Monday 31 December 2018

Imbasan Tahun 2018

Pembuka tirai tahun 2018 tidak seindah seperti yang diharapkan. Saya dan suami bergegas terbang ke Singapura dan berkesempatan meluangkan masa bersama dengan bapa mertua selama satu minggu di hospital sebelum beliau  menghembuskan nafas terakhir di hadapan suami saya pada 29 Januari. Kini tiada lagi tempat untuk saya menumpang kasih kerana bapa saya juga telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Semoga kedua bapa saya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kenangan manis pula tidak dapat saya senaraikan semua kerana bagi saya apa yang berlaku setiap hari, sepanjang tahun yang membawa kepada kesan positif serta berpeluang mengembara ke tempat-tempat baharu, kesemuanya saya anggap kenangan manis. Walau bagaimanapun di sini ingin saya berkongsi beberapa darinya.

Sementelah saya berada di Singapura kerana pemergian bapa mertua, saya mencuri sedikit masa pulang ke kampung di Ipoh, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara. Beliau merupakan anak saudara pertama saya yang telah mendirikan rumahtangga. Tentunya saya berasa gembira kerana di majlis tersebut kami sekeluarga dapat berkumpul serta dapat berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat yang telah lama tidak berjumpa. Suami saya tidak dapat menyertai kerana beliau mempunyai banyak urusan keluarga yang perlu diuruskan. Artikel mengenai majlis ini telah disiarkan beberapa bulan lalu. Kepada yang ketinggalan, anda boleh ikutinya melalui alamat di bawah;
http://sharery.blogspot.com/2018/08/majlis-perkahwinan-di-malaysia-februari.html?q=amin
Saya mula meminati sukan hoki ais NHL (National Hockey League) sejak tinggal di Kanada. Pada 18 Februari, saya berpeluang berjumpa dengan dua pemain dari pasukan kegemaran saya iaitu Vancouver Canucks. Artikel penuh boleh dibaca melalui alamat di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com/2018/08/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html?q=vancouver+canucks
Pada 28 Mac bertempat di California, Amerika Syarikat, saya bertemua semula dengan seorang sahabat yang sudah 9 tahun tidak berjumpa. Kali terakhir kami bertemu ialah semasa majlis perkahwinan saya di Ipoh, Perak tahun 2009. Sahabat saya telah bertukar tempat kerja dari Helsinki, Finland ke Los Angeles. Artikel penuh mengenai pertemuan semula kami boleh dibaca melalui alamat di bawah ini;
http://sharery.blogspot.com/2018/10/pasadena-california.html
http://sharery.blogspot.com/2018/10/melawat-ke-pejabat-konsulat-jeneral.html?q=devrin
Lima tempat yang menarik perhatian saya sepanjang mengembara di Amerika Syarikat pada tahun 2018 ialah, Shoshone Falls iaitu air terjun yang lebih tinggi dari Niagara Falls, Hoover Dam, Crater Lake National Park, Mount Rainier National Park dan Kurt Cobain Memorial Park.
http://sharery.blogspot.com/2018/11/air-terjun-lebih-tinggi-dari-niagara.html?q=shoshone
http://sharery.blogspot.com/search?q=hoover+dam
Artikel mengenai tiga daripada lima tempat di atas bakal disiarkan tidak lama lagi.
Tahun 2018 juga telah menemukan saya dengan tiga orang rakan yang saya kenali melalui laman sosial buat pertama kali. Pada bulan Jun, saya berjumpa dengan rakan Instagram dari Jerman yang datang bercuti di Vancouver.
http://sharery.blogspot.com/2018/12/jun-2018-musim-panas-di-kanada-bahagian.html?q=jerman
Pada bulan November, saya bertemu pula dengan rakan Instagram yang tinggal di Vancouver sebelum perlawanan hoki ais di Rogers Arena. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan pembaca setia blog dan pengikut Instagram saya yang kebetulan sedang bercuti di Vancouver. Perancangan untuk berjumpa dengan beliau dan suami dibuat pada minit-minit terakhir.
Buat kali kedua dan ketiga iaitu bulan November dan Disember di dalam tahun ini saya dapat bertemu dengan dua orang pemain dari pasukan Vancouver Canucks.
Saya sebagai peminat hoki ais belum pernah menonton perlawanan secara langsung dari dekat. Harga tiket yang mahal adalah penghalang dan lebih berbaloi menonton di telivisyen sahaja. Sejak dari tahun lalu, saya sudah mencuba banyak pertandingan dan cabutan bertuah untuk memenangi tiket perlawanan tetapi nasib dan rezeki belum memihak kepada saya sehinggalah pada hari ulang tahun saya iaitu 26 November, di mana saya dan suami memenangi empat tiket perlawanan. Dua minggu selepas itu saya sekali lagi memenangi dua tiket perlawanan.
Saya akhiri artikel ini dengan gambar-gambar semasa saya menonton dua perlawanan hoki ais di Rogers Arena  Vancouver.
Terima kasih saya ucapkan kepada suami kerana sudi menemani saya menonton perlawanan walaupun beliau sebenarnya tidak minat dengan sukan ini. Tidak lama lagi saya akan siarkan artikel dan berkongsi pengalaman menyaksikan perlawanan hoki ais buat pertama kali, berjumpa dengan dua orang pemain dan bagaimana saya boleh memenangi tiket perlawanan sebanyak dua kali di dalam satu bulan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya. saya tidak mempunyai azam tahun baharu kerana saya menganggap kebaikan, peningkatan diri atau kejayaan yang ingin dikecapi tidak perlu ditunggu kepada satu tahun berikutnya. Saya sentiasa berdoa agar apa sahaja yang dilakukan pada hari esok biarlah lebih baik berbanding pada hari ini. Kepada semua para pembaca setia, saya ucapkan Salam Tahun Baharu 2019.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN 

Saturday 29 December 2018

September 2018 : Musim Panas Di Washington,Amerika Syarikat (Bahagian 2)

Artikel ini bersambung dari bahagian satu ;
http://sharery.blogspot.com/2018/12/september-2018-musim-panas-di.html
Di dalam artikel bahagian 1 saya berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan semasa lawatan satu hari di Bellingham dan Fairhaven pada musim panas bulan September. Pada minggu yang lain pula saya dan suami bercuti ke Seattle dan Bellevue, Amerika Syarikat di mana kedua bandar ini telah menjadi rumah kedua bagi kami. Di sesetengah tempat telah kelihatan daun-daun yang telah bertukar warna. Ia menunjukkan musim luruh sudah hampir tiba.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Friday 28 December 2018

September 2018 : Musim Panas Di Washington, Amerika Syarikat (Bahagian 1)

Bellingham ialah sebuah bandar yang terletak berhampiran perairan di pantai barat Amerika Syariakt di negeri Washington. Pemanduan ke Bellingham hanya mengambil masa 30 minit dari sempadan negara Amerika Syarikat dan Kanada. Saya kerap datang ke Bellingham tetapi ini merupakan kali kedua dapat melawat ke pusat bandar Bellingham.

Di sini terdapat sebuah kedai menjual donut yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang diberi nama Rocket Donuts. Kedai Rocket Donuts ibarat seperti sebuah muzium perfileman. Di luar kedai terdapat sebuah roket hiasan bersaiz besar manakala di bahagian dalam pula dihiasi dengan pelbagai poster filem sains fiksyen. Selalunya kedai ini (cawangan di Bellingham) akan tutup awal sekiranya donut habis dijual. Saya ialah antara pelanggan yang tidak bernasib baik semasa datang pada pertama kali bulan sebelumnya. Sebuah lagi cawangan Rocket Donuts terletak di Fairhaven, Washington. iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Bellignham.

Fairhaven terletak lebih kurang 5 kilometer dari Bellingham. Bandar kecil ini lebih dikenali sebagai bandar bersejarah dan saya lebih menyukai persekitarannya yang aman serta tidak terlalu sibuk. Fairhaven kerap menerima kunjungan pelancong kerana di sini menempatkan sebuah feri teminal di mana terdapat perkhidmatan feri ulang alik  ke Alaska. Saya turut mengambil gambar bersama patung jurutera John Joseph Donovan dan pengasas Fairhaven iaitu Daniel Jefferson Harris. Sebelum pulang, sekali lagi saya singgah ke kedai Rocket Donuts tetapi kali ini menikmati ais krim pula. Setiap hari cawangan  di sini tutup agak lewat berbanding cawangan di Bellingham. Melalui maklumat yang diterima termasuk dari pegawai sempadan, banyak restoran dan kafe di Fairhaven yang bagus dan mesti dicuba. InsyaAllah saya akan kembali ke Fairhaven pada masa akan datang.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN