Monday 30 July 2018

The Museum Of Flight Seattle Bahagian 3

Artikel ini ialah sambungan dari bahagian 1 dan 2. Untuk mendapatkan cerita dan maklumat penuh  anda perlu membaca artikel yang terdahulu sebelum beralih ke bahagian 3.

The Museum Of Flight Seattle Bahagian 1:
http://sharery.blogspot.com/2018/07/the-museum-of-flight-seattle-bahagian-1.html?m=1
The Museum Of Flight Seattle Bahagian 2:
http://sharery.blogspot.com/2018/07/the-museum-of-flight-seattle-bahagian-2.html?m=1

Galeri terakhir yang dilawati ialah Aviation Pavilion di mana pada bahagian 2 saya telah masuk melawat ke dalam kabin kapal terbang Concorde. Kemudian saya melawat masuk ke dalam kabin kapal terbang yang terkenal dengan panggilan Air Force One. Model VC-137B (707-120) ialah jet Presiden pertama yang dibuat khas oleh Boeing yang telah membawa empat bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Dwight D. Eisenhower, John F. Kennedy, Lyndon B. Johnson dan Richard Nixon. Tentunya saya berasa amat bertuah dapat berada di dalam Air Force One. Pengalaman pertama saya berdiri di luar kapal terbang yang seakan sama seperti Air Force One ialah Freedom One pada enam tahun lalu semasa saya melawat ke PIMA Air & Space Museum di Tucson, Arizona. Ia turut membawa dua bekas Presiden Amerika Syarikar dan para VIP.

Siapa yang tidak kenal akan kapal terbang B747 yang memegang gelaran "Jumbo Jet" dan "Queen Of The Skies". Kapal terbang B747-121 yang dipamerkan di sini merupakan model yang pertama dibuat oleh Boeing iaitu dengan nombor siri 001. Penerbangan pertama berlepas pada 9 Februari 1969. Di dalam kabin tidak ada kerusi penumpang, dapur atau tandas tetapi dibiarkan kosong dengan hanya mempamerkan bahan-bahan sejarah B747 serta maklumat teknikal.

Kapal terbang terakhir yang dilawati di muzium ini ialah B787 Dreamliner. B787 juga terkenal kerana ia merupakan model baharu yang dikeluarkan oleh Boeing dan masih banyak syarikat penerbangan yang menunggu tempahan sehingga ke hari ini. Pembuatan pertama ialah pada tahun 2007 dan penerbangan pertama ialah pada tahun 2009. Model yang dipamerkan di muzium ini ialah yang ketiga dibuat oleh Boeing dan penerbangan pertama berlepas pada 14 Mac 2010. Di dalam kabin, pengunjung dapat melihat sebahagian darinya seperti pesawat komersil dan sebahagian lagi seperti mana penerbangan percubaan (test flight) yang telah dijalankan.

Kedai cenderahati terletak bersebelahan kaunter pembayaran di hadapan pintu masuk tetapi saya tidak membeli sebarang pembelian kerana saya kerap datang ke Seattle (sekurang-kurangnya satu kali sebulan) dan bila-bila masa sahaja saya boleh datang lagi ke muzium ini. Sebelum anda mengakhiri artikel bahagian 3, saya mengajak anda untuk menonton video yang telah dimuat naik. Video penuh 12 minit ini membawa anda melawat ke dalam muzium serta kabin-kabin kapal terbang yang bersejarah yang telah saya ceritakan pada ketiga-tiga artikel. Suasana dan persekitaran muzium agak tenang dan sunyi justeru video yang saya rakamkan tidak mempunyai sebarang gangguan suara dari pengunjung lain kerana saya datang pada hari bukan puncak. Kualiti video yang dimuat naik di laman blog sedikit berbeza kerana di sini saiz video agak terhad dan perlu dikurangkan. Anda juga mempunyai pilihan untuk menonton melalui saluran You Tube Shery NN.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN dengan kualiti yang lebih baik;
https://youtu.be/FiQNqYdgUxM

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Thursday 26 July 2018

The Museum Of Flight Seattle Bahagian 2

Artikel ini bersambung dari bahagian 1. Anda perlu membaca keseluruhan artikel serta melihat gambar-gambar yang dikongsikan mengikut turutan dari bahagian 1 seterusnya baharu boleh beralih ke bahagian 2.

The Museum Of Flight Seattle Bahagian 1 :
http://sharery.blogspot.com/2018/07/the-museum-of-flight-seattle-bahagian-1.html

Lawatan diteruskan ke galeri dua tingkat J. Elroy McCaw Personal Courage Wing yang memaparkan tentang sejarah serta pameran kapal-kapal terbang semasa Perang Dunia I dan II. Kemudian kami menyeberangi jambatan T. Evans Wyckoff Memorial Bridge untuk ke Kampus Barat. Pameran mengenai angkasa lepas terletak di Charles Simonyi Space Gallery dan seterusnya kami ke galeri terakhir iaitu Aviation Pavilion.

Galeri Aviation Pavilion merupakan galeri yang begitu dinanti-nantikan oleh saya. Concorde milik British Airways merupakan sebab utama saya melawat ke muzium ini. Impian menjadi kenyataan. Siapa yang tidak gembira dan bangga apabila mendapat peluang masuk ke dalam kabin pesawat supersonic yang pernah mengukir sejarah penerbangan dunia. Semasa berada di dalam kabin, saya berasa seperti menjadi penumpang pada era ia masih beroperasi. Sorotan sejarah Concorde turut saya kongsikan di dalam gambar di bawah.

Satu lagi kapal terbang yang boleh pengunjung masuk melawat ialah B727.
Kapal terbang B727 yang dipamerkan di sini merupakan pengeluaran pertama oleh Boeing bagi model B727 pada tahun 1962 dan pengeluaran terakhir ialah pada tahun 1984. B727 ialah satu-satunya kapal terbang yang mempunyai 3 buah enjin yang pernah dibuat oleh Boeing.
Nantikan artikel bahagian 3 yang akan disiarkan sedikit masa lagi di mana saya akan turut memuat naik video penuh lawatan ke muzium ini.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN