Wednesday 26 February 2020

Best Western Alderwood

Musim bunga dan panas ialah dua musim yang sesuai untuk melakukan kembara atau percutian. Salah satu hotel yang saya menginap pada musim bunga di Washington, Amerika Syarikat ialah Best Western Alderwood. Hotel ini terletak di bandar Lynnwood iaitu kira-kira 27 kilometer dari bandar Seattle. Salah satu sudut di dalam hotel yang saya gemari ialah ruang makan yang terletak di bahagian lobi dan berhadapan dengan kolam renang. Pada waktu siang persekitaran di situ agak terang kerana cahaya dari luar. Best Western Alderwood ada menyediakan wifi dan sarapan pagi percuma kepada tetamu. Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/oiUNl_4OVh4

























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010

You Tube : Shery NN

Monday 24 February 2020

Musim Bunga Di Vancouver (Bahagian 2)

Artikel ini berkait dan bersambung dari artikel yang pernah disiarkan beberapa bulan lalu; http://sharery.blogspot.com/2019/10/akhir-musim-sejuk-dan-awal-musim-bunga.html

Selepas pulang dari Malaysia, saya masih berkesempatan menikmati pemandangan indah di penghujung musim bunga di Vancouver dengan suhu yang masih boleh dikatakan agak dingin walaupun nampak terang benderangan.





















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Sunday 16 February 2020

Penerbangan Dari Taipei Ke Vancouver

Artikel baharu yang disiarkan kali ini merupakan yang terakhir mengenai percutian singkat saya di Malaysia pada bulan April tahun lalu. Saya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan dengan menaiki pesawat A350-900 milik China Airlines pada jam 11:55 malam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 7:27 malam. Waktu penerbangan ialah 10 jam 30 minit. Dua gambar terakhir di bahagian bawah ini dirakamkan oleh suami saya semasa beliau menunggu pesawat saya mendarat di lapangan terbang.

Anda boleh menonton video penuh di sepanjang penerbangan di dalam saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/kN7jqy0oKS8



























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN