Wednesday 29 June 2016

Sempadan North Dakota / South Dakota

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika anda mengikuti entri yang terdahulu, saya menyiarkan artikel mengenai Bismarck, North Dakota.
http://sharery.blogspot.com.au/2016/06/bismarck-ibu-negeri-north-dakota.html
Selepas Bismarck, saya dan suami meneruskan pemanduan merentasi ke negeri seterusnya iaitu South Dakota, Masa pemanduan mengambil masa kira-kira 3 jam dan 30 minit. Lebih kurang separuh dari perjalanan tersebut, kami berhenti di titik sempadan di antara kedua buah negeri. Tidak semua sempadan di negeri di Amerika Syarikat yang memberi peluang kepada kenderaan berhenti kerana kebanyakan sempadan ialah di dalam lebuh raya utama. Justeru setiap kali berpeluang merentasi sempadan di dalam jalan kampung, kami pasti akan berhenti untuk mengambil gambar kenangan.

Cuaca di sepanjang perjalanan adalah mendung dan berawan. Walau bagaimanapun kami bernasib baik kerana semasa berhenti di sempadan kedua buah negeri ini, tiba-tiba langit cerah dan membiru seketika malah suhu juga agak rendah berserta angin yang kuat.




















Saya terpaksa meletakkan muzik di dalam video ini bagi menggantikan dengan bunyi angin yang kuat. Teruskan bersama saya kerana selepas ini saya akan berkongsi dengan anda banyak lagi gambar pemandangan sepanjang pemanduan untuk ke ibu negeri South Dakota,

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


Friday 24 June 2016

Bismarck - Ibu Negeri North Dakota

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bismarck ialah ibu negeri bagi North Dakota dan yang juga bandar kedua yang paling ramai penduduk selepas Fargo.
Artikel mengenai Fargo boleh anda baca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/06/fargo-north-dakota-amerika-syarikat.html

Saya dan suami tiba di Bismarck pada sebelah malam hari Sabtu dari bandar terakhir yang kami lawati sebelum ini iaitu Fargo. Pada keesokkan harinya kami daftar keluar hotel pada awal pagi dan bersiap untuk meneruskan kembara berkereta (road trip) seterusnya. Sebelum memulakan perjalanan pemanduan yang panjang, kami terlebih dahulu singgah sebentar di perkarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri (North Dakota Capitol) dan juga pusat bandar.

Cuaca pada pagi itu agak sejuk, berangin kuat, mendung serta berawan. Semasa lawatan singkat di Bismark, saya berasa seperti berada di dalam 'dunia' sendiri. Lihat sahaja gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah, tidak ada seorang pun penduduk tempatan yang ada saya rakamkan di dalam gambar. Saya cuma terserempak dengan pasangan suami isteri yang melakukan senaman berlari tidak jauh dari North Dakota Capitol. Bismarck bukan tidak ramai penduduk tetapi jelas bahawa mereka meluangkan masa pada pagi Ahad di rumah sahaja.


















Patung wanita kaum Asli Amerika Syarikat dari puak Shoshone bersama anaknya ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. 

Sejarah patung ini. 

Kisah sejarah lengkap patung 'Sakakawea'.





Bison atau nama lain American Buffalo ialah spesis haiwan mamalia yang terdapat di beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk North Dakota. Walaupun dipanggil 'buffolo' tetapi ia tiada kaitan langsung dengan kerbau.  Haiwan gergasi ini mempunyai keberatan secara purata 1000 kg seekor dan ada juga yang mencecah hampir 2000 kg.  


























Dari Bismarck kami merentasi pula negeri South Dakota dan singgah pula ke ibu negerinya iaitu Pierre. Nanti entri baharu yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


Monday 20 June 2016

Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Fargo merupakan bandar yang paling besar di negeri North Dakota malah lebih besar dari ibu negerinya iaitu Bismarck. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2014 ialah seramai 115,863 orang. Jarak antara Fargo dengan Bismarck pula dianggarkan lebih kurang 315 km.

Lawatan saya lebih ditumpukan ke pusat bandar Fargo. Kesibukan di sini nampak agak berkurangan pada hujung minggu dan saya pasti ia akan sibuk pada hari bekerja. Semoga anda terhibur melihat gambar-gambar yang saya sertakan di bawah.
















Fargo Theatre merupakan bangunan bersejarah yang juga salah sebuah ikon terkenal Fargo.




Fargo Theatre dibina pada tahun 1926 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan menayangkan filem tempatan dan antarabangsa.






Broadway menawarkan banyak restoran, kafe, pusat hiburan dan membeli belah untuk pelancong dan penduduk tempatan.  







Stesen radio tempatan.

















Meneruskan perjalanan ke Bismark pada lewat senja.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.