Sunday 29 April 2018

MosaïCanada 150 - Arca Pokok Dan Bunga

Tahun lalu Jacques Cartier Park di Gatineau, Quebec telah menganjurkan pameran arca terbesar di Kanada sempena dengan ulang tahun negara ini yang ke-150.

MOSAΪCANADA 150/GATINEAU 2017 mempamerkan 40 buah arca gergasi yang diperbuat dari pokok dan bunga. Tema kesemua arca ialah mencerminkan sejarah, adat, budaya serta kesenian yang ada di Kanada.

Jumlah kepanjangan arca-arca ini melebihi 1 kilometer dan pelawat mengambil masa berjalan kaki dengan purata 90 minit untuk melihatnya. Mereka juga boleh membaca maklumat di papan tanda keterangan yang diletakkan di hadapan setiap arca.

Di bawah ini saya hanya muat naik sedikit sahaja gambar semasa lawatan pada 8 Oktober 2017. Sila tonton video di bawah untuk merasai sendiri pengalaman lawatan seperti saya.

MOSAΪCANADA 150/GATINEAU 2017 bermula pada 30 Jun 2017 dan berakhir pada 15 Oktober 2017. 

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/c6_wrARIRI0

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN




Tuesday 24 April 2018

Kenangan Sukan Komanwel Gold Coast 2018

Semasa saya bercuti di Gold Coast pada September 2011, bandar ini sedang dalam proses membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018. Ketika saya mengambil gambar seperti di bawah ini, saya terfikir bahawa sekiranya Gold Coast menjadi tuan rumah, agak lama juga untuk menunggu 7 tahun akan datang (2018). Pada 11 November 2011, Gold Coast telah diumumkan memenangi bidaan tersebut.

Dua minggu lalu Sukan Komanwel sudah berakhir dan melabuhkan tirai. Sebenarnya masa berlalu begitu pantas seakan sekelip mata. Jika di ulang kembali dan letakkan saya pada 7 tahun lalu, saya tidak pernah membayangkan akan menetap di negara lain selain Australia. Tetapi sekarang pula tidak menyangka dalam lingkungan 7 tahun, saya dan suami telah menetap di tiga buah negara berbeza.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Friday 20 April 2018

Quebec, Kanada

Quebec ialah daerah (negeri) yang terletak bersebelah dengan daerah Ontario. Sementelah berada di Ottawa, saya mengambil peluang melawat ke bandar yang paling dekat dengan sempadan kedua buah daerah iaitu Gatineau. Sungai Ottawa yang memisahkan antara Gatineau dan Ottawa.

Kanada mempuyai dua bahasa kebangsaan iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Perancis akan tetapi penduduk di negara ini sudah sedia maklum bahawa Quebec satu-satunya daerah (negeri) yang dianggap seperti asing antara daerah lain kerana penduduk di Quebec menggunakan bahasa Perancis lebih dari bahasa Inggeris sehinggakan orang luar atau pelawat berasa seperti sudah berada di negara Perancis.

Penggunaan bahasa Perancis yang sangat berleluasa di tempat awam boleh anda lihat melalui papan-papan tanda di dalam gambar-gambar dan video yang saya rakamkan semasa lawatan ke Gatineau.

Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/Fetea_McTu0

Instagram : blog_th2010
You Tube :Shery NN