Tuesday 29 September 2020

Merritt, British Columbia

Merritt, British Columbia terletak 272 kilometer dari Vancouver. Saya membuat perhentian di Merritt ialah kerana dalam perjalanan pulang dari Vernon ke Vancouver. Bandar kecil ini mempunyai kurang daripada 10 000 jumlah penduduk. Semasa meninjau di beberapa tempat di Merritt, tumpuan saya tertarik kepada sebuah bangunan lama tiga tingkat iaitu Coldwater Hotel. Menurut maklumat yang saya ketahui, bangunan bersejarah ini dibina pada tahun 1908. Saya juga terpegun melihat beberapa mural yang dilukis di tepi beberapa buah bangunan di sini.










Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday 21 September 2020

Kamloops, British Columbia

Kamloops ialah sebuah bandar yang terletak 356 kilometer dari Vancouver. Saya datang ke sini kerana ia adalah salah sebuah bandar yang harus ditempuh semasa pemanduan pulang dari Vernon ke Vancouver. Kamloops tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh negara pada bulan Mei yang lalu kerana berlakunya kejadian sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Kanada (dipanggil Snowbird) yang terhempas serta mengakibatkan kematian salah seorang dari ahli pasukan iaitu Kapten Jennifer Casey. Pesawat tersebut adalah dalam rangka lawatan merentas negara untuk menaikkan semangat dan penghormatan kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan pandemik Covid-19. Selepas kejadian tersebut, misi merentas negara yang hanya tinggal beberapa lokasi lagi untuk dilawati dibatalkan serta merta. Sehingga ke hari ini, lapan lagi pesawat Snowbird diletakkan di Lapangan Terbang Kamloops.

Lapangan Terbang Kamloops begitu sunyi kerana ia ditutup akibat dari pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun saya berpeluang melihat dari jarak jauh Snowbird yang telah ditutup dengan kain merah. Selepas itu saya melawat ke lokasi pesawat terhempas iaitu di sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang. Melihat dari keadaan rumah yang masih jelas tidak dibaik pulih, saya pasti penghuni telah berpindah. Untuk melihat keadaan rumah ini dengan lebih jelas, sila tontoni video di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/HSnfzg94GJ0
Sebelum menyambung pemanduan pulang, saya singgah pula ke Pusat Pelancongan Kamloops dan Aberdeen Mall. Satu lagi video yang dirakamkan di Kamloops boleh juga ditonton di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/ijbG2HZEmIU






















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Saturday 19 September 2020

Fairfield Inn & Suites by Marriott Vernon

Fairfield Inn & Suites By Marriott ialah hotel di mana saya menginap di Vernon, British Columbia. Tidak ada sebarang masalah semasa bermalam di sini tambahan pula ia adalah hotel yang baru memulakan perniagaannya.  Ini pertama kali saya menginap di hotel sejak musim pandemik Covid 19 iaitu pada bulan Jun yang lalu.  Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah hotel agak sunyi kerana kurang pengunjung. Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/KwzE1hizKfk


















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN