 (persimpangan dengan Salisbury Road) dan berakhir di bahagian utara (jalan yang paling atas di dalam peta ini). Gambar sumber dari www.chinatouristmap.com.

Di bawah ini saya sertakan gambar - gambar yang dirakamkan di sepanjang Nathan Road. 


Chungking Mansions  - Terdapat beberapa restoran halal di dalam bangunan ini. Saya sarankan kepada mereka yang ingin datang ke Nathan Road supaya lebih berhati - hati apabila berada di sekitar Chungking Mansions. Jangan terlalu mengikut atau terpedaya dengan pujuk rayu jurujual yang sangat mendesak (majoriti berbangsa India).

i Square - Sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka di Nathan Road. Dahulu (tapak lama) kawasan ini ialah Hyatt Regency Hotel di mana saya pernah menginap dua kali pada tahun 2005 sebelum ia dirobohkan.
www.isquare.hk

Park Lane Shoppers Boulevard - Terletak bersebelahan dengan Masjid Kowloon

Di hadapan balai polis Tsim Sha Tsui

 Lebih dari sepuluh orang ejen menjual rumah yang berpakaian kemas, membawa beg serta fail dan sanggup berdiri lama di hadapan Miramar Shopping Centre semata - mata untuk mendapatkan pelanggan.

Tidak kira sama ada musim jualan murah ataupun tidak, harga - harga di kebanyakan kedai, butik dan pusat membeli belah di Hong Kong amat berpatutan. Selain t shirt Hard Rock Cafe, suami saya memang gemar mengumpul t shirt GAP dari pelbagai negara.

Toast Box ialah restoran yang berasal dari Singapura dan telah menambah cawangan di rantau Asia termasuklah di Hong Kong

Gambar atas dan tengah : Bangunan - bangunan lama tetap menjadi tarikan bagi pelancong untuk mengambil gambar

Gambar bawah : Terserempak dengan seorang warga tua yang tidak mempunyai rumah
Gambar atas : Terdapat perkhidmatan bas awam di Nathan Road untuk kemudahan penumpang yang ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Cara mengenal pasti bas tersebut ialah dengan melihat papan tanda  yang bertulis 'City Flyer'.
www.nwstbus.com.hk

Gambar bawah : Wifi percuma boleh didapati di dalam lingkungan 100 meter dari pondok telefon awam ini

Nathan Road pada waktu malam
Persimpangan Nathan Road dan Salisbury Road. Pemandangan lebih cantik pada waktu malam tambahan pula disinari dengan cahaya lampu dari bangunan - bangunan lama dan baru.

Internet tanpa wayar (wifi) percuma sangat mudah didapati di sepanjang Nathan Road atau Hong Kong secara keseluruhannya. Antara beberapa tempat yang boleh didapati ialah ;

- Cawangan - cawangan kedai kopi Starbucks
- Bangunan - bangunan kerajaan
- Pondok - pondok telefon awam
- Hampir di semua platform di stesen MTR
- Pusat membeli - belah
- Kedai baju Giordano
- Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
- Di dalam bas awam (belum menyeluruh)

Kepada mereka yang bakal datang ke Hong Kong, saya berharap informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Pendek kata, perkhidmatan wifi percuma banyak terdapat di sekitar Hong Kong. Anda hanya perlu melihat papan tanda yang bertulis 'Free Wifi' ataupun cuba melakukan carian (search) di telefon bimbit.
Teruskan bersama Terjemahan Hati dan saya akan membawa anda para pembaca mengikuti catatan perjalanan saya ke beberapa lagi tempat menarik di Nathan Road dan kawasan sekitarnya yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.

Tuesday 21 May 2013

Hong Kong MTR

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Hong Kong, di sini saya mulakan dahulu dengan berkongsi gambar pengangkutan awam yang paling kerap saya dan suami gunakan selain bas dan teksi iaitu keretapi atau lebih dikenali sebagai MTR (Mass Transit Railway).

Setiap hari shuttle percuma dari hotel akan membawa kami ke stesen Hong Kong. Stesen ini terletak di International Finance Centre (IFC).


IFC merangkumi menara satu dan dua (One IFC & Two IFC) dan disebelahnya ialah IFC Mall (gambar paling atas) dan terdapat butik - butik mewah, restoran, kafe serta hotel bertaraf 5 bintang iaitu Four Seasons Hotel.
Untuk lebih jelas, saya letakkan di sini gambar bangunan IFC. Menara dua iaitu Two IFC telah disenaraikan sebagai bangunan nombor dua tertinggi di Hong Kong. Gambar sumber dari Michael Hansen. Saya tidak dapat merakamkan gambar secantik ini kerana sepanjang berada di Hong Kong hampir setiap hari hujan turun.

Gambar atas : Stesen Hong Kong

Gambar tengah : Plak tanda perasmian laluan keretapi yang menghubungkan stesen Hong Kong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Gambar bawah : Pengguna MTR perlu berjalan kaki lebih kurang 10 hingga 15 minit dari Stesen Hong Kong ke stesen Central
Gambar atas : Gambar yang dirakamkan ketika bukan waktu puncak dan boleh dikira berapa puluh orang sahaja berada di dalam gambar ini. Jika waktu puncak, laluan ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Gambar tengah dan bawah : Tiba di
Central Station
Gambar atas : Peta keseluruhan laluan MTR di Hong Kong

Gambar tengah dan bawah : Menaiki MTR dari stesen Central untuk ke Kowloon dan turun ke stesen Tsim Sha Tsui

Gambar atas : Semasa MTR bergerak, lampu akan bertukar dari stesen ke stesen sekaligus memberikan rujukan kepada para penumpang khususnya bagi pelancong yang tidak begitu biasa dengan peta di Hong Kong. Baru beberapa tahun lepas, MRT di Singapura juga turut mengambil langkah yang sama iaitu dengan memasang peta berlampu seperti MTR di Hong Kong.

Gambar bawah : Stesen Tsim Sha Tsui di Nathan Road

Gambar atas : Merakamkan gambar pada awal pagi ketika kabin MTR masih kosong

Gambar bawah : Kabin MTR sudah penuh dengan penumpang

Seperti yang anda lihat di salah satu gambar di atas, saya turun dari MTR di stesen Tsim Sha Tsui di Nathan Road. Di sekitar kawasan inilah tempat di mana menjadi kebiasaan bagi saya membeli belah.