Sunday 30 August 2020

Snow Day 2020

Snow Day ialah hari di mana sekolah, kolej, universiti atau institusi lain ditutup kerana salji yang tebal atau cuaca musim sejuk yang melampau. Salji juga turun dengan lebat sehingga menyebabkan banyak perkhidmatan tergendala seperti contoh pengangkutan awam dan pemanduan serta perjalanan untuk mereka yang bekerja turut terjejas. Pada 15 Januari lalu, Snow Day diisytiharkan di Vancouver serta daerah-daerah yang berdekatan dengannya. Gambar-gambar dibawah saya rakamkan pada Snow Day dan suhu ketika itu ialah -13°C. Video penuh boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN. Alamatnya seperti di bawah ini;
https://youtu.be/SF8BQVXfW2M


































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Thursday 27 August 2020

Kafe Kucing Catfe Di Vancouver

Di Vancouver terdapat dua buah kafe kucing dan salah satunya ialah Catfe yang terletak di International Village Mall. Bayaran masuk untuk bermain dengan kucing dikenakan sebanyak $12 setiap orang selama satu jam. Makanan, minuman dan cenderamata dijual dengan harga berasingan. Anda boleh lihat melalui gambar tiga dari atas di mana menu minuman telah ditukar kepada nama-nama lucu. 

Kucing-kucing di Catfe silih berganti dan tidak pernah kekal lama berada di situ kerana ia telah diambil orang untuk belaan. Prosedur ketat dijalankan kepada mereka yang berminat untuk mengambil hak jagaan kucing di Catfe. Kucing-kucing itu mempunyai profil masing-masing seperti nama, umur dan ciri-ciri peribadi yang dikongsikan di laman sosial Catfe bagi memudahkan lagi proses pemilihan.

Sebenarnya saya bukanlah peminat kucing. Saya datang ke Catfe semata-mata menemani suami yang begitu berminat untuk bermain dengan kucing. Lima minit berada di dalam Catfe sudah saya rasakan begitu lama sekali. Jika difikirkan semula, saya tidak tahu bagaimana saya boleh bertahan selama satu jam. Apa-apa pun saya berjaya rakamkan beberapa gambar kucing-kucing yang comel.






















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN