Sunday 29 December 2019

Penerbangan China Airlines Dari Vancouver Ke Taipei

Pada bulan April yang lalu, saya telah bercuti ke Malaysia dan mengambil penerbangan China Airlines dari Vancouver, Kanada kemudian membuat persingahan di Taipei, Taiwan dan seterusnya ke Kuala Lumpur.  Ia juga merupakan pengalaman pertama kali saya menaiki kapal terbang A350-900.

Gambar-gambar di bawah ini dirakamkan semasa saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver dan juga di dalam pesawat China Airlines. Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta ingin mengikuti penerbangan saya, sila tonton video yang dimuat naik di saluran You Tube Shery NN.
https://youtu.be/KHNqM_PYULI


























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday 15 December 2019

Menyaksikan Perlawanan Hoki Ais Kali Ketiga

Semasa saya di dalam pemanduan pulang ke Vancouver dari Seattle, saya menerima pesanan ringkas dari salah sebuah syarikat telekomunikasi Kanada iaitu Rogers melalui laman Twitter yang mengatakan saya telah memenangi dua tiket ke perlawanan hoki ais di Vancouver. Tentunya saya berasa terkejut dan gembira kerana saya memasuki peraduan ini tanpa sebarang harapan yang tinggi apatah lagi saya telah pun memenangi tiket perlawanan sebanyak dua kali hanya dalam tempoh dua bulan dari penganjur yang berbeza. Perlawanan ini akan berlangsung di Rogers Arena, Vancouver pada keesokan harinya iaitu pada 2 Mac 2019 yang menemukan pasukan Vancouver Canucks dan Los Angeles Kings.

Walaupun musim hoki ais NHL bagi musim 2018/2019 masih belum lagi berakhir, tetapi perlawanan yang saya saksikan di Rogers Arena pada kali ketiga ini merupakan yang terakhir untuk saya kerana saya akan bercuti ke Malaysia. Cuaca pada hari perlawanan begitu baik, cerah dan berangin sesuai dengan musim bunga yang sudah tiba beberapa hari sebelum itu. Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar pada hari perlawanan dan video pula boleh ditonton melalui saluaran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/0s7NRlFJSV8
























Peluang memenangi tiga kali peraduan dalam tempoh emapt bulan bagi musim 2018/2019 merupakan kenangan manis yang tidak boleh saya lupai kerana rezeki seperti ini tidak datang selalu.

Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN