Sunday 23 July 2017

Four Corners Monument - Penanda Empat Buah Negeri Bertemu

Four Cornes Monument begitu unik sekali kerana ia merupakan tugu peringatan atau penanda empat buah negeri bertemu. Saya dan suami singgah ke Four Corners semasa di dalam perjalanan dari Farmington ke Monument Valley. Ini bukan kunjungan pertama atau kedua kali kami ke sini malah lebih dari itu dan kami penah berkunjung pada musim yang berbeza.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Friday 14 July 2017

Pemanduan Dari Farmington Ke Four Corners Monument

Pemanduan pada hari ini bermula pada awal pagi dari Farmington menuju ke Monument Valley. Tetapi sebelum itu kami singgah di Four Corners Monument untuk mengambil gambar sebagai tanda yang sekali lagi kami telah berada di mercu tanda empat buah negeri ini.

Masa pemanduan dari Farmington menuju ke Four Corners Monument mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit tanpa henti. Oleh kerana banyak gambar yang ingin dikongsikan, maka saya telah menyiapkan sebuah video pendek. Selain daripada itu, lima gambar di bawah merupakan antara yang menjadi kegemaran saya. New Mexico ialah salah satu negeri di Amerika Syarikat yang pernah saya tinggal. Terlalu banyak pengalaman dan kenangan manis yang diperolehi dan oleh kerana itulah New Mexico sentiasa mendapat tempat di hati.

Sekiranya ada di antara anda yang tidak dapat menonton video di laman blog, saya sarankan anda tonton melalui saluran You Tube.
Instagram :  blog_th2010
You Tube :  Shery NN

Monday 10 July 2017

Sushitarian - Restoran Jepun Di Durango, Colorado

Setiap kali datang ke Durango, saya dan suami pasti akan singgah ke restoran Jepun kegemaran kami iaitu Sushitarian.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN


Thursday 6 July 2017

Durango, Colorado - Bahagian 2

Artikel ini bersambung dari bahagian pertama; http://sharery.blogspot.com/2017/06/durango-colorado-bahagian-1.html?m=1
Empat dan lima gambar terakhir saya rakamkan di Rocky Mountain Chocolate Factory (RMCF). RMCF ialah kedai coklat dan manisan yang mempunyai banyak cawangan di Amerika Syarikat serta di Kanada, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu. Ibu pejabat dunia RMCF bukan sahaja di Durango, Colorado malah perniagaan atau kedai pertamanya juga dibuka di sini pada tahun 1981.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN