Monday 26 November 2018

Mei 2018 : Hoover Dam, Nevada/Arizona

Hoover Dam ialah empangan yang terletak di Sungai Colorado dan juga sempadan yang memisahkan dua buah negeri iaitu Nevada dan Arizona. Ia dibina pada tahun 1931 dan siap pada tahun 1935 sekaligus menjadikan Hoover Dam pada ketika itu empangan terbesar di dunia. Nama empangan pula diambil dari bekas Presiden Amerika Syarikat, Herbert Hoover.

Semasa tinggal di New Mexico beberapa tahun lalu, saya kerap ulang alik ke Las Vegas dan sudah banyak kali lalu di persimpangan masuk ke Hoover Dam tetapi tidak pernah singgah untuk melihat empangan ini walaupun kami tahu ia merupakan tempat tarikan pelancong yang terkenal serta menjadi lokasi banyak pengambaran filem termasuklah filem Superman.

Kedatangan pada bulan Mei yang lalu merupakan pertama kali bagi saya dan suami. Cuaca pada ketika itu berangin kuat dan suhu dianggarkan sekitar 40 darjah Celsius. Di dua buah bangunan antara Sungai Colorado diletakkan jam dinding menunjukkan perbezaan waktu antara negeri Nevada dan Arizona.


Jika anda lihat melalui gambar-gambar yang saya rakamkan serta papan maklumat bergambar yang dicacak di situ,  maklumat mengatakan rekod kali terakhir air naik dan melalui alur limpah ini ialah pada tahun 1983.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/kLi1bXkpo2M

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN