Monday 20 April 2015

Kembara, Fotografi dan Makanan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera.

Lokasi : Old Port Lobster Shack - Portola Valley, California, Amerika Syarikat.

Minat saya di dalam bidang fotografi tidak terhad atau tertumpu kepada gambar pemandangan sahaja. Untuk pengetahuan anda saya juga memang suka mengambil gambar makanan sejak sekian lama iaitu sebelum kewujudan mana-mana laman sosial media lagi.

Sebagai seorang penggemar makanan laut, gambar makanan ini adalah permulaan yang saya kongsikan di laman blog ini.

Old Port Lobster Shack terletak di Portola Valley, iaitu lebih kurang 60km dari San Francisco, California. 

#lobstershack #portolavalley #california #usa #discoveramerica #discoverusa #exploringusa
#travel #food #blogger #travelblogger #travelblog #instaplace #instatravel #igtravel #instaphoto #instafood #iloveseafood #mytravelpicture #mytravelgram #aussieinamerica

Friday 10 April 2015

Penerbangan Komersial Terpanjang Di Dunia Bersama QANTAS A380

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Suka untuk saya berkongsi bersama anda gambar-gambar semasa saya menaiki penerbangan paling lama/ terpanjang di dunia (tanpa henti) iaitu dari Sydney, Australia ke Dallas, Amerika Syarikat. Penerbangan ini mengambil masa lebih dari 15 jam dengan jarak 8,579 batu atau 13,800 kilometer. Lebih simbolik lagi, penumpang bagi penerbangan ini menaiki kapal terbang komersial paling besar di dunia iaitu A380 milik QANTAS.

#WorldsLongestCommercialFlight
#SydneyToDallas
#Qantas #A380

QANTAS memulakan operasi penerbangan dari Sydney ke Dallas pada bulan Mei 2011 dengan menggunakan kapal terbang B747-400. Hanya pada bulan September 2014, A380 menyertai laluan penerbangan terpanjang di dunia ini. Sehingga ke hari ini, QANTAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang memberikan perkhidmatan untuk laluan Sydney ke Dallas.


Lapangan Terbang  Antarabangsa Kingsford-Smith / Sydney. 

Gambar atas : Kapal terbang A380.

Gambar bawah : Bandar Sydney yang jelas dapat dilihat dari lapangan terbang.


Jarak penerbangan yang dipaparkan di dalam skrin ini masih kosong (0) kerana pesawat belum berlepas.

Gambar atas : A380 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney yang dilihat dari kamera pesawat.

Gambar bawah : Penerbangan ke Dallas sudah berlepas lebih kurang satu jam yang lalu.

Penumpang disajikan dengan dua kali hidangan (makan tengah hari dan sarapan pagi) serta hidangan dan snek ringan di sepanjang penerbangan yang panjang ini. Oleh kerana keletihan, mengantuk dan lapar, saya tidak mengambil banyak gambar semasa menikmati hidangan. Hanya dua gambar ini sahaja yang dapat saya kongsikan di sini.

Apabila terjaga dari tidur lantas saya melihat waktu penerbangan di skrin ini.

Penerbangan turun ke Dallas.

Gambar atas : Memasuki ruang udara negara Mexico sebelum masuk ke ruang udara negara Amerika Syarikat.

Gambar bawah : Pesawat Qantas QF7 selamat mendarat di Dallas.

Cuaca mendung menngundang kedatangan semula saya ke Dallas.

Gambar atas : Pesawat bergerak menuju ke terminal.

Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.


Sudah beberapa kali saya berada di lapangan terbang ini dan tidak dinafikan ia merupakan salah satu lapangan terbang kegemaran saya di dalam Amerika Syarikat. Dengan gambar yang disertakan di atas saya berharap sedikit sebanyak anda dapat merasakan seperti mengikuti sekali penerbangan terpanjang di dunia ini bersama saya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.